Bab 1

Romance Series 17707

Aku melabuhkan punggung di bawah kerusi pohon Sena.

Sesuatu menggamit memori.

"Raisa..."

Aku memejamkan mata.

Suara itu. Suara Airil Benjamin. Aku merindui suaranya.

Mengapa masih ada rindu pada dia yang sudah tiada?

Al-Fatihah. Aku sentiasa merindui dia. Walaupun dia pergi meninggalkan aku. Tanpa sebarang rasa lagi.

Airil dah tiada, Raisa.

Kau kena teruskan hidup. Surat biru itu masih aku pegang dalam genggaman.

Aku terkilan. Kerana ego... Aku tidak mampu melafazkan kata.

Aku dan dia, mana bisa merasa hati yang sama.

Airil tinggalkan aku dalam seribu kenangan yang sukar aku padamkan.

Aku dah janji padanya, cinta ini takkan pernah mati untuk dia. Walaupun siapa pun yang hadir, aku takkan benarkan.

Iya. Aku si Raisa yang degil. Yang hatinya telah sekian lama mati.

"Ril..."

"Saya rindu awak."

"I'm here, Raisa. Saya ada di sisi awak."

Tidak. Aku berhalusinasi. Itu bukan suara Ril.

Aku menggelengkan kepala.

Cepat-cepat aku meninggalkan tempat ini. Cerita aku dan dia dah lama berakhir.
. .
. "Raisa... Kenapa aku tengok kau makin kurus? Kau sakit ke?"

Melisa memandang aku kerisauan.

Aku tersenyum pahit.

"Kau kena move on. Arwah Ril dah tiada."

Aku tahu. Tak perlu ingatkan.

"Dia hidup lagi, Meli. Dalam hati aku. Takkan pernah mati."

Nada suara aku seperti ingin marah.

Aku tahu bila nak move on. Aku juga inginkan kebahagiaan.

"Dah tu? Dah tiga tahun, Raisa. Kau masih dalam dunia kau. Ril nakkan kau bahagia."

Iya. Aku tahu. Tapi...

Semua orang takkan pernah faham.

Cinta bukan sesuatu yang kau boleh paksa untuk pergi sesuka hati. Bukan mudah untuk datang. Bukan mudah untuk pergi.

"Kau kena kahwin. Umur kau da 30."

Aku mengacau Teh Ais Hijau.

"Apa ada pada angka, Meli. Kau jangan paksa aku."

Melisa mengeluh. Sepertinya tidak tahu mahu bicara apa lagi dengan aku.

"Raisa... Aku taktau nak cakap apa lagi dengan kau. Along pun tak mampu nak pujuk kau. Degil."

Biarlah. Ini hidup aku. Tak perlu risaukan aku.

Aku membuang pandang ke arah jalan raya.

Entah macam mana, aku terperasankan sesuatu.

Ril...

"Airil Benjamin..."

Bulat mataku memandang tubuh seseorang.

Dia sedang berjalan menuju ke arah restoran di sebelah.

"Meli, macam muka Ril."

Melisa turut memandang sama.

"Mana?"

"Ada tadi. Dia jalan ke restoran sebelah."

Aku bingkas bangun. Melisa menahan lengan aku.

"Kau nak pergi mana? He's not Airil Benjamin."

Aku tidak peduli. Walaupun bukan dia. Aku mahu tahu siapa dia.

Mungkinkah dia... Lelaki sama yang aku tegur tiga tahun lalu.

Ketika surat Ril terbang melayang ke bawah kaki dia?

Aku mencari bayang lelaki itu. Tiada.

Apakah itu cuma halusinasi aku sekali lagi?

Ril...

Saya jumpa seseorang yang wajahnya persis seperti awak.

Aku kehampaan.

Lelaki tadi tidak kutemui. Mungkin itu cuma perasaan aku.

Hentikan, Nur Raisa Asyikin.

Aku mengesat air mata di pipi.

Tak mungkin untuk saya lupakan awak, Ril.

Share this novel

Aqila Mustaqim
2019-10-19 11:07:47 

Kalau isteri support cepatlah suami sembuh.


NovelPlus Premium

The best ads free experience