Bab 24

Romance Series 17707

Mata aku tercelik. Ada suara menyanyi di corong telinga aku.

"My dear... Bangun. Asyik tidur je."

Aku mengesat kelopak mata. Tahi mata berselepat. Ishh, buat malu je kalau Irfan tengok tahi mata aku yang banyak ni.

Irfan sedang menyanyi kecil. Mengelap rambut.

"Hmm. Saya mengantuk la."

"Lepas subuh sambung tidur. Sekarang matahari da naik tegak atas kepala. Kalau awak bangun lambat, nanti rezeki lari. Anak dara tak elok bangun lambat."

Dia mula membebel. Sama je macam Along.

"Nanti takde siapa nak kat awak tahu la."

Dia mula menakutkan aku.

"Ada je orang yang nak. Awaklah. Awak kan nak saya?"

Aku ketawa kecil. Bangkit dari perbaringan. Duduk bersandar di kepala katil. Melihat dia yang berdiri di hadapan cermin.

Serta merta dia memusingkan badan. Bibir tersenyum nakal.

"Jom. Mandi dan bersiap. Kita pergi ke satu tempat."

"Pergi ke mana?"

"Pergi ke dalam hati saya."

Dia terus tergelak besar. Aku menarik muka masam.

"Nakal. Awak belajar mengusik daripada Along la kan? Saja je nak buat saya naik hangin."

"Tak. Saya memang begini. Ni baru sikit je yang awak nampak. Nanti awak akan nampak the real me."

"Ala, malas la nak keluar. Kita rest dalam bilik jela. Kata nak honeymoon."

Kaki aku malas nak melangkah jauh. Hari ni rasa nak tidur je.

"Saya dukung karang nak?"

Aku mengangguk selamba. Aishh, dah kenapa tiba-tiba harini nak bermanja?

Kau ni gila la, Raisa.

"Kalau nak honeymoon waktu malam. Siang kita kena la jalan-jalan. Relaks, baru dua hari. Ada masa lima hari lagi nak buat anak."

Eeeiii.... Selamba je cakap macam tu. Malu la.

Aku bangun. Menghentak kaki.

"Irfan Syahril, kalau nak sangat buat anak, awak jela yang pregnant. Duduk kat tempat saya baru awak tahu macam mana jadi saya."

Aku menjeling kasar sebelum masuk ke dalam bilik air.

Suka nak main-mainkan aku. Geramnya!

"Marah pulak. Saya gurau jela. Sorry."

Kedengaran suara dia membalas sayup-sayup.

Malas aku nak layan. Terus aku membuka pili air. Tenggelam dalam kenangan lama.
. .
. "Raisa..."

"Iya."

Aku memandang Airil yang dari tadi melayan lamunan.

"Saya ada soalan nak tanya."

Aku melabuhkan punggung di sebelah Airil.

Dia masih menghalakan pandangan ke arah langit.

"Okay. Awak nak tanya pasal apa? Pasal subjek ke? Nak tiru homework saya?"

"Bukan. Soalan ni agak berbeza."

"Then?"

"Awak nak kahwin dengan lelaki yang macam mana?"

Gulp.

Kenapa Airil bertanyakan aku soalan yang begini?

Aku pura-pura gelak.

"Entahlah. Tapi saya nak suami yang seperti awak. Ada masa kelakar. Ada masa serius. Ada masa manja."

"Yeke?"

Dia tiba-tiba senyum.

"Nak ke awak kahwin dengan lelaki macam saya? Pandangan awak kat saya boleh berubah. Hari ini mungkin awak boleh suka. Lepas sepuluh tahun, awak akan membenci saya."

"Ril, kenapa cakap macam tu? Awak anggap saya ni kawan je kan? Jadilah kawan saya yang paling rapat dan baik."

Aku menahan debar di hati. Cuba sembunyikan rasa hati yang paling dalam.

"Saya ikut awak. Kalau awak anggap saya kawan. Then, kita kawan jela."

Dia melarikan pandangan.

Sukar aku nak tebak hati dia yang sebenar. Kata-kata yang diucapkan kadangkala tidak seiring dengan apa yang ada dalam hati.

"Saya suka lelaki yang baik. Kelakar. Manja. Dan yang paling penting, memahami saya dan takkan buat saya bersedih."

"Ohh. Kalau macam tu, saya memang tak layak jadi pasangan awak sebab suatu hari nanti awak akan bersedih kerana saya."

"Airil, kita ni muda lagi. Baru 17 tahun. Saya ni kan bukan perempuan di mata awak."

"Iya. Awak akan jumpa lelaki yang baik. Yang boleh jaga awak, Raisa."

Aku faham. Airil tidak pernah menganggap aku lebih. Tapi masih melayan aku dengan baik.

Itu pemikiran aku di kala itu. Tidak sangka, Airil menyimpan perasaan pada aku dalam diam.

"Raisa... Lamanya mandi."

Pintu bilik air diketuk kuat. Baru aku tersedar dari lamunan yang panjang. Kelopak mata jadi hangat. Teringat semula kata-kata Airil semasa kami melepak di atas bukit.

Kata-kata dia yang sudah menjadi kenyataan.

"Kejap lagi saya keluar."

Segera aku membersihkan diri. Tidak mahu Irfan menunggu lama.
. .
. "Kita nak pergi mana ni?"

Tangan aku ditarik untuk naik ke atas bot.

"Pulau."

Sepatah saja Irfan menjawab pertanyaan aku.

Life jacket diserahkan pada aku.

"Untuk apa?"

Aku pun satu. Asyik bertanya je. Pasti dia akan rasa rimas.

"Nak cari kerang."

Aku tahu dia dah mula rasa bengang.

Sepanjang di atas bot, dia mengelamun jauh. Irfan merajuk lagi ke? Dia asyik terasa je dengan aku.

"Awak..."

Aku mencuit dagu dia.

"Marah ke? Saya tanya je tadi. Sorry. Actually, saya nak kena faham apa yang awak nak."

"Taklah. Terasa je. Bukannya saya nak apa-apakan awak. Saya cuma nak ajak awak berjalan je. Spend time with me. Two of us."

Aku menunduk.

"Okay. Saya akan ikut je ke mana awak nak bawa saya."

Aku mengukir senyuman. Manis untuk Irfan.

"Raisa ingat tak pulau yang kita nak pergi ni?"

Aku memandang sekeliling. Lalu angguk.

"Ingat. Masa tu kita naik bot sama-sama. Saya dengan Lieya. Awak dengan geng awak. Tapikan, masa tu Irfan yang di depan saya ni pendiam sangat. Nak dengar suara awak susah. Awak hanya bercakap bila perlu. Dan kita hanya saling berpandangan mata."

Irfan senyum. Aku melentokkan kepala di atas bahu dia.

"Hati saya masa tu rasa sedih sangat. Seolah Airil saya masih hidup. Sedaya upaya saya tahan nangis. Taknak awak bertanya lebih."

Mata aku kini berkaca.

Dia mengelus tudung aku.

"Masa tu sebenarnya awak dah mula tertarik pada saya kan?"

Aku tidak tahu. Ada sesuatu menarik pandangan aku terhadap Irfan. Yang tiada pada Airil tetapi ada pada dia.

"Sayang... Saya taknak awak bersedih lagi. Saya kan ada. Dia yang sudah tiada, tapi saya masih ada. Dan saya percaya awak juga cintakan saya, Raisa. Cintakan Irfan Syahril. Bukan Airil Benjamin lagi."

Aku mengangkat kepala. Menatap mata dia.

"Airil Benjamin kisah silam saya. Saya juga mahu menanti bahagia dengan awak, Irfan."

"Okay. Dahlah. Janganlah nangis. I'm here."

Dia mengesat air mata aku.

"Kalau Raisa masih susah nak lupakan dia, saya ada. Saya boleh jadi pengganti dia. Awak boleh panggil saya Ril. Takpe. Saya sudi jadi Airil untuk Nur Raisa Asyikin."

Suaranya juga bergetar. Sama seperti aku.

Tiada kata-kata yang mampu aku balas. Adakah aku sedang kecewakan dia? Mana bisa aku menyamakan dengan lelaki yang sudah meninggalkan aku.

Dia mendakap aku erat. Dan aku rasa tersangat selamat dalam dakapan dia. Hangat tetapi menenangkan.
. .
. Berada di pulau ini mengingatkan aku sewaktu pertama kali mengenali Irfan.

"Ala, penatlah nak panjat bukit."

Aku merungut.

"Kata suka pemandangan cantik. Jomlah naik, sayang."

Mendengar dia memanggil aku sayang terus rasa bersemangat.

"Yela. Yela. Karang ada orang tu merajuk pulak lagi."

"Hmm tahu pun."

Dia mencapai tangan aku dan kami mendaki bukit sehingga ke puncak.

"Penat ke, sayang?"

Aku mengangguk laju.

Dia membuka penutup botol air. Bibirnya terkumat kamit membaca potongan ayat.

"Nah. Minum air ni. Sebelum tu jangan lupa selawat. Nanti okaylah tu. Hilang semua mengah."

Aku buat seperti yang disuruh. Alhamdulillah. Makin rasa lega.

"Irfan, saya nak tanya awak sikit boleh?"

"Tanya banyak pun takpe. Saya lagi suka awak nak tahu pasal saya."

"Kenapa awak pilih jadi doktor? Memang cita-cita awak dari dulu ke?"

"Tak. Cita-cita saya nak jadi pilot."

Eh? Lari pulak cita-cita dia.

"Kenapa tak jadi pilot?"

"Sebab ayah saya. Ayah saya lebih suka saya jadi doktor. Merawat orang sakit. Berbanding jadi pilot yang terbang ke sini."

"Awak tak sedih ke terpaksa lepaskan cita-cita?"

"Tak. Saya gembira je jadi doktor perubatan. Dan, bila saya rawat orang sakit, saya suka tengok senyuman orang yang saya rawat. Tidak semestinya apa yang kita mahukan akan tercapai."

"Apa perasaan awak bila orang yang awak rawat pergi?"

Dia menunduk.

"Redha. Tapi sakit juga sebenarnya, can you imagine, bila orang sakit tiada harapan untuk sembuh, separuh hati saya juga kecewa. Sebab tidak dapat menyelamatkan orang."

Baru aku faham.

"Apa perasaan awak bila Airil pergi? Awak tak dapat selamatkan dia. Tak dapat sembuhkan dia, Irfan."

"Sejujurnya, saya sedih. Tidak dapat menyelamatkan dia. Orang yang awak paling cinta. Tapi, mati itu pasti. Ajal maut itu ketentuan."

"Iya. Ketentuan. Kerana takdir dan jodoh kita bertemu, Irfan Syahril."

Aku senyum.

Baru aku mengerti apa yang berlaku sudah direncanakan. Allah takkan uji hambanya tanpa sebab.

Everything happens for a reason.

"Saya dah berjanji dengan dia, akan jaga awak dengan sebaiknya. Lindungi awak selagi terdaya."

"Macam mana pula perasaan awak pada saya? Apa sebenarnya yang awak rasa, Irfan?"

Dia melarikan pandangan.

Irfan tidak cintakan aku ke?

Dia melihat jam tangan.

"Dah setengah jam kita kat atas ni. Jom kita turun, sayang."

Aku mahu mendengar pengakuan daripada dia. Mulut dia sendiri.

"Susah sangat ke nak jawab?"

"Raisa... Saya nak bawa awak pergi tempat lain pulak. Jom."

Aku mengeluh.

Irfan...

Kenapa? Kenapa mengelak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience