Chapter 45

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 45

Abang Karkun meletakkan mutiara itu di telapak tangan kanannya dan dia meluruskan tangan itu ke depan, ke arah kami.

Kemudian mutiara itu bercahaya dan berputar-putar. Perlahan-lahan, ia terapung di udara dari telapak tangan Abang Karkun. Kami semua menganga dalam kekaguman.

Tiba-tiba mutiara itu bergerak-gerak seolah ia cair. Kini ia dah jadi seakan setitis cecair bercahaya biru yang terapung di udara. Kemudian cecair itu bergerak-gerak dan bepecah kepada dua. Kemudian kepada empat. Kami mendekati benda itu dan mendapati cahaya yang terpancar dari cecair biru tersebut tersebut berbahang. Dan tak semena-mena, empat cahaya itu berpecah dan masuk ke dahi setiap kami, di tempat mata ketiga.

Aku rasa macam dahi aku ditusuk besi panas dan hidungku bagaikan dimasuki air ketika mandi laut. Pandanganku berputar dan kabur. Aku tutup mata. Bila aku buka semula, aku dah kembali ke meja belakang masjid, mengadap Ali yang masih tertutup matanya. Aku perasan ada kelibat di mata kanan dan berpaling. Kelihatan Abang Karkun sedang berdiri, berborak dengan Atan dan Abu yang sedang isap rokok. Mereka melambai-lambai padaku.

******

Kami semua bangun dah nak dekat-dekat Subuh. Itu pun Abang Karkun yang kejut. Lepas ni kang, aku nak cepat-cepat balik rumah, mandi, salin baju dan pergi kerja. Ali nak lepak sini dengan Abang Karkun. Dia bolehlah, tokey. Atan dan Abu aku tak tau. Aku plan, lepas jer bagi salam kang, doa pendek dua tiga pam, dan aku gerak. Kalau tidak kang, alamat terperangkap la aku dengan ceramah Subuh.

Lepas azan Subuh, semua masuk saf nak solat sunat. Aku biarkan budak-budak ni dan Abang Karkun masuk saf dulu. Lepas tu, baru aku masuk ke saf aku, yang jauh dari mereka semua, serta mudah aku nak keluar lepas doa nantik. Semuanya berjalan dengan lancar. Lepas iqomat, semua berdiri bersedia untuk bersolat. Aku berada di saf dua dari belakang. Abang Karkun di saf depan sekali, Ali dengan Abu kat saf depan aku belah kanan sementara Atan kat belah kiri.

Masa nak mula solat, aku tenangkan fikiranku dan membaca niat. Kemudian aku tarik nafas dalam-dalam dan angkat takbiratul ihram. Sebaik aku letakkan kedua tangan di dadaku, aku rasa nampak macam ada cahaya biru memancar malap dari tempat aku bakal bersujud. Cahaya itu semakin terang. Aku pejamkan mata dan terus fokus pada bacaanku.

Takde apa-apa yang abnormal berlaku selepas itu. Semuanya jadi macam biasa dan aku terus solat dengan tenang. Sampai masanya aku pun nak bagi salam. Aku pun bagi salam pertama dan berpaling ke kanan.

Bagi salam kedua dan berpaling ke kiri dan baru aku perasan yang Abang Karkun bersolat kat sebelah aku dan dia pun baru bagi salam pertama. Aku macam tak percaya lantas melihat kembali ke saf depan tempat aku nampak Abang Karkun masa mula nak solat tadi. Sedang aku leka memanjangkan kepalaku mengushar orang kat saf depan, Abang Karkun mencuit bahuku. Aku berpaling padanya dan dia berbisik padaku agar berjumpa dengannya di tangga masjid lepas doa. Aku berdebar-debar. Takkan Abang Akrkun BETULBETUL boleh baca fikiran? Aku tenangkan diri tapi rasa teruja tu tak tertahan sampai aku perasan tangan aku terketar-ketar masa baca doa. Selesai berdoa, aku terus keluar masjid dan ke pintu depan.

“Dah nak gerak ke?” tanya Abang Karkun yang dok menguntil biji tasbih. Aku perasan tasbih ni. Ni tasbih malam tadi!

“A’ah bang. Nak kena pegi keja, laa” jawabku. Aku menyarungkan kakiku ke selipar.

“Sebelum tu, aku nak tanya kau, setelah apa yang kau lalui ini, apa yang kau fikir tentang alam ini?” tanya Abang Karkun. Walaupun aku suka soalan macam ni, tapi bila ditanya dalam keadaan kantoi nak cepat sebegini, otak aku tak cukup cepat nak memproseskan alasan, atau menganalisa data. Sedang aku terpinga-pinga, kami disertai oleh Atan dan Abu.

“Lu balik ke Mir? Lek la duluuuu..Pekena bayan Subuh sepam dua” kata Atan. Aku paksakan sebuah senyuman. Abu usik tasbih Abang Karkun.

”Aku ada kerja kat opis, arr” jawabku.

“Eleh, dunia sampai bila pun tak abis” kata Abu pula sambil angkat-angkat kening pada Abang Karkun yang tersengih, yang mengingatkan aku kepada soalannya yang belum dijawab.

“Saya fikir, Allah itu Maha Hebat dan Maha Kaya” kataku pada Abang Karkun. Dia hanya respons dengan tersenyum. Lesung pipitnya jelas kelihatan.

“Kau ni sibuk disibukkan dengan duniawi, ni. Makrifat kau dah berkarat. Meh sini” kata Abang Karkun sambil meletakkan telapak tangan kanannya pada dadaku.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang Abang Karkun lakukan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience