Chapter 34

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 34

Dan selagi belum mati, hukum-hukum Islam masih berlaku. Ali terselamat sebab pengetahuannya pasal agama Islam.

Ujian kedua, Ali didatangi oleh orang asli. Kami andaikan ini adalah jin yang sebenar. Mesej yang disampaikan, ada betulnya di mana dalam mengejar kemajuan dalam materialistik, manusia sering melupakan makhluk-makhluk lain di sekeliling yang sepatutnya diuruskan hak mereka. Bab ni kami tak pasti sama ada Ali lulus atau tidak. Memandangkan ada lagi ujian ketiga, kami andaikan Ali dah berjaya.

Ujian ketiga pulak ialah seorang Pak Lebai. Pak Lebai ni mungkin jin Islam. Dan ini mungkin dah bukan ujian tetapi peringatan. Dia menyampaikan pendapatnya pada Ali tentang kerosakan yang manusia dah lakukan dari sudut rohani sebab diorang ni makhluk kerohanian. Mereka nampak benda yang kita tak nampak. Part yang Pak Lebai cerita pasal air yang menyerap tu, kami saspek air itu adalah arak. Semua seolah-olah menjadi jelas, sekarang.

Peristiwa pada hari keempat pula ialah pesanan dari kembar Einstein. Apa yang mamat Einstein ni cerita pun, ada mesejnya. Dunia sekarang, siapa yang ada kuasa nuklear akan otomatik dianggap negara kuat. Dan dalam keadaan ketidak stabilan ekonomi, misinformasi dan perebutan sumber yang semakin sedikit, semua pihak diserang rasa curiga dan paranoid terhadap masing-masing dan kemungkinan berlakunya perang nuklear amatlah nyata. Ini memang dah semua manusia tahu. Tapi apa yang menarik ialah, kami juga dapat tahu yang kuasa nuklear yang tidak terkawal mampu menembusi dimensi mereka dan menyebabkan kemusnahan. Dan dari kata-kata Einstein itu seolah-olah, saintis jin tahu bagaimana nak kawal tenaga tersebut.

Paling mecurigakan setakat ini ialah cerita si wizard pasal 3 days of darkness. Betul ke yang diorang nak menyerang manusia? Jika benar, apakah rasional serangan ini? Apa yang manusia dah buat pada mereka? Berdasarkan cerita-cerita mereka, selain bom nuklear, manusia hanya menjahanamkan bumi nyata sahaja. Dan jika mereka berada dalam ruang yang berlainan dengan kita, kenapa mereka ambil peduli apa yang berlaku dalam dunia kita? Dan mengapa kena tunggu masa 21 Disember baru nak keluar dan serang? Kenapa nak tunggu matahari, planet dan seluruh solar sistem berbaris baru nak serang beramai-ramai? Kenapa tak serang sekarang ajer?

Punyalah asyik dalam kajian, sedar tak sedar dah azan Subuh. Atan dah tertidur. Ali dan Abu pun sama. Aku jer yang berjaga. Aku kejut semua orang.

Lepas berjemaah solat Subuh, kami semua pakat Kristos berjemaah pulak kat ruang tamu rumah Ali. Sampailah ada orang bagi salam, tengahari tu.

******

Abang Karkun datang menziarahi rumah Ali tengahari tu. Dia ajak kami ke masjid semalam, borak-borak. Aku walaupun dalam kepala berpinar sebab tidur tak menentu sejak Jumaat, layan ajer. Lepas solat Zuhur, kami semua join jemaah tabligh makan talam. Lepas makan ialah aktiviti bebas dan Atan, Ali, Abu dan aku dok kat satu tempat tersembunyi kat belakang masjid, isap rokok. Sedang leka berbincang tentang apa yang dah berlaku setakat ini, kami disertai oleh Abang Karkun.

“Assalamualaikum” kata Abang Karkun. Kami menjawab salam. Ali bangun dari tempat duduknya dan mempelawa Abang Karkun duduk di tempat itu. Atan dan Abu mengkaver rokok di belakang mereka. Aku buat selamber.

“Takper-takper. Dah puas duduk kat dalam tu” kata Abang Karkun.

“Ni buat apa reramai kat belakang masjid ni? Time-time terluang ni lah kita gunakan nak menelaah dan mengulangkaji” sambung Abang Karkun sambil tersenyum.

“Bayan jin, bang” kata Ali berseloroh sambil menunjukkan rokok dijarinya. Abang Karkun senyum.

“Dalam kawasan masjid takleh isap rokok, ye” katanya sambil geleng kepala.

“Tu yang sembunyi-sembunyi tu bang” kata Atan.

“Walaupun ia adalah hukum manusia, kita orang Islam tak tipu diri sendiri. Belakang masjid pun, masih dalam kawasan masjid, kan?” kata Abang Karkun sambil angkat-nagkat kening.

“Tan, kau takyah berdebat dengan brader ni Tan. Otai, ni” kata Ali. Aku memandang pada Abang Karkun. Baru aku perasan dia dok perati aku. Aku rasa tak selesa.

“Ada apa-apa yang korang nak tanya, ke?” tanyanya tiba-tiba tanpa mengalihkan pandangnannya dariku.

“Err..takde pun?” jawab Ali. Atan menyenggol siku Abu. Abu ushar Atan.

“Err... ada sebenarnya. Tapi tak pasti la Abang berminat ke tidak” kata Abu.

“Setiap yang berlaku, takde yang sia-sia kepada yang memikirkannya” jawab Abang Karkun, mengalihkan pandangannya pada Abu pula. Aku semakin tertarik dengan karekter beliau.

“Apa dia?” tanyanya lagi.

“Ada sesuatu pasal Ali kena rasuk tu yang kami tak beritahu kat Abang lagi” kata Ali. Abang Karkun tak berpaling pandang Ali tapi dia ketawa. Aku pelik. Abu pun buat muka pelik jugak.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa lagi yang berlaku sebenarnya pada Ali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience