Bab 40

Romance Series 17712

Aku pelik dengan sikap Irfan. Kejap sejuk. Kejap panas.

"Riss..."

Along menghampiri aku yang masih termangu.

"Irfan tu mungkin merajuk dengan kau."

Merajuk?

"Kau tu suka lari. Sikit-sikit lari tenangkan diri. Ingat... Status kau tu bukan bujang lagi. Dulu nak lari jauh-jauh takpela. Sekarang kan dah jadi isteri Syah."

Aku yang patut merajuk. Aku cemburu.

"Pergilah pujuk dia. Minta maaf kat dia."

Aku tahu aku salah.

"Riss malu... I told him that I love him. Tapi... Reaksi dia..."

Aku menekup wajah dengan tangan.

"Kitorang tak kisah. Lagipun, macam yang Along cakap, kalau ada apa-apa nak luah bagitahu je. Kalau sayang cakap je. Simple."

"Okay. Thanks, Along."

Aku mahu memujuk dia sebelum dia tidur.

"Dik..."

Sempat aku berpaling.

"Syah yang nak balik rumah. Dia kata tak seronok duduk hospital tanpa kau."

Aku senyum.

Berjaya jugak plan kami dua beradik. Along pun turut senyum.
. .
. Aku menolak pintu bilik tidur. Gelap gelita. Dia sudah selamat berbaring di atas katil.

Lampu tidur dihidupkan.

Aku memandang wajah Irfan dalam kesamaran cahaya.

Merajuk. Comel.

Aku duduk bersimpuh memandang dia. Ada gerakan di matanya. Aku tahu dia masih tidak tidur. Aku mengucup tangannya.

"Irfan... Saya nak minta maaf dari rambut hingga ke hujung kaki. Saya tak patut buat awak macam tu. Sebenarnya, saya cemburu tengok awak dengan Dr. Ita. Rasa macam dia nak rampas awak dari saya."

Aku berharap Irfan membuka matanya dan menjawab semua luahan aku.

Satu. Dua. Tiga. Tiada reaksi.

Sudah dibuai mimpi agaknya.

"Saya dah tamatkan baca diari cinta kita."

Perkataan 'kita' aku tekankan. Aku, Airil dan Irfan.

Serta merta matanya terbuka. Pandangan kami bersatu.

Aku sambung bicara.

"Saya nak awak tahu yang saya terima awak dengan sepenuh hati. Bukan kerana wajah awak. Masa Mama nak jodohkan saya dengan Syah, awak tahu tak betapa remuknya hati saya bila awak seperti tak hairan pun saya bakal berkahwin. Start dari tu saya sedar yang saya dah mula cintakan Irfan Syahril."

Aku mahu dia dengar luahan hati aku malam ni.

"Siapapun awak saya dah tak kisah. Saya cuma nak hidup berdua bersama awak."

"Abang sakit."

Akhirnya dia bersuara.

Aku senyum.

"DID?"

Ternyata Irfan kaget.

"Saya tahu. Takpe."

"Raisa boleh terima ke?"

Aku angguk.

"Irfan Syahril, I love you no matter what happens."

Tenang saja aku meluah.

Nur Raisa Asyikin sudah mampu meluahkan rasa cinta. Tidak lagi kaku dan penakut seperti dulu.

"Just be yourself. Jangan jadi seperti Ril."

"Tapi... Abang nak jadi macam dia. Abang nak Raisa cintakan Abang selamanya."

"Ingat tak janji kita?"

Aku mengelus rambut Irfan.

"Raisa dah janji akan jaga Abang dan takkan tinggalkan Abang buat selamanya."

Satu kucupan hinggap di bibir aku.

Rasanya ini memadai dari ucapan cinta.

Aku tenggelam dengan kucupan cinta dia yang hangat.

"Nur Raisa Asyikin, Abang juga cintakan Raisa."

Kami sama-sama senyum.

Kalaulah aku tahu aku akan rasa bahagia seperti ini, dah lama aku luahkan perasaan aku pada dia.

Tak mungkin aku akan tarik tali dengan suami sendiri. Tarik tali dengan kenangan lama.

"Abang nak sesuatu boleh?"

"Sesuatu?"

Aku mengerutkan kening.

Dia menarik aku bangun dan hampir dengan tubuh dia.

Kini aku berada dalam pelukan dia.

"Yes, my dear."

"Apa?"

Aku buat-buat tak faham.

"Abang nak anak ramai."

Amboi. Baru je sembuh.

"Abang kan baru discharge."

"Dah sihat dah ni."

Dia memuncungkan bibir.

Untuk Irfan Syahril, aku sanggup lakukan apa saja.

"Okay. Anything for you, Abang."

Aku rasa bahagia dengan jodoh aku yang sebenar.

Dia menarik aku lagi erat ke dalam pelukan.

"Dah malam. Jom, tidur."

Aku angguk dengan mata tertutup. Mahu perasaan ini kekal untuk selamanya.
. .
. Aku menjinjit mangkuk tingkat ke dalam klinik Dr. Syah.

"Hai, Lily."

Aku menegur Lily yang sedang menulis sesuatu di buku rawatan.

"Hai, Puan Raisa."

"Suami saya tengah ada patient ke?"

"Takde. Tapi, ada Dr. Ita."

Rasanya dah lama aku tak dengar nama tu. Pandangan aku melayang ke arah perut yang membulat.

Sabar. Raisa, don't be emotional. Mereka hanya kawan.

"Takpela. Tak jadi la nak masuk. Taknak kacau daun."

Mood aku jatuh merudum.

"Eh, masuk jela. Bukan dengan Dr. Ita je. Ada Dr. Asyraf sekali."

Dr. Asyraf? Tu kan doktor yang merawat Irfan semasa dia terlantar kat hospital.

Penyakit pelik Irfan datang lagi ke? Aku tengok normal je. Takde dah pakai baju Airil atau tiru penampilan Airil.

"Okay. Thanks, Lily."

Aku mengetuk pintu sebelum membuka pintu.

Tiga bola mata terarah ke aku.

"Hai..."

Aku sengih.

"Hai, Raisa. Lama tak jumpa awak."

Macam biasa la Dr. Ita tegur aku dengan ramah.

Aku meletakkan mangkuk tingkat ke atas meja kerja Irfan.

"Wow... Dah berapa bulan?"

Matanya berminat memandang perut aku yang membulat.

"Tujuh bulan."

"Patutlah saya tengok Syah ni tak berhenti senyum. Bakal jadi seorang ayah rupanya."

Aku senyum.

"By the way, saya nak bagi kad jemputan."

Dr. Ita menyerahkan sekeping kad. Tertera namanya dan nama pengantin lelaki.

Terlopong aku membaca.

"Datang tau. Bulan depan."

Aku melihat Dr. Ita dan Dr. Asyraf berbalas senyuman.

"Bila masa you all bercinta?"

Aku tak faham mengapa mulut aku tak cover. Ringan je bertanya.

Irfan menjegilkan mata.

"Opss..."

"Hahaha. Awak yang tak tahu. Actually, Dr. Asyraf tunang saya masa Syah terlantar sakit dekat hospital."

What?

Malunya. Aku cemburu yang tidak berasas. Mana nak sorokkan wajah ni?

"It's okay. Saya faham."

Dr. Ita menepuk perlahan bahu aku. Macam perli je.

"Don't worry. Syah sayangkan awak. Okaylah. Kitorang dah lama kat sini. Jom, sayang. Kita balik. Taknak ganggu diorang berdua."

Dr. Asyraf senyum je dari tadi.

Grrr. Kenapa Irfan tak pernah cakap dekat aku? Siap la dia nanti.

"Tahniah Dr. Ita. Insyaallah saya datang."

Mereka berdua cuma mengangguk.

Hilang je bayang mereka berdua, terus aku mencekak pinggang.

"Abang!"

Irfan yang dari tadi tahan tawa terus tergelak.

"Kenapa tak bagitahu Raisa? Saja je kan nak buat Raisa jealous dengan dia."

Irfan peluk aku dari belakang.

"Saja. Nak uji Raisa. Bila cemburu, makin comel tau."

Hmmm. Punca aku lari. Merajuk. Tapi last-last aku yang kena pujuk dia.

"Ni tengok pipi ni. Makin tembam Abang tengok. Gigit karang."

Makin muncung bibir aku.

"Sayang..."

Aku menghadap wajahnya.

"I'm so happy. Thanks sebab kandungkan anak Abang."

Aku pukul dia manja-manja. Jari jemari bermain dengan kolar baju dia.

"Temankan Raisa kejap lagi boleh tak?"

"Pergi mana?"

"Ziarah kubur arwah Ril. Dah lama tak jenguk ke sana."

Irfan senyum.

"Okay, sayang. Nanti kita pergi."

Aku menyandarkan kepala di bahu dia. Kini, cinta aku milik Irfan seorang.
. .
. Aku memandang kubur arwah Airil. Tiada lagi air mata untuk dia. Tiada lagi ratapan. Tiada lagi kekesalan.

Aku masih lagi memakai cincin yang dia berikan. Irfan mahu aku sentiasa mengingati arwah. Airil Benjamin. Sahabat baik aku. Cinta pertama aku. Harapan yang aku pernah sandarkan satu ketika dulu.

Perasaan gugur. Layu. Mati.

Cinta aku sudah berganti. Setiap kali aku kehilangan, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang aku tidak jangka.

Ril...

Saya pernah merasakan hidup saya hancur tanpa awak di sisi. Terima kasih kerana hadirkan Irfan untuk saya. Awak biarkan dia jadi pengganti awak. Saya benar-benar bahagia. Saya dah tunaikan janji saya pada awak. Kahwin. Dan punyai anak yang ramai. Terima kasih kerana pernah jadi sahabat yang baik.

Cinta Tanpa Kata saya untuk awak sangat berharga. Kerana ianya milik Irfan Syahril.

Ril...

Saya dah meredhai pemergian awak. Saya takkan sia-siakan Irfan. Saya doakan awak sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah, Airil Benjamin.

Irfan menyentuh jari jemari aku. Air mata yang menitis perlahan dikesat. Ianya jatuh di saat aku habis membacakan Al-Fatihah untuk dia yang sudah tiada.

"Sorry, Abang. Raisa dah cuba untuk tidak menangis."

"I'm here. Abang akan ada di sisi, Raisa."

Aku mengangguk. Bunga mawar biru, merah dan putih aku taburkan di atas pusara dia.

Segala memori yang pernah ada takkan mungkin saya lupakan, Airil Benjamin.

Kali ini... Tiada lagi Cinta Tanpa Kata kerana aku telah meluahkan semua rasa hati. Tiada lagi yang tersembunyi. Dan... aku maafkan Irfan atas apa jua kesalahan dia.

Iya. Cinta aku hanya milik Irfan seorang. Oh tidak, kini milik kami bertiga.

Aku memegang perut yang membulat.

Irfan menyuruh aku meletakkan nama Airil jika anak yang lahir ini lelaki. Betapa kekalnya nama Airil dalam hidup aku. Malah kasih yang utuh akan berpanjangan. Terima kasih, Allah.

Rindu itu seperti serpihan jiwa yang hilang. Kerana rindu yang membara membawa aku ke dalam luka.

-TAMAT-

by Nia Elysa.
8 Februari 2020.
02:10 am.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience