Bab 17

Romance Series 17714

Tarikh makin dekat. Aku baru perasan tarikh majlis akan dilangsungkan mengikut tarikh lahir aku.

Tak kelakar la. Nak ambil hati aku lagi.

"Sayang betul Syah dekat kau. Kahwin pun ikut tarikh lahir kau. Nilai hantaran pun sama ke?"

Banyaklah kau sayang aku sebab tu. Aku mengacau air cincau laju-laju. Gelisah.

"Tak la. Ingat senang ke nak beli hati aku? Kebetulan je tu. Jatuh pada hari yang sama."

Meli memandang aku lama. Aku faham maksud renungan tu. Mungkin dia nak marah kenapa aku macam ni.

"Kau yakin ke dengan apa yang kau buat ni, Raisa? Tak minta pandangan aku, tup-tup nak kahwin dengan Syah anak Auntie Piah."

"Mungkin ini jalan yang terbaik."

Haritu aku nekad. Tapi sekarang aku rasa ragu-ragu. Hati, kau memang mengada kan?

"Tak nampak pun kau happy. Orang nak kahwin biasanya senyum, muka berseri. Tapi kau... Macam pengantin yang terpaksa."

"Aku okay. Aku terima Syah seadanya."

Aku cakap dengan muka kosong.

"Kau boleh tipu aku, tapi kau tak boleh tipu hati kau. Kau tak jumpa Irfan ke?"

Dah. Tapi, dia...

"Aku tak pernah tengok kau macam ni, aku tahu semangat kau datang balik bila kau tengok Irfan. Kau cakaplah dengan Irfan, minta dia halang perkahwinan kau."

Dia tak suka aku Meli. Dia cuma nak sampaikan amanat yang dia jaga untuk Ril.

"Dia takde perasaan pun kat aku. Dia siap suruh aku kahwin dengan Syah dan lupakan dia."

"Clueless la Irfan tu. Geram pulak aku. Tak patut suruh orang lupakan orang yang sukakan dia."

Aku berkerut pandang Meli lama. Meli tahu aku suka Irfan ke?

Dia menyedut air minumannya.

"Aku tahu kau sukakan Irfan. Aku boleh nampak kat mata kau."

Tapi Irfan tak nampak. Dia memang tak suka aku. Dia dekati aku sebab Ril.

"Kau pandai-pandai je buat tafsiran."

"Jangan cuba sorok. Makin kau sorok, hati kau bakal sakit."

Aku tunduk.

"Aku tak mampu nak buat apa-apa. Barang hantaran semua dah beli. Majlis dua minggu lagi."

"Batalkan. Takpun kau lari."

Meli bagi idea gila. Kalau aku lari, aku akan malukan seluruh family aku dan dia.

"Aku tak sampai hati. Syah sayangkan aku."

"Kau da pernah tengok muka dia? Da jumpa dia? Pernah cakap depan-depan?"

Aku menggeleng.

"Kau ni... Tak takut ke kalau Syah tu sebenarnya perogol bersiri? Penagih dadah dan banyak buat jenayah?"

Meli cuba menakutkan aku. Aku tak boleh nak tersenyum.

"Takkanlah Mama aku gila nak jodohkan aku dengan orang macam tu?"

Aku jeling geram. Meli tergelak.

"Mana la tau kan? Kot-kot... Dah kau main terima je orang yang kau tak kenal."

"Biarlah. Aku tahu apa yang aku buat. Lebih baik aku kahwin dengan orang yang sayangkan aku. Irfan tak suka aku pun."

Nak taknak aku kena hadap. Irfan tu cuma datang singgah je. Iklan selingan.

"Dahlah. Jangan sebut nama dia lagi. Aku taknak dengar."

"Kau dan dia... Sama-sama degil."

Meli membebel geram.

Aku taknak dengar nama dia lagi. Fullstop.
. .
. "Riss, lepas lunch ikut Mama ke butik pengantin. Barang hantaran semua da setel. Tinggal baju je. Nak design lebih tak sempat, sayang. Riss nak tema baju warna apa?"

Amboi Mama ni. Excited sangat.

"Warna pape jela, Ma."

Aku mengunyah buah mangga muda dengan calit kuah kicap. Mata terhala ke arah televisyen. Sinetron yang ditayangkan lagi menarik dari bersembang hal perkahwinan.

"Eh budak bertuah. Riss yang nak kahwin. Mama pulak beria kena pikir."

Mama membebel geram dengan sikap acuh tak acuh aku.

"Tanya la Syah dia nak pakai warna apa."

"Syah kata terserah dekat Riss. Dia okay je."

Hmm. Okay konon. Karang aku pilih warna terang-terang tak sesuai pulak dengan warna kulit dia. Bukan aku tahu dia tu cerah atau gelap.

"Yela tu. Mana la Riss tahu dia tu cerah ke gelap ke?"

Mama senyum.

"Tula. Suruh jumpa Syah taknak. Eh dia ada tau kejap lagi. Mama ajak dia fitting baju sama-sama."

Aku membetulkan duduk. Syah ada?

Aku rasa berdebar nak jumpa dia. Mana la tahu tetiba aku cancel perkahwinan kalau tak berkenan dengan dia.

"Kalau macam tu, Riss tak ikut la."

Berkerut dahi Mama.

"Dah kenapa pulak?"

"Riss taknak jumpa dia. Takut berubah fikiran."

Kalau aku ubah fikiran, nampaklah aku ni tak serius.

"Dia bakal suami Riss. Takkanlah asyik nak mengelak je."

Mama menggumam. Pelik agaknya dengan sikap aku.

"Tunggu jela masa hari langsung."

Aku pun taktau apa yang aku fikirkan sebenarnya.

"Ikut jela. Nanti Mama suruh dia duduk jauh sikit, okay."

Nak taknak aku kena jugak pergi. Aku tak ready nak tengok Syah.
. .
. Setelah mencuba kesemua baju yang rasa padan dengan badan, aku memilih baju kurung moden bersulam dengan juraian labuci ringkas. Untuk dipakai semasa persandingan, aku berkenan dengan warna biru lembut.

Aku harap Syah tiada bantahan. Dia ada di sini. Tapi aku tak tahu dia yang mana satu. Tadi ada seorang lelaki memakai T-shirt berwarna ungu. Aku rasa itu Syah. Memandangkan dia tersenyum meleret memandang aku dari kejauhan.

Boleh tahan juga rupa Syah jika dilihat dari sisi. Sayangnya dia bukan pilihan hati aku.

Kak Aisyah membisikkan sesuatu di telinga aku.

"Riss, tu la Syah. Bakal suami Riss."

Kak Aisyah menunjuk dari jauh rupa bakal suami aku.

Dan secara tak sengaja, aku turut terpandang sama. Mata bertentang mata. Syah senyum. Aku tak berapa nak nampak wajah dia. Tapi memang itu Syah memandangkan dia senyum meleret memandang aku di sini.

"Dia ke kak? Dia Syah?"

Aku keliru. Ada dua orang lelaki memakai baju T-shirt ungu. Yang seorang lagi tu duduk membelakangkan aku, leka dengan telefon bimbit di tangan.

Kak Aisyah mengangguk.

So, dia memang Syah yang dimaksudkan.

"Dia nak bersembang dengan Riss tapi takut Riss taknak melayan. Tu yang dia senyum je dari jauh."

Aku cuma diam.

"Riss, akak nak tanya sikit."

Kak Aisyah mahu menanya sesuatu. Barangkali melihat aku tidak merasa teruja.

"Riss da pikir masak-masak ke nak kahwin dengan Syah? Kami tak paksa."

Entahlah. Aku harap memang Syah jadi bakal imam aku. Aku da malas nak fikir soal hati dan perasaan.

"Kenapa akak tanya macam tu?"

"Yela. Nampak macam tak berminat. Muka murung. Tak happy."

"Riss okay je. Riss happy."

Aku tipu diri sendiri.

"Dulu kan Riss beria nak akak carikan lelaki macam Ril."

Aku berdebar bila teringat Ril dan Irfan.

"Takpela kak. Riss nak lupakan semua tu."

Aku taknak bukak kes lama.

"Okay. Syah ni pun baik tau. Akak kenal dia dah lama. Family kita semua sukakan dia."

Aku taktau nak kata apa. Syah da berjaya ambil hati semua orang.

"Baguslah. Semua orang sukakan dia."

Tapi hati aku tidak. Hati aku teringat pada Irfan.

"Nanti pun mesti Riss akan sukakan dia jugak. Percayalah cakap akak."

Aku mengangkat bahu. Tidak yakin.

Aku kan seorang perempuan yang keras hati. Tak mampu nak buka hati untuk orang lain kerana hati telah terisi.

Itu cuma alasan untuk diri menolak sebenarnya...

Sebenarnya bukan kerana susah nak sayangkan orang, tapi kerana dalam hati aku masih mencintai dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience