Bab 5

Romance Series 17707

Tempat percutian ini sangat menenangkan. Aku menghirup udara segar dengan senyuman manis yang terukir.

Tidak sia-sia datang ke sini.

"Lieya, thanks bawa aku datang ke sini."

Lieya memandang aku dengan riak wajah yang pelik.

"Selama ni ada ke aku bawa kau ke tempat yang tak best?"

Lieya da mula la tu.

"Macam kat bukit haritu. Tempat yang menenangkan. Angin sepoi-sepoi bahasa."

Bukit?

Aku menarik nafas. Bukit kenangan aku dan Ril.

Wajah aku mula mendung. Janganlah hujan turun dengan lebat sebentar lagi.

Lieya menekup mulut. Terlepas kata.

"Raisa, I'm so sorry. Aku takde niat nak mention pasal bukit tu."

Aku memandang laut.

"Takpe. Aku tak marah pun. Kadang-kadang ada perkara yang kita harus kenang. Ada juga yang harus dilupakan."

Lieya memegang bahu kanan aku.

"Aku belanja kau aiskrim nak?"

Lieya cuba menceriakan aku. Sekejap je aku da tersenyum. Ternyata dia pandai memujuk.

"Okay. Aku nak aiskrim keladi yang ada 3 kon kembar tu."

"Okay bos. Saya menurut perintah."

Lieya terus berjalan laju menuju ke pakcik jual aiskrim.

Di waktu hangat begini, memang perlukan sesuatu yang menyejukkan hati.

Aku memandang sekumpulan pemuda di kejauhan. Salah seorang daripadanya tidak lepas memandang aku.

Do I know him?

Mahu saja menghampiri mereka. Benarkah lelaki itu memandang aku?

Tapi... Aku dan dia bertentang mata. Maknanya matanya meliar memerhatikan aku di sini.

Kaki aku bergerak cuba hampiri mereka.

"Raisa! Kau nak pergi mana?"

Lieya tiba-tiba memanggil aku.

"Takde pape."

Lieya mengerutkan dahi.

"Kau ni, sejak kita datang sini, makin pelik aku tengok."

Aku ketawa perlahan.

"Apa kau merepek? Apa yang pelik?"

Dia menghulurkan aiskrim di tangan.

"Kau ada sembunyikan sesuatu eh? Ke kau da jumpa boyfriend hot baru lepastu taknak bagitahu aku."

Apa minah senget ni merepek?

"Kau tu yang pelik. Tuduh aku melulu."

Malas nak layan Lieya. Aku menyisip aiskrim. Sedap. Perisa keladi. Aku suka.

"Dah tu kau nak pergi mana?"

"Jom pergi sana jap."

"Sana? Kat sekumpulan lelaki tu?"

Aku mengangguk. Mahu tahu gerangan lelaki itu yang dari tadi memandang aku tidak lepas. Rasa kurang selesa.

Tetapi, rasa teruja mahu melihat wajahnya dengan dekat.

"Betul la tu. Kau da buang tebiat."

Aku menjeling geram.

"Cuba kau perhatikan mamat yang pakai cap biru tu. Rasanya dari tadi dia pandang aku semacam."

Lieya memandang ke arah sana.

"Aah la. Dia pandang macam kenal kau je."

Maknanya betul la dia renung aku.

Aku tidak mempedulikan Lieya. Aku terus bergerak ingin melihat dengan jarak dekat.

Mata kami bertentang sekali lagi. Kali ni aku terkedu.

Sesuatu yang mengejutkan. Aiskrim keladi di tangan terlepas.

Jika ditoreh wajah aku ketika ini, pasti darah tidak mengalir keluar.

Peluh makin membanjiri kulit. Nafas aku mula sesak.

Lieya tersentak melihat aku.

"Kau kenapa, Raisa?"

Airil Benjamin hidup semula.

"Sebelum kau kata aku gila, aku nak kau tengok gambar wallpaper handphone aku dengan wajah lelaki yang pakai cap biru tu. Lihat sedalamnya. Dan bagitahu aku yang wajahnya memang serupa."

Lieya memandang lama wajah Ril di telefon, lalu dia melihat bertalu wajah lelaki yang tidak lepas memandang aku.

Lieya menekup mulut. Terkejut juga.

"This is Ril. Yang da arwah. Tapi... Siapa lelaki yang pakai cap biru tu?"

Lieya memandang aku dengan riak wajah keliru.

See. Aku tak gila. Wajah mereka serupa. Boleh dikatakan pelanduk dua serupa.

Apa lelaki yang wajahnya sebijik seperti Ril buat di sini?

Along, I found Airil Benjamin in others version.
. .
. Telefon bimbit aku berbunyi.

Wajah Along terpapar di skrin telefon. Nak korek agaknya aktiviti aku di sini.

Lambat-lambat aku menjawab.

"Hello."

"Assalamualaikum, Nur Raisa Asyikin."

"Along, please la. Tak payahlah panggil nama penuh."

Aku cuma terbiasa kalau Airil yang memanggil aku begitu.

"Jawab dulu."

"Iya. Waalaikumsalam Alongku sayang."

"How's your day?"

"Okay."

"Okay je?"

"Yup. Don't worry. I'm fine. Adik along ni tak mati pun bercuti kat sini."

"I'm worried about you, Riss. Takde update pape kat Along. That's why Along risau sangat."

Aku mengeluh perlahan.

"Iqbal Haikal, I'm thirty years old. Bukan budak kecik. Jangan nak control life Riss."

"For sure Along kena ambil tahu. You are my sister."

"Iya tapi... Riss taknak sesiapa ganggu hidup Riss."

"Dik... Kami ni family Riss. Kenapa since Airil pergi perangai adik makin ego?"

"Sebab Along la. Dia pergi sebab Riss lambat tahu perkara sebenar. Sepuluh tahun, semua orang tipu Riss. Buat Riss macam patung. Air mata Riss takde siapa yang peduli."

"Perkara dah berlalu pun, dik. Lupakan. Move."

Mudahnya Along cakap.

Kalau aku ni seorang yang boleh lupakan sesuatu, dah lama aku move.

"Kami tahu Riss masih marah. Dendam dengan kami. Sebab tak terus terang perkara sebenar. Itu permintaan dia. Harap Riss faham."

"Dahlah. Cukup. I don't want to hear anything. Balik rumah seakan menyeksa jiwa Riss."

Aku mengetip bibir.

"Biarkan Riss rehat di sini tanpa gangguan sesiapa. Even you, Along."

Aku bersedia nak matikan telefon.

"Riss, jangan letak gagang dulu. Along cuma nak tanya...."

Along seperti dapat tangkap yang aku bakal matikan telefon bimbit.

Tut tut tut...

Aku terus mematikan telefon bimbit.

Hati aku masih luka. Bukan mudah untuk pulih.

Kenapa setiap kali conversation, mesti nak kaitkan dengan Ril?

Aku tidak betah nak dengar nama tu sekali lagi.

Aku adalah Nur Raisa Asyikin yang baru. Tidak mahu ikut telunjuk sesiapa lagi.

Malas nak bertekak dengan Along. Siapa je yang faham perasaan aku?

Sejuknya malam ni. Angin bayu laut mencengkam sehingga ke tulang.

Best kalau jalan-jalan kat tepi pantai waktu macam ni.

Aku melihat Lieya lena ketiduran. Mahu kejut, tetapi tidak mahu ganggu dia.

Lantas, aku mencapai sweater putih labuh. Mahu mengambil angin di luar.

Malam makin sunyi. Dan aku tahu bahaya jika keluar berjalan seorang diri.

But, I don't care. Aku mahukan ketenangan.

Akhirnya.... Sedar tak sedar, kaki telah melangkah ke tepian pantai.

Perlahan-lahan kaki menuju ke bangku di bawah pokok.

Sejuknya angin malam. Angin malam boleh buatkan aku selsema. Embun.

Mataku tunak memandang bulan yang bercahaya.

Bulan penuh. Malam ni malam ke 15.

Aku menutup mata. Mahu leka dengan desiran ombak yang menghentam pantai.

And I'm in love
And I'm terrified
For the first time
In the last time
In my only life...

Lagu tu. Lagu kami. Teringat masa aku koma di hospital, seseorang memainkan lagu ni.

And I was thinking about him. Yes. Airil Benjamin.

Rupanya memang dia yang memainkan lagu tu.

Speechless. Kami dirawat dalam hospital yang sama. Sadis bukan?

Itupun setelah aku ekori Auntie Liza.

Ril... Kenapa buat semua tu? Kenapa mesti selindungkan perkara sebenar?

Apakah aku bukan sahabat yang baik?

Aku memegang dada. Sakitnya. Bila aku rindu, aku terus hadiahkan Al Fatihah padanya.

Maafkan saya jika awak tak tenang. Tiap kali menyebut nama awak, hati saya rasa terseksa.

Aku memandang kiri kanan. Tiada sesiapa.

Jadi, siapa yang memainkan lagu tadi? Siapa yang cuba permainkan aku kali ni?

Kenapa aku rasa diperhatikan sekarang? Siapa sebenarnya lelaki yang memakai cap biru tempoh hari?

Adakah dia lelaki yang sama tiga tahun lalu? Yang aku sangkakan Ril masih hidup ketika surat melayang ke kaki miliknya?

I need to find an answer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience