Bab 26

Romance Series 17712

Aku masih terkaku dalam panahan mata dia. Err... Irfan...

"Kita nak macam ni je ke dari tadi?"

Aku masih berada dalam pelukan dia. Kau benar-benar gila, Raisa.

Mata tunak memandang dada dia yang berombak kencang. Terasa ada debaran kencang milik lelaki ini.

"Raisa... Can you hear me?"

Suara dia tiba-tiba jadi lemak merdu di pendengaran telinga aku.

"Err. Ya."

Dia mengusap tudung aku. Tudung aku mula dirungkaikan. Dan rambut panjang aku terurai dengan sendirinya.

"You are so pretty. Mampu menggetarkan hati saya."

Aku masih melingkarkan tangan ke pinggang dia.

"Sayang..."

"Yes."

"If you don't mind, may I?"

Aku sudah mula memejam mata. Takut memikirkan apa yang bakal jadi.

Bibir aku dikucup. Hangat. Bibir kami berlaga.

"Abang..."

Dia menjongketkan kening.

"Boleh tak tutup mata?"

"Kenapa?"

"Tutup jela."

Irfan terus memejamkan mata. Dan aku memandang bibirnya yang mungil. Merahnya. Irfan bukan seorang perokok.

Aku terus mengucup bibirnya dengan perasaan kasih yang tidak terucap.

Dia senyum.

"Oh. Da pandai eh?"

"Ingat awak sorang je ke yang pandai?"

"Awak?"

"Sorry... Abang... Saya kekok la nak panggil awak abang."

"Kena biasakan panggil abang. Kalau salah sebut lagi, nanti saya denda awak."

"Denda?"

"Iya. Denda kena lahirkan anak yang ramai untuk abang."

Mulut aku sudah terlopong. Apa dia ingat aku ni kilang ke?

"So, jadi ke kita nak buat anak ni?"

"Nur Raisa Asyikin."

Dia menjegilkan mata.

Kenapa? Ayat aku memang tak cover ke?

"Betul awak nak?"

"Jap. Jap. Nak fikir."

Aku meneguk air liur. Cuak pulak.

"Hmm taknak la. Tak jadilah. Lain kali jela."

Aku mula merenggangkan diri.

"Raisa..."

"No. Kena bagi jugak anak."

"Awak bukan doktor yang desperate nak anak kan? Awak cuma nak saya. Nak saya jatuh dalam belaian awak."

"Tapi tadikan awak cakap lepas makan awak akan bagi apa saya nak. So, tunaikan janji."

Alamak. Dia ingat pulak apa yang aku cakap tadi.

"Tu tadi..."

"Ah takde takde. Saya nak tuntut kata-kata awak tadi."

"Abang..."

Irfan menolak tubuh aku ke atas katil.

"Trust your heart, Raisa. Saya bukan nak tuntut hak saya. Tapi, awak kena ingat. Tugas seorang isteri kena melayan suami. Kalau awak tak layan saya baik-baik, maknanya awak tak sayangkan saya. Awak cuma permainkan saya kerana masih menganggap saya Airil."

Nada suara Irfan bertukar serius. Aku ingat dia sengaja main-main je tadi.

"Tak baik awak cakap macam tu. Saya memang nak kahwin dengan awak, Irfan."

Dia tiba-tiba membuka bajunya. Ya Allah, seramnya dia ni.

Aku sudah kecut perut.

Mahu lari. Tapi lari ke mana?

"Kita masih ada empat hari lagi."

"Kalau macam tu kita tunggu la hujung-hujung hari. Nanti saya layan awak."

Otak aku ligat memikirkan alasan terbaik.

"No. Saya nak awak malam ni jugak."

"Irfan..."

Kalau aku tak merelakan, sama jela macam aku bakal diperkosa oleh suami sendiri.

"Can you hold it?"

"No. Nafsu tak boleh ditahan lagi. Awak cantik sangat malam ni. Saya geram."

What the... Hell?

Berani dia cakap macam tu kat aku.

Dia mendekatkan dirinya pada aku. Bukan ke kau da mula sayang dia, Raisa. Gembirakan dia.

Mulanya aku mahu meronta, tapi aku kalah. Bila tangan dia membelai rambut aku. Dan menciumnya.

Nampaknya nafsu kau juga tidak dapat diselamatkan, Raisa.

Aku menggapai suis lampu tidur. Dan keadaan bilik terus gelap gelita.

Selamat malam dunia. Kita bertemu esok pagi...
. .
. "Sayang..."

"Hmmm..."

Dah pagi ke? Mengantuk la.

"Wake up my dear."

Dia berbisik di telinga aku. Indahnya suara abang.

Pipi aku dikucup hangat.

Abang?

Mata aku tiba-tiba tercelik. Memandang suasana dalam bilik.

"Bangun... Jom subuh sama."

"Hmm okay."

"Abang tunggu tau."

Aku sambung tidur. Mengantuk. Malam tadi aku tak boleh tidur.

"Sayang..."

Dia menggerakkan kaki aku lagi.

"Bangun, karang abang kiss lagi nak?"

"Mengantuk... Penat."

Dia berdehem kecil.

"Sorry la. Because of me, you can't sleep well last night."

Aku sengih.

Dah kenapa nak minta maaf pada aku.

Aku celikkan mata sebelah.

"It's okay. Thanks juga."

Aku segera bangkit. Memandang dia yang tergamam melihat aku.

"Saya nak bersihkan diri. Lepastu, kita solat subuh sama."

Terus berlalu masuk ke dalam bilik air. Sebaik saja aku menutup pintu, aku memandang diri aku di cermin.

Dada aku berdebar teruk.

What the... Heaven...
. .
. Angin pantai menampar pipi aku lembut.

Aku sengaja melarikan diri ke bawah pohon kelapa ni. Sejak kejadian malam tadi, aku jadi malu bertentang dengan Irfan. Masih terbayang kucupan bibirnya yang hangat.

Ah Raisa, kau memang sudah gila!

Tapikan, aku tak rasa sesal pun dengan apa yang jadi malam tadi. Dia sedikitpun tidak memaksa aku. Aku yang merelakan. Kerana aku yang mahukan dia.

Irfan Syahril...

Awak buat saya rasa gembira. Airil pasti senang jika saya tersenyum bahagia begini.

Diari di tangan aku buka. Menyambung kembali pembacaan yang terhenti sebelum aku ke sini.

Diari ini tidak akan sesekali aku tinggalkan. Diari Airil harus jadi diari aku.

29 Julai 2016

Raisa dah sedar dari koma. Aku rasa lega. Raisa sayang, bangunlah. Senyum untuk Ril. Ril nak tengok Raisa ketawa lagi. Walaupun dari jauh.

Setiap hari aku menghantar padanya jambangan bunga. Bunga mawar merah. Itu tandanya saya cintakan awak, Raisa. Biarlah identiti aku menjadi tanda tanya. Thanks Bal, kau banyak bagi semangat pada aku. Aku taknak lukakan hati adik kau lagi.

Iya. Yang ni aku tahu Ril punya angkara. Dia yang menghantar jambangan bunga setiap hari tanpa identiti.

Ril...

Aku menyelak lagi helaian. Kosong. Sampai di satu muka surat, ada dua keping gambar. Wajah seseorang. Wajah aku. Dan juga... Irfan?

15 Ogos 2016

Doktor yang merawat aku, Dr. Irfan Syahril. Allah da tetapkan ketentuan untuk aku. Sudah beberapa hari aku berfikir, lelaki yang boleh jaga Nur Raisa Asyikin ialah Dr. Syah.

Aku dah tak kuat lagi. Sel kanser dalam tubuh aku makin merebak pantas. Petang tadi aku sudah bercerita segalanya pada Dr. Syah. Aku mahu dia menggantikan tempat aku. Jaga Raisa dengan sebaik mungkin. Kahwini dia. Lindungi dia.

Mulanya Dr. Syah membantah. Dia tidak mahu terlibat sama. Puas aku memujuk. Aku menunjukkan gambar manis si Raisa. Dr. Syah memandang terpaku memandang gambar itu. Katanya, Raisa cantik tapi dia tidak mahu lukakan hati Raisa. Hati aku lagi terluka melihat Raisa menangis kerana aku.

Dr. Syah setuju. Selepas aku pergi, dia akan mencari Raisa dan menggantikan tempat aku. Raisa pasti akan menyukai Dr. Syah. Lelaki yang baik dan wajah kami yang agak seiras. Cuma aku lagi hensem. Hahahaha.

Raisa sayangku, jangan bersedih. Nanti Ril muncul depan Raisa ye. Sabar tau, sayang. :)

Masa tu naluri aku memang tepat. Aku sering rasa diperhatikan. Lagi-lagi bila sedang mengelamun ambil udara di sekitar Taman Orked. Taman yang menjadi saksi air mata aku yang sering berderaian jatuh.

Irfan menggantikan tempat Ril? Yang ni aku nak marah. Tiada sesiapa boleh gantikan awak dalam hati saya. Saya cintakan Irfan bukan kerana wajah yang sama. Dia dan awak berbeza.

Ya Allah... Kuatkan hati aku untuk teruskan pembacaan. Aku dah rasa putus asa untuk membacanya lagi.

Kenapa aku tak pernah tahu apa yang sebenarnya terjadi ketika itu? Segalanya Allah yang aturkan. Aku redha.
. .
. "Raisa..."

Irfan menegur aku ketika aku menutup pintu bilik.

"Abang..."

"Pergi mana tadi?"

Dia memandang aku dengan wajah yang keliru. Namun, matanya tertancap pada sesuatu di tangan aku. Diari Ril.

Aku melihat wajahnya berubah.

"Jalan-jalan tepi pantai."

Aku melabuhkan punggung di birai katil. Tidak memandang dia.

"Kenapa keluar tak bagitahu? Abang risau."

"Sorry. Saya cuma mahu tenangkan fikiran."

"Marahkan abang ke? Pasal malam tadi tu..."

"Saya okay. Abang jangan risau la."

Aku cepat-cepat menyampuk. Malu ingat apa yang berlaku malam tadi.

Satu keluhan kecil terlepas dari mulut dia.

"Abang taknak Raisa fikirkan yang abang ni cuma ikutkan nafsu."

Dah tu apa?

Bukan ke kau tak ikhlas kahwin dengan aku? Bukan sayangkan aku setulus hati pun kan?

"Dah habis baca ke diari tu?"

Suara dia agak bergetar.

"Belum. Tak sanggup nak baca."

"But you have to finish your reading."

"Nanti jela."

Aku jadi tiada mood. Mood swing pulak tetiba.

"Along nak datang sini."

"Oh."

Oh? Along?

Rahang aku jatuh. Terkejut. Nak buat spot check kat aku ke?

"Apesal pulak Along nak datang sini?"

Aku terus terbangun.

Aduh. Potong stim la Along ni. Aku baru nak berduaan, bermanja dengan Irfan.

"Entahlah. Dia kata dah lama tak bercuti."

Aku jadi tak puas hati.

Ish menyibuk je. Bercutilah kat tempat lain.

"Habistu, honeymoon kita ni macam mana?"

Irfan menjongket bahu.

Along!

Aku cuma menjerit dalam hati.

Sah sengaja nak buat spot check kat aku.

"Jom, lari pergi tempat lain."

"Hah? Pergi mana?"

Serta merta aku terus tersenyum.

Ikut jela saya, Irfan Syahril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience