Bab 28

Romance Series 17707

Kiranya dulu aku pernah terluka,
Dalam bahagia hatiku terseksa,
Dalam ceria aku sebenarnya gerhana.

Hadirnya kau dalam hidupku,
Membawakan sinar baru,
Dan kini rinduku sering datang untuk bertemu.

Pemandangan matahari terbenam di atas Bukit Bendera ini sangat mendamaikan hati.

Irfan berdiri di sisi aku. Memandang aku lama sambil tersenyum.

"Menungkan apa tu, Raisa? I'm here."

I'm here...

Aku selalu terdengar ayat itu di mana saja aku berada.

Irfan follow aku ke selama ni?

Aku balas senyuman dia.

"Saya suka datang ke sini. Tenang dan mendamaikan."

Irfan menjenguk ke curam bawah. Dia memejamkan sebelah mata.

Aku menyimpul senyum.

"Abang takut tempat tinggi ke? Gayat?"

Wajah dia memerah menahan malu. Ala comelnya.

"Mana ada. Abang suka je tempat tinggi."

Yela tu. Haha.

"Kalau macam tu, bolehlah saya bawa abang ke tempat bungee jumping."

Dia ternganga. Matanya membulat.

"Bung... Bungee Jumping?"

"Yes."

Dia meneguk air liur.

"Tempat tinggi yang kena terjun macam nak bunuh diri tu?"

"Yes."

"Seriuslah?"

"Pernah ke saya bergurau tak kena tempat?"

Persoalannya aku balas dengan soalan. Dia terdiam membisu.

"Kat Komtar. Esok kita pergi. Atau abang berminat aktiviti seperti Flying Fox?"

Sengaja aku menyakat dia.

"Raisa, abang ni doktor tau. Kerja abang merawat pesakit. Bukan kena serapkan sakit jantung ke dalam diri sendiri."

"Kata tadi tak takut?"

Aku mula mencabar dia.

"Then, prove it to me!"

"If you are not Airil and don't wanna be like him, just prove it to me."

Itu je permintaan aku. Susah sangat ke nak ikutkan?

"Raisa... Kita datang nak merehatkan minda. Lari dari semua orang kadangkala bukan jalan terbaik."

Lari daripada Along je.

"Kalau taknak takpela. Saya boleh pergi sorang. Abang duduk je kat hotel tu, buat tahi mata."

Geramnya. Macamlah aku ajak dia pergi mati sama-sama.

"Raisa..."

Dia mengait lengan aku tapi pantas aku menarik.

"Sudahlah. Tak nak sudah."

Menarik orang berminat dalam hobi kita bukan perkara mudah. Aku tahu Irfan tak berminat nak tahu, nak kenal aku.

Takpela, aku akan habiskan baca diari tu jugak.

"Okay. Abang nak join."

Muka dia separuh rela. Dan menahan keluhan.

"Terpaksa je kan?"

"Taklah. Abang okay je."

Aku tahu. Dia cuba ambil hati aku.

"Kita pergi sana esok."

Mata aku mula bersinar. Bestnya.

"Yeay."

Senyuman dia pudar. Tidak semanis tadi.

Agaknya dia malas nak layan rajuk aku. Ala, aku sengaja je nak dia pujuk. Nak merajuk manja-manja.

Dia termenung seolah fikirkan sesuatu.

"Irfan..."

"Saya ada soalan nak tanya."

Mata kami bertatapan.

"Apa dia?"

"Abang takkan marah kalau saya tanya?"

Soalannya dibalas soalan. Aku risau. Risau dia berjauh hati.

Aku tarik nafas. Aku duduk bersila di tepi tiang. Mata menghala ke curam yang dipenuhi kehijauan alam.

"Irfan Syahril, atas sebab apa abang nak kahwin dengan saya?"

Dia melarikan pandangan. See... Habit dia memang macam tu. Suka buat aku jadi tertanya.

"Maaf. Abang tak ready nak jawab soalan tu sekarang."

Kening aku berkerut. Bila aku boleh dengar luahan isi hati dia?

"Kerana janji abang pada Airil?"

Aku mahu tahu. Siapa aku di dalam hati dia.

"Raisa... Kita cakap hal ni lain kali boleh tak? Abang tak tahu nak jawab apa."

What? Tak tahu?

Kenapa setiap kali aku mahu tahu dia akan hentikan semua persoalan aku? Sampai bila aku harus menunggu?

Dia pegang tangan aku.

"Abang janji... Nanti Raisa tahu."

Dia bawa aku ke dalam pelukan.

"Sekarang, kita tatap langit yang indah. Bukan senang nak hayati keindahan alam di waktu senja begini."

Aku menatap anak matanya lama. Mata aku mula berkaca. Air jernih bakal tumpah.

"Jangan nangis. Abang taknak sayang nangis."

Dia menahan air mata aku dari jatuh. Dada aku berdebar. Perasaan ini lagi indah dari perasaan aku pada Airil.

Tapi yang paling sakit aku terpaksa sembunyikan semua rasa yang aku ada. Senyuman kami memekar dari bibir.

"Iya. Senyuman ini yang abang nak."

"Bila tiba masanya Raisa akan tahu. Abang taknak sembunyikan apa-apa. Tapi biarlah Allah yang tentukan. Yang penting abang takkan tinggalkan Raisa. Abang janji."

Aku rasa bahagia mendengar dia bicara begitu.

This is the best moment in my life that I'll never forget.

Irfan Syahril...
I want to share every moment in my life with you... The good and bad.
I want to cry on your shoulder when I sad.
I want to laugh sitting beside you.
You are the love in my life.

Dan kami menatap langit senja yang indah seolah dunia ini hanya milik kami berdua.
. .
. Tiada rezeki untuk aku. Tiada Bungee Jumping seperti yang aku inginkan. Permainan itu dihentikan buat sementara waktu atas faktor keselamatan.

Aku mengerling Irfan. Jelas riak wajahnya yang lega kerana tidak perlu 'terjun bunuh diri' bersama aku.

Ala, tak romantiknya. Takde thrill. Ish, masa ni la kau nak renovate bangunan Komtar setinggi 65 tingkat ni.

"Sayang... No Bungee Jumping."

Ceria je wajahnya tiba-tiba. Mendung sudah kembali cerah.

"Dah tu?"

"Takde apa kat sini. Jom balik."

"Irfan Syahril, saya bangun awal pagi dengan penuh semangat nak ke sini pastu abang nak balik je. Boringlah."

Aku sudah berpeluk tubuh. Membelakangi dia.

"Kita pergi tempat lain la. Pergi muzium. Makan-makan. Atau tempat yang lagi menyeronokkan."

Aku menggeleng laju.

"Taknak la balik."

"Okay okay. Dahtu kita nak buat apa kat sini?"

Yes. Soalan yang bagus.

"Bungee jumping takde. The Gravityz ada."

Senyuman ceria Irfan mula layu kembali. Aku tahu dia tidak rela.

"The Gravityz?"

Aku angguk.

"Tapi kita berada pada ketinggian 239 meter. Selamat ke nak teruskan game kat sini? Dengan angin bertiup kencang. Game tu kena habiskan semua challenge."

Nada suaranya mula mendung semacam.

"Abang gayat kan? Tapi taknak mengaku. Ala, ni baru 5 percent je ekstrem. Nanti saya nak ajak abang pergi Escape pulak. Dalam tu lagi ada macam-macam."

Dia diam.

"Please... Temankan saya. Kita takut sama-sama. Boleh?"

Wajahnya seakan berat hati.

"Abang nak buat semua tapi..."

Kata-katanya terhenti di situ.

"Abang tak seberani Raisa."

Aku terus mengucup pipinya. Cup.

Erk?

"Saya bagi abang aura semangat. Saya transfer separuh tenaga kat abang."

"Wah... Okay. Abang cuba. Hahaha."

Pipi aku dicubit lembut.

Macam ni lah suami aku. Berani. Hehehe. Jangan terkencing dalam seluar sudah.

2 jam kemudian...

Aku lihat wajahnya pucat. Aku hulurkan air mineral. Peluh yang memercik di dahinya aku lap dengan hujung shawl.

"Abang okay tak ni?"

Dia memandang aku tajam.

"Kenapa pandang macam tu?"

Aku tunduk. Dia marah ke?

"Siaplah sayang malam ni. Abang akan balas dendam dengan cara lain."

Gulp. Ayat dia seram semacam. Habislah aku malam ni. Dia buat senyuman setan.

"Abang jangan nak macam-macam eh."

Bukan boleh percaya dengan Irfan ni.

"Tadi muka relaks je."

Walaupun aku nampak jelas wajahnya yang agak sedikit cuak, dia kelihatan tenang di depan mata aku.

"Kena la cover di depan orang ramai."

Dia meneguk air mineral dengan rakus. Tanda sedang protes aku la tu.

"Eleh. Lain kali abang tu mengaku jela gayat kan senang."

Tak payahlah nak sentap dengan aku. Hmm.

"Abang marah ke?"

Aku meletakkan tangan aku ke dada dia. Mahu dia meredakan amarah.

Aku buka jalan untuk dia memeluk pinggang aku dengan erat.

"Abang... Behave... Nanti orang nampak."

"Biarlah."

"Jangan. Saya ni perempuan bertudung. Nanti kena cop gatal depan public."

"Hahaha. Malu?"

Aku mengangguk. Mendongak memandang dia.

"Okay. Abang nak denda malam ni. Urutkan badan abang. Nanti mesti sakit urat-urat badan."

"Oh boleh je."

Ingatkan apa la tadi. Hahaha. Sabar jela.

Aku merangkul lengan dia.

"Jom."

"Pergi mana pulak ni, sayang?"

"Escape..."

Aku dah lama mengidam nak Flying Fox.

"Flying Fox. Dan banyak lagi game ekstrem."

Dia mengeluh.

"Again?"

"Yes."

"Tapi abang penat la."

"My request."

"Hmm. Okaylah."

Kesian Irfan. Hari ini aku asyik seret dia ke tempat permainan yang aku suka.

"Love you..."

Bisikku perlahan di telinga dia. Dan dia menjawab tanpa kata tapi cukup jelas dengan senyuman lebar.

Terima kasih, Irfan. Kerana ikutkan saja semua kehendak saya. Saya gembira sangat berada di sisi awak.

Aku si Raisa yang tidak lagi kekok meluahkan rasa cinta. Mahu saja aku jerit pada dunia yang aku mencintai dia dengan sepenuh hati...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience