Bab 39

Romance Series 17707

Hembusan angin menampar lembut wajah aku di tepian pantai.

Tempat ini... Tempat bulan madu kami.

Irfan... Semua ini terjadi kerana kedegilan saya. Saya mahu beri diri kita berdua ruang.
Datang ke mari tanpa awak, buat saya rasa sedih.

Aku menatap gambar Irfan di skrin telefon. Comel. Hensem.

Percayalah, saya betul-betul cintakan awak. Saya janji. Takkan samakan awak dengan Airil lagi.

Dua hari lepas, aku ada bertemu dengan Dr. Asyraf. Sempat aku bertanyakan mengenai kesihatan Irfan yang semakin pulih. Dan juga penyakit Irfan. DID atau dikenali sebagai Dissociative Identity Disorder.

DID jika tidak dirawat, akan menjadi bertambah serius. Aku tidak mahu dia menyamakan dirinya seperti Airil kerana mahu mengambil hati aku.

"Dr. Syah mengalami tekanan. Mungkin kerana kisah lampaunya di waktu remaja. Puan Raisa jangan risau, dia cuma mahukan perhatian. Jangan ambil mudah kerana tekanan perasaan boleh menyebabkan maut jika tidak dirawat. Trauma yang dialami bukan mudah untuk dia lupakan."

Penerangan Dr. Asyraf membuatkan aku sedar yang Irfan perlukan aku ketika ini.

Sekejap je. Lusa saya pulang, Irfan.

Aku dihambat rasa bersalah. Punca dia jadi begitu kerana aku.

Telefon aku berdering. Tertera nama Irfan. Seperti naluri kami bersatu ketika ini.

Akhirnya Irfan call aku. Tak sangka dia cari aku. Segera aku menjawab.

"Hello..."

"Raisa..."

Aku memegang dada. Irfan, rindunya kat awak.

"Iya, Abang."

"Raisa kat mana? Kenapa Along cakap Raisa lari?"

Suara dia bergetar.

Ish, Along ni. Aku suruh dia susun ayat. Bukan lagi mengeruhkan keadaan.

"Raisa tak lari."

"Kenapa dah seminggu tak jenguk Abang?"

Aku tak tahu mahu beri jawapan yang bagaimana.

"Saja nak bagi ruang."

"Come back here. I need you, my wife."

Perkataan my wife ditekankan.

Aku tahan air mata.

"Nanti Raisa pulang. Abang jaga diri tau. Nanti Raisa masakkan sedap-sedap untuk Abang."

Aku terdengar bunyi esakan kecil di hujung talian.

"Abang..."

"Abang rindukan Raisa. Jangan hukum Abang macam ni."

Allah... Aku tak betah mendengar tangisan dia.

"Ampunkan Raisa sebab tak minta izin dari Abang untuk ke sini. Raisa nak tenangkan diri."

"Abang takut Raisa tinggalkan Abang."

Irfan seperti tak percayakan aku.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Percaya pada Raisa. Tunggu Raisa ye."

Aku memberi janji.

Talian tiba-tiba terputus. Tiada line.

Aku mengeluh. Hampa.

Aku isteri yang berdosa. Tergamak membiarkan suami aku keseorangan ketika ini. Air mata berjujuran jatuh. Rahsia hati tak mampu disorokkan lagi.

Benar kata Along, 'Declare your love, before it's too late.'

Belum terlewat lagi untuk aku mengakui rasa hati.

Diari di tangan aku buka. Okay. Ini yang terakhir. Aku akan habiskan baca terus sehingga ke muka surat terakhir.

1 Januari 2017.

Aku dah mula cintakan Raisa. Kali pertama melihat dia dulu seperti ada getaran dalam hati. Doa aku dah termakbul.

Hari ini 1 Januari 2017. Airil pergi. Tinggalkan kami semua. Aku melihat dari jauh tangisan Raisa tanpa henti. Dia terlalu cintakan Airil. Air mata yang tidak berhenti mengalir seumpama air sungai yang sentiasa deras mengalir. Raisa... Saya ada. Saya boleh jaga awak.

3 Januari 2017.

Sudah tiga hari pemergian Airil. Raisa masih begitu. Pertama kali aku melihat cinta yang begitu tulus. Aku akan cuba tarik perhatian Raisa. Yang dia patut cinta adalah aku. Bukan orang yang dah meninggal.

Raisa... Saya tahu saya tamak. Saya sayangkan awak. Saya akan jadi seperti dia. Seperti yang awak mahukan.

Saya minta maaf, sebab saya memang berharap yang Airil mati, supaya saya boleh gantikan tempat dia. Dan, lagi teruk saya pernah cuba nak bunuh dia. Saya pernah terfikir nak matikan semua wayar yang berselirat di badan dia. Hati saya busuk kan, Raisa?

I will do anything to get you. To make you mine.

10 Januari 2017.

Aku melawati tempat kenangan Raisa dan Airil. Sengaja mahu mengambil angin di sini sebelum aku berangkat ke Rusia. Aku mahu sambung pengajian dan buka klinik sendiri suatu hari nanti.

Tak sangka... Allah pertemukan aku dan Raisa. Kali ini, dia menegur aku. Surat biru yang Airil kirimkan padanya melayang ke bawah tapak kasut aku.

Raisa... Awak dah nampak saya. I'm happy to see you. Saya tahu awak akan terkejut melihat wajah saya persis seperti dia. Saya taknak awak sedih lagi. Jaga diri baik-baik, Raisa. Kalau benar kita ditakdirkan, tunggu saya pulang. Tunggu saya...

I promise. I'll make you happy. :)

Aku menekup mulut. Terkejut dengan pengakuan dari coretan Irfan. Benarlah telahan aku. Lelaki yang aku jumpa di bawah pohon sena itu adalah Irfan Syahril. Lelaki yang aku tegur ketika surat Ril melayang.

I found you, Irfan. Tiga tahun lalu saya dah jumpa awak rupanya.

Air mata aku mengalir laju. Aku tak marahkan Irfan. Aku tak rasa dia jahat.

Kerana yang kejam itu adalah takdir. Iya. Aku sering menyalahkan takdir. Aku kata takdir itu berat sebelah. Aku dijatuhi hukuman dengan kematian orang yang aku sayang. Aku tidak sedar, Airil Benjamin bukan takdir aku. Tapi, Irfan.

Allah...

Kau tarik seseorang yang aku cinta pergi. Kau gantikan dengan seseorang yang sama wajahnya. Takdir itu indah. Aku yang berlaku tidak adil pada diri sendiri. Penantian tiga tahun Irfan untuk aku berbaloi.

Semua orang tahu mengenai Syah. Akulah orang terakhir yang tahu. Pandai keluarga aku simpan rahsia.

Jangan kau tarik dia pergi lagi. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia.

Aku bangun. Mahu segera ke bilik. Aku tak jadi balik lusa. Aku mahu pulang sekarang.

Tunggu Raisa pulang, Abang.
. .
. Tidak sabar mahu ketemu dengan Irfan. Langkah kaki dipercepatkan.

Pintu bilik aku tolak. Gelap.

Suis lampu dibuka. Bilik wad kosong. Dia tiada.

Mana Irfan? Hati aku berbisik rasa yang tidak sedap.

Terus aku bergerak ke kaunter.

"Wanda, mana suami saya?"

Aku tidak peduli. Aku mahu Irfan.

Flight delay lama tadi. Beli tiket on the spot tadi sebab tergesa nak pulang ke sini.

"Puan Raisa tak tahu ke?"

Kepala geleng laju.

"Tahu apa?"

"Dr. Syah takde dah kat sini."

Jantung aku berdegup makin laju. Wajah mula pucat lesi.

"Ap... Apa maksud awak, Wanda?"

Kenapa tiada sesiapa khabarkan berita ni pada aku?

"Dr. Syah... Dia..."

Allah... Apa jadi pada Irfan? Janganlah kau ambil dia dariku lagi.

"Sabar, Puan."

Wanda ni cakap tersekat-sekat. Manalah aku tak cemas.

"Dr. Syah dah discharge petang tadi."

Alhamdulillah. Aku ingat apalah tadi. Tak sanggup dah nak dengar khabar berita buruk.

Aku mengurut dada. Lega.

"Abang saya jemput dia ke?"

Wanda mengangguk.

"Aah. Dr. Ita pun ada sekali tadi."

Dr. Ita. Dr. Ita.

Angkara minah tu la aku merajuk. Sibuk je nak menempek dengan suami aku.

Wajah aku mula cemberut.

"Are you okay, Puan Raisa?"

Aku angguk.

"Thanks, Wanda. Saya nak balik la kalau macam tu. Bil hospital ni macam mana?"

"Oh, yang tu Encik Iqbal dah setelkan."

Aku angguk lagi. Takpe, nanti aku bayar pada Along.

Sampai hati semua orang buat aku macam ni. Bukan nak bagitahu yang Irfan dah balik rumah.

"Bye, Wanda. Saya nak ucapkan terima kasih kerana tolong jagakan suami saya sepanjang waktu di hospital ini."

"Sama-sama. Puan Raisa janganlah sedih lagi ya. Suami puan tu kuat. Dia dah pulih."

Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Allah.

Aku senyum.

Tak sabar nak balik rumah. Abang... Raisa rindukan Abang.
. .
. Aku call Along. Tapi tak angkat.

Turun saja dari Grab, bergegas aku lari masuk ke dalam rumah.

"Abang..."

Aku masih mencari bayang Irfan.

"Riss... Tak cakap dengan Mama pun nak balik malam ni."

Mama terkejut melihat kepulangan aku secara tiba-tiba.

Pergi tidak beritahu. Pulang pula secara tiba-tiba.

Aku senyum sikit.

"Saja nak bagi surprise. Ma, mana semua orang?"

Tidak nampak kelibat orang lain pun.

"Ada. Kat laman belakang rumah."

Sebaik Mama menjawab, terus saja aku meluru ke belakang rumah. Mama bingung melihat aku yang super excited.

"Abang!"

Irfan sedang berjalan di atas batu refleksologi yang terletak di laman belakang rumah.

Dia agak tersentak dengan jeritan aku lalu menoleh ke belakang.

Tanpa menunggu lagi, aku terus berlari menerpa ke arah dia.

Along dan Papa yang sedang berbual terkejut dengan tindakan aku.

Raisa bikin semua orang jadi cemas.

Aku memeluk dia. Seerat yang mungkin. Irfan hanya membiarkan pada mulanya lalu membalas pelukan aku tanpa keberatan.

Aku menangis semahunya di bahunya.

"Raisa..."

Aku mendongak. Menentang anak matanya dengan berani.

"I love you. Nur Raisa Asyikin cintakan Irfan Syahril."

Satu kucupan hinggap di pipi kanannya.

Entah dari mana aku dapat keberanian untuk meluahkan cinta.

Riak wajah Irfan terkejut mendengar pengakuan daripada mulut aku sendiri.

Adegan kami jadi tontonan.

Irfan masih diam tidak berkutik. Barangkali terkejut benar.

"Abang?"

Dia meleraikan pelukan aku. Dan berlalu pergi perlahan berjalan masuk ke dalam rumah.

Kenapa Irfan seperti tidak gembira dengan kepulangan aku?

Aku pandang Along. Along cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu mengapa mood Irfan jadi begitu.

Malu. Pengakuan cinta aku di depan semua orang hanyalah sia-sia.

Tapi... Diari tu... Tu bukti perasaan dia pada aku.

Sekali lagi... Aku jadi keliru dengan Irfan. Apa yang dia mahukan sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience