Bab 36

Romance Series 17707

Terik silau mentari pagi yang menyinari ruang bilik wad menyedarkan aku dari lena.

"Ehem..."

Aku menggeliat kecil.

Terasa kepala aku ni bersandar pada bahu seseorang.

Aku menoleh sebelah.

Irfan masih lena tidur. Kejap, macam mana aku boleh tidur di sebelah Irfan?

Otak aku mula menghubungkan sel-sel yang terputus sejak malam tadi.

Malam tadi lepas Irfan tidur, aku baring kat sofa. Lepastu, aku rasa sejuk sangat. Aku tumpang selimut Irfan.

Okay. Dah ingat.

"Ehem..."

Apa yang dari tadi ehem?

Aku memandang dua wajah di depan aku. Along dengan Kak Aisyah sedang tersengih memandang kami berdua.

Aku bangkit dengan berhati-hati. Supaya Irfan tak sedar. Malu la kalau dia tahu aku tumpang selimut. Nampak sangat macam ambil kesempatan.

Tapi aku memang rindukan dia pun.

"Lena tidur malam tadi. Seronok berduaan?"

Aku menjegilkan mata. Kak Aisyah mencubit lengan Along. Padan muka.

"Sejuk la. Tumpang selimut."

"Nakal eh adik Along ni. Kalau rindu tu cakap jela."

"Slow la sikit suara tu. Kalau Irfan dengar, malu la Riss."

"Dia tahu kau peluk dia."

"Hah?"

"Along datang dah setengah jam. Along dah rakam semua."

Along menayangkan telefon bimbit dia.

Wajah aku dah memerah. Tahan malu.

"Bak la phone. Delete la."

Aku cuba merampas telefon bimbit Along.

"No. Ni boleh jadi kompilasi Nur Raisa Asyikin yang otaknya senget. Senang nak cari pasal dengan kau."

Eeii, main ugut pulak.

"Hmm suka hati Along la. Malas nak layan. Ni ada apa datang pagi-pagi buta ni?"

Aku memeluk tubuh.

Taknak bagi chance aku berduaan dengan Irfan. Menyibuk je.

"Ewah. Ni Along bawak baju yang kau minta. Pergi mandilah. Busuk."

Aku terus mencapai beg baju.

Ala, busuk pun Irfan balas je pelukan aku. Dia pun tak kisah.

"Along tengokkan dia tau. Riss nak bersihkan diri kejap."

"Hai kak... Morning."

Baru teringat nak menyapa Kak Aisyah yang sedang menuang air teh panas.

"Morning, Riss."

Satu perkara yang aku suka dengan Kak Aisyah, dia selalu positif dan sabar melayan kerenah Along yang mental ni. Memang pasangan yang serasi.

Aku berlalu ke tandas.

Usai mandi, aku lihat Along dan Irfan sedang rancak bersembang.

Aku pandang wajah Irfan malu-malu.

Dia tahu aku peluk dia? Malunya.

Gila la kau ni, Raisa. Dahlah dia rasa menyampah tengok muka kau.

"Riss, nak balik rumah tak?"

Aku angguk.

"Nak balik kejap."

"Raisa ambil cuti sampai bila? Jangan kerana Abang, Raisa tak pergi kerja."

Aku ambil cuti tanpa gaji semata nak jaga Irfan baik-baik.

"Sampai Abang betul-betul sembuh."

"Abang okay je."

"Takpe. Nak pergi kerja pun takde semangat."

Along dari tadi toleh pandang aku dan Irfan.

"Haish korang berdua ni. Kalau nak berkepit tu mengaku jela. Yang sorang ni caring, yang sorang ni pulak acah boleh independent."

Aku jeling Along.

"Sibuk je. Okaylah. Nak balik la macam ni."

Aku pura-pura merajuk. Tak suka aku berlama kat hospital ni agaknya.

Along pandang Irfan.

"Kejap lagi aku temankan kau buat rawatan fisioterapi tu."

Irfan hanya mengangguk. Dia toleh ke arah aku.

"Take care, Raisa."

Aku mencapai tas tangan. Tangan aku hulur untuk bersalam dengan mereka berdua.

Keluar je dari bilik, aku memegang dada.

Patut ke aku ikut plan yang Along sarankan?

Kalau aku hilang Irfan untuk selamanya macam mana?

Ah, ikut jela apa Along suruh. Demi selamatkan rumahtangga aku dan dia yang semakin retak menanti belah.

I trust Along.
. .
. Aku mengesat peluh dengan tuala muka.

Dah lama tak jogging. So, petang ni aku pulun lari dalam 7 pusingan.

Melisa meneguk air mineral dengan rakus.

"Ada apa kau ajak aku lepak?"

"Nak ajak lepak pun salah."

Aku memuncungkan bibir.

"Paksa aku jogging sama."

Meli menyiku lengan aku.

"Sekali sekala. Beb, aku rasa Irfan dah bencikan aku la."

"Perasaan kau je kot."

"Tak. Dia tu yang pelik. Aku tak tahu apa rahsia besar dia. Kadang-kadang aku rasa dia tu Airil. Dia buat aku keliru."

"Raisa, kau tu tengah stress. Tu yang asyik fikir bukan-bukan."

"No. I'm not."

Aku percaya pada instinct aku. Something wrong with Irfan.

"Kau tak percayakan Irfan ke?"

"Bukan macam tu. Aku tak berapa kenal dia. Dan aku rasa, dia tak mahu aku mengenali dia dengan mendalam."

Meli memandang aku dengan dahi yang berkerut.

"I mean... Cara dia... Nak ambil alih tempat Airil. Meli, dia sedaya upaya mahu jadi diri Airil. Kau faham tak maksud aku ni?"

Meli diam.

Tak faham la tu. Susahnya nak terangkan. Tiada siapa akan percaya apa yang aku fikirkan.

"Apapun masalah kau, aku doakan kau boleh handle. Mungkin kau boleh uji dia."

Nafas dihela.

"Jawapan ada dalam diari. Tapi, aku takutlah nak habiskan baca. Kalau aku tak boleh terima semua tu macam mana?"

"Yang kenal rapat dengan Irfan cuma Dr. Ita sorang kan? Hari tu masa kau jumpa dia, dia cerita apa?"

Aku memandang air tasik yang tenang.

Serta merta ingatan aku terlayang saat aku keluar makan berdua dengan Dr. Ita.
. .
. Aku memandang Dr. Ita yang sedang memilih menu makanan.

Dr. Ita cantik. Putih. Tinggi. Perfect 10.

Tapi, kenapa Irfan tak tertarik pada dia?

"Puas tilik saya?"

Aku tersedar. Kantoi.

"Sorry. Saya..."

Dr. Ita tergelak. Jelas menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"It's okay. Saya faham. Apa yang awak nak tahu tentang Dr. Syah?"

Aku menongkat dagu.

"Everything."

"Kalau everything tu saya tak boleh nak beritahu."

"Dr. Ita rapat dengan dia kan?"

Doktor cantik di depan aku ni mengangguk.

"Rapat yang macam mana?"

Sekali lagi Dr. Ita senyum.

"Macam yang saya pernah beritahu pada awak. Saya pernah suka Syah."

Irfan lelaki yang baik. Memanglah ramai akan jatuh hati pada dia.

"Since zaman study lagi saya sukakan Syah. Tapi, perempuan pertama yang berjaya memiliki hati dia adalah awak Raisa."

Pelayan datang ke meja kami.

"Chicken Chop add mushroom soup. Lemon ice tea. How about you, Raisa?"

"Spaghetti Oglio. Watermelon juice. Thank you."

Pelayan tadi mencatat dan beredar pergi.

"Okay. Kita jangan cakap pasal siapa yang dia suka. Saya taknak awak sakit hati dengan saya, Dr. Ita."

Dia senyum. Pahit.

"Saya dah biasa. Syah memang tak pernah suka saya. Dia anggap saya macam adik dia, Raisa."

Entah mengapa hati aku rasa lega.

"Saya cuma nak tahu, sikap Syah tu macam mana."

"Dia baik. Manners. Caring. Penyabar. Cuma satu je sikap buruk dia."

Aku semakin ingin tahu.

"Over protective. Dan fyi, Syah tu pernah cakap kat saya yang dia tu ada DID."

Aku telan air liur.

"Maksud Dr?

"It's your effort to find out, Raisa. Bukan saya. Sampai had tu je yang saya boleh beritahu awak."

Seriuslah. DID.

Macam tak mungkin je.

"Haritu Dr. Ita kata nak ceritakan pada saya tentang ingatan Syah?"

Dr. Ita senyum pahit.

"Dia pernah hilang ingatan sewaktu dia remaja."

Sekali lagi aku terkejut. Patutlah kadang-kadang dia macam orang bingung.

"Tapi, masa dia short term memory loss tu takdela teruk mana."

Aku mendengar dengan penuh minat.

"Saya tak tahu sangat pasal hal ingatan dia. Maybe Raisa boleh risik tanya family Syah."

Aku tunduk pandang meja.

Makanan tiba.

"Enjoy your meal. Saya gurau je minta awak belanja. Biar saya yang belanja, okay?"

Dr. Ita senyum ceria. Sedangkan hati aku mula tidak ceria.

"Raisa..."

Aku memandang Meli.

"Asyik termenung je kau ni."

"Aku baru teringat. Dr. Ita pernah cakap something dan dia suruh aku find out sendiri."

"Oh. Apa benda tu?"

Meli terpinga.

Aku tidak membalas pertanyaan Melisa.

DID. Dissociative Identity Disorder.

Aku kena Google dan buat research sikit supaya aku jumpa jawapan kepada persoalan yang aku cari.

Irfan...

Sakit kepala aku nak fikirkan semua ni. Banyak sangat teka teki.

Mungkin aku kena pergi rumah Irfan. Selongkar barang milik dia. Iya. Aku kena cari jalan untuk masuk ke bilik dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience