Bab 3

Romance Series 17707

Lieya membawa aku ke suatu tempat yang tidak asing lagi.

Bukit ini!

Bukit yang dah lama aku tak berani jejakkan kaki ke sini lagi. Kali terakhir di sini, waktu aku bertengkar dengan dia.

Waktu rahsia dia terbongkar. Rahsia yang dia tak pernah tinggalkan aku selama ini. Dia sentiasa ada di sisi aku.

Ril...

Bagaimana Raisa nak hapuskan semua kenangan kita bersama?

Raisa tak kuat nak hadap semua ni seorang diri. I need you, Ril.

Mata aku bergenang. Dulu, hujung bukit tu tiada kerusi. Tidak seperti sekarang, sampah sarap makin merata. Barangkali ramai yang berkunjung ke sini. Pemandangan di sini menenangkan. Cantik suasananya jika mahu melihat matahari terbenam.

Masih aku teringat, di kala dia memberikan cincin sahabat padaku, aku bagaikan burung yang nanar mahu mencari jalan pulang. Terasa sesat.

Sepatutnya waktu itu aku harus mengaku saja rasa di hati. Kerana dia... Aku terpaksa menipu hati sendiri. Demi dia yang aku cinta dalam diam.

"Raisa..."

Lieya menyentuh bahu aku.

Kenangan... Aku terus dihambat kenangan. Sepi yang mencengkam terus melenakan aku sehingga ke hari ini.

"Are you okay? Ni la bukit yang aku ceritakan tu. Best kan pemandangan kat sini? Rasa tenang je. Udara pun nyaman."

Lieya menutup mata. Seolah cuba menghirup udara segar.

Tenang pada kau, Lieya. Pada aku sangat menyesakkan.

Ini tempat kami menyulam perasaan dalam diam.

Aku memegang dada. Cuba menahan diri dari menghamburkan air mata. Sekian lama aku mahu datang ke sini, tetapi aku tidak cukup kuat.

"Kita nak buat apa kat sini? Jom balik."

Aku memasang semula seatbelt. Tanda tidak mahu keluar dari kereta.

Lieya tidak tahu apa-apa. Jangan marah dia, Raisa.

"Ala... Jomlah keluar. Lepak jap sini. Best tau duduk kat hujung sana tu."

Lieya menunjuk ke satu arah.

Aku tahu apa yang dia maksudkan. Di hujung sana, aku sering menyanyi bersama Airil.

Aku memandang dari jauh. Terasa seperti melihat bayangan diri sendiri. Waktu itu, aku baru berumur 17 tahun.

"Ishh... Kau tengok tu, budak sekolah melepak. Diorang ni bukan nak balik rumah terus. Datang nak berfoya-foya pulak."

Aku jadi terasa. Dulu aku pun begitu. Datang berdua dengan Airil Benjamin. Tapi... Aku tak pernah melakukan perkara yang dilarang. Cukup datang bersembang, bergelak ketawa.

Aku memejamkan mata. Tahan lagi air mata.

"Lieya. Shall we get out from this place?"

Aku mengharap Lieya mahu pulang.

"Alaa... Aku baru nak ambil gambar dengan kau."

"Lieya... Please... Aku merayu. Bawa aku pulang. Dan... Kita jangan datang sini lagi."

Suara aku mula bertukar nada. Seakan mahu menangis.

Aku nak lupakan Airil.

"Eh Raisa... Kenapa ni? Kenapa kau jadi sedih? Sorry... Aku tak bermaksud apa-apa. Shh. Jangan nangis."

Aku memandang Lieya lama sebelum bersuara.

"Bukit ni... Jadi saksi kenangan aku dan dia. Tolong, Lieya... Aku nak balik."

"Rindu aku pada dia tak pernah hilang. Aku..."

Aku tidak dapat menyambung kata.

Lieya tercengang. Barangkali terkejut bila dapat tahu perkara sebenar.

Tanpa bertanya apa-apa, dia memecut kereta dengan laju.

Lieya diam. Hanya mampu melihat saja aku menangis.

Sampai di lampu isyarat, melihat je aku sudah mampu menenangkan diri barulah dia bersuara.

"Maafkan aku, Raisa. Aku tak tahu yang tempat tadi tu banyak kenangan yang kau simpan dalam diam."

Mungkin ini masanya untuk aku lupakan dia.

"Takpe. Kau tak tahu pape. Kau tak salah."

Lieya memandang aku simpati.

"Mana dia sekarang, Raisa? Kenapa dia tinggalkan kau? Kenapa dia buat hidup kau jadi macam ni?"

"Dia dah takde. Dia dah menghadap ilahi, Lieya. Allah lebih sayangkan dia. Dia tidak ditakdirkan untuk aku."

Lieya terkedu! Terus menekup mulutnya dengan tangan sebelah.

Pasti Lieya terkejut dengan cerita aku.

Aku bukan ditinggalkan, tetapi dia meninggalkan aku untuk kembali kepada Maha Pencipta.
. .
. "Along cakap Riss nak pergi bercuti ke?"

Mama memandang aku dengan riak kurang percaya.

Jarang aku mahu mengambil cuti untuk menenangkan diri.

"Aah betul, Ma."

"Dengan siapa?"

Semua mata tertumpu pada aku. Kak Aishah memandang aku dan Along silih berganti.

"Dengan Lieya je."

"Mama bukan taknak bagi pergi. Tapi kami risaukan Riss. Pergi berdua pulak tu. Kalau jadi pape macam mana?"

"Dekat je, Ma. Bukannya pergi Maldives."

"Kami risaukan Riss. Lately, Along tengok Riss macam hilang fokus. Riss nampak penat. Wajah pucat tak bermaya. What happened to you, dik? Along takut angkara effect buah pinggang Riss."

Along turut menyampuk.

Oh. Baru aku teringat, kini aku hidup dengan sebelah buah pinggang.

Yela. Aku sudah dermakan sebelah buah pinggang kepada Ril sebelum dia pergi demi mahu menyelamatkan nyawanya.

Anything for him!

"Riss okay. Korang janganlah risau. Lieya kan ada. Dia boleh jengukkan Riss."

Mama mengeluh panjang. Mengelap pinggan dengan kain.

"Jangan lama sangat dekat sana. Mama nak kenalkan Riss dengan anak Auntie Piah. Anak dia baru balik dari overseas."

Kenapa hidup aku macam dalam drama? Bakal dijodohkan dengan anak kawan baik.

Aku taknak!

"Ma... Kan kita da cakap hal ni dari haritu, Riss taknak kahwin. Dan takkan kahwin. Don't you get it, Ma?"

"You should have a someone to protect you, Nur Raisa Asyikin."

Tiba-tiba suara Papa mencelah.

"Anak Papa da besar. Da 30. Apa Riss nak tunggu lagi?"

Tunggu Ril bangun dari kubur.

Sampukku dalam hati.

Astaghfirullahalazim. Aku terlalu ikutkan kata hati.

"Biarlah Riss jatuh cinta lagi. Bukan orang tentukan siapa jodoh Riss."

"Itu yang kami cuba aturkan. Kenal dulu dengan someone lepastu baru jatuh cinta. Simple, kan?"

Aku menjulingkan biji mata.

It's not simple. It's too complicated.

Itu memaksa hati namanya.

It's not natural. Aku mahukan perasaan yang datang secara semulajadi. Yes, I get it yang tak semua yang kita mahukan jadi milik kita.

Aku mahukan ruang. Ruang panjang. Untuk aku berfikir.

Dalam kondisi yang begini, aku tidak mahukan perkahwinan. Hati aku tidak terbuka lagi untuk sesiapa.

Di saat jasad Airil Benjamin ditanam, aku nekad untuk kunci semua pintu hati.

"Dik, ingat lagi tak janji adik pada Ril. Dia mahukan adik jatuh cinta dan kahwin. Ada suami yang menjaga dan anak yang ramai."

Aku memekakkan telinga.

Malas mahu bertikam lidah dengan Along.

"Ye tahu. Ingat lagi. But, I'm not ready yet. Doakan jela terbuka pintu hati nak kenal dengan sape-sape. Along jangan lupa, Riss nak lelaki yang sama macam Ril. Kalau tak, lupakan je perkahwinan. No marriage, okay."

Aku mula berdegil.

Mampu ke nak carikan aku lelaki yang sama seperti Airil Benjamin? Segalanya sama? Mampu?

Tanpa berlengah, aku terus berlari ke anak tangga dan menguncikan diri dalam bilik.

Along mahu mengekori. Kak Aishah sempat menghalang.

"No, Abang. Biar Sha cakap slow talk dengan dia. Mama dan Papa jangan risau. Nanti Sha pujuk dia. Dia kan selalu dengar cakap Sha."

Kak Aishah mahu memujuk aku. Dia je yang faham aku. Bukan seperti semua orang yang suka memaksa.

Kedengaran pintu bilik aku diketuk.

"Tolong jangan ganggu Ris. I want to be alone."

"Riss... Ni akak ni. Boleh bagi akak masuk bilik tak?"

Aku memandang pintu lama. Nak taknak aku terpaksa buka.

"Akak... Riss taknak kahwin. Tolonglah Riss."

Dia memeluk aku.

"Kak Sha faham Riss taknak lupakan dia. Tapi... Riss kena redha. Hidup kena diteruskan."

Kak Aishah mengelus rambut aku.

"Riss tahu nak buat apa, Riss nak lari dari sini. Keluar dari Malaysia."

Aku tidak mampu berfikir lagi.

"Kami semua sayangkan Riss. Kami taknak Riss murung macam dulu lagi. Ni akak tengok Riss da tak kuat makan. Senyum pun terpaksa. I know you are strong girl."

"Rasa sesak, kak. Dalam hati ni... Teruk luka dia. I miss him so badly."

Aku teresak di bahu dia.

"Riss kena sabar. Jangan ikutkan perasaan. Nanti akak cakap kat Along supaya cari lelaki sama macam Ril. Semua sama. Nak tak?"

Aku memandang Kak Aishah lama.

"Mestilah nak. Kalau boleh semua sama macam Ril tau, kak. Thank you. Akak je yang faham, Riss."

Kak Aishah tersenyum hambar memandang aku.

Agaknya dia fikir aku kurang waras. Mana ada lelaki sama seperti Ril?

Sengaja aku beri alasan begitu.

Because marriage is not my priority.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience