Chapter 12

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 12

Aku tukar produk yang bersalah dengan prodak yang baik pulak. Haaa….Baru aku nampak apa bezanya. Aku mencatit pemerhatianku pada sekeping kertas. Aku ketawa kecil di dalam hati, teruja dengan penemuanku. Jam dah menunjukkan lapan empat puluh. Ada lagi dua puluh minit. Sempat nak buat satu powerpoint 3 slide. Dan dalam masa 5 minit,slide pun siap. Aku menepuk bahuku sendiri tanda pujian

Morning meeting berjalan dengan lancar. Semua orang ada presentation nak ditunjuk pada Quality Manager yang baru. Begitu juga dengan aku. Sesi aku berjalan dengan aman tanpa banyak soalan dari pihak kilang aku dan Quality Manager baru. Aku terselamat untuk minggu ni. Aku berkira untuk meraikannya dengan sebatang rokok sebagai sarapan pagi selesai meeting ni nantik, sebelum sarapan. Isnin yang bermula dengan agak cemas pagi tadi, sekarang dah semakin ceria. Aku teringat kata-kata Abang Mahadi tadi dan tersenyum sendirian.

Sekembalinya aku ke meja setelah selesai bersarapan, aku menunduk nak simpan kotak rokok dalam beg laptop. Sebaik aku bangun, Kelihatan Ikbal kat tepi meja aku.

“Assalamualaikum, Bang Amir”

“Wa alaikumus salam. Hehe. Osiloskop, ek?” aku mengisyaratkan kepada osilospkop yang aku ‘curi’ dari makmalnya awal pagi tadi.

“Hehe. Nak guna, lah bang. Banyak plak prodak RF fail weekend lepas” kata Ikbal menyambut gulungan wayar dan plag osiloskop tu dari tanganku.

“Takpe-takpe. Aku yang patut cakap terima kasih sebab korang kasi pinjamkan. Jom, aku tolong angkat balik ke belakang” kataku sambil mula mengangkat benda tu. Ikbal menghalang.

“Takpe bang. Biar saya bawak” kata Ikbal dan mengambil osiloskop dari tanganku setelah mengemaskan gulungan wayar di atasnya. Aku membantunya dengan membukakan pintu belakang opis ke makmalnya.

“Terima kasih, Bal!” kataku sebaik Ikbal masuk ke pintu makmalnya di hujung lorong. Ikbal hanya tersenyum padaku kembali sambil mengemudi dirinya masuk di celah pintu. Mungkin sebab benda yang kat atas pintu tu tak berfungsi, berdentang bunyi pintu tu bila Ikbal lepaskan. Dan seraya dengan dentuman itu, aku tersedar.

Ini sebijik macam apa yang aku alami dalam aktiviti yang aku buat kat rumah Abu, semalam! Ishhh. Dadaku berdebar dengan laju. Punyalah laju sampaikan aku rasa nak pitam. Aku bersandar pada dinding.

******

Selasa malam, aku bertemu dengan Atan. Abu takde sebab dia dating dengan awek dia. Kami bertemu di kedai mamak area rumah Atan. Masa tu air belum sampai lagi. Atan mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokokku.

“Apacer, brader?” kata Atan. Dia mencapai lighter aku.

“Semalam, sesuatu yang pelik, berlaku”

“Apanya?” Atan menyalakan rokok. Lighter dicampaknya semula ke tepi kotak rokok. Kotak rokok bergerak menghampiri hujung meja. Aku membetulkan posisi kotak rokok.

“Kau ingat tak masa kat rumah Abu yang kita buat benda, tu?”

“Christos Experience?”

“Haah, tu. Ada apa-apa yang berlaku kat kau, tak?”

“Kan gua jadi lebah, malam tu? Setakat ni, gua belum ada rasa nak menyengat sesiapa, lagi. Nak mengawan ada, laaa” kata Atan. Kami ketawa kecil.

“Kenapa? Ada apa-apa berlaku kat lu ke?” pertanyaan Atan terganggu dek mamak yang kebetulan sampai dengan minuman. Walaupun yang ambik order tadi orang lain, beliau meletakkan minuman, tepat dengan pesanan. Bagaikan para mamak ni ada telepathy. Ataupun diorang komuniket masa kat dapur tadi.

“Makan?” tanya mamak tu.

“Amir, kau nak makan apa? Gua belanja” kata Atan. Ni memang kelebihan Atan. Dia suka membelanja orang.

“Takpe, kot” Aku mula menyedut air tea o aisku. Kelihatan mata Atan merayau melihat menu yang biasanya tertera di salah satu dinding dalam kedai mamak.

“Machaa, kasi saya French fries, satu. Mayonis kasi tarok” kata Atan sambil buat aksi dengan jemarinya. Mamak tu mengangguk dan berlalu. Seraya itu juga, tiga orang awek tiba dan duduk di meja belakang Atan. Atan perasan kedatangan mereka. Habis la peluang aku nak bawak dia berbincang dengan efektif.

“Awek-Awek!” kata Atan.

“Ni aku nak cerita pasal Christos ni haaa…” Aku pulak yang mengeluarkan sebatang rokok dari kotak. Terus aku nyalakan.

“OK-OK. Hehehe. Teruskan”

“Kan malam tu aku terbayang yang aku berada di meja tempat kerja aku?”

“OK…”

“Apa yang aku nampak pada malam tu, betul-betul berlaku pagi semalam” kataku dalam nada excited. Atan yang dari tadi tak senang duduk dok usher-ushar awek meja belakang melalui reflection kat hemfonnya, terus senyap dan memandang tepat pada mataku.

“Ahhh, kincing, arrhh” kata Atan

“Bettul! Malam tu aku nampak Ikbal datang ke ofis aku nak ambik osiloskop. Dan pada pagi semalam, lepas morning meeting yang pada mulanya aku takut nak mampus tapi bertukar menjadi gempak, Ikbal datang ke meja aku nak ambik osiloskop yang aku ambik dari makmal diorang awal pagi tu”

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah khayalan itu adalah benar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience