Bab 37

Romance Series 17707

Setiap hari aku akan meluangkan masa menemani Irfan di hospital. Tanpa rasa jemu. Cuma... Dia yang mungkin jemu melihat aku.

Aku mula merasakan perubahan. Irfan semakin pulih. Ada perkembangan yang dia boleh berjalan seperti biasa.

Syukur alhamdulillah. Tak pernah putus doa aku untuk dia.

"Hai..."

Suara lunak seseorang menghampiri kami.

Dr. Ita.

Kenapa la kebelakangan ni, Dr. Ita asyik datang melawat Irfan je? Hati aku jadi tak senang.

"Nah, aku bawakan kau buah limau yang kau nak tu."

Amboi. Bukan main lagi request macam-macam. Kenapa tak request je daripada aku?

Aku lihat Irfan tersengih bagaikan wajah PU Abu yang sedang menafikan kecurangan.

Sabar, Raisa. Jangan cepat syak wasangka. Kurangkan rasa cemburu.

"Wah. Thanks. Dah lama aku nak rasa."

Aku jadi patung cendana di tepi dia. Sampai hati Irfan buat aku macam ni.

"It's okay. Nak pape cakap je."

Senyuman tak lekang dari bibir Dr. Ita.

Dia masih cintakan Irfan ke? Sedihnya. Aku takde hak nak marah.

Dr. Ita mengopek buah limau dan menyuap ke mulut Irfan.

Dasar miang keladi!

Aku ni jadi tunggul. Bukan kau yang patut suapkan dia tapi aku.

Diorang berdua ni memang tak hormatkan aku langsung. Mata aku dah berair. Sikit lagi nak tumpah.

Tahan, Raisa.

"Raisa, awak nak?"

Aku geleng kepala laju.

"No, thanks."

Buah limau tu khas untuk Irfan.

"I got to go. You all berbual la sampai esok pagi. Bye."

Aku memang cemburu. Sebelum aku rasa hangin satu badan, lebih baik aku angkat kaki.

Menggedik la korang berdua.

Aku keluar dari bilik macam tu je.

"Raisa..."

Sayup-sayup suara Dr. Ita memanggil aku.

Makin laju langkah aku meninggalkan ruang hospital.

Aku rasa memang patut aku ikutkan plan Along. Irfan dah melampau.

Laju tangan mendail nombor seseorang.

"Hello. Assalamualaikum, Mummy."

Aku menelefon ibu Irfan. Auntie Piah yang sudah menjadi ibu mertua aku.

"Raisa nak datang rumah. Nak ambik barang peribadi Irfan. Dia suruh bawakan ke hospital."

Sengaja aku menggunakan nama Irfan. Walaupun kebenaran sangat menyakitkan, kebenaran harus terungkai.

Tiada sesiapa di rumah. Nasib baik Mummy beri keizinan kepada aku untuk masuk ke dalam rumah.

Aku mahu tahu apa rahsia yang disembunyikan Irfan Syahril selama ini.
. .
. Aku menyelinap masuk ke dalam rumah Irfan. Cuma ada bibik sorang. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Lagi mudah langkah aku.

"Bibik... Boleh tak saya nak masuk bilik Dr. Syah? Nak ambil buku dia. Dia nak baca kat hospital."

Aku cuba cari helah nak masuk ke bilik dia.

"Bisa..."

Yes.

"Thank you, bik."

Aku memanjat anak tangga. Bilik dia di hujung belah kiri.

Timbul rasa bersalah mahu menyiasat suami sendiri. Tapi aku berhak tahu apa yang sepatutnya aku tahu.

Tombol pintu dipulas. Berkunci pulak.

Belum sempat aku melaung nama bibik. Dia datang membawakan kunci.

"Maaf buk. Bibik lupa pintunya dikunci."

"Takpe, bik."

Aku memulas kunci. Berjaya dibuka.

"Saya nak packing barang peribadi dia sekali ye, bik."

Beri isyarat yang aku akan berlama dalam bilik dia.

Kemasnya bilik. Teratur. Irfan seorang yang pengemas. Sejuk mata memandang.

Aku mencapai frame gambar di atas meja. Gambar Irfan. Aku pandang sekeliling bilik. Tiada yang mencurigakan.

Aku duduk di birai katil.

Hati masih tidak puas.

Tidak semena, mata tertancap ke arah dinding. Terdapat beberapa keping gambar polaroid yang menarik minat aku ingin tahu.

Wajah seorang perempuan duduk menangis di kerusi. Latar belakang... Taman Orked.

Ni kan gambar aku.

Dan aku jumpa berkeping lagi gambar aku dan Airil di bilik wad.

Aku memejamkan mata.

Irfan ni... Stalker. Kalau dia nak obses kat aku sekalipun, aku tak marah. Sebab aku dah jadi hak milik dia.

Ni je yang aku jumpa.

Aku terlalu meragui suami aku sendiri. Kepala digeleng perlahan.

Aku bukak almari. Saja nak lihat baju dia. Nak buat peluk. Lepas rasa rindu.

Kemeja putih. Kot labuh doktor. Jersi bola. Sweater.

Mata aku mula scan satu-persatu barang milik dia.

Eh yang tu kan, baju... Airil.

Bukan sehelai dua. Banyak.

Buat apa dia simpan baju Airil? Aku kenal baju Airil.

Allah... Apa kau nak tunjuk pada aku lagi?

Aku pegang baju T-shirt tersebut. Irfan ni memang ada kaitan dengan Airil ke?

Atau...

Inikah yang dimaksudkan dengan DID?

Pintu bilik dibuka dari luar. Terpacul wajah adik perempuan Irfan. Adik perempuan dia baru tingkatan Lima.

"Kak Raisa... Kenapa datang sini tak beritahu Qielah?"

Kami bertukar pandangan.

"Mummy kata takde sesiapa di rumah."

Qielah memandang aku pelik.

"Apa semua ni?"

Matanya terbeliak melihat aku memegang baju di tangan.

"Qielah rasa akak memang patut tahu."

"Maksud Qielah?"

Dia menarik tangan aku supaya duduk di katil.

"Dia ni siapa sebenarnya?"

Suara aku mula meninggi.

"Abang ada DID. Dia cuba jadi kawan lama akak yang dah meninggal tu. Airil."

Benarlah apa yang aku rasakan selama ni.

Aku menarik nafas.

"Kenapa dia buat semua ni?"

"Dia sayangkan akak. Dia nak akak cintakan dia macam akak cintakan Airil."

Airil tu kisah lama aku. Dah jadi sejarah.

"Akak... Tolong jangan tinggalkan Abang."

Aku takkan tinggalkan Irfan.

"Mana dia dapat barang Airil ni?"

"Abang pujuk Auntie Liza. Lagipun, arwah Airil memang mahu Abang jadi macam dia."

Bodohnya.

Mencintai tak bererti kau harus ubah diri kau menjadi orang lain.

"Akak nak tahu betul ke Abang Qielah tu pernah hilang ingatan?"

Qielah tunduk. Tak lama lepas tu dia mengangguk.

"Takkanlah Mummy atau Abang tak pernah cerita kat akak?"

Salah aku. Aku yang tak ambil peluang untuk mengenali dia.

"Akak tak tahu pape."

"Abang pernah jadi mangsa culik. Masa tu Abang sedang tingkatan Dua."

"Penculik jadikan Abang sebagai tebusan. Masa tu Ayah ada ramai musuh perniagaan. Abang kena culik masa pulang dari sekolah. Penculik tikam Ayah sebab tak dapat wang tebusan. Lepas kejadian, perangai Abang jadi lain. Murung. Dan, kepala Abang pernah kena hentak dengan besi. Hilang ingatan sekejap."

Aku tak sangka. Rupanya Irfan menanggung derita dalam diam.

"Sejak Ayah pergi, Abang tekad nak belajar rajin-rajin untuk menjadi seorang doktor perubatan. DID Abang menjadi-jadi bila kena handle kes kawan akak tu, Airil Benjamin. Dia rasa tertekan sebab tak dapat selamatkan orang-orang penting dalam hidup dia."

Patutlah. Over protective. Mungkin amanat daripada arwah Ril untuk menjaga aku sebaik mungkin.

"Ada lagi rahsia yang akak patut tahu?"

Aku mahu tahu kesemuanya. Kalau aku bertanyakan kepada empunya badan, sampai bila-bila aku takkan jumpa jawapan.

Qielah menggeleng.

Aku peluk Qielah erat.

"Thank you, dik. Sebab ceritakan semua ni. Akak dah lama nak tahu pasal dia. Dia terlalu berahsia."

Aku lepaskan pelukan. Qielah senyum.

"Mummy yang ceritakan dekat Qielah. Kalau tak, Qielah pun tak tahu."

Aku senyum pahit.

"Kak Raisa marahkan Abang?"

Aku geleng kepala.

"Akak sayangkan dia. Dan sampai bila-bila Akak akan sayangkan dia."

Iya. Saya takkan tinggalkan awak, Irfan. Tapi... Saya perlu uji perasaan awak pada saya. Sebab saya tak pasti perasaan awak sebenar pada saya.

Adakah Cinta Tanpa Kata saya hanyalah bertepuk sebelah tangan? Ataupun kita sama-sama saling mencintai?

Aku tidak mahu kehilangan dia. Kerana hati aku dan dia... seharusnya bisa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience