Bab 25

Romance Series 17707

Bot berhenti di tengah-tengah lautan.

Aik, ni tempat orang nak snorkeling. Aku memandang Irfan yang dari tadi mengelamun.

Kecil hati dengan sikap endah tak endah dia. Susah sangat ke nak jawab?

Agaknya betul Irfan tak sayangkan aku. Dia cuma terima amanat untuk jaga aku.

Sampai hati awak buat saya macam ni.

"Saya nak balik."

"No. Kita dah sampai sini."

"Saya nak balik jugak!"

"Boleh tak awak bagi saya peluang untuk tunjukkan diri saya yang sebenar? Tolong belajar kenali saya."

"Apa awak cakap ni? Saya tanya awak soalan simple pun awak tak boleh nak jawab. Lepastu nak saya faham diri awak."

Aku terguris.

Aku dah mula sayangkan dia. Tapi, dia layan aku bila dia perlukan aku je.

"Saya bawa awak datang sini sebab nak gembirakan awak, Raisa. Bukan mempersoalkan itu ini. Sekarang, saya nak mandi. Saya nak snorkeling. Kalau awak taknak ikut, duduk je dalam bot ni diam-diam."

Sejurus dia berkata begitu, dia terus terjun dan berenang.

Meninggalkan aku yang masih bingung.

Apa semua ni? Shit.

Aku melihat dia berenang. Suka pulak mamat ni duduk dalam air.

"Irfan!"

Dia tinggalkan aku sorang-sorang.

"Saya nak ikut awak jugak. Kenapa tak tunggu saya?"

Ishh, aku ni dahlah spesis takut air. Suka pantai tapi takut air. Entah bila nak reti berenang.

Buat malu je. Umur dah 30 tapi penakut air.

Dia menanggalkan goggle mata.

"Turun la sini."

Aku memandang air laut yang kehijauan. Mahu turun, tetapi hati rasa gentar.

"Saya takut air. Saya tak pandai berenang."

Aku nampak dia senyum sinis.

Oh, nak gelakkan aku ye. Alamak. Macam mana ni?

Kaki aku sudah turun ke tangga ke yang terakhir. Tetapi aku masih ragu-ragu. Tak confident wei.

"Meh la sini. Kalau awak sayangkan saya, marilah berenang ke sini."

Cis, berani dia memperlekehkan aku.

"Saya takut la."

"Come on. Come, dear."

Aku mengetip bibir.

Mamat ni... Buat hal la.

"Kalau saya lemas dan mati, awak jangan sedih. Sebab saya tak sempat nak lahirkan zuriat untuk awak."

Eh bongoklah kau ni, Raisa. Macamlah esok kau nak beranak. Aduh.

"Apa la awak merepek ni, sayang. Cepatlah datang sini."

"Hmm yela. Saya turun sekarang."

Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga dan menjejakkan kaki ke dalam air. Goggle mata aku betulkan.

Sangat tidak beruntung memperisterikan aku yang takutkan air.

"Ahhh!"

Badan aku mulai terumbang ambing. Terapung.

"Irfan! Tolong saya. Takut."

Aku bukan nak mengada. Tapi memang aku ketakutan. Kenapa aku pergi turun jugak?

Aku rasa macam nak pengsan. Raisa, jangan pengsan sekarang. Kau sedang berada di tengah lautan.

Aku cuba mengimbangkan diri. Bahu aku dipeluk kemas dari arah belakang.

Irfan datang menghampiri.

"Mari saya ajar awak berenang."

Aku memeluk bahu dia erat.

"Kalau awak peluk saya macam ni, nanti saya tenggelam."

"Saya tak berani dengan air. Saya perlukan awak."

Dia senyum nakal.

"Tu la. Cakap suami taknak dengar. Suka nak melawan."

"Saya minta maaf."

"Saya maafkan. Tu pun kalau awak panggil saya abang."

Irfan, kita dalam air. Tak lawaklah.

"Kenapa diam? Nak saya lepaskan pelukan?"

Aku menggeleng.

"Jangan!"

"Okay. Abang..."

Dia senyum kemenangan.

"Jom. Kita ke tengah. Sampai bila sayang nak statik macam ni?"

"Tapi... Baiklah."

Aku akur dengan kehendak dia. Nyawa aku dihujung tanduk.

Memanglah pakai life jacket takkan lemas. Tapi, aku rasa insecure.

Dia menarik tangan aku.

Seronoknya berenang berduaan begini.

"Gerakkan kedua belah kaki. Beranikan diri."

Aku ikut semua arahan dia. Aku percayakan dia.

"Jangan risau. Awak takkan mati. Kalau nak mati, abang ada kat sini. Kita mati berdua."

"Taknak. Takde anak lagi mana boleh mati?"

Dia gelak besar.

"Jadi betul la awak nak ada anak dengan abang?"

Erk?

Aku terperangkap dengan kata-kata sendiri.

"Kenapa diam? Malu?"

"Kita cakap hal tu nanti jela."

Aku teruskan menggerakkan kaki. Sedar tidak sedar, dekat satu jam kami berduaan dalam air.

Amboi, Raisa. Kau betul-betul ambil peluang yang ada.
. .
. Kami pulang ke hotel lewat petang. Aku rasa letih sangat. Naik bukit, turun bukit. Tapi aku rasa seronok. Dapat berduaan dengan Irfan.

Aku merebahkan diri ke atas katil. Penatnya.

"Rest la. Malam nanti kita keluar dinner. Abang dah lapar ni."

Aku masih rasa janggal mahu memanggilnya begitu.

"Saya tidur kejap tau. Abang kalau lapar sangat pergilah beli makanan pape."

"Abang dah reserve meja untuk dinner nanti. Kita makan kat tepi pantai."

"Hmm... Okay."

Mata aku mulai terkatup. Tidak mampu menahan rasa mengantuk.

Dua jam kemudian...

Aku terdengar suara orang berbual di telefon. Aku membuka mata. Kelihatan Irfan sedang rancak berbual dengan seseorang.

"Raisa ada je tu. Tengah nyenyak tidur."

"Amboi, apa kau buat kat adik aku tu, Syah?"

"Hahaha. Mana ada buat pape. Tadi kitorang pegi pulau. Pastu pegi snorkeling."

"What? Seriuslah. Raisa tu penakut air. Dekat rumah yang ada swimming pool ni pun dia takkan jejak."

Hidung aku mula kembang kempis. Nak mengumpat aku pun beragaklah. Pasang loudspeaker sengaja mahu aku dengar kan kan?

"Cakap slow sikit. Kejap lagi dia terjaga. Habis kau."

Bijaklah kau ni. Nak mengumpat tak reti nak cover. Eeiii geram aku!

"Hahahahaha. Apa yang kau buat dekat dia sampaikan dia dengar cakap kau? Kau dah ehem eh dengan dia?"

Amboi mulut Along. Cili kang!

"Wei, kau ni. Takkan cerita dalam selimut aku nak membawang."

"Along!"

Aku menjerit di tepi telinga Irfan.

"Eh Riss, kau dah celik mata dah."

"Seronok la membawang pasal adik sendiri kan."

Jelingan maut aku hadiahkan buat Irfan.

"Along nak anak sedara. Bagi kembar tau."

"Ewah-ewah. Kalau nak anak kembar, suruhlah Kak Sha beranak lagi."

Sesuka hati dia je letak order. Nak anak buat sendiri, jangan menyusahkan hidup aku.

"Riss, tak baiklah cakap macam tu. Layan Syah tu baik-baik sikit. Ingat, dia tu suami."

Aku tahu la. Tak payah nak ajar aku.

"Yela. Riss tak marah dia pun. Cuma Along janganlah nak ajar adik ipar Along ni bukan-bukan."

Irfan memandang wajah aku yang beriak marah.

"Dahlah, kitorang nak pergi candle light dinner kejap lagi. Bye."

Aku paksa Irfan mematikan talian.

"Awak nak anak sangat kan? Okay. Lepas makan saya bagi apa yang awak nak. Puas hati?"

Aku mahu menangis. Tidak suka cerita dalam selimut dijaja.

"Kenapa nak marah sangat ni? Along cuma tanya je kan?"

"Awak dengan Along sama je. Suka sakitkan hati saya."

Aku mahu beredar ke bilik air. Terasa hati dengan kata-kata Along. Teruk sangat ke layanan aku pada Syah?

Dia mendakap aku dari arah belakang.

"Awak sedang emosi. Tarik nafas dan hembus perlahan."

"Saya layan awak teruk ke sampai awak nak mengadu kat Along?"

"Tak. Raisa layan abang dengan baik sekali. Abang gembira sangat hari ni."

"Belajar kawal emosi, sayang."

Dia menyeka air mata aku. Entahlah. Aku ni cepat sangat sensitif. Kuat sentap bila dengan Irfan.

"Pergi mandi. Solat. Lepastu kita pergi dinner, okay? Pakai dress yang abang belikan."

Dress? Bila dia beli?

"Saya dah lapar. Agaknya tu sebab saya cepat marah."

Chill. Kau ni Raisa, cepat emosi.

"Takpe. Abang faham. Pergilah bersiap. Abang tunggu kat lobi. Jangan lama sangat."

Lembut saja suara Irfan ketika ini.

Aku mengangguk dan laju menuju ke dalam bilik air.
. .
. Dress hitam labuh aku gayakan di depan cermin.

Cantik sangat. Nice. Menepati citarasa aku.

Setelah 15 minit berdandan, aku menuju ke lobi.

Irfan juga memakai pakaian smart kasual. Dia menghulurkan tangan. Dan kami jalan beriringan.

Ada pelayan restoran menyambut kami. Aku agak terpegun. Cantiknya. Pasir pantai yang dihias lilin. Kelopak bunga mawar yang membentuk love. Perfect 10. Seperti di dalam movie romantik.

Irfan memandang aku.

"Do you like it?"

"Suka. Sangat."

Kami sama-sama tersenyum.

"I wish dapat buat semua ni sebelum kita kahwin. Tapi, malangnya Raisa taknak kenal dengan abang. Abang cuba bagi hint banyak kali, tapi tetap juga Raisa tak endah. Agaknya memang Raisa bencikan Syah. Dan abang kena stick jadi Irfan."

"Saya tak bencikan Syah. Cuma saya pelik kenapa ramai puji Syah. Sekarang baru saya faham. Tapi takpe, Syah atau Irfan tetap orang yang sama."

Bunyi violin bergema.

"Kenapa romantik sangat suasana ni? Malu la."

Aku menutup muka dengan tapak tangan. Over nau, kau ni Raisa.

"Hahaha. Saja je. Biar lagi hangat membara malam kita berdua."

"Tentang pertanyaan awak di pulau tadi. Abang minta maaf. Bukan niat abang nak mengelak. Tapi abang nak Raisa sendiri cari jawapan. Hanya Raisa yang boleh tahu apa yang abang rasakan. Kadang-kadang tak semua perkara kita perlu luahkan. Lagi-lagi jika itu cinta. Do you get what I mean?"

Tidak. Aku kurang mengerti. Dulu, cinta aku pada Airil Benjamin tanpa kata. Sekarang, perlukah aku menghadapnya sekali lagi?

Cinta Tanpa Kata part 2?

Irfan, saya bukan budak remaja yang berumur 17 tahun lagi. I'm 30 years old.

Kenapa nak malu ucapkan cinta? Apakah kerana aku juga merahsiakan apa yang aku rasa?

"Jom makan. Abang dah lapar sangat ni."

"Okay."

Aku rasa bahagia malam ini. Aku nak beri ganjaran kepada Irfan.

Dan aku... Nur Raisa Asyikin benar-benar cintakan Irfan Syahril. Akan menyayangi dia sepenuh hati dan jiwa raga.

Irfan, I'm totally in love with you...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience