Bab 27

Romance Series 17707

Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kita nak lari pergi mana? Biar jela Along tu. Nanti balik rumah kena hadap dia jugak."

Aku memandang tajam ke arah Irfan.

No way! Aku taknak Along menganggu waktu honeymoon aku.

"Taknak. Abang tak kenal lagi perangai Along tu macam mana. Nanti dia lagi 'menganjing' saya."

"But, he's on the way. Coming here."

"Biarlah kalau dalam perjalanan sekalipun. Kita lari daripada dia."

Bibir aku mengukir senyum. Otak mula merangka sesuatu.

Irfan melihat aku dengan kerutan di dahi.

Aku menarik luggage. Membuka zip dan mula menyusun atur baju di dalamnya.

"Meh sini saya lipatkan baju abang."

Irfan hanya memerhatikan tingkah aku. Yang pasti aku mahu lari daripada Along.

Spoil my mood.

Beberapa minit kemudian, aku siap berkemas. Dan memakai tudung tanda mahu meninggalkan ruang bilik.

"Let's check out. Jom."

Irfan hanya diam dari tadi. Pasti dia tidak menyangka tindakan aku ni kadang-kadang memeningkan kepala.

Aku menggapai tangan Irfan. Dia hanya ikut aku tanpa banyak bicara.

Setiba di lobi, aku memandang Irfan yang leka bermain telefon bimbit di tangan.

Macam tak excited nak lari dengan aku je.

Kaki diatur menuju ke kaunter reception. Kunci dipulangkan ke tangan staf hotel.

Aku memandang Irfan yang dari tadi mendiamkan diri.

"Abang..."

Aku menyapanya lembut.

"Jom."

"Kita nak pergi mana?"

"Ala ikut jela. Banyak songeh la."

"Tanya pun salah ke?"

"Kita pergi tempat lagi privacy nak?"

Aku cuba memancing dia. Irfan mendongak memandang aku.

Senyuman terukir di bibir dia.

Oh oh, umpan sudah mengena.

"Abang ada bawak cash lebih kan?"

Irfan mengangguk.

"Saya pinjam duit abang dulu tau. Duit saya tak cukup untuk kita lari. Nanti kalau singgah mana-mana bank, saya cucuk duit."

Aku mengelus pipi Irfan.

"Trust me. Saya bawa abang ke tempat yang lagi menyeronokkan. Ikut rentak saya pulak."

Aku dah kenal diri dia sedikit demi sedikit dan tahu apa kesukaan dia. Sekarang, tiba masanya dia kenal diri aku yang sebenar pula.

"I'd like to spend time with you, Irfan. Dan tempat yang saya nak bawak ni mesti abang akan lagi suka."

Aku tersenyum nakal.

Irfan memandang aku tanpa riak. Seketika, dia tiba-tiba ketawa.

Pipi aku dicubit.

"Raisa ni kelakar sebenarnya. Kuat menangis tapi juga suka buat lawak. Hahahahahahaha. Menggelabah teruk bila Along nak datang sini."

Aku mengigit bibir.

"Tapi, abang memang tak sabar nak lari. Barulah mencabar kan? Rasa kesian pulak kat Along bila dia tak sabar nak datang sini cari kita, tengok-tengok kita takde kat sini dah."

"Takpela, biar kita 'ajar' dia sikit. Dia patut tahu hormatkan privacy orang lain. This is our honeymoon. Tiada siapa boleh ganggu waktu kita berdua."

Teringat Along aku jadi geram. Biar dia rasakan yang aku ni dah besar. Dan tahu kawal hidup aku sendiri.
. .
. Orang kalau nak melarikan diri biasanya dalam televisyen takkan bawa beg luggage besar gedabak macam ni. Ni aku macam nak pergi bercuti ke luar negara pula.

Hahaha. Nasiblah labu!

Ala lagipun ni kan dalam mood honeymoon.

Irfan kelihatan begitu letih. Kesian dia. Tak patut aku seret dia ke sana sini.

Aku memandang jam tangan. Baru pukul 3 pagi.

Nak tunggu feri dalam pukul 7 pagi.

Terpaksa merempat dekat hentian train. Lama lagi kena menunggu. Suasana sekeliling aku pandang sekilas. Tidak begitu ramai orang. Yela, di waktu begini siapa je yang sanggup nak menunggu feri.

Aku mencuri pandang ke arah Irfan yang tunduk memejamkan mata.

Ala comelnya dia tidur macam tu.

Dari mata, hidung hingga ke bibir aku perhatikan semuanya. Sama. 99 percent sama macam Airil. Tapi bibir Irfan agak mungil.

Aku telan air liur.

Ishh, Raisa. Ni tempat public. Kau sabarlah sikit kalau nak terkam bibir orang.

Aku menguap. Mengantuknya.

Kepala aku dilentokkan ke atas bahunya yang tegap. Macam ni baru boleh lena tidur. Hati aku semakin membuai di sisi Irfan.

Irfan yang merasakan ada sesuatu memberat di bahu kirinya terus membuka mata.

Dia mengusap tudung Raisa. Lena pulak tidur di atas bahu aku. So cute...

Bibirnya mengukir senyum. Dia rasa bahagia dengan Raisa. Bertuah sungguh dapat memiliki Raisa.

Namun, kalau Raisa tahu apa yang dia rahsiakan, bolehkah Raisa menerimanya dengan hati yang terbuka?

Rahsia itu... Dadanya terasa sesak mahu menyimpan rahsia lagi. Raisa harus menghabiskan pembacaan diari Ril.

Buat masa sekarang, dia mahu ikutkan saja kemahuan Raisa. Biarlah masa yang menentukan.

Irfan memejamkan matanya semula. Moment begini bukan selalu terjadi.

Azan subuh berkumandang. Aku terus tersedar. Memandang Irfan yang berada di sisi.

"Abang..."

Aku berbisik di telinga Irfan.

"Dah subuh. Abang nak pergi solat dulu tak? Biar saya jagakan beg."

Irfan menggosok pelupuk matanya perlahan.

"Okay. Abang pergi dulu. Kita bergilir."

Aku mengangguk. Melihat Irfan yang berlalu pergi ke surau.

10 minit kemudian dia kembali.

"Abang dah solat. Pergilah cepat. Nanti kita nak kena tunggu feri datang pula."

Aku mengangguk. Jam sudah 6.15 pagi. Aku kena segera solat dan berada di tempat menunggu feri sebelum jam 7 pagi. Langkah kaki aku atur laju. Mahu menghadap Tuhan yang satu.
. .
. Aku menghirup udara pagi yang segar dan mendamaikan.

Kami sudah berjaya menyeberangi lautan. Kini kedua kaki aku berjaya menjejakkan kaki ke bandar Georgetown.

Pulau Pinang.

Siapa yang bencikan Penang? I love Penang so much...

Senyuman aku makin melebar.

Irfan memandang aku pelik. Agaknya dia naik hairan mengapa aku masih tidak berhenti senyum.

"Sayang... Why you look so... Happy?"

Aku tergelak kecil.

"Sorry la. Bawak abang lari ke Penang je. Ni je yang mampu. Nak terbang pergi jauh-jauh rasa tak larat nak main au cak dengan Along."

Irfan juga ketawa melihat keletah aku.

"Baru abang tahu yang Raisa ni sebenarnya... Gila..."

Iya. Aku si Raisa yang gila. Melarikan diri bersama suami hanya kerana tidak mahu privacy diganggu Along.

"Saya rasa Along tu kan, sesuai jadi 'Along' pemungut hutang. Suka sangat kejar hidup adik dia ni. Saya bukan Along, saya cuma mahu tolong."

Aku mengajuk iklan pinjaman wang seperti di dalam televisyen.

Irfan bantai gelak lagi.

"Agak-agak kan Along dah sampai sana ke?"

Pertanyaan Irfan aku biar sepi. Bahu cuma diangkat.

Lantaklah.

Aku cuma mahu bergembira dengan Irfan. Tidak mahu bersedih lagi.

"Memandangkan kita kat sini, abang nak drive atau nak naik bas?"

"Sini ada perkhidmatan kereta sewa ke?"

"Ada. Tapi saya rasa lagi seronok kalau kita naik bas. Dapat tengok pemandangan tanpa memandu sendiri. Abang jangan risau, nanti boleh je saya call orang yang in charge kereta. Anytime dia boleh hantarkan kereta sewa untuk kita."

Irfan mengangguk tanda faham.

"Abang tak pernah datang Penang ke?"

Irfan menggeleng. Mulut aku sudah melopong.

"Kesian abang. Asyik menghadap patient je."

"Okay. Takpe. So, this is gonna be exciting. You know what, Penang memang tempat saya larikan diri. Serius tau. Tak tipu."

Sini adalah tempat pelarian aku yang kedua. Kalau aku rasa sedih dan stress aku akan lari ke sini. Selain bukit, sini tempat aku menghiburkan diri dan menenangkan hati.

"Dan untuk pengetahuan abang, tempat ni juga mampu buatkan abang jatuh cinta pada saya. Kita tengok nanti hati Irfan Syahril sekeras besi ataupun tidak."

Sejurus berkata begitu, aku terus berjalan meninggalkan dia yang termangu dengan kata-kata aku.

Kita tengok nanti... Who's gonna be fall? Hati kau besi sangat kan taknak mengaku. Okay.
. .
. Aku mencapai bathrobe dan menyarungkannya. Rambut dililitkan dengan tuala supaya mudah kering.

Pintu balkoni dibuka. Menghampiri dia yang sedang bercakap di telefon.

Melihat aku yang mendekati dia, dia menunjukkan sesuatu di skrin telefon.

Gulp. Iqbal Haikal.

"He's wanna talk to you."

Irfan sedang buat video call rupanya. Wajah Along menerpa ruang mata aku.

"Kenapa abang angkat call dia?"

"Kesian."

Aku melepaskan keluhan.

"Riss, mana kau pergi dik? Along dah sampai sini kau pulak takde."

Aku nampak Tisya dan Kak Aisyah dalam video. Aku melambaikan tangan kepada mereka.

"My dear Iqbal Haikal, Riss dalam honeymoon mode. Jangan ganggu kami."

Alahai abang aku yang satu ni, ishh menyibuk betul.

Kedengaran gelak tawa dari mulut Along.

"Sya, tengok ni Riss takut kita ganggu privacy dia. Macamlah kita nak tidur sebilik dengan dia."

Aku menjeling geram.

"Kitorang datang sebab nak merehatkan minda, dah alang-alang nak bercuti tu yang nak pergi ke tempat sama. Salah ke?"

Memang salah. Aku sedia maklum perangai Along ni macam mana. Sangat menyayangi aku, kuat mengusik dan over protective.

"Yela. Yela. Takpela. Ada adik pun dah tak sayangkan abangnya lagi. Mentang-mentang dah ada cinta hati."

Tengok tu. Saja kenakan lagi. Grrr. Along ni kan.

"Korang kat mana sebenarnya ni? Boleh Along datang melawat."

Aku memandang Irfan. Melarang dia beritahu. Berharap sangat dia tidak sekepala dengan Along.

"Bal, kitorang kena gerak dah ni. Nanti kita sembang lagi. Kau janganlah ganggu kami. Bagi la chance kat aku dengan Raisa berduaan and getting know each other."

"Wei aku tak kata pun nak ganggu..."

Click. Telefon dimatikan.

Selepas Irfan bersuara, talian dia terus matikan.

Peh lega.

"Thank you, abang. Sebab memahami saya."

"Abang pun tak suka diganggu. Melampau jugaklah Along ni. Abang nak tutup phone ni terus la. Biar dia tak dapat contact kita."

Aku senyum riang. Yeay.

Now, it's time for two of us spend time together without any disturbance.

Dan kami berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Menikmati suasana malam tanpa kata-kata...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience