Chapter 13

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 13

“So, adakah ini bermakna pada malam tu lu telah nampak bayangan masa hadapan?” Atan nampak betul-betul berminat.

“Manalah aku tau. Tu yang aku ajak jumpa korang, tu. Nak tanya kat adik kau, apa yang dah berlaku, ni”

“Tapi Abu keluar dating plak harini”

“Itulah”

“Tapi Abu kata, benda Christos ni ialah pasal kehidupan masa lalu. Reincarnation. Camana pulak lu boleh nampak masa depan?”

“Entah? Tu yang aku hairan. Tapi gempak gila, beb. Yang gempaknya, aku memang ingat sebijik-sebijik apa yang aku nampak masa kita baring kat rumah Ali malam tu. Aku nampak aku sedang membongkok kat bawah meja, godek something kat beg laptop. Rupanya aku tengah simpan kotak rokok sebab aku baru lepas isap masa lepas sarapan”

“A’ah. Aku ada ingat kau kata yang kau nak isap rokok, tapi kau rasa macam kau baru jer lepas isap” kata Atan dalam nada teruja.

Seraya dengan itu, aku angkat tangan kiriku yang sedang memegang rokok yang baru aku nyalakan. Shit! Atan dan aku berpandangan lagi. Kami diselubungi keterujaan.

“Bulu gua meremang, siottt” kata Atan sambil menunjukkan roma di lengannya yang kasar kerana bulu-bulu sedang berdiri. Aku juga merasakan perkara yang sama. Dan meremang itu merayap ke belakang telinga, sekarang.

“Abes tu, mesti dalam kehidupan yang dua kali lepas, gua dah buat sesuatu yang buruk yang menyebabkan gua jadi lebah, lah?” Atan bercakap sensorang dengan nada dan muka yang series. Hilang keterujaanku dek lawak bodoh si Atan.

Mamak dah kembali membawa semangkuk French fries dan sebuah piring kecil berisi sos sebagai cicah. Atan menyambut piring sos.

“Mana mayonis?” tanya Atan. Mamak tu mumbling something sambil buat gerak-gerak kepala dan tunjuk arah dapur.

“Apa? Apa?” kata Atan dalam nada menganjing. Mamak tu seolah baru tersedar sesuatu.

“Ada-ada. Coming” kata mamak sambil buat gaya macam nak menenangkan Atan. Kelihatan seorang mamak backup, datang dengan segera membawa mayonis pesanan Atan.

“Haaa…Gua kena ada mayonis. Baru sedap. Jemput-jemput” pelawa Atan padaku. Aku terus mencapai satu. Dan kami senyap sekejap.

Lima minit lepas tu, henfon Atan berbunyi. Dia menjawabnya.

“Helo? Hah? Mamak-mamak. Hah? Mai, laaa. Mai-mai. Amir ada, ni” Atan meletakkan hemfonnya di meja. Dia sambung mengunyah.

“Abu nak join. Dia suruh tunggu”

“Eh? Bukan dia keluar dengan awek dia ke?”

“Entah?” Atan terus mengunyah kentang gorengnya. Gayanya yang tadi ceria, berubah. Aku dah biasa.

Dua puluh minit kemudian, Abu pun tiba.

“Apacerrrrr?” sapa Abu padaku. Aku menghulurkan kanan untuk bersalam. Abu menyambutnya.

“Takde, saja cerita dengan Atan pasal Christos kau tu”

“A’ah, Ngah. Kitorang baruu jer dok mintak-mintak lu datang. Panjang nyawa lu” kata Atan.

“Oh? Aku pun ada cerita yang sama nak cerita kat engkorang, ni” kata Abu pula. Eh? Ini sudah semakin menarik. Tang-tang tu lah mamak datang ambik order.

“Teh tarik dengan nasi lemak biasa, satu” kata Abu spontan. Tak sempat mamak tu nak landing, dah u-turn kembali ke pangkalannya.

“Bukan kau patutnya dating, ke?”

“A’ah. Tu lah yang aku nak cerita, ni. Last minit, awek aku tak jadi datang pulak. Aku pun jem, lah. Aku berenti motor kat tepi bus stop, nak isap rokok. ” kata Abu memulakan ceritanya.

“OK” kata Atan dan aku serentak.

“Aku tengah termenung kosong memerhatikan kereta-kereta yang lalu depan bus stop, tu. Tetiba aku teringat kata-kata pak cik yang aku nampak dalam Christos Experience yang kita buat hari tu. Pak cik tu cakap…”

“I’m your father?” kata Atan. Kami ketawa.

“Tak. Pakcik tu kata, LIHAT!”

“…”

“Aku fikir, dalam hidup kita kena tahu apa yang kita nak lihat . Katakanlah, perjalanan hidup ni kita umpamakan macam jalanraya kat depan kita. Kalau kita sekadar tengok jer, maka apa yang kita nampak hanyalah kenderaan. Tapi bila kita tau nak tengok apa, maka kita akan mula lihat Wira, Kancil, Myvi atau lori dalam hidup ini. Dan kita mula perasan banyak pulak benda yang kita nak lihat tu ada terdapat di jalanraya, yang tadinya kita lihat sekadar sebuah jalanraya sesak yang dipenuhi kenderaan bergerak laju”

“Fuiyoooo” kataku dengan kuatnya. Abu mengisyaratkan agar kami perlahankan suara kami.

“Dan apa yang lebih mengagumkan ialah, masa aku lepak kat bus stop isap rokok tadi, aku terus dapat idea apa aku nak buat lepas tu” kata Abu sambil menunjukkan jari telunjuknya dalam keyakinan.

“Apa dia?” tanyaku.

“Datang ke sini. Tu yang aku talipon Atan tadi tu” kata Abu dengan konfiden. Mamak datang membawa teh tarik dan nasi lemak pesanan Abu.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa idea yang dikatakan Abu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience