Bab 15

Romance Series 17707

Rahsia yang takkan lagi jadi rahsia. Tamat di sini. Aku taknak lagi berkaitan dengan mamat ni.

"Raisa... Saya..."

Aku menggelengkan kepala. Kecewa.

Masa aku beria tanya siapa dia, apa kaitan dia, sedaya upaya dia menidakkan.

Dan sekarang, kenapa perlu tunggu aku yang membongkarnya?

Aku berdiri. Menghadap dia.

"Siapa awak yang sebenarnya?"

Dia menunduk. Coward.

"Takpela. Tak payah explain apa-apa dengan aku. Kau doktor rupanya. Doktor dia."

Aku kecewa. Terasa dipermainkan.

Aku terus berlari keluar dari bilik dia.

"Cik Raisa..."

Staffnya yang bernama Lily mahu menghalang aku.

Dia kejar aku. Tangan aku direntap.

"Raisa. Bagi saya peluang untuk explain semuanya. Semua sekali."

Apa lagi? Apa yang patut aku dengar? Dan kenapa aku kena percayakan dia?

"Lepaslah. Jangan halang saya. Saya nak balik!"

Aku membentak.

Tak sanggup nak hadap wajah dia.

"Bagi saya peluang, Raisa..."

Dia merintih sayu. Ada air jernih di tubir mata dia.

Aku yang seharusnya berduka. Bukan dia.

Kepala aku makin berdenyut. Sakit kepala membuatkan aku tidak mampu melihat apa-apa.

Serta merta dunia aku gelap gelita. Lalu rebah di situ..

"Raisa!!!"

Dan aku terbaring kaku tanpa sempat dipangku oleh dia.

"Lily!!! Tolong saya."

Suara dia memecah kesunyian malam. Seharusnya aku mengikut Airil pergi sama.
. .
. Aku tersedar secara tiba-tiba. Mimpi ngeri.

Tak. Ni bukan mimpi. Ni realiti.

Aku memandang sekeliling. Aku masih di sini. Di klinik dia.

Tekak terasa haus. Pukul berapa dah ni? Aku cuba bangkit, tapi kepala terasa berat.

Migraine datang di saat begini.

Dia masuk ke bilik.

"Raisa... Awak da sedar?"

Di tangannya memegang sebiji gelas berisi air.

Tangan aku masih memicit kepala.

"Jangan paksa diri. Nanti awak collapse lagi."

Aku nak balik. Aku taknak hadap dia.

Dia menghampiri.

"Nah. Telan ubat ni. Legakan sakit kepala awak. Muka awak pucat. Saya hantar awak balik, okay?"

Aku mengambil juga ubat di tangan dia.

"Kenapa awak buat semua ni? Seronok ke permainkan saya, Irfan?"

Dia duduk di sebelah aku.

"Iya. Seronok sangat."

Dia menjawab selamba.

Aku menjeling tajam. Rasa nak lempang je muka dia.

"Itu yang awak nak dengar kan?"

"Saya taknak dengar pape."

Aku menekup kedua belah telinga. Tapi, dia tarik tangan aku.

"Awak kena dengar apa yang saya nak explain."

Taknak. Aku taknak dengar.

"Bukankah ini yang awak mahukan? Dah lama kan awak nak jumpa Doktor Syah?"

Aku diam. Terkedu. Aku tak pernah sangka dia rupanya Doktor Syah.

"Iya. Saya memang Doktor Syah."

Aku jadi keliru. Tapi Irfan?

"Memang saya pernah rawat Airil Benjamin."

Kepala aku makin sakit. Apa semua ni?

"Awak tak sihat. Esok je saya explain semua, boleh tak?"

"Tak perlu kot nak explain. Saya tak sanggup nak dengar apa-apa. Awak tipu saya."

Aku bangun. Aku nak balik.

"Saya hantar awak balik ye?"

"No. Macam mana saya datang, macam tu saya akan pulang."

"Raisa, can you forgive me?"

Perlu ke?

Aku tahan rasa kesakitan. Tanpa menjawab soalan dia, aku terus tinggalkan dia. Dan melangkah keluar dari klinik.

Masuk je dalam kereta, aku hamburkan tangisan.

Hati aku rasa kecewa.

Lepasni apa lagi? Aku dah buat keputusan. Dan keputusan aku muktamad.

No more Irfan atau Airil dalam hidup aku.
. .
. Sampai sahaja di rumah, aku terus cari Mama. Mama tengah berbual dengan Along di ruang tamu.

Aku meluru ke arah Mama.

Tudung sudah lencun dengan tangisan. Mereka yang bergelak ketawa terkedu melihat keadaan aku.

"Ma..."

"Riss... Sayang kenapa ni? Siapa buat jadi macam ni?"

Aku menangis teresak.

Along duduk di sebelah aku.

"Kenapa ni, dik? What happened?"

Aku memandang Along. Apakah Along tahu siapa Irfan?

Biarlah. Aku taknak tanya apa-apa.

"Ma... Riss da buat keputusan. Riss nak kahwin dengan Syah. Riss terima Syah seadanya."

Aku nekad. Aku nak lupakan Irfan. Dia tak boleh wujud lagi dalam hidup aku.

"Tapi kenapa tiba-tiba je ni? Siapa buat adik jadi macam ni?"

Aku diam. Taknak jawab pertanyaan Along.

"Riss serius?"

Aku mengangguk.

"Tapikan... Adik tak kenal siapa Syah."

"Takpe. Riss tak kisah. Cinta boleh datang kemudian, Along."

Along sepertinya berfikir sesuatu. Dia mengeluh perlahan.

"Mama taknak paksa Riss. It's your life. Tapi takkanlah taknak tengok muka Syah?"

Tak penting rupa dia. Yang penting sekarang aku nak mengelak dari Irfan. Sebelum perasaan aku makin bercambah pada dia.

Aku keliru. Aku rasa dah mula sukakan dia sejak kejadian di pulau haritu. Tapi... Aku tak pasti samaada aku suka dia kerana dia Irfan ataupun kerana rupa dia seperti Ril.

"Pikir baik-baik, dik."

"Riss da pikir sedalamnya. Tolong percepatkan majlis. Bulan depan nikahkan Riss dengan Syah. Secepat mungkin."

Aku tahu tindakan aku terlalu mendadak. Aku memang gila. Aku tak pernah lihat wajah Syah.

Mama senyum.

"Anak Mama da nak kahwin. I'm so happy."

Mama cium dahi aku.

"Esok pagi Mama call Auntie Piah. Syah mesti happy. Dia dah lama sukakan Riss."

Tak kisahlah macam mana pun rupa Syah. Asalkan aku boleh lari dari semua ni.

Along turut senyum.

"Syah baik tau. Dia sayang Riss. Along yakin dia boleh bahagiakan Riss. Seperti Ril yang turut cintakan Riss dalam diam."

Mendengar nama itu. Hati aku jadi tersagat.

Airil Benjamin... Maafkan saya. Saya akan kahwin tak lama lagi. Saya taknak dihantui bayang-bayang awak. Saya nak tepati janji saya pada awak.

Baguslah kalau semua orang gembira. Sekurangnya mereka akan buang rasa bersalah di atas merahsiakan penyakit Airil dari pengetahuan aku satu ketika dahulu.

Ini jalan terbaik. Aku yakin Syah mampu bahagiakan aku.

Sebab Syah bukan Irfan. Sebab Irfan adalah Doktor Syah. Mereka bukan orang yang sama. Aku cuma nak lepaskan diri dari bayang-bayang Airil.
. .
. Aku ke sini lagi. Bukit kami. Teringat saat dia memberikan cincin sahabat.

Ril, maafkan Raisa. Raisa nak lupakan Ril. Raisa perlu terima Syah. Tentang Irfan, Raisa tak nak ingat lagi. Raisa tak nak simpan perasaan pada dia. Mungkin Raisa tengah keliru.

Aku merenung lama ke arah pemandangan milik Allah S.W.T.

Ril tinggalkan Raisa tanpa ucapan cinta. Kejamnya Ril waktu tu. I love you so much. Tahu tak sukar Raisa hadap perasaan ni? Bila Raisa cuba untuk move on, Irfan pula hadir. Wajah dia mengingatkan Raisa tentang Ril. Raisa tak mampu. Tak mampu nak kecewa lagi. Tidak untuk sekali lagi, Ril.

"Raisa..."

Seseorang menyapa aku. Aku pusing untuk melihat siapa dia.

Sekali lagi terkedu.

"Awak buat apa kat sini? Macam mana awak tahu bukit ni?"

"Airil pernah beritahu saya."

"Tolong jangan cuba jadi seperti dia, Irfan."

"Saya taknak pun jadi macam dia."

"Then what? Nak buat aku rasa sedih sekali lagi?"

Aku cuba menahan sabar.

"Saya minta maaf. Tak dapat nak selamatkan dia."

Bukan itu yang aku nak dengar.

"Macam mana awak tahu saya akan ke sini?"

Aku memalingkan muka. Tidak mahu memandang wajah dia.

"Saya dapat rasa. Kalau awak sedih, awak akan ke sini."

Aku tidak memberi respons.

"Mungkin ditakdirkan waktu tu saya merawat dia. Lelaki yang wajahnya persis seperti saya juga."

"Jadi, awak rapat dengan Airil?"

"Saya tak kenal dia sangat. Saya tahu tentang Raisa bila dia selalu cerita pasal awak. Dia kata awak satu-satunya perempuan yang dia paling sayang. Takkan ada siapa yang mampu gantikan awak dalam hati dia, Raisa."

Aku sudah menangis teresak.

"Dia sedar waktu tu dia sakit teruk. Dia tak boleh nak bahagiakan awak. Tak boleh nak cintakan awak. Tak boleh balas perasaan awak."

Bukan ini yang aku nak dengar.

"Airil selalu tatap gambar awak. Dia selalu ikut perkembangan awak. Dia hilangkan diri sebab tak sanggup tengok awak terluka. Saya start merawat dia, masa saya mula bertugas di hospital tu, Raisa. Airil sebenarnya dah sembuh dalam tempoh rawatan tu. Tapi... Saya juga tak sangka, tiba-tiba ujian datang lagi. Dia disahkan semula menghidap penyakit leukimia stage 4. Sel kanser tu merebak ke bahagian lain. Dia hilang keyakinan. Sebab tu dia tak berani tunjukkan diri dia di depan awak."

Air mata mengalir laju.

Ril...

"Kenapa kena ceritakan semua ni pada saya?"

"Sebab ni perkara sebenar. Saya tak tipu. Saya tiada pertalian darah dengan dia. Saya cuma doktor yang merawat dia."

Okay. Aku da faham.

"Jadi kenapa cuba nak jadi seperti dia?"

Irfan tatap mata aku sedalamnya. Aku jadi lemah dengan renungan dia yang sebegitu.

"Tak. Saya takde niat pun nak jadi seperti dia. Saya bukan Ril."

Dia menghulurkan sesuatu pada aku.

Diari dan telefon bimbit.

"Diari dan telefon ni milik dia. Awak bacalah. Saya dah baca semua. Airil suruh saya baca dan serahkan pada awak juga. Nanti awak akan faham semuanya, Raisa."

Aku mengambilnya.

"Telefon tu. Screen lock dia tarikh lahir awak. Nanti awak akan nampak semua di dalamnya. Saya tak pernah tengok apa yang ada di dalam telefon tu. Saya cuma baca diari dia."

Aku tidak tahu mahu membalas apa kata-kata Irfan.

"Maaf sebab awak sedih tatap wajah saya. Saya takkan ganggu ketenangan awak lagi, Nur Raisa Asyikin."

Dia berlalu pergi. Tanpa berpaling melihat aku.

Tapi Irfan... Saya da mula sukakan awak.

Aku hanya menghantar Irfan pergi dengan pandangan sayu.

Air mata ini... Untuk siapa sebenarnya? Kerana Ril ataupun kerana Irfan?

Bulan depan saya akan kahwin dengan Syah. Saya akan cuba lupakan awak, Irfan. Akan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience