Bab 18

Romance Series 17707

Aku menyelak lagi diari milik Ril.

3 Mac 2008.

Aku tak pernah tinggalkan Raisa dari sisi aku. Aku sentiasa tanyakan Iqbal mengenai adik dia. Memang aku menghilang. Biarlah Raisa fikir aku tak sayangkan dia. Aku taknak tengok dia bersedih lihat keadaan aku. Aku tahu dia sedih bila aku nekad nak pindah. Tapi aku cuma nak berjauhan dari dia. Aku nak dia lupakan aku. Supaya dia boleh move on.

Waktu ni, aku rasa Ril sangat kejam. Dia tinggalkan aku saat aku benar-benar cintakan dia.

Hidup aku jadi separuh nanar. Sampai hati dia buat aku jadi begini. Menghilang saat aku perlukan dia.

10 April 2008.

Aku mula buat treatment. Aku nak sembuhkan diri. Aku kena kuat demi Raisa. Tunggu Ril sembuh, Raisa.

30 Januari 2009.

Sakit. Itu yang aku rasakan. Aku rindukan Raisa. Aku hanya mampu tengok dia dari jauh. :(

Aku menyelak lagi helaian seterusnya. Airil stop menulis diari. Banyak helaian kosong.

Sampai di satu muka surat. Sesuatu yang mengejutkan aku. Gambar aku.

Gambar aku bersama family ketika hari raya. Pasti Along yang berikan.

4 Ogos 2010.

Comelnya Raisa. Aku minta gambar ni dari Iqbal. Raisa, tengok awak dari jauh akan lagi kuatkan semangat saya. Semoga awak bahagia, Nur Raisa Asyikin.

Aku rasa sebak. Dia hanya mengikuti perkembangan aku dari jauh.

3 September 2011.

Berkat kesabaran aku jalani rawatan. Aku disahkan pulih dan bebas dari sel yang merebak. Alhamdulillah. Nanti bila aku dah bersedia, aku nak muncul depan Raisa. Aku nak ajak dia kahwin. Raisa, tunggu saya.

Airil pernah pulih sekejap rupanya. Entah macam mana sakitnya boleh merebak lagi.

Aku selak lagi. Banyak kosong. Mungkin dia malas nak menulis lagi.

Tangan aku terhenti di satu muka surat. Eh ni kan masa aku tengah dirawat di hospital.

25 April 2016.

Aku dah tak kuat. Aku sangkakan aku pulih sepenuhnya. Lama aku tak menulis diari. Sebab... penyakit aku kembali lagi. Kali ni aku tak mampu buat apa-apa. Stage 4. Allah... Bila-bila masa aku akan pergi. Raisa pula, aku dapat tahu dia dimasukkan ke hospital. Dia koma. Orang yang aku sayang juga sakit, aku tak sanggup tengok keadaan dia begitu. Aku minta family dia transfer dia ke hospital ini. Aku mahu lihat dia hari-hari.

Tolonglah bangun, Raisa sayang.

Iya. Masa ni aku tengah koma selama beberapa bulan. Di hospital yang sama dengan Airil.

5 Mei 2016.

Raisa tidur nyenyak. Macam bayi. Aku tatap wajah dia puas-puas. Kalau dia sedar, pasti dia bencikan aku. Percayalah, Ril tak pernah tinggalkan Raisa walau sekalipun.

Patutlah waktu ni aku rasa ada orang menemani aku setiap malam.

10 Mei 2016.

Aku tak mampu jaga Raisa lagi. Tak mampu perhatikan dia dari jauh. Aku serahkan amanat kepada seseorang. Mungkin lepas ketiadaan aku, orang ni akan jaga Raisa dengan lebih baik. Saya nak awak bahagia dan tersenyum, Raisa...

Kejap, seseorang untuk jaga aku? Adakah orang yang dimaksudkan itu adalah...

Bacaan aku terhenti. Along terpacul di muka pintu.

"Riss, baca apa tu?"

Aku cepat-cepat sorokkan diari Ril. Taknak Along tahu kewujudan diari ni.

"Takde pape. Baca buku biasa."

Along senyum.

"Dik, Auntie Piah datang. Ada kat bawah tu."

Oh, ni mesti nak jenguk keadaan aku. Mama mengadu kat Auntie Piah dan Syah. Kata aku demam teruk.

"Auntie Piah je ke yang datang?"

Aku taknak Syah lihat keadaan aku yang tidak terurus. Mata aku sembap kerana terlalu banyak menangis. Seolah dipaksa kahwin.

"Ehem. Nak tanya Syah datang ke tak la tu."

Along sengih.

"Mana ada. Saja je tanya."

Aku menjegilkan mata.

"Syah tak cuti. Dia kirim salam sayang je."

Aku memuncungkan bibir. Along ni saja je tau. Suka sakat aku.

Aku menjawab salam dia dalam hati.

"Rindu Syah ke?"

Takla. Aku takde rindukan sesiapa sekarang.

"Kejap lagi Riss turun tau."

Aku cuba mengelak pertanyaan Along. Along mengangguk dan berlalu.

Diari yang aku sorokkan di bawah bantal aku keluarkan semula.

Aku pasti orang yang dimaksudkan Ril adalah... Irfan. Iaitu Doktor Syah.
. .
. Majlis persiapan semua sudah diaturkan. Tinggal lagi dua hari je sebelum majlis berlangsung.

Kenapa hati aku rasa berdebar? Aku dah buat solat istikharah.

Dan aku yakin dengan keputusan aku untuk menikah dengan Syah. Rasa tak tenang. Aku dah jumpa Irfan. Apa lagi yang buatkan aku tak tenang?

Mungkin aku dah lama tak melawat kubur Airil. Kejap lagi aku nak pergi kubur arwah.

Setengah jam kemudian...

Aku ke ruang tamu. Ramai orang di bawah. Sanak saudara aku datang berkumpul. Menyiapkan bunga telur.

Aku yang request untuk menikah di rumah sahaja. Majlis bersanding akan dibuat di hotel je. Mama tu biasalah. Aku nakkan wedding yang simple, tapi dia nak jugak buat besar-besaran.

Aku tak mampu nak membantah. Ikutkan jela. Syah pun okay je takde bantah.

"Riss, pengantin kita ni nak ke mana? Tak elok keluar rumah. Awak tu darah manis."

Hmm. Aku tahu.

"Cik Senah, Riss nak pergi kubur Ril kejap. Dah lama tak jenguk sana."

"Mama tahu tak? Janganlah pergi sorang. Bahaya."

Tahulah aku nak jaga diri. Agaknya takut aku akan lari kot.

Kak Aisyah yang sedang mendukung Tisya memandang aku. Pelik melihat aku berpakaian baju kurung.

"Riss nak ke mana?"

"Kak... Riss nak melawat kubur Ril kejap. Boleh tak kak?"

Kak Aisyah memandang aku sayu. Melihat air muka aku yang seakan dah nak nangis.

Kejap je. Aku nak lawat kubur dia sebelum aku kahwin. Itu je yang boleh tenangkan hati aku. Bukan aku nak lari pun. Aku takkan malukan family aku. Aku dah janji nak kahwin dengan Syah.

"Riss... Bukan akak taknak bagi keluar. Tapi kat luar tu hujan. Tunggu hujan berhenti la."

Aku menggeleng.

Kalau aku tunggu lepas hujan, nanti lama lagi. Aku nak keluar sekarang.

"Sekarang kak..."

Aku sudah mula merintih.

Di luar, hujan renyai membasahi bumi.

"Okay. Tapi dengan syarat akak temankan."

Aku tak kisah. Hati aku terdetik mahu ke sana sekarang juga.

"Cik Senah, Aisyah temankan dia kejap. Tolong tengokkan Tisy ni."

Dia menyerahkan Tisya kepada Cik Senah.
. .
. Kak Aisyah mengenggam tangan aku dari dalam kereta.

"Pergilah. Akak tunggu dalam kereta ni je. Ambil la seberapa lama masa Riss nak. Tapi jangan berlama sangat, hujan masih tak berhenti ni."

Aku mengangguk. Kakak ipar sudi temankan aku pun da rasa bersyukur.

Kaki mula mengatur langkah. Lama sudah aku tidak ke sini.

Payung di tangan aku betulkan. Aku duduk berteleku. Memandang lama tanah kubur di depan. Aku menadah tangan, mulut terkumat kamit menyedekahkan Al Fatihah kepadanya.

Airil Benjamin, Raisa datang. Maafkan Raisa kerana terlalu lama tidak ke sini. Sungguh. Raisa rindukan Ril. Membaca diari tulisan Ril membuatkan hati Raisa kembali berdarah. Raisa masih rasa bersalah, Raisa biarkan Ril tanggung semua kesakitan seorang diri. I'm not a good friend.

Ril, lusa Raisa akan bernikah dengan seseorang yang Raisa tak kenal. Nama dia Syah. Dan dia baik. Raisa harap dia boleh jaga Raisa.

Awak... Ini pilihan saya. Saya pilih Syah. Sedangkan hati saya mahukan Irfan. Irfan tiada perasaan pada saya. Pandangan dia melihat saya sangatlah kosong. Sekali lagi saya terpaksa korbankan perasaan ni. Saya sukakan dia mungkin kerana keliru. Entahlah. Saya tak tahu. Tapi Irfan berjaya buat hati saya bergetar. Mungkinkah saya cintakan dia? Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa. Ini Cinta Tanpa Kata saya. Sama seperti saya cintakan awak. Saya tak mampu nak menyuarakan rasa hati. Saya penat nak bersedih, Ril. Penat.

Izinkan saya memilih Syah. Semoga roh awak tenang di alam sana. Saya janji takkan lupakan awak. Saya tetap simpan awak dalam hati. Selamanya. Kerana Nur Raisa Asyikin cintakan Airil Benjamin.

Aku bingkas bangun setelah puas bersuara dalam hati. Cukuplah aku tahan air mata. Aku taknak semua lihat rupa aku yang menyedihkan ni. Aku seka air mata.

Seseorang di depan aku. Memandang aku lama. Wajah aku serta merta pucat. Seolah terlihat hantu.

Terkejut. Kalau orang yang tidak tahu apa-apa pasti sudah pengsan di sini. Seolah melihat mayat yang bangun semula.

Irfan...

Entah macam mana boleh bertemu dia di sini. Di kubur Airil Benjamin.

"Nur Raisa Asyikin..."

Aku menelan air liur.

Dia memanggil aku dengan nama penuh. Seperti Ril juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience