Bab 20

Romance Series 17707

Mata bertentang mata. Aku jadi bingung. Dari tadi aku perhatikan lelaki berbaju ungu tempoh hari duduk di sebelah pengantin lelaki.

Bukankah Syah tu... Sepatutnya lelaki itu?

"Pengantin lelaki nervous ke?"

Tok kadi mula mengusik pengantin lelaki.

Kejap, otak aku mula tak berfungsi. Freeze.

"Baiklah, kita mulakan sekarang. Pengantin lelaki sudah bersedia?"

Aku melihat dia mengangguk.

Lieya di sebelah sudah tersenyum simpul.

Aku terus menunduk. Tangan menggenggam kain baju. Oh Tuhan... Tidak tahu mahu rasa apa tatkala ini.

"Irfan Syahril bin Rusmin, aku nikahkan dikau dengan Nur Raisa Asyikin Binti Abdul Muiz dengan mas kahwin sebanyak RM300 ringgit tunai."

Saat ni mendebarkan.

Ternyata Syah adalah Irfan. Sesuatu yang aku tidak jangka.

Aku mahu tersenyum. Tetapi juga mahu rasa menangis.

"Aku terima nikahnya Nur Raisa Asyikin binti Abdul Muiz dengan mas kahwin sebanyak RM300 ringgit tunai."

"Sah?"

Tok kadi mula bertanya pada wali dan saksi. Mereka mengangguk.

"Sah."

"Alhamdulillah."

Doa terus dibaca.

Dengan sekali lafaz aku sudah bergelar isteri Syah iaitu Irfan.

Kenapa aku tidak pernah ambil tahu nama penuh Irfan dan Syah? Bodohnya aku.

Aku mula mengutuk diri sendiri. Pipi terasa hangat. Seolah darah menyerbu naik ke muka.

Makin kuat aku berpeluh. Suara mereka semua kedengaran sayup di corong telinga.

"Raisa, kau okay tak ni?"

Aku terus menggeleng. Pandangan aku mula kabur. Aku tahu sebentar lagi aku pasti tidak sedarkan diri.

Raisa kalau terlalu terkejut memang begini.

"Raisa!!"

Aku dengar suara dia yang makin hampir.

Irfan, saya rasa bahagia.

Serta merta aku rebah. Disaksikan tetamu yang hadir. Suasana menjadi gamat.
. .
. "Raisa..."

Suara seseorang menerpa di pendengaran telinga.

Aku membuka mata. Suara dia.

"Saya dekat mana?"

Otak aku jadi blur.

"Dalam bilik. Awak tak makan dari petang semalam ye?"

Aku diam. Memang aku tiada selera makan.

"Mama kata awak takut nak kahwin dengan Syah."

Aku tidak berani memandang wajah dia.

"Ni makan roti sikit. Perut awak tu kosong."

Arahan daripada seorang doktor. Dan aku terpaksa akur.

"Kita tak sempat nak bergambar. Nanti bila da okay sikit, kita turun ye."

Kenapa nada suara Irfan semacam? Macam marahkan aku tapi dengan nada yang lembut.

"Lama ke saya tak sedarkan diri?"

Sesudah aku mengunyah, dia hulurkan panadol.

"Dalam setengah jam."

"Irfan..."

Aku memandang dia lama. Banyak benda aku nak tanya.

"Saya tahu awak nak tanya banyak benda. Malam nanti okay. Sekarang kita kena turun. Tetamu masih lagi di bawah."

"Baiklah, doktor."

Irfan seperti tiada mood. Melayan aku bagaikan pesakit.

Aku hanya melihat dia keluar masuk bilik.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

Aku masih tak percaya yang dia adalah Syah. Lelaki yang aku bersetuju untuk kahwin dengannya walaupun separuh hati rasa takut.

Jadi kata hati aku benar.

"Nah. Minum ni... Glucose ni bagi tenaga."

Dia senyum dan hulurkan aku gelas.

"Semua berpakat tipu saya termasuk awak."

Tangan dia terhenti membelek ubat.

"Saya tak pernah tipu. Awak yang tak pernah nak ambil tahu. Awak yang tak sudi kenal dengan Syah, Raisa."

Pandangan dia tajam menikam.

"Mungkin awak tak ikhlas nak kahwin dengan Syah."

Aku terkedu dengan bicaranya.

Iya. Aku salah. Terlalu ego. Tak mahu langsung mengenali siapa Syah. Jadi dia tak pernah salah. Bukan aku yang tertipu. Tapi aku yang menipu diri aku pada semua orang.

"Maafkan saya, Irfan."

Mata ni jadi sayu memandang dia. Allah makbulkan doa aku. Kerana sememangnya aku mahukan Irfan. Tapi, aku tetap memilih Syah.

Pada akhirnya, mereka berdua adalah orang yang sama!

"Raisa, saya terangkan malam ni. Jom. Ramai menunggu kita di bawah."

Irfan menghulurkan tangan. Membantu aku bangun dari perbaringan.

Aku menyambut. Dengan hati yang gembira. Tapi... bermacam persoalan dalam minda. Irfan ikhlas ke mengahwini aku? Ataupun sekadar simpati?

Aku cuma nak tahu apa sebenarnya yang dia rasa. Mungkinkah kerana amanat Ril memaksa Irfan menjaga aku?

Jika begitu, mungkin aku bukan pilihan dia. Mungkin aku cuma pilihan terakhir.

Beza pilihan hati dengan pilihan simpati. Titik persamaan yang tidak membahagiakan perempuan.

Aku si Raisa yang rapuh.

Ril... Siapa Irfan sebenarnya? Kenapa dia terlalu misteri?

Terlalu banyak persoalan. Ataupun aku tidak percayakan Irfan?
. .
. "Rapat la sikit. Kenapa Riss nampak kekok dengan Syah?"

Along mengusik aku.

"Dia masih lagi tak percaya kot dia dah jadi isteri saya."

Selamba saja Irfan menutur kata.

Aku malu. Aku dah nangis beria di depan dia masa di kubur Ril. Emosi.

"Along tak sangka adik Along yang brutal, cengeng ni jadi seorang yang pemalu. Mana pergi Riss yang suka melawan kata?"

Aku menunduk. Along sengaja nak provok aku di depan Irfan.

Takpe, nanti siaplah Along. Aku culik bawa lari Tisya.

"Raisa ni memang suka menjawab kan Along, dengan saya pun dia suka membalas kata. Tapi harini dia kurang bercakap sikit."

Aku tergelak tiba-tiba.

Geli hati dengar Irfan membahasakan abang aku Along.

Rasanya Irfan berumur sikit dari Along. Entahlah, aku tak pasti berapa umur Irfan.

"Tengok tu. Dia gelak tiba-tiba. Riss ni otak senget la."

Sengaja Along memprovok aku lagi. Harini aku taknak bertelagah. Aku nak diam je. Pandang Irfan puas-puas.

"Apa Syah buat kat Riss tadi? Sopan santun pulak hari ni."

"Ohh. Ada tadi. Bagi hadiah sikit kat dia."

Aku menjeling Irfan. Fitnah.

Mana ada pape jadi. Eeii...

Makin lebar sengihan Along. Aku kena diamkan diri jugak walaupun mulut mahu membalas kata.
. .
. Majlis resepsi berlangsung dengan lancar.

Aku memandang Irfan di sebelah. Dari tadi dia melayan tetamu dan saudara mara.

Perwatakan dia tidak seperti Ril walaupun wajah mereka serupa.

Ril pasif dan suka memendam rasa. Irfan... Dia berani. Tapi berani dalam diam. Mungkin dia risau aku menolak dia jauh.

Aku berlalu ke bilik.

Selagi aku tak tanya pada dia, hati aku jadi tak tenang.

Diari Ril... Aku tak sempat nak baca habis. Mungkin di situ ada keyword yang aku perlukan.

Aku mengeluarkan diari Ril dari laci almari.

Baru saja mahu membukanya, Irfan masuk ke bilik. Dia terpandangkan diari yang aku pegang.

Aku jangkakan dia akan menegur aku. Tapi, dia terus membaringkan diri di atas katil.

Irfan nampak seperti tidak kisah dengan apa yang baru jadi tadi.

Ini ke Syah yang semua orang banggakan?

Aku meletakkan diari ke tepi.

Aku bangun dan duduk bersimpuh di atas lantai. Menghadap dia yang memejamkan mata.

Barangkali dia kepenatan. Aku tidak mahu menganggu dia dengan bertanyakan bermacam soalan.

Tapi aku tidak dapat menahan diri untuk tahu apa sebenarnya tujuan dia membohongi aku?

Jika dia jujur, mungkin dia dah lama beritahu aku situasi sebenar.

Tidak semena, aku memegang wajah dia yang lena ketiduran.

Irfan Syahril.

Itu nama awak yang sebenar.

Baru saja mahu menarik tangan dari wajah dia, tiba-tiba dia memegang pantas.

Mata dia terbuka. Bererti Irfan tak tidur rupanya.

Kami bertatapan. Dan dia tersenyum...

Debaran ini... Kerana dia Irfan. Bukan kerana dia seperti Ril...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience