Bab 22

Romance Series 17707

"Riss..."

Along memanggil aku. Dia dengan Irfan di laman rumah.

"Ye. Ada apa Along?"

Along menyengih. Mentang-mentang ada geng.

"Kesian kat Syah."

Aku memandang Syah. Dia membuat muka layu.

"Kenapa?"

Aku tak faham. Apa la yang mereka duk bincang dari tadi? Nak kenakan aku ke?

"Yela. Riss dah seminggu kahwin. Cepat-cepatlah ambik cuti. Syah ajak gi honeymoon."

Eeii... Aku takde masa la.

"Busy la."

Aku geram dengan Irfan sebenarnya. Bila dia bersembang dengan Along, dia lupakan aku. Tak habis-habis layan bola dengan Along.

Bencilah!

"Kalau Syah merajuk nanti siapa nak pujuk?"

Aku menjulingkan biji mata. Pujuklah diri sendiri.

"Entah."

"Eeii, ko ni dik. Tak romantiklah. Cuba cakap baby sayang kat Syah."

Excuse me.

Kalau aku nak cakap manja-manja sekalipun mestilah bila aku berdua je. Takkanlah nak bersayang depan Along.

Tak pasal je nanti Along buat muka loya. Aku kenal sangat abang aku ni. Spesis taknak kalah.

"Whatever."

Aku membuat muka malas nak layan. Dan berlalu pergi.

"Habislah kau, Syah. Kena tidur luar malam ni."

Mereka mengekek ketawa.

Aku masuk ke ruang dapur. Tangan mencapai Mister Potato. Kemas rumah semua da buat. Nak layan movie la kat bilik.

Aku menaiki anak tangga dengan malas.

Nak merajuk dengan Irfan sebab tak pedulikan aku.

DVD bertajuk 'Me Before You' aku mainkan.

Saja nak layan cerita genre romantik.

Aku melayan dengan penuh konsentrasi. Irfan muncul di muka pintu.

"Raisa... Awak tengok movie apa tu?"

Aku memekakkan telinga. Tidak mengendahkan dia.

Melihatkan aku membisu, dia menghampiri.

"Abang panggil buat tak dengar je."

Aku menutup telinga dengan tangan.

"Nur Raisa Asyikin..."

Dia mencekak pinggang.

Malas nak layan dia. Biarkan. Pergilah geng dengan Along tu.

Dia melabuhkan punggung di sebelah aku. Menarik tangan yang menutupi telinga aku.

"Awak marahkan saya ke?"

Aku diam.

"Raisa..."

Aku tidak bereaksi.

"Yela. Layan la movie tu. Tu lagi penting dari suami."

Dia sengaja menekankan perkataan 'suami.'

Aku melihat dia berlalu ke bilik air. Bunyi air bercucuran.

Mengambil wuduk agaknya.

Tidak lama kemudian, dia keluar dengan air di wajah. Dia membentangkan sejadah lalu menghadap ke Maha Pencipta.

Habis solat, dia memandang aku.

"Dah solat?"

Aku menggeleng.

"Cuti."

Sepatah aku menjawab. Dia menekan remote control lalu skrin televisyen terpadam.

"Apa awak ni? Saya tengah tengok kan?"

Dia memandang aku geram.

"Cerita lagi penting ke atau Abang?"

"Abang."

Aku menjawab lambat-lambat.

"Good answer."

Aku memalingkan muka. Tidak mahu memandang dia.

"Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?"

Aku memeluk lutut.

"Raisa..."

Dia memanggil nama aku dengan nada yang lembut.

Aku pun tak tahu kenapa aku jadi sangat sensitif.

"Meh sini kat abang."

Dia mengelus rambut aku.

"Tak payah nak bermanja la, Irfan."

Aku menolak lembut bahu dia.

"Angin kus-kus sebab tengah cuti ke?"

Mungkin iya.

Dia menarik bahu aku. Dan mendekatkan wajah. Jantung aku berdebar laju.

Terus teringat lirik lagu Dewa 19 yang dinyanyikan oleh Ahmad Dhani dan Once.

'Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak,
Berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang,
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir,
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala.'

Bait-bait lagu yang berlegar membuatkan bibir aku menyanyi sama.

Eh, aku ternyanyi depan dia?

Irfan membuat muka pelik. Mesti dia akan aku cakap aku ni sewel.

"Nyanyi pulak da."

Aku mengembang kempiskan hidung.

"Ternyanyi la. Dah lagu tu berlegar dalam kepala. Awak la ni, buat saya berdebar."

Dia mencuit hidung dan dagu aku.

"Raisa, saya nak awak ambil cuti dua minggu."

Dua minggu? Lamanya.

"Nak buat apa?"

"Take a leave jela, banyak songeh la dia ni."

Aku banyak soal, tapi dia pun banyak kerenah.

"Nak pergi mana?"

"Ada la."

Dia senyum meleret.

"Kalau tak bagitahu, saya taknak ambil cuti."

Dahlah paksa aku cuti lama-lama. Pastu ada hati nak berahsia.

Tu bukan company aku. Kalau aku CEO lain la cerita.

Aku menyilangkan tangan. Muka masih lagi tak puas hati.

"Honeymoon."

Dia jawab ringkas.

"Sampai dua minggu?"

Telinga aku belum tersumbat lagi kan?

"Yela. Kena la lama. Boleh buat anak."

Kali ni aku tolak badan dia pulak. Gatal.

"Saya tahu la awak tu doktor. Tapi simpan la sikit gatal tu."

Sejak bila Irfan jadi miang keladi macam ni?

"Saja nak buat awak happy."

"Happy saya bukan cara begitu."

Dia mengeluh.

"Baiklah. Saya ambil cuti. Tapi seminggu je. Mana boleh lama. Nanti bos atas marah. Kalau tu company saya lainlah cerita."

Mendengarkan bicara aku, wajah dia tidak seceria tadi.
. .
. "Wah. Wah. Wah. Syah nak bawak Riss pergi mana?"

Aku menjongket bahu.

Manalah aku tahu. Katanya, rahsia.

"Syah, jaga adik aku baik-baik. Dan make sure aku dapat anak sedara."

Aku sempat terdengar Along berbisik perlahan.

"Along!"

Aku menjerit geram.

Kak Aisyah yang memandang kami hanya tersenyum.

Tisya menarik kain skirt aku.

Aku mendukung Tisya. Pipi gebunya aku cium bertalu-talu.

"Auntie nak pi mana?"

Tisya menanya dengan nada yang pelat.

"Sayang... Auntie Riss nak pergi jalan."

"Tis... Sya nak itot..."

Aku gelak dengan keletah Tisya.

"Tak bolehlah sayang. Auntie nak spend time dengan Uncle Syah."

Rasa janggal mahu memanggil dia Syah. Sudah terbiasa memanggilnya Irfan.

Tisya melekapkan kepalanya ke bahu aku.

"Nanti Auntie belikan baju yang cantik tau. Mmuah."

Aku mencium dahi dia pula.

Aku menyerahkan Tisya kepada Along.

"Nanti dah sampai sana, jangan lupa mesej."

Along mengingatkan kami.

Itu sudah semestinya.

"Take care, Riss dengan Syah. Apa-apa update kami tau."

Mama pula menyampuk.

Aku menyalami mama dan papa.

Irfan sudah mengangkat 2 biji luggage ke dalam bonet kereta.

Aku melambai mereka dari dalam kereta.

Aku memandang Irfan sekilas. Dia senyum meleret.

Aku sendiri tidak tahu ke mana arah tuju kami.

"Raisa, sekarang kita hanya berdua je."

Ayat dia, semacam je. Meremang aku dengar. Rasa nak patah balik ke rumah.

Dan aku...

Hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Irama radio yang menemani kami. Membuatkan aku leka dalam lamunan panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience