Bab 4

Romance Series 17707

"Raisa... Cuba lihat sana tu."

Dia menunjuk ke satu arah.

Oh... Tempat orang ramai bermain parasailing.

Dari tadi aku mendiamkan diri. Agak terasa hati dengan kata-kata Along tempoh hari.

Kalau nak ikutkan, family aku tak benarkan aku datang ke sini. Come on. Aku da besar. Tahu la nak jaga diri bagaimana.

Hmm...

"Tu hah, tengok la sana. Raisa, kita datang sini nak enjoy. Tenangkan fikiran. Jangan la bersedih."

Tiada siapa berada di tempat aku. Bagaimana harus aku hilangkan rasa sedih yang tidak bertepi?

"Jom. Kita pergi ke persisiran pantai. Cantik wei."

"Kau pergi la. Aku rasa nak bersendirian di sini."

Lieya memuncungkan bibirnya.

"Yela. Yela. Kau ni... Cuba buang rasa sedih yang tidak bertepi kau tu."

Tak boleh. Aku tak mampu. Aku tak kuat.

"Okay. Aku jalan ke sana, kejap ye."

Aku memandang langit yang berkepul-kepul.

Hembusan angin terus menerjah diri. Aku memejamkan mata. Sesuatu menggamit memori.

"Raisa..."

Suara Airil menerpa sekali lagi.

"Nur Raisa Asyikin..."

Terasa satu suara di corong telinga. Terus aku membuka mata.

Aku memandang sekeliling. Itu bukan suara Ril.

Aku memegang dada. Sakit.

Kenapa dengan aku ni ye? Asyik terdengar suara dia sejak akhir-akhir ni.

Mungkin aku merindui dia. Aku sentiasa sedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Tu je hadiah yang mampu aku berikan.

Kasih sayang aku padanya tak dapat aku berikan.

Airil tahu aku cintakan dia. Tapi dia sekalipun tak pernah tanya. Sebab... Dia taknak aku bersedih.

Kesal juga. Aku tak dapat tunjuk perasaan sebenar aku padanya.

"Raisa..."

Aku memandang cincin di tangan.

Ini sahaja kenangan yang tinggal. Kalau cincin ini hilang, mungkin aku akan meraung.

"Cincin sahabat ini saya hadiahkan pada awak, Raisa."

Terngiang kata-katanya itu. Masih mencengkam ke lubuk hati.

Teringat saat dia memberikan cincin ini di atas bukit.

Cincin sahabat kononnya. Seterusnya membuatkan hati aku mati.

Dan di saat aku bertemu dia semula di hospital. Cincin yang aku buang ke lantai 12 tahun lalu, yang aku sangka sudah hilang selamanya.

Tapi... Dia menyarungkan semula di jari manis aku.

Pedih sangat.

Aku mengeluarkan cincin silver dari jari. Kelihatan makin longgar.

Mungkin jari aku makin mengecil.

Ril...

Aku membuang pandang ke arah orang ramai di hujung sana.

Entah macam mana, cincin terlucut dari pegangan. Allah...

Jatuh di atas pasir yang berdebu.

Aku teraba mencari. Janganlah hilang. Itu saja kenangan yang aku ada.

Tanpa sedar, air mata mula menitis. Cukuplah aku kehilangan dia.

Lieya datang menghampiri.

"Raisa. Kau kenapa ni? Apa yang kau cari?"

Aku memandang Lieya lama. Tanpa suara. Dengan mata yang berkaca. Sekejap lagi pasti berderai air mata.

"Cincin aku... Jatuh. Hilang."

Suara aku... Mula bergetar.

"Ya Allah, Raisa... Macam mana boleh jatuh?"

Jangan tanya bagaimana. Aku tahan nangis je ni.

Terbongkok-bongkok aku mencari cincin itu.

Lieya juga tolong mencarinya. Tetap tak jumpa. Macam mana ni?

"Aku rasa... Kau anggap jela yang cincin tu petanda untuk kau move on."

No. Tak boleh. Aku taknak.

Aku kena juga cari sampai jumpa. Mudah je Lieya cakap begitu.

Aku tak sanggup nak buang semuanya.

"Kau nak cari sampai bila? Takkan jumpa. Dua jam kita kat sini."

Hmm.

"Kalau kau nak balik bilik, pergi jela. Go. Tinggalkan aku."

Aku masih berdegil. Selagi aku tak jumpa, aku takkan melangkah pergi.

"Raisa... Kau ni... Degil."

Lieya akhirnya tinggalkan aku sendirian di sini.
. .
. Puas aku mencari, tetap tak jumpa. Hari sudah menginjak ke senja.

"Puan..."

Seseorang berdiri di sebelah aku. Tak kelihatan raut wajahnya.

Suaranya... Seakan...

Aku masih tak nampak raut wajahnya.

"Boleh saya tolong?"

Aku meneguk air liur. Takkan aku boleh lupa suara dia yang seakan...

"Puan... Dari tadi saya lihat puan macam mencari sesuatu."

"Saya cari... Cincin."

"Nak saya tolong?

Aku diam. Tidak mengendahkan dia. Melihatkan aku begitu, dia turut tunduk meraba pasir.

Takkanlah cincin tu jatuh jauh dari aku? Mustahil.

Allah... Mana nak cari ni? Aku da rasa penat.

"Puan, cincin tu warna apa?"

Eh dia ni, dari tadi panggil aku puan.

"Cik..."

Aku membetulkan panggilan Puan kepada Cik. Tidak betah mendengar dia memanggil aku Puan.

"Oh sorry. Actually... Saya da jumpa."

Eh.

Aku terus berdiri tegak.

Dia menghulurkan cincin Ril kepada aku.

Aneh. Aku cari tak jumpa. Bagaimana dia yang baru datang 5 minit mampu menemukan cincin yang aku cari sampai berjam-jam?

"Nah. Ambik. Jaga baik-baik. Saya tahu cincin tu bermakna buat awak."

Aku menyambutnya. Rasa sebak.

Ini je kenangan yang ada. Aku rindukan Airil Benjamin.

Tanpa segan silu, aku terus menangis teresak.

Cincin di tangan aku kucup lama. Ya Allah, kuatkan hati aku.

"Cik, are you crying?"

Aku diam.

"Thanks sebab carikan cincin ni untuk saya. Kalau tak jumpa, mungkin saya takkan maafkan diri saya."

"Welcome. Saya rasa simpati tengok awak dari tadi muka sedih mencari sesuatu."

Aku tersenyum pahit padanya.

Masih lagi tidak mampu melihat wajahnya dengan jelas.

"Okay. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

Dia berlalu pergi.

Aku hanya melihatnya dari kejauhan. Terima kasih. Siapapun awak, thank you so much.
. .
. Aku menolak daun pintu bilik hotel.

Lieya tengah mengeringkan rambut. Baru lepas mandi agaknya.

"Raisa... Aku... I'm so sorry pasal tadi. Aku tinggalkan kau macam tu je."

Aku duduk di birai katil.

"Takpe. Aku tahu kau takkan faham."

"Kau okay?"

Aku mengangguk. Senyum memandang Lieya.

"Aku dah jumpa."

Lieya membulatkan mata.

"Really? Kau jumpa dekat mana?"

"Someone tolong carikan untuk aku. Aku terhutang budi pada dia."

"Lelaki ke? Handsome tak?"

Ishh Lieya ni.

"Taktau. Tak nampak wajah dia langsung. Tepi pantai tu gelap takde lampu."

"Ohh. Hmm takpe. Asalkan kau da jumpa cincin Airil. Dan kau senyum gembira. Aku nak tengok kau happy, Raisa. Jangan sedih lagi."

Aku senyum. Manis. Cincin ni akan jadi peneman aku selamanya jika aku rindukan dia.

Semua orang takkan faham. Aku sendiri tak mampu nak paksa hati lupakan dia.

Walaupun, aku bukan takdir dia. Sekurangnya, dia pernah berada dalam hati aku.

Maafkan Raisa, Ril. Kerana tak dapat lupakan Ril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience