Bab 8

Romance Series 17707

Aku dan Lieya mahu menghabiskan masa harini dengan bersantai di tepi pantai. Banyak tempat sudah kami jelajah. Shopping pun dah.

Aku menghirup udara segar pantai sambil mendepakan tangan. Aku dan pantai tidak dapat dipisahkan.

"Raisa... Aku tengok kau asyik senyum panjang je harini."

Aku mengerling Lieya. Merepek je minah ni.

"Senyum salah. Nangis salah. Kau suka aku meroyan ingat Ril ke?"

"Takdela. Nampak macam something."

"Kau tu suka mengarut."

Aku membidas kata-kata Lieya.

"Irfan tu not bad jugak kan. Mungkin kau patut ngorat Irfan dan lupakan Ril."

Hati aku tersentak. Apa dia ingat cinta aku ni plastik? Mudah beralih?

"Irfan bukan Ril. Aku cintakan Ril seadanya. Kau lupa, aku sanggup mati sebab dia. Sekarang aku hidup dengan sebelah buah pinggang. Kalau aku tak kuat, aku mungkin da lama mati ikut dia pergi, Lieya!"

Geram. Semua orang suruh aku lupakan Ril. Ingat senang ke?

Nak cakap aku tak boleh terima hakikat? Kata lah apa saja. Iya... Memang aku tak boleh terima hakikat. Yang pergi tu jasad, tapi yang tinggal tu...

Lieya sudah beriak serba salah.

"Raisa... I'm so sorry. Kau janganlah marah aku."

"Semua orang asyik paksa aku. Bukan aku tak cuba. Tapi aku tak boleh lupakan kenangan yang ada. Dia satu-satunya sahabat baik aku yang faham aku. Along, Mama, Papa, Mel dan kau tak pernah nak faham aku. Sampai saat Ril sakit nazak baru aku tahu perkara sebenar."

Aku da jatuh terduduk atas pasir. Aku tak suka ungkit balik hal lama. Tapi zaman remaja aku membesar dengan perkara yang menyedihkan.

Apakah Nur Raisa Asyikin tak berhak bahagia? Apakah hidup aku akan terus diduga?

"Raisa... Maafkan aku. Jangan macam ni. Aku cuba nak gurau je tadi."

Lieya cuba memeluk aku. Mahu menenangkan aku.

"Dahlah, Lieya. Kalau nak tengok aku happy, jangan ingatkan aku dengan Ril ataupun Irfan. Tapi kalau nak tengok aku mati bunuh diri, cubalah sakitkan hati aku lagi."

Aku tepis tangan Lieya.

"For now, aku nak tenangkan diri. Jangan ganggu aku. Kalau tak, kau serupa je dengan Along. Tak habis-habis nak control hidup aku."

Aku bingkas berdiri. Menapak dan tinggalkan Lieya yang tercengang di situ.
. .
. Aku taktau aku bawa diri ke mana. Tapi jauh aku berjalan di persisiran pantai. Jauh dari hotel penginapan.

Mahukan ketenangan.

Mungkin sampai satu saat aku memang kena lupakan dia.

Cincin di jari aku belek lama.

Masih teringat kata-kata Ril.

"Raisa... Saya nak awak pakai cincin ni sampai nyawa awak di penghujung. Jangan sesekali tanggalkan. Kalau awak sayang saya sebagai sahabat, tolong jangan tanggalkan atau buang. Tolong, Raisa."

Dan aku... Waktu itu, rasa terpempan dengan cincin sahabat yang masih wujud dalam simpanan dia.

Saya tak mungkin berkahwin dengan sesiapa Ril. Walaupun awak paksa saya berjanji untuk kahwin dan ada anak yang ramai. I can't do this.

Sekalipun wujud 5 lagi wajah Ril yang sama, aku tetap mahu bersendiri sehingga ke tua.

Berapa tempoh hayat untuk kita lupakan seseorang dan move on?

Aku berani kerat jari mungkin memerlukan masa lebih tiga tahun. Dan sekarang, dah tiga tahun berlalu. Tapi... Aku tetap begini. Sedangkan dia sudah tiada lagi.

Tapi... Siapa Irfan? Bagaimana dia tiba-tiba wujud dalam hidup aku?

Dan... Dia mungkin ada kaitan dengan Ril.

Aku memandang langit gelap membukat. Sekalipun bulan bercahaya, namun tiada bintang yang menyinar.

Hidup aku kelam.
. .
. "Korang... Tolong saya cari Raisa. Dari petang tadi dia tak balik bilik."

Lieya meminta pertolongan dari Alif dan geng.

"Eh, macam mana pulak dia hilang?"

Lieya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kitorang bergaduh tadi. Teruk. Raisa marah saya."

"Serius la... Hari da nak lewat malam ni. Dahlah ni tempat orang. Mana nak cari dia?"

Akif pulak bersuara.

Irfan mengerutkan dahi.

"Lieya, awak syak tempat yang dia selalu pergi?"

Lieya menggeleng tanda tidak tahu.

"I'm not sure. Tapi, dia suka pantai. Saya da cari sekeliling pantai ni. Takde. Tu yang nak mintak tolong korang carikan dekat pantai belah sana. Kot-kot dia terlajak jalan."

"Apa la yang korang gaduhkan. Haih. Mesti dia merajuk. Tu yang taknak balik."

"Kalau dia merajuk, still dia akan balik. Tapi, kalau dia kena culik. Tu bahaya. Ni tempat orang. Raisa tu cantik."

Alif menyampuk kata lagi.

Irfan seperti berfikir sesuatu.

"Fan, kau tolong cari dia belah sana. Aku dan yang lain akan cari hujung sana. Lieya, balik bilik je. Dah lewat malam ni. Tak elok awak sorang kat sini."

Lieya cuma mengangguk.
. .
. Aku taknak balik. Aku marahkan Lieya.

Ril, saya patut ikut awak pergi.

Saya taknak menyusahkan hidup orang lain. Semua susah hati lihat keadaan saya.

Mungkin dengan cara tu orang lain akan lebih puas hati...

Aku bangun. Berjalan ke hadapan pantai. Tanpa pedulikan diri yang makin tak terurus. Aku mahu merasa kedinginan air pantai.

Ombak kelihatan mahu menarik kaki aku ke tengah.

Kaki sudah merasa permukaan air.

Langkah mahu ke depan.

Tiba-tiba... aku ditarik ke belakang. Seseorang menarik aku.

Eh, apa ni?

"Raisa... Are you crazy? Awak nak bunuh diri ke?"

Irfan. Dia muncul.

Aku memandangnya tak berkelip.

"Ril..."

"Airil Benjamin..."

Aku memegang pipi dia.

"Saya bukan Ril. Saya Irfan. Sedarlah, Raisa."

Dia menggoncangkan bahu aku.

"Tak. Awak tipu. Awak Ril kan? Awak tak mati lagi. Kenapa berpura jadi Irfan?"

Aku makin tidak keruan.

Sudah tidak dapat aku bezakan antara Ril dan Irfan.

"Hey, jangan macam ni. Terima la kenyataan, Raisa. Orang yang mati takkan hidup lagi. Jangan seksa diri awak lagi!"

Aku menggeleng.

"Apa bukti awak bukan Ril?"

"Buktinya, dia cintakan awak tapi saya tak... I'm not Airil Benjamin."

Aku terkaku.

Macam mana dia tahu tentang Airil Benjamin?

"How do you know about him? Tell me, Irfan..."

Air mata aku tak mampu dihentikan.

"Saya tak tahu apa-apa. Dahlah, jom balik. Lieya risaukan awak."

Dia tarik tangan aku. Cepat-cepat aku rentap.

"Lepaslah!!"

"Saya taknak balik."

Aku menolak bahu sasa dia.

"Raisa... please... Dalam keadaan macam ni, jangan berdegil."

"Saya nak tenangkan diri."

"Awak cuba nak bunuh diri."

"No."

"Yes. Sebab saya sempat halang."

Pergilah. Aku tak perlukan kau. Biarkan je aku mereput dengan cinta aku. Cerita ni takde kesudahan. Kalau ada, penghujungnya mati.

"Kita balik. Awak tengah keliru. Jom."

Aku tolak dia lagi.

"Saya taknak... Pergilah. Tinggalkan saya di sini."

Aku menghalaunya pergi.

"Nur Raisa Asyikin, kalau awak nak nangis, teruskan. I'm here. Tapi... Kalau awak nak terus sebut nama dia... Baik kita balik."

"Puncanya kau... Kau tak patut muncul dalam hidup aku. Sebab kau Irfan."

Irfan menghela nafas panjang. Tidak tahu cara untuk memujuk Raisa.

"Ni semua takdir. Jangan pertikaikan, Raisa."

Huh.

Gara-gara kau muncul, aku makin tak dapat lupakan dia.

"Saya cuma penyebab..."

Kata-katanya... Cuma tersekat di situ.

"Untuk awak kuat."

Apa maksud dia? Aku jadi pening.

"Tak payah fikir. Lebih baik kita balik. Sebelum... Benda lagi teruk jadi."

Aku faham ayat last dia.

"Shall we go back now?"

Irfan memandang aku, menghulurkan tangan.

Aku jadi teragak. Samaada mahu menyambutnya atau tidak.

"Come, kita balik. Awak mesti lapar tak makan lagi."

Aku tahu dia cuba memujuk aku.

Irfan, tolong jangan baik macam Ril. Jangan siramkan luka dekat hati ni.

Nak taknak, aku menyambut huluran tangan dia.

Irfan tersenyum.

"Balik, mandi dan makan. Nanti saya suruh Lieya turun bawah dan tapaukan untuk awak, okay?"

Aku mengangguk.

Terima kasih, Irfan. Siapapun awak, saya hargai dengan pujukan awak. Iya, awak bukan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience