Bab 14

Romance Series 17707

Aku cuba mendail nombor telefon Klinik Syah dari tadi. Line busy.

Lenguh jari mendail. Menunggu talian di sana berangkat dengan penuh kesabaran.

Mana Doktor Syah ni? Takkanlah masih cuti lagi? Ke dia nak mengelak dari aku?

Hmm...

Panggilan akhirnya dijawab.

"Hello. Selamat tengah hari. Ni Klinik Syah."

"Hai. Boleh tak saya nak bercakap dengan Doktor Syah?"

"Doktor Syah... Dia..."

Tergagap staff dia menjawab. Pelik la diorang ni.

"Ni siapa ye?"

Aku menjulingkan biji mata. Walaupun takde siapa yang nampak.

"Dia ada ke tidak? Jawab soalan saya."

Aku da bengang. Nak jumpa seorang doktor sampai kena ambil masa berbulan.

"Cik... Doktor Syah takde."

Aku rasa macam kena tipu.

"Dia pergi mana? Kenapa susah sangat nak jumpa dia?"

"Err... Dia pergi kursus."

Jawapan yang tidak meyakinkan. Kursus ke nak mengelak?

"Please. Saya nak sangat jumpa dia."

"Boleh tak saya nak tahu sebab hal apa, Cik?"

Aku mendengus.

"Personal. I want to see him. Penting."

"Maaf, Cik. Doktor Syah sekarang takde. Yang ada Doktor Irman. Kalau ada apa-apa yang penting, Cik boleh berhubung dengan dia."

Taknak. Aku nak jumpa Doktor Syah. Bukan doktor lain.

"Tolong saya. Kalau dia pulang, call saya secepat mungkin."

"Okay. Baiklah. Nama Cik?"

Perlu ke aku beritahu nama aku yang sebenar?

"Raisa..."

Aku nak jumpa secara empat mata. Please, izinkan aku bertemu dia.

"Okay Cik Raisa."

"Okay. Thanks."

Aku meletakkan gagang telefon dengan hati yang suam.

Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu.

Kita tengok apa yang akan bakal berlaku. Aku mula merancang strategi untuk bertemu dia juga. Hati aku yakin mengatakan yang dia sebenarnya ada. Cuma dia mengelak taknak jumpa aku.

Siapa kau sebenarnya, Doktor Syah?
. .
. "Kau taknak balik lagi ke? Da pukul 7.00 pm ni."

Mata masih menghadap PC di depan.

"Kau balik la dulu, Lieya. Aku nak siapkan kerja ni sikit lagi. Prepare slide untuk meeting lusa."

"Kau ni workaholic sangat."

Memang perlu pun. Aku nak jadi wanita bekerjaya.

"Patutlah bos asyik puji. Kau memang kuat, Raisa."

Aku mengecilkan mata dan memandang Lieya.

"Ni jela aku yang terpaksa hadap. Kau lainlah. Kau da ada tunang."

"Eleh. Kau tu yang pilih hidup solo."

"Mama nak jodohkan aku dengan anak kawan dia."

Mata Lieya membulat dengar.

"Serius? Kau terima?"

Aku menggeleng.

"Aku kena kenal dia betul-betul sebelum terima."

Lieya terus duduk serta merta di depan aku.

"Handsome tak? Good looking macam Irfan ke?"

Aku menjeling Lieya. Tetiba sebut nama Irfan. Nasib aku tak tersedak.

"Entah. Tak pernah jumpa lagi."

Tangan laju menekan keyboard.

"Pergilah jumpa. Kot-kot boleh jatuh cinta."

Dia ingat hati aku ni macam blender ke? Mudah larut?

"Kau ingat aku ni suka cinta paksa ekspress ke?"

Lieya tersengih.

"Sebab kau tu kalis hati. Hati kau keras, Raisa. Tapi kau perlukan peneman hati kau yang sunyi."

"Mana ada. Pandai-pandai je kau ni."

Aku cuba menidakkan. Walaupun memang betul hati aku rasa sunyi. Mahu juga disayangi walaupun tak mampu menyayangi.

"See... Jawapan terpampar di wajah kau."

"Kau ni mengarut. Dah dah pergi balik. Shoo..."

Aku menghalau dia. Sikit je lagi nak siapkan. Lepastu, move ke strategi seterusnya.

Malam ni aku nak bongkar semua rahsia yang aku perlu tahu.

Sabar, Raisa. Sikit je lagi nak kena hadap.
. .
. Setelah menyelesaikan task yang melambak, aku mengerling jam di tangan.

8.30 pm.

Aku menggeliat malas. Mengantuknya.

Cepat-cepat aku off PC. Melangkah keluar dari bangunan.

Menghidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi yang aku atur.

Aku melihat dari dari dalam kereta.

Hati aku yakin yang dia ada di dalam. Jarum jam menginjak ke pukul 9.15 pm.

Kau yakin ke apa yang kau buat ni, Raisa? Kau boleh hadap?

Aku memejamkan mata. Hati aku kena kuat.

Bismillah.

Aku memakai mask separuh muka. Nekad kali ni. Kalau dia taknak ikut aku, aku culik je dia.

Perlahan langkah diatur ke dalam.

"Saya tak berapa sihat."

"Pernah datang sini tak? Boleh saya mintak IC, Cik?"

Alamak, kalau aku bagi IC kantoi la nama aku.

"Saya da kelam kabut. Saya terlupa nak bawak IC."

Err logik tak?

"Lesen cik bawa tak?"

Alamak. Matilah. Kenapa aku tak terfikir dia akan tanya lesen?

"Uhuk.. uhukk... Tolonglah. Saya nak jumpa doktor cepat. Dada saya makin sakit ni."

Dada aku mula berombak kencang. Hebatnya lakonan kau, Raisa.

Nafas aku sudah tidak terkawal. Sengaja mahu staff dia cemas melihat aku.

Aku sanggup buat apa saja untuk masuk ke dalam.

"Cik boleh tunggu 10 minit tak?"

"Saya tak mampu nak tahan... Saya sakit sangat ni."

Dah sakit, pergilah hospital terus. Sengal kau ni, Raisa.

"Tapi Doktor... Tengah ada meeting kat dalam."

"Uhuk... Uhuk..."

"Okay. Okay. Jom saya bawa masuk dalam."

Yes. Finally.

Pintu bilik dikuak.

Akhirnya... dapat juga ketemu Doktor Syah.

Aku baring di atas tilam bilik rawatan.

Kenapa aku rasa berdebar teruk ni? Takkanlah lakonan tadi menjadi nyata?

"Cik. Saya check dulu nadi dan tekanan darah. Kejap lagi doktor masuk beri rawatan."

Aku makin berdebar. Ya Allah. Debaran yang tak mampu terkawal lagi.

"Lajunya jantung Cik."

Iya. Jantung aku bagai mahu pecah. Berdebar tanpa henti. Kenapa ni Raisa?

"Tunggu sebentar ye."

Aku memejamkan mata. Takut. Hati rasa kurang enak.

Ya Allah. Kuatkan aku.

"Lily, mana pesakit tadi?"

Suara itu. Aku kenal suara tu.

Takkanlah...

"Tu tengah baring doktor. Nadi dia laju. Jantung dia pun tak terkawal. Berdebar teruk."

Iya. Aku rasa nak menangis. Takut. Kebenaran sangat menyakitkan.

Derap tapak kaki menghampiri.

"Cik... Are you okay?"

Aku menggeleng. Sambil mata terpejam. Tadi drama. Kali ni bukan drama.

Suara dia... Mengingatkan aku...

Lembut tangan dia menyentuh dahi aku. Dan pergelangan tangan aku.

Aku takut nak buka mata. Takut nak menghadap kebenaran.

"Cik cuba duduk. Saya nak check guna stethoscope. Takut ada masalah jantung."

Aku duduk. Dan membuka mata.

Sebaik saja aku melihat doktor di hadapan.

I can't breathe. Ohmygod seriously.

Mata aku membulat... Dan tanpa sedar tangan aku menekup mulut walaupun memakai mask.

Ya Allah... Doktor Syah adalah....

Dengan geram yang menebal, aku terus membuka mask muka. Mahu dia lihat wajah aku.

"Raisa... Nur Raisa Asyikin. Apa awak buat kat sini?"

Dia juga tergamam. Kau tidak boleh mengelak lagi dari aku. Air mata aku tumpah berjuraian. Ni rupanya rahsia besar dia.

Tahniah. Hati aku makin berkecai. Rasa tertipu. Oleh dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience