Bab 21

Romance Series 17707

Aku merenung bibir merah Irfan. Hish mamat ni. Janganlah senyum macam tu.

Aku jadi terpukau melihat anak mata dia.

Aku mengeleng kepala cepat-cepat. Takut kalah dengan panahan mata yang berterusan menikam ke jantung.

Senyuman dia nakal.

"Raisa..."

Aku tersedar. Dia masih lagi memegang tangan kanan aku.

"Bestnya tatap muka saya. Sampaikan tak berkelip mata tu."

"Ril..."

Aku tersebut nama Ril. Tidak sengaja.

Senyuman dia mati. Terus dia bangkit dari perbaringan.

"Err... I'm sorry. Saya tak sengaja nak panggil awak dengan nama dia."

Aku tunduk. Rasa bersalah pada Irfan. Selalu saja aku tersasul.

Dia menghela nafas.

Dia menepuk tilam di sebelah dia.

"Mari sini. Naik cepat. Duduk sebelah Ril."

Aku mendongak.

Kenapa Irfan bahasakan diri dia Ril?

Aku duduk rapat di sebelah dia.

"Ril tahu Raisa tak boleh lupakan dia."

Aku meneguk air liur. Kurang mengerti. Kenapa Irfan mahu jadi seperti Ril?

"Tapi awak bukan Ril."

Dia memegang bahu aku. Memaksa aku tatap anak mata dia. Dengan sedalamnya.

"Saya mahu jadi dia. Jadi seperti Ril."

Aku menggeleng. Tak boleh. Tiada siapa boleh gantikan tempat Ril.

"Call me Ril. I'm Irfan Syahril. Saya juga Ril..."

"Ril..."

Aku bagaikan terpukau dengan dia. Dia mahu menguji aku.

"Awak selamanya Irfan."

Dia mengeluh perlahan.

"Let me be Airil Benjamin kalau itu yang Raisa mahukan."

"Saya taknak awak jadi macam dia. Jangan cuba jadi macam dia. Jangan kelirukan saya."

"Habistu selesa panggil saya apa? Irfan? Atau Syah?"

"Irfan."

Aku menjawab laju.

"Panggil Abang la."

Abang?

"Panggil Darling pun boleh."

Aku mengetip bibir. Terasa dipermainkan.

"Abang ni tua empat tahun dari Raisa tahu?"

Aku menggeleng. Mana lah aku tahu.

"Hmm. Yela kan tak berminat nak ambil tahu."

Dia menjeling.

Irfan sebaya Along rupanya.

"Panggil Irfan jela. Pelik la nak panggil awak abang."

Dia tayang muka tak puas hati.

"Alaaa... Kenapa pulak?"

"Irfan... Sebut nama Irfan buat saya berdebar."

Aku tunduk.

Dia menarik tangan aku dan melekapkan ke dadanya.

"Cuba rasa debaran hati abang pulak."

Mak oii, kencang...

"Raisa... Abang ada banyak benda nak cakap. Tapi abang penat. Cuma abang nak Raisa tahu yang abang buat semua ni bukan kerana simpati. Bukan kerana amanat. Tapi... sebab ini yang abang rasakan."

Aku meneguk air liur.

Aku sangka jantung aku yang berdegup laju. Rupanya, dia juga begitu.

"Okay. Kalau macam tu. Nanti jela kita cakap pasal tu. Raisa pun penat. Nak rest."

Aku bangun. Mahu lari.

"Nak pergi mana?"

Aku menoleh.

"Nak mandi. Lepastu solat. Lepastu ambil angin. Lepastu tidur."

"Amboi. Kemain banyak lepastu. Temankan abang."

Aku menjongketkan kening.

"You go sleep first."

Aku nak keluar. Bersembang dengan Mama. Awal lagi ni. Baru pukul 8.30 malam.

"Alaaa... Baik tidur kat kandang kuda kalau macam ni."

Aku sengih.

"Haaa... Pergilah. Tidur sana. Goodnight, sweet dream."

Aku biarkan dia sendirian dulu. Irfan nampak terlalu penat. Tadi dia bercakap pun, matanya tertutup.

Kesian dia.
. .
. Aku merebahkan diri di atas katil. Aku lihat Irfan sudah menukar baju. Dirinya terbuai lena.

Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Awak bukan suka saya pun.

Aku merenung wajah Irfan dalam kegelapan malam yang membukat.

Tangannya melingkari pinggang aku. Dia merapatkan dirinya dengan aku. Matanya masih terpejam.

Aku hanya membiarkan.

Irfan Syahril... Nama yang sama seperti Ril.

"Pejamkan mata."

Tiba-tiba dia bersuara.

"Raisa sayang..."

Dia membuka mata. Hembusan nafas dia terasa hangat.

Tangan aku mengusap rambut dia.

"Awak sambunglah tidur."

"Macam mana abang nak tidur sedangkan sayang renung wajah abang lama-lama. Rindukan arwah Ril ke?"

Aku menggeleng.

"Tak boleh tidur. Tak mengantuk."

"Kalau macam tu kita buat sesuatu yang boleh cepat tidur."

Sukar aku menangkap maksud kata-katanya. Namun, melihat saja senyuman nakal dia, terus aku mengerti.

"Otak kotor."

Lantas aku memiat sebelah telinga dia.

"Aduh... Sakit. Tak kesian ke kat abang?"

Aku menjelirkan lidah.

"Jomlah tidur. Saya cuba lelapkan mata. Goodnight, Irfan."

Aku terus memejankan mata. Dan terlena dalam dakapan dia sehingga subuh menjelang.
. .
. "Morning sayang."

Irfan menegur aku yang sedang teliti menyusun pinggan di atas meja.

"Masak apa? Sedapnya bau."

"Masak bihun goreng dan tauhu bergedil."

"Ohh. Yang lain mana?"

Aku menjongketkan bahu.

Tanpa disuruh, Irfan tolong aku menggoreng tauhu bergedil.

Along menjengah ke dapur.

"Wah... pasangan pengantin baru memasak bersama di dapur."

Aku menjeling Along. Dengki betul.

"Hari ni kita merasa air tangan pasangan pengantin."

Along ni macam nak mengejek aku je.

"Syah, kalau nak tahu, Riss ni jarang masuk dapur. Berat tulang. Hari ni dia rajin pulak."

Hmm aku rasa nak nangis. Kantoi depan Irfan.

"Along!!!"

Mereka berdua gelak mengekek kenakan aku.

"Tapi, air tangan Riss ni sedap. Orang jarang masak tapi bila masak tiptop."

Sambung menganjing aku lagi. Sedihnya.

"Yeke, takpe lepasni Raisa kena selalu masak untuk abang."

Along yang sedang mengunyah epal hijau memandang aku.

"Abang? Nice. Panggil la Syah Darling."

Aku tahan sabar je ni.

"Anje, Honey, Sayang, Dear..."

Aku terus cubit Along. Tak patut kenakan aku depan Irfan.

"Aduh! Sakitlah, Riss."

Padan muka. Geram aku. Nasib baik kami bertiga je dalam dapur ni. Kalau tidak, mana aku nak sorokkan muka.

Pinjam kocek baju Irfan la kalau macam tu.

"Along senang hati tengok Riss happy. Tak salah la kan desakan Mama nak jodohkan Riss dengan Syah."

Irfan pandang aku.

Aku mengelak dari tatap mata dia.

Along taktahu yang aku dah banyak kali terserempak dengan Irfan. Dan ada kisah antara kami sebelum aku terima Syah.

"Alhamdulillah. Riss terima Irfan Syahril dengan seadanya."

Aku da mula rasa sebak. Aku tengok air muka Irfan masih tenang.

"Banyak lagi yang Riss tak tahu. Nanti Syah ceritakan semuanya okay."

Irfan mengangguk.

"Bihun da siap goreng. Along tolong panggilkan yang lain turun."

Aku mematikan api dapur. Segera berlalu ke tandas.

Irfan hanya memerhatikan tingkah aku.

Aku bahagia.

Dan segala rahsia yang terpuruk, aku taknak ambil tahu sangat. Yang penting, Irfan Syahril tetap ada dengan aku. Aku mahu dia stay dengan aku sampai hembusan nafas yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience