Bab 30

Romance Series 17712

Aku menggeliat malas. Esok sudah mahu pulang. Harini aku akan menghabiskan masa yang ada di tepi pantai. Aku memandang awan yang berkepul di langit.

Batu Feringghi. Lokasi di mana aku berada sekarang.

Telefon bimbit aku tukarkan ke 'Airplane Mode Off'. Pergh. Berderet WhatsApp masuk bertalu-talu.

Melisa.
Lieya.
Mama.
Along.

Nama orang yang sering menghubungi aku. Along yang paling tak boleh blah. 20 missed call.

Sibuk je dia nak tahu hal kami berdua. Hmmm.

Sedang aku menaip mesej kepada Melisa, aku terpandangkan Irfan yang keluar dari bilik air. Dia memakai baju T-shirt berwarna putih.

Kejap. Otak aku jadi freeze. Kenapa T-shirt ni aku macam pernah tengok eh sebelum ni?

"Raisa..."

Dia menghampiri aku yang sedang melunjur kaki di sofa.

Mata aku masih terarah ke T-shirt yang sedang dipakainya.

"Sayang, kenapa pandang abang macam tu?"

"T-shirt tu... Bukan milik abang kan?"

Sepertinya itu milik Airil.

Dia memandang T-shirt yang tersarung di tubuhnya. Dan aku terperasankan sesuatu.

"Apa yang Raisa cakapkan ni?"

Suara nada dia berubah.

"It's not yours. It's Airil Benjamin T-shirt."

Dia segera bangun. Menjauhkan diri daripada aku.

"Take it off!"

Kenapa aku benci dia mahu jadi seperti Airil? Aku kurang suka dia meniru semuanya. Bagaikan tiada identiti diri.

"Raisa..."

"I said just take it off. Saya hadiahkan baju ni untuk dia sebelum dia pergi. Mana boleh abang pakai baju pemberian saya kepada dia."

Suara aku naik ke tiga oktaf. Aku mula rasa tidak puas hati.

"Kenapa marah sangat ni?"

Aah Raisa, kenapa kau berkira sangat? Pasti Airil serahkan pada dia.

Aku diam. Sedang kawal marah.

"Kalau abang buat Raisa berkecil hati, abang minta maaf."

"Abang nak beli makanan breakfast. Sayang nak makan apa?"

Aku masih mendiamkan diri. Tidak memandang wajah dia.

"Okay. Abang turun bawah kejap. Nak beli cempedak goreng dengan nasi lemak dekat gerai hujung simpang. I'll be back. Sayang jangan ke mana-mana tau. Take care."

Entah mengapa hujung kata-katanya menarik perhatian aku.

Irfan mengambil wallet dan keluar dari ruang bilik.

Dia pasti terasa hati dengan kata-kata aku.

Allah... Maafkan atas kelancangan kata-kata aku.

Satu jam kemudian...

Mana Irfan ni, dari tadi tak balik bilik? Aku mula jadi tidak sedap hati.

Dada berdebar teruk.

Takkanlah beli makanan sampai satu jam? Aku call tidak berangkat kerana dia matikan telefon.

Aku mula berjalan mundar-mandir di ruang balkoni.

Abang... Maafkan Raisa.

Aku pun satu, nak marah sangat kenapa. Sepatutnya baju tu bertukar tangan menjadi milik dia tidak perlu aku jadikannya isu.

Kau ni emosi la, Raisa. Cuba kawal sikit rasa marah tu.
. .
. Aku nekad. Aku kena keluar mencari dia. Walaupun dia tidak bagi aku keluar ke mana-mana.

Maafkan saya, Irfan. Kalau jadi apa-apa pada awak, saya takkan maafkan diri saya. Tolong jangan tinggalkan saya kat sini.

Kunci bilik dan wallet berserta telefon aku capai.

Kaki menuju ke lobi. Aku segera bertanya pada staf yang berada di kaunter samaada dia melihat Irfan atau tidak.

Ternyata tiada siapa menemui Irfan. Allah... Abang, mana abang pergi? Maafkan Raisa.

Pantai.

Mungkin Irfan berada di tepian pantai.

Jenuh aku mencari dia. Tidak menemukan dia. Aku melangkah sehingga ke hujung pantai. Mana la tahu dia membawa diri ke situ.

Tiada jejak. Aku menuju pula ke gerai di hujung simpang. Seorang makcik sedang mengelap meja makan.

"Assalamualaikum, makcik. Saya nak tanya ada tak ternampak suami saya yang datang beli cempedak dan nasi lemak satu jam yang lalu?"

Makcik itu mengerutkan dahinya. Barangkali cuba mengingati.

"Baju warna putih. Tinggi sikit dari saya."

"Oh ada ada. Tapi tadi pun dia rushing nak balik hotel cepat. Lepastu, makcik nampak dia berjalan ke hujung pantai sana."

"Yeke, tapi tadi saya cari takde pun."

Makcik itu memandang aku yang makin kehilangan kata.

Mana awak pergi, Irfan? Jangan buat saya susah hati.

"Anak ni macam sedang dalam masalah. Makcik tengok tadi suami kamu wajah dia sedih sangat."

Irfan terasa hati dengan kata-kata aku. Aku memang bersalah.

"Mungkin suami kamu dah balik bilik. Call la dia."

Aku tunduk.

"Dia offkan telefon. Saya tak dapat hubungi dia."

"Berdoa banyak-banyak. Agaknya dia merajuk."

"Okay takpela, makcik. Terima kasih banyak."

Aku menyalami makcik itu dan mahu menuju ke pantai. Mahu mencari dia sekali lagi.

Sedang aku mahu melintas jalan, aku terpandangkan susuk tubuh lelaki yang memakai baju putih.

Abang...

Mahu saja aku jerit, namun suara hanya terlekat di dalan hati.

Dia sedang duduk termenung di bawah pohon pokok sambil menghadap ombak pantai. Irfan, maafkan Raisa. Raisa tak sengaja. Aku sudah melukakan hati suami aku sendiri. Maafkan aku, ya Allah.

"Irfan Syahril!"

Aku menjerit sekuat hati. Memanggil nama dia.

Dia menoleh ke arah aku. Aku mahu melintas jalan. Namun, kereta banyak yang lalu lalang ketika ini.

"Raisa!"

Dia bagi isyarat mahu aku menunggu saja di seberang jalan.

Aku mahu juga ke seberang jalan. Mahu mendapatkan dia di sana. Plastik di tangannya berisi makanan yang masih tidak dijamah lagi.

Kaki aku melangkah ke tengah jalan raya bila mendapati tiada kereta yang mendekati. Namun, entah bagaimana ketika aku mahu menyeberang, ada satu kereta meluru laju ke arah aku.

Aku jadi terkaku di situ. Kaki bagaikan terlekat di atas tanah.

"Raisa!"

Kereta tadi menghampiri tanpa mahu memperlahankan had kelajuan. Tangan aku ditarik. Dan seminit kemudian, aku jatuh ke atas tanah.

Tangan aku terluka kerana tergeser di atas jalan tar.

Abang...

Irfan jatuh terbaring di depan kereta tadi. Darah mengalir banyak dari kepalanya. Tercedera gara-gara mahu menyelamatkan aku.

"Abang!"

Kemalangan di depan mata aku.

Aku menjerit bagaikan histeria di situ. Aku berlari mendapatkan dia. Aku pangku dia yang sudah tidak sedarkan diri.

"Irfan Syahril! Maafkan Raisa."

Orang ramai mula berkerumun.

"Someone tolong call ambulans."

Aku menjerit meminta pertolongan. Ya Allah, kau selamatkanlah suami aku, Irfan Syahril. Jangan ambil dia dariku.

Hukumlah aku tapi bukan dia. Aku isteri yang berdosa.
. .
. Aku berdiri di luar bilik kecemasan. Air mata masih tidak berhenti.

Aku sudah menghubungi Along dan Ibu. Ibu Irfan pengsan kerana terlalu terkejut dengan khabar berita anaknya ditimpa kemalangan.

"Riss..."

Aku dihampiri Along.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"

Kak Aisyah memeluk aku. Cuba menenangkan aku.

"Kami kena langgar semasa mahu melintas jalan. Semua salah Riss."

Papa, Mama dan Ibu masih dalam perjalanan ke sini.

"Dia selamatkan Riss. Riss yang bersalah."

Along menepuk bahu aku.

"Tolong Riss. Riss takut dia tinggalkan Riss macam Ril."

Aku sudah mengongoi di bahu Kak Sya.

"Sabarlah. Anggap semua ni ujian Allah. Banyakkan berdoa. Semoga Syah selamat."

Along banyak membisu. Tidak mahu bertanya lebih.

Setelah tiga jam berlalu, pintu bilik kecemasan terbuka. Terpacul wajah seorang doktor lelaki.

"Kami akan cuba sedaya upaya selamatkan Dr. Syah tetapi dia kehilangan banyak darah."

"Saya boleh dermakan darah pada dia."

"Okay. Tapi kita kena check darah puan jenis apa dan bersesuaian atau tidak."

"Saya sanggup buat apa saja demi selamatkan suami saya."

"Okay. Kalau macam tu, mari ikut saya. Kita kena transfer darah kerana keadaan dia semakin lemah."

Aku membuntuti langkah doktor itu.

Abang... Jangan tinggalkan Raisa. Jangan jadi macam Ril.

Tanpa Irfan, hidup aku akan jadi kosong. Aku terlalu penat dengan kehilangan. Cukuplah tu.

Selamatkan dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience