Bab 12

Romance Series 17707

Aku mendapat panggilan dari hospital yang aku kunjungi tempoh hari. Temujanji sudah ditetapkan. Sekejap lagi lepas lunch aku akan bertemu dengan doktor yang pernah merawat aku dulu. Aku perlu dapatkan kepastian dari pihak hospital.

Mengenai aku. Mengenai Airil.

Sesuatu yang aku perlu tahu dari dulu lagi. Mungkin silap aku tak pernah cuba ambil tahu.

Langkah kaki memijak anak tangga hospital satu persatu. Malas mahu menunggu lif.

"Hai, saya Raisa. Minggu lepas saya ada datang sini. Saya ada buat appointment dengan Doktor Rashita."

Aku menyapa seorang jururawat di kaunter.

"Cik Raisa, tunggu sebentar. Saya nak maklumkan Doktor Ita dulu."

Aku mengangguk. Melabuhkan punggung di salah satu kerusi di hadapan kaunter.

Lima minit kemudian, jururawat tadi kembali memanggil aku.

"Cik Nur Raisa Asyikin, boleh masuk ke bilik nombor 32. Doktor Ita ada di dalam."

Aku tersenyum. Tidak sabar mahu berjumpa dengan Doktor Ita yang pernah merawat aku dahulu.

Pintu bilik bernombor 32 aku tolak perlahan setelah mengetuk terlebih dahulu.

"Assalamualaikum Doktor Rashita..."

Aku menyapa Doktor Rashita dengan senyuman paling manis. Akhirnya... dapat bertemu empat mata dengan dia setelah tiga tahun tidak lagi menjejakkan kaki ke sini.

"Waalaikumsalam Cik Raisa... Duduklah. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

Doktor Rashita ialah salah seorang doktor pakar sakit puan di hospital ini.

"Maaf menganggu doktor, kedatangan saya ke sini sebab saya nak pastikan sesuatu."

Sebaik mendengar bicara aku yang agak serius, dia terus meletakkan pen dia. Dan memandang aku lama.

"Awak ada merasa sakit di mana-mana bahagian ke?"

Tangannya meneliti fail aku.

Cepat-cepat aku menggeleng. Hati saya da memang sakit, doktor.

"Tiga tahun lalu, saya pernah jatuh. Pernah koma selama beberapa bulan."

"Doktor, ingat lagi tak saya telah mendermakan sebelah buah pinggang saya kepada salah seorang pesakit di hospital ini jugak?"

Dia memandang aku lama.

"Iya I still remember that moment. Awak koma sebab jatuh tangga. Awak selalu pengsan kerana kekurangan darah. Dan, awak juga pernah memindahkan organ dalaman kepada sahabat baik awak."

Dia ingat semuanya. Jadi pasti dia ingat tentang Airil.

"Awak datang ke sini sebab tak berapa sihat ke? Nak buat check up?"

Aku diam. Menunduk.

"Bukan doktor. Saya... Saya nak tahu kronologi sakit kronik Airil Benjamin. Saya tak pernah cuba ambil tahu."

Mata aku sudah berkaca. Aku sahabat yang teruk.

"Tapi... Airil dah takde. Fail dia bukan dengan saya. Tapi pada doktor yang telah merawat dia."

Iya. Aku mahu tahu siapa doktor tu. I want to see him.

"Doktor tu dah tak duty di sini. Dia dah buka klinik sendiri."

Habislah peluang aku. Berkecai.

"Saya nak jumpa dia. Saya nak tanya banyak benda. Dia merawat kawan saya, saya perlu tahu."

"Saya tak boleh nak beri maklumat confidential, Cik Raisa. Tapi... apa yang saya boleh bantu, saya akan beri alamat klinik dia. Mungkin awak boleh jumpa dia secara personal."

Itu yang aku nak dengar.

Doktor Rashita mencatat sesuatu di atas kertas.

"Ni alamat klinik dia. Ni je yang boleh saya bantu."

Dia menghulurkan. Dan aku menyambutnya pantas.

Klinik Syah.
Petaling Jaya.

Syah?

Aku tak boleh dengar nama tu. Nama lelaki yang bakal dijodohkan dengan aku.

"Baiklah. Terima kasih banyak-banyak."

Doktor Rashita tersenyum melihat aku.

"Saya doakan urusan awak dipermudahkan. Semoga awak dapat jawapan yang awak nak, Raisa."

Aku bangun dan bersalam dengannya. Memeluk Doktor Rashita.

Aku berlalu pergi meninggalkan perkarangan hospital. Mahu menuju ke alamat destinasi seterusnya. Doktor Syah... Kenapa aku tak pernah terserempak dengan dia dulu? Doktor yang pernah merawat Airil.
. .
. Tangan Doktor Rashita menggapai telefon. Mendail nombor seseorang.

"Hello... Syah... Aku da bagi dia alamat klinik kau. Seterusnya, kau tahu apa yang perlu kau buat. All the best."

Di seberang talian, seorang doktor muda dalam lingkungan 30 an termenung menghadap komputer.

Raisa akan ke sini. Aku perlu beredar secepat mungkin.

"Thanks, Ita."

Gagang telefon diletakkan serta merta.

Dia menyarungkan jaket hitam ke tubuhnya.

"Lily, pesan pada semua staff saya bercuti. Ada emergency."

Lily memandang aku pelik. Nampak aku tergesa-gesa.

"Berapa hari tu Doc?"

"Rahsia. Nanti saya beritahu kelak."

Bertambah lagi kerutan di dahi Lily.

"Siapa yang akan take over klinik ni? Takkan nak tutup?"

"Doktor Irman akan gantikan saya. Saya ada hal. Urgent. Bye, Lily. Tolong tengokkan klinik ni. Dan batalkan semua appointment personal saya. Tunda hari lain. Thanks."

Aku bergegas meninggalkan klinik kesayangan. Tidak mahu terserempak dengan Raisa. Belum masanya lagi.
. .
. Aku kini berada di depan Klinik Syah. Rasa tak sedap hati. Kenapa ye?

Perlahan-lahan kaki mengorak langkah ke dalam klinik.

"Hai... Boleh tak saya nak jumpa dengan Doktor Syah?"

Staf tersebut memandang aku pelik. Budak ni kenapa buat air muka begini?

"Nama Cik apa ye? Ada buat appointment tak?"

Aku menggeleng.

"Doktor Syah baru je pergi 5 minit yang lalu. Dan dia ada hal urgent."

Alaa... Susahnya nak jumpa.

"Bila saya boleh jumpa dia? Ada hal penting."

"Saya tak berani cakap, Cik. Sebab, dia takde mention cuti sampai bila."

Aduh. Cuti lagi. Doktor memang suka bercuti eh?

"Tapi saya betul-betul nak jumpa dia. Can I get his number?"

"Maaf, saya tak boleh bagi maklumat confidential."

Aku menarik nafas. Tahan sabar.

"Kalau macam tu, nanti bila dia pulang, boleh tak contact saya semula?"

Aku menyerahkan kad nama kepadanya.

"Okay Cik Raisa... Nanti saya maklumkan semula kepada cik ye."

Aku mengangguk. Kehampaan.

Susah sangat nak jumpa doktor yang merawat Airil ni. Dia takde muka ke nak jumpa orang?

Aku rasa aku kena tanya pada Kak Aisyah. Dia mesti kenal Doktor Syah. Kak Aisyah dah tak bekerja lagi. Dah berhenti. Lepas kahwin, Along suruh duduk rumah jaga Tisya.

Kak Aisyah la harapan aku dapatkan maklumat. Sesuatu yang aku perlu tahu. Banyak sangat rahsia.

Ril, apa sebenarnya yang berlaku? Semua orang buat saya jadi tanda tanya. Ya Allah permudahkanlah urusan aku.
. .
. Dari jauh aku memandang seorang gadis yang berdiri termenung di hadapan klinik aku.

Raisa... Tak lama lagi awak akan tahu semua perkara sebenar. Sabarlah. Kebenaran sangat menyakitkan. Saya taknak awak terluka lagi. Saya nak awak sentiasa tersenyum.

Mungkin lepas awak tahu, awak akan terkejut bila lihat saya.

Tolong jangan bersedih lagi, Nur Raisa Asyikin. Awak kena kuat hadapi semua ini.

Tersenyumlah, Raisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience