Bab 9

Romance Series 17707

Mata aku sembap. Dek terlalu menangis banyak semalam. Harini kami akan pulang berangkat ke Malaysia.

Aku berdiri di balkoni bilik. Memandang pantai. Rasa tidak mahu pulang.

"Raisa... Kau da packing barang?"

Lieya memecahkan kesunyian. Pulang ke bilik malam tadi, sedikitpun aku tidak menyapa Lieya. Aku agak terasa hati dengan dia. Tapi nak salahkan dia pun tak boleh. Dia tak tahu kisah aku. Yang faham segalanya cuma Along dan Mel.

Aku memandangnya sekilas.

"Belum."

Lieya peluk bahu aku.

"Aku tahu kau marahkan aku. Aku minta maaf, kau jangan hukum aku macam ni. Aku cuma ada kau je kawan baik aku."

Aku tidak mengendahkan Lieya.

"Raisa..."

Okay. Cukup. Jangan marah lama-lama, Raisa.

Aku mengeluh perlahan.

"Aku bukan nak hukum kau. Cuma aku rasa tersiat. Kau tak faham macam mana aku kena berhadapan dengan Irfan. Sakit tahu tak. Tatap wajah dia seolah menghiris semua luka aku. Semuanya sama kecuali suara."

Lieya menunduk.

"Okay. Sorry... Aku janji takkan usik kau. Takkan sebut nama Irfan atau Ril kalau kau tak suka."

"Tolong eh, Lieya. Jangan buat macam semalam lagi. Kalau kau sayangkan aku sebagai kawan, tolong bagi aku ruang."

Lieya cepat-cepat mengangguk.

Aku mula senyum.

"Thanks Lieya sebab risaukan aku tak balik semalam dan suruh diorang cari aku. Kalau tak... Mungkin aku dah..."

Kata-kata aku terhenti.

"Jangan takutkan aku macam semalam lagi, Raisa. Aku macam hilang nyawa tunggu kau tak balik bilik. Kalau sesuatu terjadi kat kau, menjawablah aku dengan family kau."

Aku merenung pantai lama.

Macam mana Irfan boleh jumpa aku kat hujung pantai tu?

Aku jadi pelik dengan dia. Dia terlalu misteri.

"Jom aku tolong kau packing baju."

Aku mengangguk. Flight pukul 2 petang.

Aku jadi malas nak balik. Tapi, semua da suruh aku balik. Tempat ni bagi ketenangan pada aku atau mengganggu ketenangan?

Ya Allah, moga bila aku balik Malaysia semua akan jadi baik belaka. Raisa, kau kena kuat. Dan, aku taknak terserempak dengan Irfan kat Malaysia.

Taknak.
. .
. "Korang nak join kitorang pergi airport tak?"

Alif memandang aku dan Lieya silih berganti.

"Jom la. Sekali jalan. Flight korang pukul berapa?"

Akif pula bersuara. Menunggu jawapan kami.

"Pukul 2 petang."

Lieya tolong jawabkan bagi pihak aku.

Aku hanya mengunci mulut. Mata terarah ke telefon bimbit di tangan.

"Raisa... kau nak ikut diorang tak?"

Lieya menyiku aku.

Aku okay je. Malas nak fikir.

"Hmm okay kot."

Aku tahu Irfan sedang memerhatikan aku dari tadi. Dan aku sengaja buat-buat main telefon. Malu ingat kejadian malam tadi. Saat fikiran aku kurang siuman.

Arghh... Taknak ingat dah..

"Raisa okay?"

Alif bertanyakan sekali lagi.

Nak taknak aku terpaksa memandang wajah mereka.

"Yup. Okay."

Dua patah perkataan. Aku kembali tunduk bila mata bertentang dengan sepasang mata milik Irfan.

Seperti biasa, wajah dia sentiasa tenang.

Telefon bergetar. Satu mesej masuk.

'Raisa... Sampai KLIA pukul berapa? Nanti aku jemput kau. Rindu weh.'

Daripada Mel.

Aku pun rindu kau, Meli. Banyak aku nak luahkan.

Aku cuma mampu ungkap dalam hati. Jari pantas menaip laju.

'Miss you too. Nanti nak dekat sampai, aku roger. :('

'Kenapa emoji gitu? Kau okay tak ni, Raisa?'

Aku membawa diri jauh dari mereka. Tidak selesa diperhatikan.

'Entahlah. Okay kot.'

'Something happened?'

':( Yes. I need you.'

'Kau tenang je. Nanti aku jemput kau. Kita keluar makan. Smile, Raisa. ;)'

Hanya kepada Mel aku meluahkan segalanya. Tapi Allah juga tempat aku mengadu. Hanya Dia yang tahu apa yang aku rasakan.
. .
. Setelah empat jam di awan yang berkepul cantik, kami akhirnya sampai di Malaysia.

Aku akan berpisah dengan mereka di sini. Tak sangka kami sama penerbangan. Dan yang paling tak best, seat aku di depan dia. Segala perlakuan aku dicuri pandang. Aku boleh nampak dari cermin.

Irfan ni siapa?

Aku jadi kurang selesa bila dia tahu tentang aku dan Ril.

Kembar? Ataupun...

Arghh... Sakit kepala nak fikir.

"Well... Bye guys. Nampaknya kita semua kena berpisah di sini. Having fun with you all."

Aku memandang sekeliling. Harap-harap Mel tak sampai lagi. Aku taknak dia terperasankan Irfan.

Panjang cerita nanti jadinya. Dia tu boleh tahan kecoh. Tentu saja nanti sampai ke pengetahuan Along. Abang aku yang sangat busybody tentang hal adiknya.

Kejap, Along tak kenal Irfan kan?

Aku serik. Takut dipermainkan lagi. Macam yang Along permainkan aku saat rahsiakan hal Airil yang terlantar sakit.

"Raisa... Awak balik rumah naik apa? Someone jemput?"

Tiba-tiba mamat ni menyapa aku.

"Kawan saya jemput."

"Oh I see. Boyfriend?"

Apa ni? Sibuk je nak tahu.

"None of your business, Encik Irfan."

Dia tersengih.

"But I wanna know."

Sengaja dia leretkan senyuman dia tu. Argh. Stop smiling like that.

"I think we should stop now. Saya harap kita takkan terserempak lagi lepasni."

Aku menghadiahkan senyuman pahit.

"Yakinnya. Mungkin kita ditakdirkan."

Aku menekup kedua belah telinga. Geli nak dengar.

"Awak tak boleh lari dari kenyataan, Raisa. Kebenaran sangat menyakitkan."

Aku nak lari jugak. Kalau boleh elak, aku elak.

"I don't need you. Stop campur urusan saya. Siapapun awak, jangan cuba nak jadi dia. Kalau awak taknak saya mati."

Aku cuba mengingatkan dia. Menggugut dia dengan perkataan mati.

"Allah lebih tahu, Raisa. Jangan cuba menidakkan takdir. Saya harap awak sentiasa sihat. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum."

Aku jadi terpukul dengan kata-katanya.

Jangan cuba menidakkan takdir? Selama ni pun takdir permainkan hidup aku.

Bila aku tenung diri aku dalam-dalam, keceriaan aku diragut pergi. Lalu, layakkah aku dapatkan semula apa yang aku mahukan?

Aku memandang hadapan. Dia dah tiada. Irfan da pergi.

Apa yang dia tahu sebenarnya aku tak tahu?

Aku memejamkan mata. Lieya menghampiri.

"Kau balik naik apa?"

"Kawan aku, Meli datang jemput."

"Okay beb. Nanti kita jumpa kat ofis ye. Bye, Raisa. Cik abang aku da datang jemput."

Aku senyum.

Sebaik saja melihat langkah Lieya berlalu, Meli datang mencuit bahu aku.

"Meli!! Rindu kau."

Kami berpelukan.

"Kau sihat, sis?"

Aku mengangguk.

Dia menoleh sekeliling. Seolah tercari-cari seseorang.

"Mana dia?"

Aku mengerutkan dahi.

"Maksud kau?"

"Yang curi hati kau?"

"Apa kau ngarut?"

"Muka kau nampak berseri. Hilang da serabut?"

Makin bertambah serabut, Meli.

"Kalau aku cerita mesti kau tak percaya."

"Hahaha. Sebab kau kurang dipercayai, Raisa."

Aku memuncungkan bibir.

"Jom. Kita lepak kedai mamak. Aku belanja kau roti tisu."

Yeay. Sayang Meli.

"Jom. Tapi tolonglah angkat beg aku ni. Beratlah."

Saja aku merungut.

"Eleh. Kau ni. Manja. Kau tu bukan umur 17 tahun lagi."

Aku tersengih. Rindu nak dengar leteran Meli.
. .
. Tersembur air sirap limau yang Meli minum kat muka aku.

Aku ceritakan semuanya kepada dia.

"Seriuslah weh?"

Aku mengelap sisa air minuman dia. Kot ye pun nak terkejut, tak payahlah sembur tepat kat muka aku.

"Kau ni selekeh la. Macam mana kau jadi mak orang. Perangai tak berubah."

Geram.

"Sorry. Betul la apa yang kau cakap selama ni, lelaki seperti Ril wujud."

"Yes. Takkan nak tipu pulak."

Meli mengeluh kuat.

"Kesian kau, nak kena hadap lagi benda ni."

"Nak tengok muka dia weh?"

Aku membelek telefon bimbit.

"Alamak, takde la pulak. Kat phone Lieya."

"Ohh. Takpe. Nanti jangan lupa mintak."

"Tapikan, Along tahu tak?"

No way. Along tak boleh tahu. Never.

"Tak. Dan dia tak patut tahu."

Aku menyedut fresh orange laju.

"Kau masih marahkan abang kau lagi ke?"

Bukan marah. Kecewa.

"Kau kena banyak bersabar. Along sayangkan kau."

Aku diam menunduk. Aku tahu, tapi sukar untuk aku terima bila family sendiri bersubahat dengan arwah.

"Tapi... Siapa Irfan ni sebenarnya?"

Aku menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu.

"Aku doakan yang terbaik untuk kau. Moga kau jumpa jawapan yang kau cari selama ini."

Iya. Aku juga mahukan jawapan kepada tiap persoalan yang aku cari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience