Bab 7

Romance Series 17707

"Raisa..."

Seseorang memanggil nama aku. Dia yang tidak banyak bicara, dia yang hanya memandang aku tanpa kata.

Aku biarkan Lieya bersembang dengan Alif. Sedari tadi aku cuma mengambil gambar di sekitar pulau.

Cuaca yang cerah bertukar mendung. Langit mahu hujan.

Suara dia...

"Are you okay?"

Aku hanya menunduk. Tidak berani menatap dia.

"Saya okay."

"Cantik cincin di jari tu."

Cincin ini...

"Awak ingat saya lagi tak?"

Pertanyaan dia...

Sesuatu menarik perhatian aku.

"Haritu kan cincin tu jatuh."

Terus aku memandang dia. Mungkinkah dia... Lelaki yang menjumpai cincin ini?

Dia senyum.

"Jaga cincin tu baik-baik, Raisa."

Kau siapa sebenarnya?

"Awak ke yang tolong saya carikan cincin ni kelmarin?"

"Awak da lupakan saya?"

Kejap, aku rasa pening dengan diri dia yang misteri.

"Jangan pening. Saya yang tolong carikan cincin tu."

Dia bisa baca fikiran aku. Adakah dia juga mampu dengar kata hati aku?

Jadi... Benar sangkaan aku. Suara dia sama seperti lelaki kelmarin.

"Raisa... Saya..."

Lieya memanggil aku dari kejauhan. Thanks, Lieya. Selamatkan aku dari situasi ini.

"Irfan, Lieya panggil. Saya ke sana kejap."

Cepat-cepat aku mahu beredar. Tak sanggup nak berlama dengan dia di sini.

Dan Irfan memandang aku berlalu pergi. Bicaranya tadi tergantung.

Hmm tak kisahlah. Asalkan aku jauhkan diri dari dia.
. .
. Pulau ni ada menyediakan trek hiking. Aku dah rasa semput nak memanjat bukit ini. Da lama tak join aktiviti memanaskan tubuh badan sebegini.

"Jauh lagi ke, Lieya? Aku da penat ni."

Lieya pun da kelihatan semput. Tingginya bukit ni. Penat.

Yang lain semua mendahului ke depan kecuali aku bertiga di belakang. Aku, Lieya dan Irfan.

Entah kenapa dia tercicir di belakang. Bila Lieya tanya, dia cuma senyum.

"Aku pun penat gak. Tapi, demi nak menyaksikan pemandangan cantik terpaksa ku gagahi jua. Ayuh, kita kena kuatkan semangat."

Hmm. Tapi aku da tak larat...

Lama dah tak join hiking macam ni. Aku menoleh melihat Irfan di belakang aku. Seperti biasa, dia kelihatan tenang. Seperti Ril juga.

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala.

Tak, Raisa. Dia bukan Airil Benjamin kau.

Sedang aku berjalan, aku terlanggar batu yang entah dari mana muncul di tengah jalan. Lantas, badan tidak berdiri seimbang.

Gedebuk jatuh!

"Raisa!!!"

Aww. Kaki kanan aku...

Aku mengetipkan bibir. Itulah, jalan tak berhati-hati.

Lieya cepat-cepat memegang bahu aku.

"Nur Raisa Asyikin..."

Nur Raisa Asyikin? Seseorang menyebut nama penuh aku.

Irfan di belakang aku. Membantu aku bangun. Dia ke yang menyebutnya tadi?

Aku memandang dia lama.

"Ril..."

Mata aku sudah berkaca. Sudahlah kaki rasa sakit. Hati pun sama.

"Awak okay tak ni?"

Dia turut mencangkung di depan aku.

"Airil..."

Lieya memandang kami berdua.

"Err Raisa... Kau tersasul. Dia Irfan."

Lieya cepat-cepat mengingatkan aku.

"Siapa Ril?"

Aku memandang tanah.

"Sorry... Saya terlupa."

"Awak okay tak?"

Dia mengulang kembali pertanyaan tadi.

Aku menggeleng. Kaki aku sakit. Tapi tak luka. Hati aku yang luka.

"Mana awak tahu nama penuh saya?"

Irfan membuat muka pelik.

"Nama penuh awak? Apa awak cakap ni? Saya tak faham."
Rasanya aku dengar dengan jelas tadi. Takkanlah halusinasi aku dengar suara menyebut Nur Raisa Asyikin?

"Raisa... Mari saya tolong awak bangun."

Dia mencapai tangan aku.

Kejap lagi bengkak kaki aku ni. Sakit nak jalan.

"Irfan, tolong kendong Raisa ni."

"Lieya!!"

Aku menekankan suara. Bengang.

"Saya okay. Cuma perlu bantuan pegang bahu seseorang."

Confirm jalan berjengket.

"Haa Irfan, boleh kot tolong Raisa. Papah dia."

Aku sempat curi tangkap Lieya sedang mengulum senyum.

Eh minah ni. Patutnya dia la tolong aku.

"Kalau aku papah kau, lagi dua jam baru sampai atas. So, biar je Irfan tolong kau."

"Tapi... Lieya..."

"Boleh kan, Irfan?"

Lieya tidak mempedulikan aku. Dia mencelah kata.

"Boleh jer."

Double shit. Sampai hati kau, Lieya. Nak tengok aku menangis agaknya.

"Sorry, Raisa... Aku pun tak larat nak papah kau. So, aku bagi peluang kat kau berborak dengan dia, okay?"

Teruknya. Kawan jenis apa ni...

Nak taknak aku terpaksa memaut bahu Irfan.

"Relaks. Tak lama dah kita akan sampai atas."

Tapi terasa lama untuk aku sampai ke puncak.

Aku hanya diam. Tidak mampu membalas bicaranya.
. .
. 45 minit kemudian...

Semua mata memerhatikan kami.

"Kenapa tu, Fan?"

Melihat aku jalan berjengket mereka beriak risau.

"Tadi... Raisa jatuh. Nasib baik aku ada kat belakang dia."

Aku tersenyum sumbing. Menyedari diri tersangat cuai.

"Hati-hati jalan tu, Raisa. Sini bukitnya memang agak curam. Jalan trek dia pun tak rata."

"Hmm takpela, yang penting kita da sampai atas. Cantiknya pemandangan..."

Lieya cuba menceriakan situasi.

Tak pedulikan aku langsung. Nak merajuk la dengan Lieya.

"Jom... Kita selfie. Korang sini la..."

Dia sibuk je nak bergambar.

Irfan memandang aku lama.

"Awak okay?"

Aku mengangguk.

"Saya okay. Takpe. Awak dah boleh lepaskan bahu saya kot."

Aku rasa kurang selesa. Dari tadi berpelukan bahu. Malu...

"Kalau jatuh lagi camne?"

Ishh dia ni... Janganlah doakan bukan-bukan.

"I'm fine, Irfan."

Seraya aku meyakinkan dia, perlahan dia melepaskan bahu aku.

Dengan langkah kaki yang berjengket, aku berdiri di satu sudut. Mahu mengambil angin bukit.

Mata dipejamkan serapatnya... Fikiran dikosongkan.

Namun, entah mengapa, terasa satu hembusan di corong telinga.

"Awak memang suka bukit ke?"

Ada satu suara menyapa.

"Iya. Tempat tinggi sangat menenangkan."

"Raisa..."

"Lupakan dia. Dia dah lama pergi."

Ayat itu... Membuatkan separuh hati aku diragut pergi.

Ril tetap ada. Dalam hati aku. Selamanya.

Aku terus membuka mata. Dia tiada di sebelah.

Aku jadi bingung. Bukankah tadi, kata-kata daripada Irfan?

Takde siapa mampu menghalang aku lupakan Airil Benjamin. Mahupun Irfan. Wajah mereka serupa, cara mereka tidak sama.

Perlahan aku menyeka air jernih yang mengalir tanpa aku sedar.
. .
. 12 Missed Call.

Along.

Sepatutnya aku bercuti di sini, bukan diganggu ketenangan.

Jari pantas mendail nombor Along.

"Hello..."

"Riss... Dari petang tadi I tried to call you. Riss pergi mana?"

Suara Along kelihatan risau.

"Ada je ni. Mana ada pergi mana-mana."

Aku taknak Along tahu kaki kanan aku bengkak.

"Jangan nak tipu. Tadi Lieya upload dalam story, kaki Riss berbalut. What happened to you, dik?"

Aduh. Lieya ni... Pecah lubang da. Pandai-pandai je upload dalam story. Geram aku.

Along ni da la asyik stalk aku.

"Riss okay. Bengkak sikit je ni."

Along menarik nafas lega.

"Along risau. Kami semua risau. Sebab tu Along tak bagi Riss bercuti. Tengok, ada benda buruk jadi."

"Riss cuai. Tak perasan tadi masa jalan. Don't worry eh. Lusa Riss balik tau."

Aku melembutkan nada suara. Supaya Along tak marah aku. Aku taknak semua orang risaukan aku.

"Okay. Jaga diri baik-baik, dik. Tapikan... Along curious, siapa lelaki yang dalam gambar tu? Macam kenal la dari tepi muka dia."

Opss... Along tak boleh tahu tentang Irfan. Nanti semua orang terkejut. Seperti aku masa mula-mula menatap wajah Irfan.

Akal cuba mencari helah.

"Bateri phone da low. Nak kena charge. Bye, abangku sayang."

Cepat-cepat aku mematikan telefon bimbit. Malas nak menjawab pertanyaan dia. Aku taknak semua orang jadi bingung bila tahu kehadiran Irfan.

Salah. Kewujudan Irfan. Kemunculan Irfan secara mendadak dalam hidup Nur Raisa Asyikin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience