Bab 2

Romance Series 17712

Rindu itu seperti serpihan jiwa yang hilang...

Iya. Selepas tiga tahun, aku masih dihambat kesedihan yang berpanjangan. Aku kemurungan.

Airil tinggalkan aku dengan kekesalan yang paling dalam. Aku perlukan dia. Tapi dia takkan ada lagi dalam hidup aku.

Allah lebih sayangkan dia.

Aku merenung lama gambar Airil di atas meja pejabat. Senyuman manis dia.

Saya akan selalu simpan wajah awak dalam hati, Ril.

"Raisa..."

Lieya memanggil nama aku.

Barangkali melihat aku mengelamun jauh.

"Yes."

Tidak ramai yang tahu kisah aku. Ramai sering bertanyakan aku gambar siapa yang selalu menemani meja pejabat aku.

Aku hanya beri jawapan dengan senyuman pahit.

"Sorry. Masuk pintu tak ketuk. Tadi aku ingat kau tengah buat kerja. Tu yang aku main terjah."

Wajah Lieya serba salah.

Dia selalu menangkap aku sedang mengelamun. Tapi sekalipun dia tak pernah bertanyakan apa-apa.

Barangkali dia tidak mahu melihat aku menangis...

Aku cuba menceriakan muka.

"Eh takpe. Ala Lieya, aku da biasa kau terjah macam tu. Macam tak biasa pulak."

Lieya duduk bertentangan dengan aku.

"Aku excited nak cakap dengan kau ni."

Aku menjongketkan kening kanan. Menunggu bicara Lieya.

"Sebenarnya..."

Aku menunggu apa yang mahu disampaikan oleh Lieya.

"Sebenarnya... Aku..."

Eh minah ni. Nak buat aku rasa tak sabar pulak.

"Sebenarnya apa? Kau jangan cakap tergantung."

Aku dah mula rasa geram.

Tiba-tiba Lieya tergelak.

Lieya selalu macam ni. Sengaja nak duga kesabaran aku.

"Akhirnya kau marah jugak. Hahaha. Aku saja je cakap tergantung. Nak buat kau saspens. Kau tu asyik muka sedih je. Muka takde perasaan."

Aku mengetap gigi. Memandangnya dengan pandangan kosong.

"Sebenarnya kau tengah lapar kan? Kau nak ajak aku keluar makan kan? Nak aku belanja kau kan? Boleh Cik Intan payung Lieyana."

Lieya memuncungkan bibir.

"Bukanlah. Eh kau ni Raisa, janganlah tambah perkataan payung. Nama aku dah elok-elok Intan Lieyana."

Aku tergelak. Hilang terus rasa sedih.

"Yela. Dah kau cakap tergantung. Mana taknya aku jadi geram."

"Hehehe. Sebenarnya, Raisa. Aku nak pergi bercuti."

Tangan aku ligat menyusun dokumen di atas meja. Mata memerhatikan tulisan yang tertera di atas dokumen itu.

"Oh, pergilah. Aku benarkan. Approved."

Nak bercuti, dipersilakan.

"Okay. Aku dah booking tiket flight, hotel semua."

Aku cuma mengangguk.

"Kita berdua akan ke sana lusa ni."

"Oh, okay."

Eh jap, kita berdua? Aku tak salah dengar kan?

"Cuba kau ulang sekali lagi?"

Mata aku da terkebil-kebil blur.

"Iya. Kita. Aku dah bookingkan sekali nama kau dalam percutian aku."

"Cik Intan Lieyana binti Zamri!"

Aku mengetapkan bibir.

Suka hati dia je nak babitkan aku dalam percutian dia.

Lieya tersengih kerang.

"Temankan aku. Aku taknak tengok kau macam ni. Kita tenangkan fikiran kat sana."

Aku berpeluk tubuh sambil memandang Lieya tajam.

"Aku taknak pergi. Kerja aku melambak."

Lieya mengeluh.

"Alaa... Please la Raisa. Jomlah. Kerja boleh setelkan kemudian. Aku nak tengok kau happy."

Happy? Kegembiraan aku da lama mati.

"Kau pergilah sorang. Aku taknak."

Malaslah nak pergi mana-mana. Aku mahu rehat kat apartment aku je.

"Raisa... Sampai bila kau nak macam ni? Kita perlukan perubahan dalam hidup. Aku taknak kau bersedih."

Mana dia tahu aku bersedih? Rasanya aku tak pernah ceritakan apa-apa pun.

"Sedih? Apa kau cakap ni?"

Aku cuba menafikan.

"Semua orang kat pejabat ni perasanlah, Raisa. Wajah kau selalu mendung. Kau senyum, tapi hati kau menangis."

Aku tunduk.

"Tu frame gambar kat meja kau tu. Dia yang buat kau jadi macam ni kan? Broken teruk."

"Cukup Lieya. Ni ofis. Aku taknak orang luar sana pasang telinga mendengar. Personal matter kita cakap kat luar ofis."

Lieya menghela nafas.

"Sorry. Aku taknak tahu pun kisah kau kalau kau taknak share. Kau takde pilihan lain. Kau kena ikut aku gak. Kalau kau anggap aku kawan, dan kau sayangkan diri kau."

Aku terdiam. Tidak tahu mahu jawab apa.

Mungkin ada benarnya kata-kata Lieya. Aku kena bercuti kadangkala. Lupakan rasa sedih.

Aku melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap.

Luka di hati tiada siapa yang tahu, Lieya.
. .
. Dari kejauhan terlihat Along melambaikan tangannya padaku.

Aku tersenyum manis memandang Along. Dia mendukung anak perempuannya yang berusia 2 tahun.

Anak sedara aku, Tisya.

Tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas.

"Hai Riss... Baru balik keje ke?"

Aku mencuit hidung Tisya. Comel. Geram aku dengan pipi gebu dia. Rasa nak gigit je.

"Eh taklah. Baru balik memancing ikan."

Along menarik hujung tudung aku. Geram barangkali dengan loyar buruk aku.

"Dapat pancing banyak ikan tak? Takkan satu pun tak tersangkut."

Aku faham maksud Along.

"Riss. Bila nak kenalkan Along dengan someone?"

Aku menjulingkan biji mata.

"Entah. Esok, lusa, tahun depan kot."

Along menarik lagi hujung tudung aku. Kali ni agak kasar.

"Ouch. Main kasar nampak."

Aku menjegilkan mata.

"Esok la tahun depan tu."

Oh. Aku lupa. Esok da nak tahun baru. Welcome January.

"Riss... Along serius ni. Kawan Along ramai yang bujang lagi."

Aku membuat riak muka ada aku kesah.

"Riss nak macam ni selamanya. Jangan hiraukan Riss."

Aku pula mendukung Tisya.

"Tisy sayang... Tak rindu kat Auntie Riss ke?"

Tisy mencemikkan muka pabila aku menciumnya bertalu-talu.

"Atau nak Along setkan blind date untuk Riss?"

Along dah mula la tu. Nak kenenkan aku dengan sesiapa.

"Stop it, Along. Jangan buat sesuatu yang Riss tak suka. Along nak Riss lari lagi jauh ke?"

"Tell me. Riss nak ciri-ciri suami yang macam mana?"

Aku menghela nafas. Cuba menahan sabar. Cuba untuk tidak jadi sensitif.

"Carikan Riss seorang lelaki yang sama macam Ril."

Aku memandang Along lama.

"Dik..."

"Tak mampu kan? Dia dah lama pergi. Tapi Riss takleh nak move on. I'm so sorry, Along."

"Dik, jangan macam ni. Ril nak adik bahagia."

"Memang. Bahagia Riss cuma dengan Ril. Dengan Airil Benjamin."

"Nur Raisa Asyikin, cuba jangan degil. Kenapa nak hancurkan diri sendiri untuk orang yang dah lama tiada?"

Mata aku mula berair.

Aku tak pernah anggap Ril mati. Suara dia sentiasa terngiang kat telinga aku.

"Along nak cakap Riss ni gila ke? Masih menunggu Ril. Riss sedar ramai marahkan Riss sebab masih tak mampu nak move on. Along tahu tak, luka kat hati ni tak mampu nak sembuh."

Sepuluh tahun dia tinggalkan aku. Bila dia muncul, dia pergi lagi.

Takdir kejam.

Semua orang tipu aku. Semua tahu Airil Benjamin sentiasa di sisi aku. Dia tak pernah berganjak dari luar Kuala Lumpur.

Rahsia besar yang sukar aku terima. Sampai ke hujung hayat, aku tak sempat nak luangkan masa dengan dia.

Kalaulah aku jumpa dia terlebih awal sebelum dia pergi, mungkin aku...

Mungkin aku tidak rasa terkilan begini.

Kalaulah... jika masa boleh diundurkan semula.

Aku menyeka tompok air mata.

"Riss, Along takde maksud nak buat Riss sedih."

Iya ke? Itu niat Along dari awal. Mahu aku lupakan Airil Benjamin dan kahwin dengan sesiapa sahaja.

Aku senyum senget. Memekakkan telinga. Mata fokus ke arah Tisya yang dari tadi mula merengek. Tisya memandang aku lama. Seakan tahu hati aku yang sarat kesedihan.

Along menunduk.

Aku tahu dia juga rindukan arwah Airil Benjamin. Sahabat sepermainan kami. Cuma Along tak tunjukkan kesedihan dia di depan aku.

Everyday I'm missing you, Ril. Cinta pertama yang sukar aku lupakan sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience