Bab 13

Romance Series 17707

Aku melayan lamunan panjang di halaman belakang rumah. Merenung jauh ke arah pokok bunga Mama. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran.

"Auntie..."

Tisya datang terkedek-kedek berlari mendapatkan aku.

"Sayang... busyuk masyam ni. Belum mandi eh?"

Aku mendakapnya dengan penuh erat. Rambutnya yang bergulung aku ikat. Comel la anak saudara aku yang sorang ni.

Kak Aisyah melabuhkan punggung di sebelah. Membawa jug minuman dan beberapa ketul kuih muih.

"Riss... Menungkan apa tu?"

"Pikir kerja yang melambak kat ofis tu kak."

"Yeke? Monyok je muka tu."

"Comelnye Tisya ni. Auntie nak cium cikit."

Pipi Tisya aku gomol berkali-kali. Montel.

Aku menukar topik perbualan. Buat-buat tak dengar.

"Riss... Akak nak tegur sikit boleh tak?"

Serta merta mata aku menatap wajah Kak Aisyah yang tampak risau.

"Kenapa ni kak?"

Kak Aisyah memegang tangan aku.

"Riss tahukan plan kami nak jodohkan Riss dengan anak Auntie Piah?"

Hmm. Syah. Lelaki yang aku tak sempat nak lihat wajahnya gara-gara mempermainkan dia sewaktu kali pertama dia ingin berjumpa dengan aku.

Aku menggangguk.

"Akak nak minta maaf. Bukan niat akak nak masuk campur. Tapi akak nak Riss pertimbangkan dulu semuanya."

Aku kurang mengerti.

"Syah jahat ke kak?"

"Tak. Bukan macam tu. Akak kenal Syah. Dia baik."

Habistu? Apa yang nak dirisaukan?

"Akak taknak Riss kecewa lagi. Riss kena kenal Syah betul-betul. Jangan terima dia sekadar terpaksa. Tak elok mainkan perasaan orang yang sukakan Riss."

Apa maksud Kak Aisyah sebenarnya?

"Takkanlah Riss nak permainkan hati Syah. Riss perlukan waktu untuk kenal dia, kak. Riss da pikir masak-masak nak kenal hati budi dia dulu. Kalau dia berjaya buat Riss sayang dia, mungkin Riss akan terima dia."

Aku perlu jatuh cinta sebelum terima dia.

Kak Aisyah memandang aku berkerut.

"Akak tengok Riss macam da makin tenang."

Aku tersenyum.

"Buat apa nak bersedih lagi. Dia da lama tinggalkan Riss."

"Ke Riss da jumpa someone? Yang buat Riss move on?"

Tak. Aku belum move on sepenuhnya. Aku masih sayangkan Ril.

Riss cuba berlagak tenang di depan semua orang, kak.

"Takdela. Dia tetap dalam hati Riss. Selamanya."

"Kalau macam tu, bila Riss rasa bersedia nak jumpa Syah, bagitahu akak okay?"

Aku mengangguk. Mungkin belum lagi masanya.

Oh iya. Aku baru teringatkan sesuatu. Baik aku tanya kat Kak Aisyah mengenai Doktor Syah.

"Hmm kak... Boleh tak Riss nak tanya sesuatu?"

"Apa dia? Bunyi macam serius je."

"Akak kan dah lama kerja jadi jururawat kat hospital tu. Akak tahu tak mengenai doktor yang merawat Airil? Kalau tak silap nama dia Doktor Syah kan?"

Wajah Kak Aisyah nampak terkejut. Dia tiba-tiba jadi gelisah.

"Hmm. Akak... Akak tak tahu sangat pasal hal tu."

"Riss nak jumpa dia."

Berubah drastik air wajah kakak ipar aku ni. Apa yang cuba disembunyikan?

"Untuk apa? Riss nak buka balik fail lama? Kenapa nak ungkit hal dulu?"

Tiba-tiba dia gelisah.

"Saja. Nak tahu tentang kronologi penyakit Ril."

Dia menarik nafas.

"Riss, jangan ungkit lagi hal lama. Kalau Along tahu, teruk Riss kena marah."

"But I deserve to know."

"Ye akak tahu. Terima je hakikat yang pergi takkan kembali lagi. Dan tak payah nak sibuk korek hal dulu."

Kenapa tiba-tiba reaksi orang jadi begini? Semalam Doktor Rashita. Harini Kak Aisyah.

"Tapi kak... Siapa Doktor Syah tu? Kenapa susah sangat nak jumpa dia? Dulu pun Riss tak pernah terserempak dengan dia."

Kak Aisyah bangun. Taknak melayan aku.

"Akak tak tahu. Jangan tanya akak. Dan jangan sampai ke pengetahuan Along. Kalau Riss nak tahu sangat, Riss kena siasat sendiri. Tapi tu kalau Riss mampu hadap. Kalau tak, just forget it. Kita lupakan hal lama."

Kenapa pulak? Ada rahsia besar lagi ke yang aku seharusnya tahu?

"Akak nak masuk dalam. Nak mandikan Tisya."

Seraya dia meninggalkan aku yang tengah kebingungan di balik kata-katanya.
. .
. Aku tidak dapat menumpukan konsentrasi ketika bermesyuarat dengan client.

Dah sebulan aku cuba menjejaki Doktor Syah. Takkanlah cuti lama sangat? Kenapa susah sangat nak jumpa dia?

"Cik Raisa..."

Aku memandang wajah Suzy dengan pandangan yang kosong.

"Dah waktu lunch ni. Taknak pergi makan ke?"

Aku mengerling jam di tangan. Jarum jam sudah menginjak ke 1.05 minit tengah hari.

Tiada selera mahu makan.

"Nak saya tapaukan pape tak?"

Aku diam. Memandang Suzy.

Perut aku da berbunyi. Lapar.

"Saya lapar. Awak keluar lunch dengan budak ofis ke?"

Lieya berkursus selama seminggu. Aku takde teman nak ajak makan sama.

"Tak kot. Saya ingat nak makan area sini je. Jom, Cik Raisa. Kita keluar makan berdua. Saya teringin nak makan ayam golek kat depan simpang tu."

Ayam golek. Sedapnya. Berkeriuk perut aku jadinya.

"Saya pun lapar. Tapi... Takde selera la."

Aku memuncungkan bibir.

"Pagi tadi tak breakfast kan? Jomlah. Temankan saya makan."

Suzy cuba memujuk aku.

Aku berfikir sejenak. Daripada aku runsing adalah baiknya aku mengisi perut yang kelaparan.

"Okay jom. Lapar jugak ni. Sedapnya ayam golek."

Aku cuba menceriakan suasana. Mencapai tas tangan.

Setibanya di Restoran Ayam Golek Pak Malek, Suzy mencari meja kosong. Dan aku berlalu ke tandas.

Usai saja menyudahkan apa yang patut, aku bergegas ke meja kami. Duduk berhadapan dengan beberapa pekerja lelaki lain.

Meja makan agak padat. Jadi, kami terpaksa menumpang meja sebelah.

Ramainya pelanggan di sini, agaknya ayam golek dia sedap.

Setelah aku memesan menu makan dan minum, mata aku mula meliar mencuri pandang ke meja lain. Tanpa disangka, anak mata terhenti tepat kepada milik mata seseorang.

Oh man. Apa dia buat kat sini?

Dan yang lebih sadis, tanpa sedar bibir aku mengukirkan senyuman kepada dia.

Apa yang kau buat ni, Raisa?

Aku tidak dapat menarik senyuman yang tidak bisa terkawal. Dia juga membalas senyuman sambil mengenyitkan mata.

Tiba-tiba aku tergelak. Lucu.

Suzy memandang aku pelik. Dan menoleh ke arah gerangan yang aku renung. Entah kenapa mata ni sukar nak beralih dari memandang wajah dia.

"Cik kenal ke orang tu?"

Suzy menyapa aku.

"Hah?"

"That guy yang berkemeja biru. Handsome kan dia?"

Suzy cuba mengusik aku.

Lelaki tersebut menopang dagu melihat renungan aku.

Aduh. Mata ni kenapa tak boleh nak lari dari memandang dia?

Irfan.

Aku tak tahu macam mana boleh terserempak dengan dia kat sini. Tiba-tiba dia melambaikan tangan pada aku.

Erk?

Aku menundukkan wajah. Malu. Tidak patut aku menatap dia sebegitu rupa.

Dia Irfan. Bukan Ril.

Makanan sampai. Aku terus mencapai air sirap bandung. Menyedut dengan rakus.

Panas menyapa wajah. Risau apa yang bakal Irfan fikirkan pasal tindakan aku tadi.

Sedang menyantap selera, seseorang melabuhkan punggung di hadapan aku.

"Hai Raisa..."

Dia.

"Tak sangka kita bertemu kat sini."

Bibirnya menguntum senyuman manis.

"Irfan. Awak buat apa kat area sini?"

"Lunch. Macam awak juga. Entah kenapa tetiba harini tekak nak telan ayam golek. Rupanya jumpa awak kat sini."

Aku rasa berdebar. Pandangan dia... Buat aku rasa nak pengsan. Seperti pandangan Airil memandang aku. Penuh mengasyikkan.

"Awak sihat?"

Dia cuba membuka topik perbualan.

"Yes. I'm fine."

"Baguslah sihat."

Aku mengerling jam di tangan. Mahu segera pergi dari sini. Nasib baik makanan yang terhidang sudah aku telan.

"Hmm I have to go now. Saya nak kena masuk ofis da."

Masih berbaki 15 minit. Jarak restoran ke ofis cuma 3 minit. Benar, aku mahu mengelak dari bersembang.

"Saya nak nombor telefon awak."

Untuk apa, Irfan? Awak cuma iklan selingan dalam hidup saya.

"Sorry. Saya da lambat. Bye. Jom Suzy."

Aku arahkan Suzy bangun dan mengikut aku. Kalau dia nak stay, biar dia stay. Aku tidak betah melawan debaran di hati.

Aku tidak mengendahkan permintaan dia. Maaf Irfan.

Mungkin kita tak perlu berhubung. Jika diizinkan Tuhan, kita akan kerap bertemu jika itu takdir kita.

Aku berbicara sendirian dalam hati.

Irfan hanya memandang aku dengan pandangan sayu. Aku tidak tahu bagaimana mahu menafsirkan maksud pandangan itu.

I'm sorry, Irfan. Saya taknak ada kaitan dengan awak. Harap awak faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience