Bab 38

Romance Series 17712

Along datang melawat aku ditemani Tisya. Berdua je ke? Mana Raisa? Dah dua hari aku tak nampak wajah dia.

"Hai bro... Feeling better?"

Aku mengangguk.

Masih tidak puas hati Raisa tiada di depan mata. Mungkin Raisa datang sini lambat kot.

"Hari ni aku bawakan kau sup ayam dan daging blackpepper. Sedap wei. Raisa masak."

Aku nak tengok wajah Raisa.

"Dia mana?"

Along pandang aku pelik.

"Dia?"

"Kenapa Raisa tak datang?"

Along mengeluarkan mangkuk tingkat. Buat-buat tidak dengar.

"I'm talking to you."

"Entah."

Entah? Takkanlah adik sendiri pun tak tahu kat mana.

"Is she okay?"

Lepas Raisa tinggalkan aku dengan Dr. Ita tempoh hari, terus tak muncul bayang dia. Raisa dah mula bencikan aku ke?

Along mengangkat bahu. Tanda tak mahu masuk campur.

"Uncle Syah..."

Tisya menghampiri aku.

"Hai baby Tisya."

Aku mengelus rambut Tisya.

"Where's your Auntie Riss?"

Sengaja aku bertanya pada si kecil. Mahu mengorek rahsia.

Tisya mengangkat bahu. Ish, jawapan sama. Diorang ni berpakat ke taknak bagitahu aku?

I want Raisa right now.

"Dia marahkan aku ke?"

Along menghulurkan pinggan. Aku tiada selera mahu makan jika tiada Raisa di depan mata.

"Aku tak tahu. Dia suruh aku yang datang sini temankan kau."

Aku menolak pinggan perlahan.

"Taknak makan."

Aku jadi merajuk.

Along mengeluh perlahan.

"Selagi mangkuk tingkat ni tak licin, aku tak boleh balik rumah."

"Kau jela yang makan, Along."

"Dia nak bukti kau makan. Takkan aku nak tipu dia."

"Mehlah aku suapkan kau."

Eh, Along ni. Bukan itu maksud aku.

Laju aku menggeleng. Dua hari tak nampak wajah Raisa, hati aku rasa rindu.

Aku sedar aku banyak sakitkan hati Raisa. Aku salah. Aku melayan dia dingin. Aku lakukan semua tu semata mahu menarik perhatian dia. Tapi lain pula jadinya.

"Demi Raisa... Makan. Aku taknak dia kecik hati."

Wajah aku monyok.

Aku menyambut pinggan yang berisi nasi. Raisa masak untuk aku. Aku tahu Raisa masih sayangkan aku. Tapi, bila dia tak datang, seakan tidak sudi untuk melihat wajah aku lagi.

Along tahan senyum.

Perlahan aku mengunyah. Sedap. Ya Allah, aku rindukan dia.

"Hah, good boy."

Along menepuk bahu aku.

"Tolong aku boleh tak, bro?"

Along mengangkat kening.

"Tell her to come here."

"Dah dua hari aku tak berbual dengan Raisa. Dia macam murung. Dan menjauhkan diri daripada kami."

Aku tak faham.

"Kau buat apa sampai sakitkan hati dia? Raisa kalau start merajuk, memang susah nak pujuk hati dia. She's very stubborn."

Raisa memang degil. Tahap kedegilan yang super keras kepala.

"Mungkin dia merajuk dengan aku. Aku layan dia acuh tak acuh."

Aku menunduk. But, I miss her so much. Maafkan Abang.

"Tengoklah. Nanti aku slow talk dengan dia."

Macam mana nak pujuk dia datang sini temankan aku? Nak call? WhatsApp?

Aku ni bab pujuk perempuan tak pandai. Masih tersekat kat skala dua.

Raisa... Datang la sini. Abang rindu sangat dekat Raisa. Abang janji takkan bermasam muka. Takkan buat Raisa menangis lagi.
. .
. Aku sedang bermain air dengan kaki di kolam renang.

Along dah pulang. Tisya datang meluru ke arah aku.

"Auntie..."

Aku mendepakan tangan.

"Uncle Syah Tisya macam mana? Okay?"

Tisya menggeleng. Lalu menunjukkan ibu jari ke bawah.

Along menghampiri aku.

"Along dah buat apa yang kau suruh. Plan kita berjaya."

Aku mengeluh.

"Tak rasa kita ni kejam ke, Along?"

"Tak. Kau suffer tiga bulan, dik. Dia tu ego. Baru tak nampak kau dua hari dah menggelabah."

Aku pun rindukan Irfan.

"Dia ada cakap pape ke?"

"Ada. Dia suruh kau datang sana."

Memang aku nak. Tapi... Aku nak duga dia.

"Suruh la Dr. Ita temankan."

Suara aku keras.

"Dr. Ita bukan ada pape dengan dia."

Kalau skandal sekalipun, mana ada orang nak mengaku.

"Riss ni kuat cemburu."

Along mengejek aku.

Memang aku cemburu. So, what?

"Kesian Syah. Tak pasal je nanti sakit rindu."

Biarkan. Baru dia tahu rasa rindu yang menjeruk tu macam mana. Biar aku ajar rasa rindu yang tak bertepi.
. .
. Aku rasa aku perlu tenangkan diri. Pergi bercuti. Habiskan baca diari di tempat yang tenang.

"Riss..."

Along dari tadi melihat aku menyusun baju ke dalam luggage.

"Iya."

"Nak pergi jugak ke?"

Aku mengangguk.

"Syah macam mana?"

Aku pandang Along.

"Jagakan dia untuk Riss."

"Kalau dia tanya macam-macam, apa Along nak jawab?"

"Jawab jela pape."

"Menyesal Along bagi plan macam tu. Tak sangka Riss nak merajuk lama macam ni."

Aku pun ada hati dan perasaan. Bukan sewenangnya perlakukan aku macam ni. Tak boleh ke dia hargai layanan aku ni?

Salahkah aku sayangkan dia? Kalau salah, mungkin dia tak perlukan aku lagi.

"Riss bukan nak tinggalkan dia. Riss cuma nak tenangkan diri. Along tak faham perasaan Riss."

"Along faham. Tapi, lari bukan jalan penyelesaian. Dia tengah sakit."

"Dia dah makin sembuh. Thanks to Dr. Ita."

Aku memintas kata-kata Along.

"Along tak tahu la macam mana nak pujuk kau lagi."

Along mengeluh berat.

"Riss pergi tak lama. Dan... Riss takkan tinggalkan dia. Riss cuma nak beri dia ruang."

"Pergi mana?"

Aku diam. Along tak sepatutnya tahu.

"None of your business."

"I'm so worry."

Aku tergelak kecil.

"I'm a big girl. Riss bukan budak kecik lagi. I can take care of myself."

Along ni pun sama over protective. Aku tahu la nak jaga diri. Beri aku masa dan ruang.

"If anything happens, at least I know where you are."

"Kalau Riss beritahu, Along akan pecah rahsia cakap kat dia. So, tak perlu tahu, okay."

Aku menjinjit luggage dan menuruni anak tangga. Along masih mengekori persis anak kecil.

"Bye, dik. Take care. Nanti tolong update yang Riss tu okay. Along risau."

Along memang caring. Terlalu sayangkan aku. Beruntung ada Abang yang penyayang macam ni.

Aku menyalami tangan Along.

"Kirim salam kat semua orang ye. Katakan yang Riss pergi bercuti kejap."

Along mengangguk. Wajahnya masih murung.

Macamlah aku nak lari jauh. Hai Abang yang sorang ni. Over je.

"Syah?"

"Pandai-pandai la Along susun ayat. Okaylah. Nak kena gerak ni. Flight pukul 11 pagi. Assalamualaikum."

Grab sudah menanti di depan rumah. Malas nak drive ke airport.

Maafkan saya, Irfan. Saya perlu pergi sebentar. Untuk tenangkan diri demi meraih cinta awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience