Bab 32

Romance Series 17707

Tiga bulan yang lalu...

Aku memandang Irfan yang masih tidak sedarkan diri. Alhamdulillah. Keadaannya makin stabil.

"Puan Raisa, saya ada perkara penting mahu katakan. Kita cakap di luar bilik."

Aku mengangguk. Memandang Irfan yang masih tidur lena tidak sedarkan diri.

Di luar bilik, Dr. Asyraf memandang aku lama sebelum memulakan kata.

"Dr. Syah... Dia akan ada masalah dengan kakinya."

Aku tersentak.

"Maksud doktor?"

Hati aku berdebar.

"Dia mungkin tidak dapat berjalan seperti biasa. Di bahagian lutut, ada sedikit keretakan menyebabkan dia sukar untuk berdiri. Dan akan menjejaskan pergerakan dia."

Ya Allah...

Perkara yang paling aku takuti. Irfan... Semua ni salah saya.

"Maksud doktor yang sebenarnya, suami saya akan cacat?"

Aku menekup mulut. Mahu menghamburkan air mata.

"Maafkan saya. Tapi jangan risau, kita akan sentiasa pantau keadaan dia. Kalau dia konsisten dengan menjalani rawatan fisioterapi, dia akan cepat sembuh."

Tapi, bolehkah Irfan terima berita yang mendukacitakan ini? Kerana akulah penyebabnya dia jadi begitu.

"Ada dua cara. Pertama, masukkan besi di dalam lututnya. Kedua, sembuh secara perlahan. Cara kedua mengambil masa yang lama."

Kepala aku mula pening 180 darjah. Tidak semena aku sempat menahan tombol pintu. Menahan diri dari jatuh.

"Puan Raisa... Are you alright?"

Aku menggeleng.

"Nurse!"

Doktor itu meminta bantuan daripada jururawat di kaunter.

"I think you should rest too. Dah berapa hari saya lihat puan tak tidur. Nanti saya bagi ubat tidur supaya puan dapat berehat secukupnya."

Semua ini salah aku. Dia jadi begitu kerana aku. Irfan dah tak boleh berjalan lagi.

Maafkan Raisa, Irfan.

Aku tersandar lemah di kerusi.

"Saya... Semua ni salah saya."

"Jangan cakap macam tu. Apa yang berlaku adalah rahsia Allah. Semuanya ada hikmah. Jangan pernah salahkan diri sendiri, Puan Raisa."

Dr. Asyraf menuturkan kata dengan tenang.

Irfan akan membenci aku. Dia akan menyalahkan aku atas apa yang menimpa dirinya.

Aku dah mula sayangkan dia. Aku dah mula sayangkan Irfan Syahril, suami aku.

Perlahan aku menyeka air mata.

Saya janji, Irfan. Saya akan jaga diri awak baik-baik. Saya takkan mengabaikan awak.

"Nurse, pimpin Puan Raisa berehat ke bilik rawatan."

"Don't think too much. Insyaallah, semuanya akan dipermudahkan."

Dr. Asyraf sedang memujuk hati aku.

Iya. Aku harus redha. Terima semua ini sebagai ketentuan.
. .
. Aku memandang Irfan yang sedang menyuap nasi. Dia nampak tidak bersemangat.

"Abang..."

"Nak Raisa suapkan tak?"

Dia diam. Tidak mempedulikan aku.

"Tak sedap ke Raisa masak?"

Dia berhenti makan. Memandang aku tajam.

Irfan masih marahkan aku.

"Kalau tak sedap, takdela aku makan."

Pedihnya kata-kata. Sikapnya mulai berubah. Mana Irfan yang tenang seperti dulu?

Aku rindukan Irfan yang tenang dan manja.

"Raisa minta maaf. Kalau Abang tak suka Raisa datang jenguk Abang kat sini, Raisa takkan datang."

"Hah, bagus. Pergilah. Kau bukan ikhlas nak jaga aku pun kan?"

"Abang!"

Dia dah melampau. Aku sayangkan dia. Tapi... Aku tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata.

"Kau kan lebih sayangkan Airil daripada aku."

Dia ungkit nama Ril.

Aku menunduk.

"Raisa takkan tinggalkan Abang. Raisa janji. Suka ataupun tidak, Raisa tetap akan jaga Abang sampai bila-bila."

Dia melarikan pandangan ke luar tingkap.

Irfan, takde sekelumit cinta ke awak pada saya?

Bukti diari Ril tu?

Kenapa susah sangat nak berterus terang? Saya simpan Ril dalam hati kerana dia sudah tiada lagi.

Tapi yang pasti, awak adalah masa depan saya.

Sampai bila... Sampai bila Irfan nak marahkan aku?

"Raisa..."

Dia memandang aku.

"Kalau sudah tidak sudi jaga Abang lagi, Raisa boleh minta fasakh."

Ya Allah...

Tak pernah terlintas di fikiran aku sebegitu. Aku sudi terima dia. Dr. Syah yang menjadi pilihan semua orang. Tapi, Irfan yang aku paling cinta.

Iya. Aku cintakan Irfan. Aku sedar aku cintakan dia dalam keadaan terlambat.

Tapi, masih belum terlewat untuk aku mengejar hati dia. Aku masih belum kehilangan dia.

"Raisa takkan tinggalkan Abang. Janganlah cakap perkara bukan-bukan."

Aku menghampiri dia. Duduk di birai katil. Bersebelahan dengan kerusi rodanya. Melentokkan kepala ke atas bahunya.

Kali ini dia tidak menolak. Dia hanya membiarkan.

"Abang tak layak untuk Raisa. Abang akan sakitkan hati Raisa dengan mengingatkan Raisa dengan wajah Airil."

"Raisa okay."

Mungkin Irfan masih tak tahu. Aku cintakan dia bukan kerana wajahnya seperti Airil. Tapi kerana...

Ah, nanti aku beritahu dia kemudian.

Tangan dia aku genggam erat.

Memandang wajahnya yang agak serabai. Jambang tumbuh meliar di wajah.

Pandangan kami bersatu. Dan aku menghadiahkan dia senyuman manis.

Kesian Irfan. Wajahnya dah macam watak Izzue Islam jadi pengemis dalam satu cerekarama.

Cuma, Irfan tidak jadi gila macam watak Izzue. Nasiblah masih mahu bersuara. Tidak bisu.

Takpela, kalau dia gila sekalipun aku masih sudi tatap wajah dia.
. .
. "Riss..."

Along menepuk bahu aku.

"Along tengok, kebelakangan ni Riss macam tak fokus je. Any problem?"

Aku mengelap pinggan mangkuk yang baru dicuci sebentar tadi.

Tidak mengendahkan pertanyaan Along.

"Riss..."

"Along nak bebel pasal apa pulak ni?"

"Keadaan Irfan macam mana?"

Tangan aku terus terhenti.

"Macam yang Along lihat."

Aku tiada mood mahu membicarakan soal itu.

"Dia masih marah?"

Kurang sikit. Tapi aku tahu, puncanya aku.

"Bila Riss nak bagitahu dia?"

Mataku tunak memandang Along.

"Maksud Along?"

"Tell him everything. Tell him that you love him."

"Mana Along tahu Riss cintakan dia?"

"Dik, semua orang nampak dengan jelas dan nyata."

"Tapi dia tak nampak, Along. Dia ingat Riss masih cintakan Airil."

"Then, prove it."

Tak mudah, Along.

Irfan dah tak macam dulu. Dia asyik nak marah je.

"Declare your love before it's too late, Nur Raisa Asyikin. Ambil la pengajaran dari kisah Riss dan Ril."

Iya. Aku tahu.

Tapi, aku takut. Tak mungkin Irfan boleh terima. Dia akan kata aku cuma bersimpati dengan keadaannya.

Cinta yang tulus adalah cinta yang tak dapat dizahirkan dan dimengertikan.

Biarlah waktu yang menentukan. Aku patut membiarkan masa menyejukkan hati Irfan Syahril.

"Ingat pesan Along, Riss. Jangan kehilangan orang yang Riss cinta lagi."

Along berlalu meninggalkan aku yang masih buntu di ruang dapur.

Membiarkan cinta tanpa kata ataupun menzahirkannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience