Bab 16

Romance Series 17707

Aku membawa diri ke sini lagi. Mengambil angin di bawah pohon sena.

Diari milik Ril aku peluk ke dada.

Ril... Macam mana saya nak baca kesemuanya? Saya tak cukup kuat nak menangis lagi.

Aku selak helaian pertama.

15 September 2006.

Aku melihat Raisa yang duduk termenung memerhatikan budak2 di tepi padang. Sungguh... Dia cantik sangat. Perasaan ini untuk apa? Aku tak mungkin memiliki dia. Maafkan Ril, Raisa.

Baru baca aku da mula rasa sebak.

Membaca isi hati seseorang yang telah tiada buatkan hati aku luluh.

1 Oktober 2006.

Aku disahkan menghidap penyakit Leukimia Stage 2.

Allah, beratnya ujian...

Patutlah ada masa aku perhatikan wajah Ril pucat. Masa tu dia da sakit. Aku yang tak tahu apa-apa.

13 January 2007.

Aku cuba mengelak dari Raisa. Aku taknak dia tahu keadaan aku. Ril terpaksa buat begini.

23 January 2007, 11 am.

Aku belikan Raisa cincin. Harini aku nak luahkan perasaan aku pada dia. Raisa, saya sayang awak... :)

8 pm.

Tadi... Aku ajak Raisa ke bukit. Dah berbulan aku mengelak dari dia. Aku suruh dia pakai cincin tu. Cincin sahabat. Aku tak mampu nak luahkan perasaan aku. Raisa kata dia sayangkan aku juga. Tapi sebagai sahabat... Ahh Raisa. I want to tell you everything. Tentang perasaan ni. Ril takut, Ril je yang rasa macam tu. Aku tengok air wajah Raisa sedih. Mungkin lepasni aku tak dapat jumpa dia lagi. Aku kena menghilang.

Ril...

Bukit tu... Saat dia berikan aku cincin sahabat, aku jadi murung. Aku nak jadi lebih. Tapi aku sayangkan persahabatan aku dan dia. Aku hanya mampu diam dan sembunyi.

Aku tutup diari. Tak sanggup nak baca. Lepastu, semuanya bermula. Ril tinggalkan aku dan menghilang selamanya.

Aku mengucup cincin di jari.

Selagi cincin ni ada, saya tetap letakkan awak dalam hati selamanya.

Nanti jela aku sambung baca lagi. Tak sanggup nak baca lagi isi hati dia. Aku kena tenangkan diri dahulu.
. .
. Aku perhatikan Mama excited sangat nak terima menantu.

Kalaulah menantu mama tu dia...

Aku cuba gembirakan diri. Tiada siapa paksa aku. Aku yang terima Syah. Aku nak dia jadi suami aku. Tapi betul ke aku ikhlas?

"Riss... harini off day ke?"

Aku senyum nipis.

"Mama nak ajak pergi beli cincin. Memandangkan Riss taknak jumpa Syah, Mama ajak Auntie Piah. Riss okay kan?"

Aku off day sebab nak tenangkan diri seharian. Malasnya nak keluar.

"Riss nak rehat je harini tapi... Dah Mama ajak sekali Auntie Piah terpaksa la Riss ikut."

"Kejap je sayang. Kita pergi beli cincin. Lepastu pergi makan, kenal-kenal dengan Auntie Piah. Tu je."

"Barang hantaran Mama da survey ke?"

Aku malas nak ambil tahu sebenarnya. Padahal aku yang nak naik pelamin, bukan Mama.

"Dah. Nanti Mama ajak Kak Aisyah sekali. Riss tak kisah pape kan? Takut Riss tak berkenan je dengan barang yang Mama beli."

Apa-apa jela. Malas nak pikir.

"I'm okay. Riss tak kisah. Ikut Mama la. Yang mana Mama rasa okay, Riss okay je."

Mama tersenyum lebar.

"Pukul berapa nak keluar ni? Riss nak tidur jap. Migraine datang la, Ma. Nanti tolong kejutkan."

Aku mahu rehatkan diri. Sakit kepala datang lagi.

"12 tengah hari la. Okay, nanti Mama kejutkan. Pergilah rest."

Aku mengangguk malas. Menyeret kaki ke bilik.

Masuk bilik, baringkan diri. Merenung kipas yang berputar.

Betul ke keputusan aku ni? Aku memegang dada. Sakit.

Dan akhirnya aku dibuai lena yang panjang.
. .
. "Cincin ni cantik. Sesuai dengan Raisa. Cuba sarungkan."

Auntie Piah memilihkan cincin yang agak sarat dengan batu permata.

Entah kenapa aku tidak berminat melihat beraneka cincin di depan mata.

Mama terperasankan air wajah aku yang monyok.

"Riss okay tak cincin tu?"

"Okay, Ma."

Auntie Piah senyum meleret pandang aku.

"Raisa pakai apa pun cantik. Pakai cincin yang auntie pilih ni lagi tambah berseri."

Auntie Piah cuba beli hati aku untuk anak lelaki dia.

"Patutlah Syah berkenan kat Raisa. Manis. Auntie pun suka Raisa jadi menantu Auntie."

Aku tunduk.

Sepatutnya yang patut jadi ibu mertua aku adalah auntie Liza. Mama Airil. Dulu, masa aku kecik-kecik selalu berangan nak jadi isteri Ril.

Tinggi melangit angan aku. Itu yang tiada jodoh antara kami.

"Syah apa khabar, Auntie?"

Sekadar mahu berbasa basi tanyakan perihal Syah.

"Dia sihat. Excited betul dia bila Raisa terus terima dia. Dia baru nak hantar rombongan meminang tapi Raisa da bertindak dulu."

Aku senyum nipis.

"Raisa memang taknak tengok muka Syah? Taknak kenal Syah?"

Soalan Auntie Piah...

"Takpe, Auntie. Raisa taknak patah balik. Kalau Raisa tengok dia, takut Raisa ubah fikiran. Biar je macam ni. Nanti je masa akad, biar Raisa tahu waktu tu."

Yakinnya kamu, Raisa.

"Mama senang hati tengok Riss macam ni. Piah, anak aku ni keras hati sangat. Beruntung Riss kahwin dengan Syah. Dia boleh bahagiakan Riss."

Yela, Ma. Doakan jela yang baik-baik.

Aku hanya memandang Mama dan Auntie Piah membalas senyuman. Sedangkan aku... Di dalam hati mula merintih...

Ya Allah, permudahkan urusan aku. Yakinkan aku dia akan jadi suami yang terbaik.
. .
. Aku nak jumpa Irfan. Buat kali terakhir. Ada sesuatu yang aku perlu katakan pada dia. Kalau tidak, aku bakal menyesal seumur hidup.

Tapi aku tiada nombor telefon dia. Macam mana nak contact?

Hah baru teringat... Klinik Dr. Syah. Segera aku mendail nombor telefon yang tertera.

"Hello. Boleh bercakap dengan Doktor Syah?"

"Siapa di sana ye?"

Sepertinya suara Lily di hujung talian.

"Saya Cik Raisa."

"Oh okay. Kejap saya sambungkan panggilan."

Sejak kejadian tempoh hari, Lily sudah tidak mengelak lagi. Tidak menyorokkan Doktor 'Syah' dia tu. Agaknya dia da boleh tangkap apa yang berlaku antara kami.

"Hello. Saya Syah."

"Hello. Assalamualaikum. Syah... Err. Irfan..."

Dia terdiam. Barangkali tidak menyangka aku mencari dia.

"Waalaikumsalam. Cik Raisa."

"Saya nak jumpa awak petang ni, boleh tak? Awak free tak?"

"Saya free. Untuk apa?"

"Ada hal penting. Tolong bagi saya setelkan 'urusan' ni."

Aku menekan perkataan urusan. Urusan hati, Irfan.

"Okay. Kat mana?"

"Putrajaya Wetland Park."

"Okay. Saya jumpa awak petang ni. Jam 5 petang."

Nada suara Irfan serius sangat. Seolah mahu melayan aku seperti stranger.

"Terima kasih, Irfan. Bye."

Aku meletakkan gagang telefon. Lega dapat dengar suara dia.
. .
. Seperti yang dijanjikan, aku menanti dia dengan penuh sabar.

Dia kata terlewat. Ada emergency call. Aku harap dia datang jumpa aku petang ni.

Hati makin berdebar. Kenapa aku rasa perasaan yang begini? Dia Irfan, bukan Ril, Raisa. Aku cuba mengingatkan diri sendiri.

30 minit kemudian dia muncul...

"Hai, Raisa. Maaf. Saya terlewat. Ada hal tadi."

Aku senyum nipis.

Awak sudi datang jumpa saya pun da cukup baik.

"Apa yang penting tu, Cik Raisa?"

Bismillah. Bagaimana cara untuk aku memulakan kata ni?

"Saya nak tanya pandangan awak. Wajarkah saya kahwin dengan Syah anak Auntie Piah kawan Mama saya?"

Wajahnya seakan berubah.

Kenapa aku pergi tanya soalan macam tu? Ahh bodohnya kau, Raisa! Aku mengutuk diri di dalam hati.

"Kenapa awak tanya saya? Awak yang nak kahwin."

Dia memalingkan wajah ke arah lain. Irfan marah aku ke? Dia suka buat macam tu, tiba-tiba palingkan muka.

"Sebab saya tak cintakan dia..."

Fuh laju aku menjawab. Satu nafas.

Aku perhati je air muka dia. Nampak tenang. Seakan tidak kisah langsung dengar berita aku bakal berkahwin dengan orang lain.

"Raisa..."

Dia mendekati aku. Jarak aku dan dia... Cuma beberapa depa. Jantung aku mula berdetak laju. Sekali lagi.

"Apa yang awak tahu tentang cinta, Cik Raisa?"

Dia mahu berformal dengan aku. Memanggil aku Cik.

"Awak tak pernah bercinta kan, Raisa? Yang awak tahu cintakan Airil Benjamin dalam diam. Awak sendiri pengecut. Tak confident dengan diri sendiri."

Iya. Aku pengecut. Aku penakut.

Bila terlalu banyak peluang di depan aku, aku tak pernah sambut. Aku terlalu selesa.

Tak patut Irfan kata begini. Berani dia mempersoalkan perasaan aku.

"Cinta saya pengorbanan. Sama macam Ril."

Aku tunduk.

"Mungkin awak keliru, Raisa. Saya Irfan. Bukan dia."

Dia tersenyum sinis.

"Pergilah balik, Raisa. Kahwin dengan Syah. Lupakan saya."

Sedihnya. Adakah itu permintaan dari hati dia sendiri? Memaksa aku lupakan dia?

Mungkin ini memang Cinta Tanpa Kata aku.

Takpe, Irfan. Tak perlu sakitkan hati aku. Aku tahu nak buang semua ni macam mana.

"Saya jumpa awak sebab nak bagitahu awak sesuatu. Tapi awak tak nak dengar. Awak ego, Irfan. Takpela. Saya akan kahwin dengan Syah secepat mungkin. Mungkin dia memang jodoh saya walaupun tiada perasaan untuk dia."

Irfan tak berani tentang mata aku.

"Bye, Irfan. Saya doakan awak bahagia. Walaupun rupa awak seperti Ril, buat saya sedih. Hati saya sebenarnya gembira. Sebab dapat tatap orang yang saya suka."

Aku harap Irfan perasan dengan ayat akhir aku.

Aku menghela nafas panjang.

Bermula harini, saat ini, aku tak kenal Irfan. Kita tak kenal, Irfan. Tolong lupakan semua ni. Dengan cara tu, hati Nur Raisa Asyikin akan lebih tenang.

Aku memilih untuk tidak luahkan perasaan ini pada dia. Tidak sesekali. Mungkin aku silap dengan kata hati aku. Agak kecewa dengan layanan dingin daripada Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience