Bab 29

Romance Series 17707

Aku ketawa geli hati melihat perlakuan Irfan. Sah takut tempat tinggi.

Tadi macam-macam permainan ekstrem yang kami cuba di Escape ini. Sampaikan terjerit dia dibuatnya.

"Dah lah. Cukuplah tu gelakkan abang."

Hahahaha. Baru dia tahu aku ini jenis yang bagaimana. Lasak.

"Abang nak try yang lain?"

Dia menjeling aku kasar.

"Taknak."

Amboi, marah betul nampaknya.

Aku menggosok lembut rambutnya. Sengaja mahu dia bertenang.

"Okay. Kita balik. Makan dan rest."

Aku berjalan meninggalkannya di belakang.

"Sayang... Tunggulah."

Dia merengek manja. Aku berpaling.

"Abang... Terima kasih tau temankan saya hari ini. Rasa seronok sangat.

Dia menjulingkan biji mata.

"Sebagai tanda penghargaan, saya nak bagi rewards kat abang."

Mata dia bersinar.

"Kita makan dekat kedai Nasi Kandar. Lepastu, makan Pasembur. Lepastu, makan Laksa Utara. Lepastu, makan Cendol. Lepastu..."

Aku mula mencongak dalam fikiran mahu makan apa untuk menu malam ni.

Hmmm laparnya.

"Lepastu, abang pun jadi gemuk dan boroi. Balik ke klinik, nanti staf tanya yang abang ni makin gemuk."

Dia merungut kecil. Aku sudah bantai gelak. Irfan dan kuat membebel tidak boleh dipisahkan.

"Bagi la rewards benda lain."

Aku mencubit pipinya lembut. Faham sangat maksud tersirat dia.

"Kalau abang ikutkan kemahuan saya, saya pun akan turutkan segala kemahuan abang."

Irfan membalas dengan senyuman.

Mungkin dia kepenatan. Sebab tu malas nak berlawan kata dengan aku.

Apapun, thank you so much, Irfan Syahril. Untuk hari yang membahagiakan ini.

Aku dan dia saling kontra. Aku suka pada ketinggian. Dia pula sukakan air. Irfan... Irfan...
. .
. Irfan sudah lama dibuai lena. Sedangkan aku susah untuk melelapkan mata. Sudah puas aku golek ke kiri dan kanan.

Mata masih terkebil-kebil menghadap aircond yang mengeluarkan hawa dingin.

Ah, tak boleh tidurlah.

Aku bangkit dari perbaringan. Getah rambut dicapai. Selimut tebal aku tolak ke tepi. Pijama pendek yang tersarung di badan aku betulkan. Diari di dalam beg tangan aku ambil. Langkah menuju ke balkoni.

Aku mahu segera menghabiskan pembacaan. Entah mengapa terasa sukar untuk habiskan baca. Diari Ril agak tebal. Bukan seperti diari biasa. Mungkin ini semua luahan hati dia tentang aku.

Dia menulis untuk aku baca. Khas untuk Nur Raisa Asyikin.

Orang kata, jika kita mahu lihat kebenaran dan kejujuran seseorang, cuba baca diari. Segalanya akan tersingkap. Rahsia bukan kekal jadi rahsia.

Sebenarnya, diari tebal ini adalah pemberian aku padanya. Hadiah hari lahirnya yang ke 17. Aku sendiri tidak menyangka Ril akan jadikan diari ini seperti diari hatinya.

Kenangan mula menerpa.

10 tahun yang lalu...

"Ril, selamat ulang tahun kelahiran yang ke 17. Raisa doakan Ril sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki."

Aku menyerahkan sesuatu padanya. Bungkusan bersegi empat.

Ril menyambutnya.

"Apa ni? Ril taknak hadiah pun."

Dia memandang bungkusan itu.

"Ala, tapi kali ini hadiahnya berbeza tau. Bukan jam tangan. Bukan kasut sneakers. Tapi sesuatu yang berharga."

"Oh. Apa ada dalam ni? Boleh tak Ril nak buka?"

Aku mengangguk.

Bungkusan yang berbalut dibuka dengan cermat.

"Diari."

Ril memandang aku pelik.

"Diari ni sangat penting. Raisa nak Ril luahkan apa yang ada dalam hati Ril ke dalam buku ni."

"Tapi Ril tak suka menulis."

"Kena la sukakan."

"Kalau macam tu nanti Ril tulis pasal Raisa dalam ni boleh?"

Aku jadi kaget.

"Pasal saya?"

Dada aku sedikit berdebar. Keliru dengan kata-kata dia.

"Ril gurau je. Insyaallah. Ril jaga diari ni dengan sebaiknya. Nanti Raisa boleh baca."

Aku tertawa. Kenapa pulak nak bagi aku baca?

"Sukati Ril la. Tapi, buku ni kena sentiasa dekat dengan Ril tau. Gembira atau sedih semua Ril kena catat. Biar satu hari Ril baca semula untuk ingat segala memori yang ada."

"Terima kasih, Raisa. Untuk hadiah yang sangat bermakna."

Kami sama-sama tersenyum.
. .
. Kini, diari ini kembali kepada aku.

Aku duduk bersila di balik langsir balkoni. Sambil ditemani cahaya bulan yang malap.

Pembacaan diteruskan.

3 Oktober 2016.

Aku memerhatikan Raisa yang sedang duduk termenung di Taman Orked. Raisa, awak kelihatan sedih. Saya mahu lihat senyuman awak yang manis. Jangan bersedih kerana Airil Benjamin.

Beberapa hari lepas, Mama terserempak dengan Raisa. Mama sudah berjanji untuk merahsiakan perkara ini. Semua orang tahu dengan kondisi aku termasuk parents Raisa. Tapi, aku mahu mereka berdiam diri. Ril tak sanggup lihat Raisa menangis kerana Ril. Ril dah nak mati Raisa. Mahu beritahu hal yang sebenarnya tapi Ril takut.

Ya Allah, kuatkan hati aku untuk menghadap dia.

Aku diperhatikan oleh Airil. Tepat sekali instinct aku ketika itu.

13 Oktober 2016.

Hai diari, sorry 10 hari membisu. Aku baru pulih dari kemalangan kereta. Alhamdulillah, operation pemindahan buah pinggang berjalan lancar. Thanks my dear, Raisa. Awak sanggup korbankan sebelah buah pinggang awak untuk saya yang hampir mendekati kematian. Okay, aku nak ceritakan apa yang telah terjadi.

Selang dua hari kejadian lepas Mama terserempak dengan Raisa, Raisa mengekori Mama dari belakang. Dan kami bertatapan semula selepas sepuluh tahun.

Sepuluh tahun... Satu tempoh masa yang agak lama. Aku tinggalkan dia tanpa kata. Tanpa gurau senda. Tanpa jejak. Rasa kosong yang kuberikan padanya.

Aku cuba kawal perasaan. Mahu saja aku peluk dia biarpun hanya sebagai sahabat. Raisa, I want to tell you that I miss you so much.

Aku tarik dia ke kereta. Destinasi kami ialah bukit. Bukit yang sering jadi tumpuan kami untuk lepak. Aku ceritakan segalanya. Raisa mengamuk. Dia kata pada aku 'pergi mati.' Allah... Memang aku akan mati pun. Aku akan tinggalkan dia untuk selamanya. Doktor Syah kata jangka hayat aku tinggal lagi kurang sebulan. Bila-bila masa aku boleh pergi.

Ril, maafkan Raisa. I don't know. Raisa tak tahu yang Ril menanggung sakit seorang diri. Raisa herdik Ril. Raisa tak sengaja nak kata macam tu. I was angry, upset at the moment. Ya Allah... Memang dia pergi tinggalkan aku buat selamanya.

Keadaan kembali jadi normal. Raisa sering menemani aku di bilik wad. Aku sayangkan dia. Aku tak mahu kehilangan dia. Tapi aku sakit. Aku dah nak mati. Aku tidak berguna. Biarlah Dr. Syah gantikan tempat aku dan bahagiakan Raisa.

Aku ni pun, tak tahu berapa lama lagi aku menulis diari ni. Tentang Dr. Syah, aku mula syak sesuatu.

Aku rasa... Dia sukakan Raisa. Atau lebih tepat, dia cintakan Raisa... Tapi, Raisa perlu tahu yang Dr. Syah sebenarnya...

"Sayang..."

Irfan menjengukkan kepala di balik balkoni.

"Ahhh..."

Aku terjerit kecil. Dia menapak tanpa derapan bunyi kaki. Maunya tak terkejut.

"Ya Allah... Abang, kalau nak sergah pun jangan macam tu. Saya terkejut."

Aku mengurut dada. Kalau ada sakit jantung dah lama aku mati.

Dia menggosok mata.

"Buatpe duduk bersila ni? Kenapa tak tidur? It's already 4.30 am."

Aku menunjukkan diari di tangan. Baru nak habiskan baca, dia datang menjengah. Dahlah, aku tengah saspens pasal Dr. Syah ni.

Aku menutup buku diari.

"Tengah baca? Waktu macam ni? Sayang tak takut hantu ke? Duduk kat balkoni sorang-sorang."

Dia bersila di sebelah aku.

"Macam mana abang boleh terjaga?"

Dia melentokkan kepalanya di bahu aku.

"Pusing kanan tengok sayang takde."

"Badan sakit lagi tak?"

Dia merungut badannya mula naik lenguh. Irfan menggeleng kepala.

"Kurang sikit."

"Jomlah tidur."

Aku mahu bangun. Nanti jela sambung baca.

"Raisa..."

Dia menarik tangan aku dan aku terduduk semula.

"Hmmm?"

"Sorry. Abang menganggu baca diari tu."

"Takpe."

"Dah baca sampai part mana dalam content tu?"

Aku jadi terkelu. Patut tak aku beritahu?

"Entahlah. Saya lupa."

Alasan yang tidak boleh diterima pakai.

Dia mengeluh.

"Apapun yang jadi, tolong jangan bencikan abang."

Suara dia bertukar serak. Seperti menahan resah.

"Takkanlah saya nak bencikan abang."

"Abang perlukan Raisa. Jangan tinggalkan abang."

Aku menatap wajahnya lembut.

"Apapun yang jadi, saya takkan tinggalkan abang. Jangan risau. I'm here too."

Aku mengelus rambutnya perlahan.

Kenapa Irfan jadi emosi begitu? Apa yang sebenarnya Airil cuba sampaikan pada aku?

Siapa Dr. Syah? Siapa Irfan?

Kenapa aku mula jadi tidak sedap hati? Sesuatu yang membelenggu hidup aku.

Rahsia... Yang boleh menuju kepada kematian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience