Bab 31

Romance Series 17707

Seandainya kita mahu merenung dan sedikit berfikir, sungguh di setiap apa yang telah Allah takdirkan untuk hamba-hamba-Nya, di dalamnya terdapat hikmah dan maslahat tertentu, baik ketika itu kita telah mengetahui hikmah tersebut ataupun tidak.

Demikian juga ketika Allah SWT menimpakan musibah kepada kita, maka kita wajib berprasangka baik kepada-Nya. Sudah seharusnya kita meyakini bahwa yang kita alami tersebut akan membawa kebaikan bagi kita, baik untuk dunia kita mahupun akhirat kita. Minimal dengan musibah tersebut, sebahagian dosa kita diampuni oleh Allah SWT.

Oleh kerana itu, maka lihatlah takdir ini dengan kacamata nikmat dan rahmat, dan bahawasanya Allah SWT boleh jadi memberikan kita nikmat ini kerana memang Dia sayang kepada kita.

Kerana Allah SWT pun telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(QS. Al Baqarah: 216)

Aku menutup buku agama yang baru dibeli tadi dari kedai buku Popular.

Takdir...

Aku selalu menyalahkan takdir di atas apa yang berlaku. Kerana ego, aku kehilangan. Kehilangan sangat menyakitkan. Aku tidak betah lagi untuk menghadapinya.

Ampunkan segala dosaku ya Allah kerana sering mengejar cinta manusia yang membuatkan aku leka.

"Raisa..."

Suara seseorang memanggil. Seseorang terpacul di muka pintu. Auntie Liza.

"Buat apa duduk dalam bilik ni sorang-sorang?"

Aku membalas sapaannya dengan senyuman.

"Mari ke dapur, tolong Auntie dan Mama hidangkan makanan tetamu untuk kenduri arwah."

Iya. Kehilangan sangat menyakitkan. Kali ini aku kehilangan untuk kedua kali.

Aku bangun. Membetulkan selendang putih. Memeluk erat pinggang Auntie Liza. Jalan beriringan menuju ke dapur.

Semoga arwah tenang di sana. Al- Fatihah. Dan takdir aku memang begini. Aku redha.
. .
. Aku membelek buku-buku yang dikirimkan oleh Melisa. Ada dalam lima buah kesemuanya. Banyaknya nak kena baca.

Takpela, bukan aku sorang nak baca. Nak bacakan untuk orang lain juga.

"Puan Raisa, ada sejambak bunga untuk puan."

Aku menoleh ke arah jururawat yang berdiri di sisi aku.

Bunga mawar merah. Di tengahnya ada mawar biru.

Aku bencikan mawar biru. Kerana mawar biru itu tanda misterinya cinta. Iya. Cinta itu misteri. Terkadang kita tidak tahu rencana yang Allah aturkan.

"Untuk saya?"

Jururawat tadi mengangguk.

"Siapa yang bagi?"

Pelik.

Jururawat itu mengangkat sebelah bahu.

"Bak sini."

Aku mengambilnya tanpa ragu. Mawar merah lambang keikhlasan cinta.

"Takde nota ke untuk saya?"

Aku membeleknya teliti. Mana la tahu kot-kot terselit nota cinta.

"Puan Raisa ada peminat."

Aku tergelak kecil. Siapa la yang meminati aku? Dahlah kuat emosi, tak cantik pulak tu.

Aku menghidu bauan mawar. Segar.

Tempoh hari aku menerima tiga jambak bunga dalam masa sehari. Tetapi aku minta jururawat sedekahkan kuntum mawar itu kepada pesakit lain.

Aku mahu lihat orang lain juga tersenyum seperti aku yang terharu menerima bunga.

"Puan, penghuni bilik 32 memanggil puan ke sana."

Aku bangun. Memasukkan kesemua buku ke dalam beg kertas.

"Memang saya mahu ke sana. Tolong bawakan bunga ni untuk saya, boleh?"

Jururawat itu mengangguk tanda mengerti. Kami jalan beriringan menuju ke bilik 32.

Sepanjang kaki melangkah, bermacam rasa yang ada. Harap-harap mood dia okay harini.

Pintu bilik aku tolak perlahan.

Seseorang sedang duduk membelakangi aku.

"Assalamualaikum."

Dia tidak mengendahkan aku. Matanya hanya terhala ke luar tingkap.

"Thanks Wanda. Tolong letakkan bunga tu kat situ."

Aku mengarahkan bunga itu diletakkan di atas meja kecil. Aku menuangkan bubur ayam ke dalam mangkuk kecil.

Dia masih begitu. Dingin.

Jururawat tadi berlalu pergi. Kini, tinggal kami berdua di dalam bilik yang sunyi ini.

Bunga tadi aku susun ke dalam pasu bunga. Dan sekuntum mawar merah aku capai bersama bubur ayam tadi.

Menghampiri dia yang tidak sesekali menoleh pandangan pada aku.

"Abang..."

Aku menegurnya lembut. Aku duduk bersimpuh menghadap dia.

Lelaki yang paling aku cinta. Cinta terakhir aku.

Sekuntum bunga mawar aku letakkan ke atas peha dia. Dia hanya memandang tanpa mahu menguisnya.

"Abang... Harini Raisa ada masakkan bubur ayam kegemaran abang. Rasa dia sama macam bubur ayam McD. Buka mulut, Raisa suapkan untuk abang."

Aku menyuakan sudu ke mulut dia. Namun, dia tidak bereaksi. Kaku seperti tadi.

"Abang... Jamahlah sikit. Penat Raisa masak."

Suara aku sudah bergetar.

Sedih apabila dilayan dingin oleh suami sendiri.

"Makan eh. Bismillah..."

Aku menyuakan ke mulutnya sekali lagi.

Prakk!

Sudu aku ditepis jatuh. Dia menolak aku jauh. Malah jauh dari aku yang seharusnya dekat di sisi dia.

Mangkuk yang berisi bubur ditolak kasar.

Ya Allah... Sampainya hati.

"Abang... Tolong jangan kejam. Raisa nak abang sembuh macam dulu."

Mendengarkan bicara aku, dia menjeling aku tajam.

"Aku tak perlukan kau. Aku dah cacat. Kau tak payah nak sembuhkan aku!"

Ya Allah... Irfan betul-betul membenci aku.

Aku tertunduk. Jarang dia meninggikan suara. Tapi selepas kemalangan, dia dah berubah. Dari penyabar menjadi seorang lelaki yang baran.

Irfan yang tenang sudah mati.

Aku mengutip mangkuk, bubur yang tumpah aku lap dengan kain.

Ini hukuman untuk aku. Padan dengan muka aku.

Dia menggerakkan sendiri kerusi rodanya ke laluan bilik air.

"Nak Raisa tolong tak?"

Aku mahu membantu dia. Memang kewajipan aku untuk menyediakan segala keperluan dia.

"Tak payah! Aku boleh pergi sendiri."

Aku memegang hujung kain baju. Bibir sedang perbanyakkan zikir. Supaya hati jadi tenang.

Berdepan dengan Irfan sangat menguji kesabaran. Dia sudah tolak aku jauh daripada hidup dia.

Mungkin tak lama lagi aku bakal dilepaskan. Tidak. Aku takkan sesekali tinggalkan dia. Dan dia sudah berjanji untuk menjaga aku.

"Irfan... Maafkan Raisa."

Suara aku terluah perlahan. Tidak mampu terucap.

Dan dia... Menghilang ke dalam bilik air setiap kali aku singgah ke bilik wad ini. Agaknya benci menghadap wajah aku.
. .
. Aku memandang orang lalu lalang di Tasik Perdana ini. Menunggu kehadiran seseorang.

"Hai, Raisa. Sorry saya lewat sikit."

Aku mendongak. Seseorang tersenyum manis menampakkan lesung pipit.

Dr. Rashita melabuhkan punggung di sebelah aku. Dia memandang wajah aku lama.

"Awak nampak seperti dalam kesedihan. Ada apa awak nak jumpa saya?"

Aku menarik nafas. Panjang. Kerongkong terasa tersekat untuk meluahkan bicara.

"Sebenarnya... Saya nak tahu pasal Syah."

"Apa yang awak nak tahu?"

"Dr. Ita dah lama kenal dia. So, mesti doktor tahu segalanya pasal Irfan Syahril."

"Awak nak tahu pasal Syah ataupun pasal Airil?"

"Syah. Airil dah tak penting untuk saya lagi. Dia tinggalkan saya dengan seribu kenangan."

Dr. Ita tersenyum.

"Sebenarnya Raisa... Syah cinta pertama saya. Saya sukakan dia."

Aku terkedu. Adakah itu satu pengakuan untuk dia mengambil Syah kembali?

"Tapi tidak pada dia. Cinta pertama dia adalah awak, Raisa."

Kali ini aku bertambah terkedu. Mana mungkin, sedangkan...

"Awak dah baca kan diari tu sampai habis?"

Aku menggeleng. Tidak sempat baca sampai habis. Aku tak tahu apa yang aku perlu tahu. Tapi tidak tercatat aku adalah cinta pertama Syah.

"Saya kenal Syah dari zaman universiti. Kami sekelas. Dia seorang kawan yang baik. Jarang bertegur sapa dengan perempuan. Dan, bila saya dapat tahu Syah sukakan awak, barulah saya faham."

Aku mengerutkan dahi.

"Maksud doktor?"

"Awak baik. Cantik. Manis. Dan yang paling penting, awak setia dengan cinta. Itu yang membuatkan dia tertarik dengan Nur Raisa Asyikin. Terus terang saya katakan yang saya cemburu dengan awak. Walaupun Airil pergi, awak masih ada Syah."

"Saya tak faham..."

"Jangan cuba untuk faham. Tapi Raisa kena dengar kata hati. Syah sayangkan Raisa."

Aku melontar pandangan ke arah tasik yang airnya nampak tenang.

"Dia dah bencikan saya."

"Tak. Dia sayangkan awak."

"Raisa, saya tak boleh berlama sangat. Saya ada hal lepas ni."

"Dr. Ita, kejap saya ada benda nak tanya lagi. Mengenai ingatan Syah."

"Oh. Yang itu... Kalau awak nak tahu, kena belanja saya makan. Sebab panjang cerita dia nanti."

Dr. Rashita bangun. Mahu berlalu pergi.

"Bila kita boleh jumpa lagi?"

Aku tidak sabar mahu tahu. Kisah Syah. Apa yang dia telan selama ini.

"Anytime. Tapi bukan malam ni. Maybe malam esok. Nanti saya contact awak, Raisa."

"Thanks. Sudi meluangkan masa dengan saya."

Aku sangat berterima kasih kepada Dr. Ita. Sejak Irfan kemalangan, Dr. Ita banyak beri aku semangat supaya bersabar. Kesannya cuma sementara. Katanya, ini bukan consequences yang aku perlu tanggung seorang diri.

"Welcome. Bye, Raisa. Jaga diri. Jaga Syah juga."

Sempat juga Dr. Ita bergurau.

Aku memerhatikan dia pergi sehingga langkahnya menghilang.

Irfan, saya takkan putus asa. Saya akan memenangi hati awak semula.
I promise...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience