Bab 19

Romance Series 17707

Irfan...

Bagaimana aku boleh ketemu dengan dia di sini?

"Nur Raisa Asyikin..."

Aku memejamkan mata. Stop calling me like that, Irfan. Kau bukan Ril.

Aku tidak berani memandang anak matanya tatkala ini. Bimbang dia dapat kesan perasaan aku yang kini bergelora.

"Raisa... Tahniah. Saya ada nampak awak sent wedding invitation dekat kawan-kawan saya."

Iya. Aku jemput semua geng dia kecuali dia. Thanks kat Lieya. Aku minta pertolongan daripada Lieya.

Aku taknak Irfan hadir di hari pernikahan aku. Takut aku bakal sedih.

"Raisa... kenapa awak diam?"

Habistu, kau nak aku kata apa lagi?

Tolong halang saya, Irfan. Tolong hentikan perkahwinan ni. Saya tak cintakan Syah. Tolong bantu saya ubah fikiran.

Kata macam tu?

Aku memandang dia. Cuba tahan air mata.

Mata dia... Kenapa Irfan nampak... Sedih?

"Saya taktau nak kata apa lagi."

"Awak da baca diari tu sampai habis?"

Aku menggeleng.

Diari Ril... Aku tak sempat nak habiskan pembacaan. Aku taknak menangis lagi. Mengingat Airil terlalu menyakitkan. Mengingat Irfan tidak mampu hentikan debaran aku.

Dia menghela nafas.

"Tak."

Sepatah saja aku menjawab. Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.

"Awak buat keputusan yang tepat, Raisa. Memilih untuk berkahwin. Airil nak awak bahagia."

Dia menundukkan wajah. Wajahnya... Aku tidak tahu mahu mengklasifikasikan riak yang bagaimana.

Irfan nampak seperti sedang terluka...

Dan dia tidak mahu aku ketahuan.

"Semoga awak bahagia, Raisa. Saya doakan yang terbaik buat awak."

Bukan itu yang aku nak dengar.

Aku tidak mampu menahan sebak. Aku rasa nak lari dari majlis.

Sekali lagi aku terpaksa sembunyikan perasaan aku. Sedihnya.

"Awak taknak lihat saya bahagia ke Irfan?"

Tidak semena air mata aku mengalir.

"Bahagia itu pilihan, Raisa. Awak yang mencorakkan."

Tidak. Aku perlukan seseorang yang jadikan hari-hari aku indah.

Bila Irfan muncul, aku tak mampu menolak perasaan ini. Hati aku rasa berkecamuk.

"Bawa saya lari."

Serta merta dia memandang aku. Lama.

"Hadap. Hadap, Raisa. Sampai bila awak nak lari dari kenyataan?"

Sampai nafas aku terhenti. Bisakah aku terima Syah tanpa cinta? Lalu bagaimana dengan hati ini? Ke mana mahu ku campakkan?

"Bagaimana dengan awak Irfan? Bahagia melihat saya dengan dia?"

"Terima dia dengan seadanya. Dia akan jadi cinta mati awak."

Boleh. Tapi kau... Jangan muncul lagi depan aku.

"Okay. Saya faham apa yang awak maksudkan."

Aku tidak mahu berlengah lama di sini.

"Thank you for everything, Irfan. Awak da sampaikan amanat Ril. Selepas saya menjadi isteri Syah, saya harap kita takkan ketemu lagi."

Aku membalas bicara dia. Kerana kata-kata Irfan... Agak menyakitkan telinga aku. Selfish.

Aku melangkah pergi tanpa mahu memandang dia lagi. Dia... Cuma sebahagian dalam hidup aku.

Sampai saja di kereta, Kak Aisyah memandang aku lama.

"Riss okay? Tadi tu siapa?"

Aku diam. Kesat air mata yang masih bersisa.

"Riss..."

"Jom kak. Kita balik. Dia kawan Ril."

Aku tidak mahu berlama di sini lagi. Cukup.

Kak Aisyah segera menghidupkan enjin kereta dan segera meninggalkan perkarangan kubur.
. .
. Setibanya di rumah, semua mata tertumpu pada aku. Pelik melihatkan mata yang sembap. Aku terus berlalu naik ke bilik. Mahu mengurungkan diri.

Mama tercegat di dapur tidak sempat bertanyakan apa-apa pada aku.

Tidak lama kemudian, pintu bilik aku diketuk dari luar. Bertalu-talu bunyi kedengaran dari luar. Akhirnya aku buka juga pintu yang dikunci dari dalam.

"Sayang... Kenapa ni? Riss pergi mana tadi?"

Aku memandang Mama. Tanpa kata.

Mama menutup pintu. Aku duduk di birai katil.

"Riss..."

"Tadi... Riss pergi melawat kubur arwah Airil. I miss him so much, Ma."

Mama memeluk aku erat.

"Jangan sedih macam ni. Riss kan da nak jadi isteri orang."

Boleh ke aku sayangkan Syah?

"Riss takut. Kalau lepas kahwin, perasaan Riss pada Ril masih tak mampu hilang."

Bukan pada Ril, Ma. Tapi pada Irfan.

Semua orang tak tahu pasal Irfan. Tapi, mereka pasti tahu tentang Doktor Syah kan?

"Jangan fikir bukan-bukan. Doa yang baik-baik. Riss kena jaga emosi. Mama yakin Syah boleh jaga dan bahagiakan Riss."

"Macam mana Syah boleh sayangkan Riss sedangkan dia tak kenal Riss sangat?"

Mama senyum.

"Sayang... Nanti biar Syah yang ceritakan semuanya, okay. Percayalah cakap Mama. Riss akan happy. Dah, tak mau nangis-nangis."

Air mata aku dikesat. Aku mencium pipi Mama.

"Ma, nanti bila Riss da kahwin, da tak boleh nak manja dengan Mama dan Along."

Mama mencuit dagu aku.

"Riss ni kalau kahwin muda, da ada anak 4 orang tahu tak. Mengada lagi da tua macam ni."

Ala. Aku saja je cakap macam tu.

"Syah kan ada. Pergi la bermanja dengan Syah."

Taknak Syah. Nak Mama.

Aku memuncungkan bibir. Along terpacul di muka pintu.

"Tadi Riss pergi kubur Ril ke?"

Wajah Along serius. Aku mengangguk.

"Kak Aisyah bagitahu Along. Nasib baik dia temankan. Bahaya la keluar sorang. Awak tu darah manis. Karang tak pasal je jadi apa-apa."

Yang Along ni nak gelabah dah kenapa? Aku pergi kejap je kot.

Aku diam. Malas nak menjawab.

"Tadi jumpa siapa?"

Ni mesti Kak Aisyah mengadu. Aku menggigit bibir.

"Takde siapa. Cuma kawan Ril."

Aku malas nak terangkan panjang lebar. Along memandang aku tajam menikam.

"Kalau perlukan pape, bagi je tau kat Along. Tak payah keluar rumah lagi."

Aku bukan nak lari pun. Paling jauh pergi ke bukit kenangan. Tu je.

Along ni suka kongkong aku. Lepasni Syah pulak kongkong hidup aku.

Raisa, lusa kau da nak kahwin. Buka la hati kembali untuk orang yang selayaknya. Dan lupakan Irfan.
. .
. Aku memandang inai di jari.

Mak andam sedang membetulkan tudung di kepala. Baju kurung berona putih aku lihat di cermin solek.

Baju nikah ni Syah yang pilihkan. Simple dan cantik.

"Raisa... senyumlah sikit."

Secalit senyuman mampu menceriakan hati ke? Entah kenapa aku rasa berdebar. Janganlah ada benda buruk jadi.

"Pengantin kita ni, kalau senyum sikit pun da nampak manis."

Meli cuba berseloroh. Lieya banyak perhatikan aku dari tadi.

Macam mahu berkata sesuatu. Tapi hanya tunggu peluang.

Aku pandang Lieya.

"Kau kenapa diam?"

"Aku tak percaya kau dah nak kahwin."

Wajah Lieya tak seceria mana.

"Kau tak suka aku kahwin dengan Syah ke?"
Aku berbisik perlahan. Takut didengari orang lain.

"Kau yang tahu apa kau mahukan, Raisa. Irfan macam mana?"

Aku dah taknak dengar nama tu lagi.

"Aku macam ni. Dia macam tu. Enough."

"Tapi... Kau still berharap kan?"

Apa yang aku harapkan? Irfan datang dan halang perkahwinan ni? Bawa aku lari dari sini?

"Lagi setengah jam aku akan sah jadi isteri Syah. Takde apa yang perlu dirunsingkan. Doakan aku bahagia, Lieya."

Aku memandang wajah di cermin.

Kau kena senyum, Raisa. Senyum untuk Syah.

Perlahan-lahan aku cuba ukirkan senyuman nipis.
. .
. Tok kadi sudah tiba. Pengantin lelaki masih tidak sampai. Aku jadi resah.

Mana Syah ni? Dia batalkan ke? Janganlah malukan family aku.

Hati aku makin tak tenang.

"Sepatutnya mereka da sampai. Dari tadi lagi da gerak."

Aku cuba sabarkan hati.

Ni ke balasan untuk aku kerana simpan hati yang berbolak balik ni? Ya Allah, permudahkan semuanya. Jangan sampai Syah berubah hati. Dia dah janji nak bahagiakan aku.

Syah, maafkan Raisa. Tolonglah hadir.

Wajah aku makin berpeluh. Mak andam di sebelah asyik mengelap peluh di dahi aku.

"Riss..."

Along memandang aku.

"Jangan risau. Syah akan datang jugak. Dia kan dah janji."

Janji manusia boleh dimungkiri. Aku risau. Kalau tiba-tiba Syah kenakan aku. Cancelkan perkahwinan disebabkan nak balas dendam dengan layanan acuh tak acuh aku.

"Along rasa kereta buat hal."

Alasan cliche.

"Riss bersalah. Riss tak yakin pada dia. Ni hukuman untuk Riss kot."

Aku menunduk. Cuba tahan nangis.

Meli memujuk aku.

"Raisa, kau jangan over thinking. Mungkin ada hal dari pihak sana. Kita tunggu, okay?"

Meli mengenggam jari jemari aku. Pulihkan semangat aku yang jatuh merudum.

1 jam kemudian...

"Pihak pengantin lelaki dah sampai!!"

Adik sepupu aku menjerit dari luar rumah.

Alhamdulillah. Tiada perkara buruk berlaku. Aku sangat risau. Aku taknak Syah tinggalkan aku tanpa kata.

Siapapun dia, aku cuba terima dan ikhlaskan hati.

Sejurus kemudian, pengantin lelaki masuk dalam rumah. Dan duduk menghadap tok kadi.

Aku tak dapat lihat wajahnya. Dia duduk membelakangkan aku.

Tok kadi mula bersuara.

"Semua sudah ada di sini, mari kita mulakan."

Semua mengangguk.

Tok kadi mula mengingatkan pengantin tentang tanggungjawab suami isteri. Aku menandatangani beberapa borang sebagai tanda persetujuan menjadi isteri dia.

"Baiklah. Mari kita mulakan Encik Syah. Pengantin perempuan dari tadi resah."

Syah tak pandang aku langsung. Sikitpun taknak menoleh ke arah aku.

Debaran kian memuncak.

Pengantin lelaki yang dari tadi tenang tiba-tiba kelihatan seperti tidak senang duduk...

Syah tiba-tiba memandang aku. Bibirnya mengukir senyuman.

Syah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience