Bab 11

Romance Series 17707

Setiba aku memakirkan kereta di halaman rumah, aku lihat Mama sudah bercekak pinggang di pintu.

Matilah aku. Mama mesti mengamuk sakan.

Aku keluar dari kereta. Menghampiri Mama.

"Tak tido lagi Ma? Da pukul 11.30 malam."

Aku buat-buat menguap. Muka Mama tegang sangat.

"Riss... Pergi mana tadi?"

"Ada kerja banyak kat ofis."

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kaki mahu mengorak langkah ke anak tangga.

"Kenapa tak jumpa dia?"

Aku buat-buat tak dengar.

"Nur Raisa Asyikin... I'm talking to you!"

Oktaf suara Mama sudah naik ke skala 4.

Aku memusingkan badan. Menghadap Mama.

"Riss penat, Ma. Lain kali jela jumpa dia."

"Riss da sampai sana tapi kenapa tak jumpa dia?"

Aik, macam mana Mama tahu sedangkan... Jangan-jangan...

"Riss tak faham."

"Jangan buat-buat tak faham. Syah cakap dia nampak Riss tadi."

Aduh. Setan kau, Syah. Kuat mengadu. Ni mesti anak mak. Dasar boboi.

"Riss belum ready nak jumpa dia. I'm sorry, Ma."

Aku mengendurkan nada suara. Taknak melawan kata Mama.

"Riss, jangan malukan Mama. Tadi Auntie Piah call. Syah nak sangat kenal dengan Riss."

Aku mengeluh.

Tapi aku taknak kenal dengan Syah. Pergi la berkenalan dengan orang lain.

"Lain kali la, Ma. Riss cuba jumpa dia bila Riss da ready, okay?"

Aku taknak bertekak pasal Syah.

"My dear, Mama nak Riss happy. Mungkin Syah boleh happykan Riss."

Hmm.

"Insyaallah, Ma. Riss cuba. Bagi Riss masa, boleh?"

Aku mencium pipi Mama. Goodnight kiss.

Aku takde niat nak buat Mama sedih atau malukan Mama. Cuma... Aku tak boleh nak paksa hati.

Riss akan cuba lupakan Ril dan gembirakan semua orang. Kalau itu yang terbaik...

Aku naik ke bilik.

Duduk di hadapan cermin solek. Memandang wajah sendiri. Ada air mata yang bertakung.

Ril...

Mungkin ini masanya untuk saya lupakan awak. Dan terima Syah.

Frame gambar kupeluk erat. Menatap wajah dia yang tersenyum sambil memakai uniform sekolah.

Saya cuba tepati janji saya pada awak, Ril.
. .
. Ketukan kedengaran di muka pintu.

"Cik Raisa, ada bunga untuk Cik Raisa."

Suzy membawa sejambak mawar merah. Di tengahnya ada satu mawar biru.

Melihatkan mawar biru aku jadi tersentak.

Pen di tangan terlepas jatuh ke lantai.

Hanya aku yang tahu apa erti mawar biru. Teringat di saat aku membelikan dia 3 kuntum bunga sewaktu segalanya terbongkar. Rahsia yang dia simpan selama dia menghilang.

"Kenapa tiga kuntum je. Dan kenapa warnanya berlainan?"

"Setiap warna mawar ada maksud yang berlainan. Rasanya tak perlu explain satu-satu. Awak cuba cari maksudnya sendiri."

Waktu tu, hanya Tuhan yang tahu betapa aku cuba kuat di depan dia. Sedangkan dalam hati aku meraung, menangis lebat.

Sebab... hati aku dan dia mana bisa bersatu.

"Cik Raisa..."

Aku memandang Suzy dengan mata berair.

"Kenapa ni? Okay tak? Cik sakit ke?"

Hati saya sakit, Suzy.

"Bunga ni ada orang bagi. Nah..."

Aku mengambilnya dari tangan Suzy. Aku memang pencinta mawar merah. Tapi memandang mawar biru, hati aku jadi sakit.

"Siapa yang bagi ni? Takde nota pun."

Aku jadi pelik. Orang yang bagi ni, pasti someone yang tahu tentang aku.

Tiba-tiba aku teringat waktu aku koma di hospital beberapa bulan, Along cakap ada orang tinggalkan sejambak bunga setiap hari di depan bilik aku.

Dan... Aku tahu siapa yang beri. Airil Benjamin. Dia pernah mengaku pada aku dia yang letakkan. Memandangkan kami dirawat di hospital yang sama atas permintaan dia sendiri.

Aku tak tahu yang Ril juga sayangkan aku.

Kalau aku tahu... Tentu aku cari dia lebih awal. Nak menyesal pun da tak guna. Kita akan lebih terkesan, menghargai orang bila kita dah kehilangan sesuatu yang kita susah nak lepaskan.

"Suzy, kenapa terima bunga ni? Awak tahukan saya tak suka dengan benda tanpa nama macam ni."

"Tapi... Bunga ni cantik. Dan saya rasa dari seseorang yang special bagi. Sebab di tengahnya ada mawar biru."

Disebabkan ada mawar biru la aku taknak terima!

PA aku ni pun satu. Main terima je apa orang bagi. Kalau bagi bunga beracun, sah-sahlah aku yang mati dulu!

Eeii...

"Saya taknak. Awak ambiklah."

Tangan aku terus meneliti dokumen di tangan. Tanpa menghiraukan Suzy.

"Tapi... Cik Raisa... Hmm baiklah. Saya bawak keluar."

Suzy berlalu pergi.

Aku meraup muka. Siapa yang bagi?

Syah ke? Atau Irfan?

Kalau Syah mungkin dia tahu aku kerja di sini. Tapi kalau Irfan... Dia tahu ke pasal aku? Dia akan tahu kalau dia memang berkait rapat dengan Airil Benjamin.

Tanpa berlengah, aku terus mencapai jaket, handbag dan bergegas keluar dari bilik.

"Cik Raisa nak ke mana? Pukul 3 ada appointment."

Suzy menghalang aku.

Aku melihat jam tangan. Baru pukul 11.50 pagi.

"Saya ada urusan. Kalau terpaksa batalkan je appointment tu. Mungkin saya tak masuk ofis da petang ni. Urgent."

Aku tergesa-gesa melangkah keluar dari pejabat. Nasib hari ni tak pakai heels. Aku perlu ke suatu tempat.
. .
. Destinasi yang dituju adalah... Hospital.

Tempat aku dirawat dahulu. Hospital aku dan Ril. Aku nak confirmkan sesuatu.

Langkah kaki diatur ke kaunter pertanyaan.

"Cik, boleh tak saya nak cari details pasal saya tiga tahun yang lepas, ketika saya dirawat di sini?"

Jururawat tu memandang aku pelik.

"Maaf, tapi untuk apa ye?"

"Saya nak confirmkan sesuatu. Kalau boleh, saya nak jumpa doktor yang merawat saya, tentang sebelah buah pinggang yang telah saya dermakan kepada seseorang."

"Cik ada merasa sakit di mana-mana organ ke?"

Aku menggeleng.

"Tak. Tapi saya nak jumpa doktor tu, please. Let me see him."

"Kejap. Saya semak dulu."

5 minit kemudian...

"Doktor yang in charge tu sedang bercuti. Maaf, cik kena buat appointment dulu dengan dia."

Alamak. Time ni la kau nak cuti.

"Okay. Setkan hari yang saya boleh jumpa dia. Urgent. Saya perlu jumpa dia."

Aku menekankan perkataan urgent. Yes. Aku perlu tahu sesuatu.

"Baiklah. Nanti saya contact Cik Raisa."

"Okay. Terima kasih."

Aku kehampaan.

Langkah dituju pula ke taman Orked. Aku melabuhkan punggung di kerusi ini. Di saat hati aku kesedihan, taman ni menjadi saksi. Di saat hati aku merintih menyeru nama dia, rupanya kami berdekatan. Aku yang tidak tahu apa-apa.

Aku dan dia tak pernah jauh. Yang menjarakkan kami adalah masa. Kejamnya... Aku sanggup korbankan hidup aku demi dia. Demi sahabat. Dan juga perasaan yang sukar untuk dialihkan.

Satu je yang aku harapkan, moga tiada lagi rahsia yang aku perlu tahu. Cukuplah. Enough is enough.

Aku tak betah lagi dengan semua ni. Ambil la perasaan ni pergi, luputkanlah dia dari ingatan.

Aku memejamkan mata.

Nur Raisa Asyikin, kau kena bertahan. Takdir tak kejam. Terima saja dengan hati yang terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience