Bab 6

Romance Series 17707

"Raisa... Jom kita ambik pakej pergi pulau yang berhampiran nak?"

Aku menyuap makaroni goreng sambil membuang pandang ke laut.

"Bila?"

"Kejap lagi la. Lepas breakfast ni. Bosan la tak jalan pergi mana-mana."

Lieya merungut kecil. Comel je.

Aku tersenyum nipis. Bosan layan kesedihan aku la tu.

"Okay je. Nanti kau tanya person in charge tu."

Aku mengunyah suapan terakhir. Sedapnya makaroni ni.

Sedang aku melihat pelancong asing lalu lalang, seseorang melintasi depan aku.

Gulp!

Dia. Mata kami bertatapan sekali lagi.

Aku terpaku memandang dia. Siapa lelaki yang berwajah seiras Airil ini? Hati aku jadi tak tenang.

"Kau kenapa, Raisa?"

Lieya melihat wajah ceria aku bertukar muram.

Dia terus memaling muka ke arah renungan aku.

"Mamat tu?"

"Kau okay tak ni?"

Lieya menggapai tangan aku. Memegang erat.

"Aku tak boleh tengok muka dia, Lieya."

"Kau kena kuat. Lagipun, he's not Airil. Kau buat macam biasa je, okay?"

Aku mengangguk perlahan.

"Dahlah. Chill je. Kalau kau berkelakuan aneh, nanti dia pelik tengok kau."

Aku faham maksud Lieya. Tapi... Aku nak tahu siapa dia? Kenapa dia sentiasa ada di mana-mana?

Kebetulan agaknya.

Aku memicit kepala yang makin berdenyut.

"Hmm. Biarlah. Aku pening da nak pikir."

Biarpun aku cuba untuk berlagak tenang di depan Lieya. Hati aku yang bergelodak ni tiada yang tahu.

"Cik Raisa..."

Seseorang berdiri tegak di sebelah meja kami. Pelayan cafe.

Orang itu menghulurkan sesuatu di atas meja lalu berlalu pergi. Sekeping nota yang tertulis dengan tinta biru.

Aku membuka lipatan kertas tersebut.

'Saya sentiasa di sisi awak, Raisa.'

Tanpa sedar, air mata aku mengalir perlahan.

Ril... Ayat yang sering Ril bisik pada aku.

Aku memandang lelaki yang berwajah seperti Ril di meja hadapan.

Dia tiada.

Ke mana dia menghilang tiba-tiba?

Dia juga seperti Ril. Datang menjengah, dan pergi menjauh.

Hati, kau kena kuat. He's not Airil Benjamin.
. .
. "Jadi tak nak pergi pulau?"

Sebaik saja Lieya mengambil tempat di sebelah terus aku bertanya.

"Jadi. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Aku takut kau nak cancel tiba-tiba."

Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa pulak?"

Lieya memandang aku lama.

"Sebab kita campur group lain."

Laa. Tu je. Ingatkan apela tadi. Buat saspens je Lieya ni.

"Oh. Aku okay je."

Bersinar mata Lieya memandang aku.

"Betul ni? Kau okay kalau group yang pergi dengan kita tu ada lelaki tu jugak?"

Aku tak faham maksud Lieya.

"Cuba cakap straight jangan kona kiri kanan."

Pening aku nak layan Lieya ni.

Dia memuncungkan bibir.

"Kita satu group dengan dia."

Aku masih tak dapat tangkap lagi ayat Lieya.

"Kau ni blur la, Raisa!"

"Kita akan satu group dengan lelaki yang macam muka Ril tu la."

Rahang aku jatuh.

Perkara yang paling nak elak. Oh gosh!

"Takde orang lain ke?"

Aku cuba kawal reaksi muka.

"Takde. Kena cukupkan 10 orang. Geng dia 5 orang. Kita berdua. Lagi tiga orang ada pelancong mat saleh."

Damn.

"Tapi tadi kau kata okay kan? So, on kan?"

Aku jadi tak keruan. Mahu mengelak bagaimana lagi, Raisa?

Bukankah kau nak tengok lelaki tu depan-depan?

"On."

Sepatah aku menjawab dengan separuh hati.

"Yeay. Nasib baik kau okay."

Tak okay sebenarnya. Tapi aku taknak kecik kan hati Lieya. Dia nak aku rasa enjoy datang sini.

Memandang lelaki wajah seperti Ril seumpama meretakkan hati aku yang sudah lama terhempas.

Aku cuba jadi okay, Lieya.
. .
. Aku dan Lieya sudah melangkah masuk ke dalam bot.

Seperti yang aku jangka, dia mengambil tempat di hadapan aku.

Sebolehnya aku cuba mengelak dari memandang muka dia.

Wajah dia tenang.

"Kau buat biasa je wei. Jangan buat muka sedih."

Lieya sempat berbisik di telinga aku.

Aku cuba tidak memandang dia. Tapi ada tarikan magnet yang memaksa mata aku memandang dia.

Tahan hati kau, Raisa.

Aku memejamkan mata.

"Cik... Pakai life jacket tu."

Seorang instructor menunjukkan life jacket yang berada di bawah kerusi aku.

Aku terus memakainya.

Terasa gerak geriku diperhatikan.

Semua mata memandang aku.

"Hai... Korang berdua je ke? Saya Alif."

Salah seorang dari membernya menegur kami.

"Yup. Saya Lieya. Kawan saya ni pulak namanya Raisa."

Aku cuma diam.

"Nanti jalan la dengan geng kitorang. Memandangkan korang ni dua je perempuan Melayu."

Lelaki seperti Ril itu hanya merenung aku lama.

Aku cuma mengangguk memandang lelaki yang bernama Alif itu.

"Ni John, Akif, Zam."

Aku nak tahu siapa nama dia.

"Yang depan awak ni dia tak banyak cakap sikit."

Mata kami bertatapan seketika.

"Nama dia Irfan."

Irfan?

Dia tiba-tiba menghadiahkan senyuman pada aku.

Tidak tahu mahu buat reaksi yang bagaimana.

Pipi aku mula hangat.

Aku rasa terleka dalam pandangan dia yang mengasyikkan.

Ya Allah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience