Chapter 30

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 30

Dia cakap pendek-pendek. Dia cakap dia marah sama manusia. Manusia dah musnahkan rumah dan hutan mereka. Halau binatang dan rosakkan tanaman mereka. Kotorkan sungai dan jeram mereka. Datang ke tempat mereka dan buat bising. Buat kawasan kampung mereka jadi gelap. Buat cahaya jadi samar-samar.

“Aku cakap kat mamat tu, itu semua bukan aku. Aku pun tak suka manusia suka-suka tebang pokok dan cemarkan sungai. Manusia pun semakin sedar akan kesilapan mereka dan kita sedang menguatkuasakan undang-undang yang menghukum orang yang mencemar dan merosakkan alam. Mamat tu diam. Dari nafasnya, dia masih tak puas hati dengan alasan aku. Yang aku terpikir masa tu, camana nak trick dia agar kasi aku air yang dia bawak tu”

Mamat tu cakap, manusia pentingkan dirinya. Ambil lebih dari yang sepatutnya. Perutnya dah penuh tapi masih nak rosakkan tempat mereka. Dan bila mereka tinjau keadaan manusia, mereka lihat sesama manusia pun ada yang terlalu kenyang atau terlalu lapar. Mereka rasa manusia hanya bawa kemusnahan kepada alam dan kepada dirinya sendiri.

“Kau jawab apa kat dia?” tanya Abu. Ali ambik nafas.

“Aku tak jawab apa-apa. Aku cuma kata, yang kejahatan itu memang ada tapi tak adillah nak menghukum seluruh manusia atas dosa yang dilakukan oleh segelintir. Kalau begitu, layaklah golongan jin dihukum kerana bersekongkol dengan puak syaitan” Kami semua tak menyangka jawapan tu.

“Berani betul, kau Li?” kataku. Masakan tidak. Dahlah Ali ada dalam dunia mereka, selamba jer dia cakap camtu yang mungkin akan provok binatang tu untuk buat apa-apa.

“Aku pikir, Allah saja Yang Maha Kuasa. Makhluk takde kuasa nak kasi manfaat atau mudarat pada aku. Dia pun aku tengok senyap jer. Tah paham ntah tidak” jawab Ali.

“Masa mamat tu tengah senyap tu, aku pun tanyalah dia, kat mana kaum dia duduk sekarang sebab hutan semua dah habis ditebang. Dia kata, sekarang diorang duduk sekali dengan manusia. Mereka mendiami rumah-rumah kosong yang terbiar, tempat-tempat pembuangan sampah, padang atau kolam air”

Kami semua mengangguk-angguk bagaikan memahami sesuatu.

“Lepas azan hari ketiga pulak, macam biasa suasana jadi terang tiba-tiba dan bila semua kembali nak gelap, ada sorang pak lebai depan aku” kat Ali menyentap kembali tumpuan kami ke ruang tamu rumahnya.

“Pulak?” kata Abu.

“Pak lebai tu macam aku kenal. Mungkin aku pernah jumpa masa keluar tabligh mana-mana dulu. Pak Lebai ni pun bawak air”

“Apasal diorang bawak air, ek?” tanya Atan. Aku pun mula pelik.

“Entahlah. Tapi yang pasti, aku memang dahaga gila. Dahla berdiri jer sepanjang masa. Ikatan kat pinggang dan tangan aku pun dah rasa bagaikan sebati dalam daging aku”

“Sakit tak?” tanya Atan.

“Tak, pulak...” jawab Ali.

“Pak Lebai tu pakai jubah putih, siap serban putih. Dia pegang teko tembaga kecik yang sejuk. Aku tau sejuk sebab aku nampak titisan air mengalir kat permukaannya. Aku cuba basahkan bibir aku masa tu. Aku boleh rasa bibir aku dah kering dan mengeras dan air liur aku berbau busuk.

“Pak Lebai tu mula bercakap. Dalam suara yang tenang, dia kata kita manusia kena bertaubat. Kembali ke jalan yang benar. Kita semua dah jauh tersasar dari ajaran sebenar.

Dia kata, manusia zaman sekarang dipenuhi dengan kemaksiatan hinggakan kita dah tak dapat nak bezakan antara dosa dengan pahala. Manusia berpecah-belah dan berbunuhan sesama sendiri. Dan jika bukan itu, di waktu lapang manusia asyik dalam hiburan dan maksiat. Suka buang masa dalam keasyikan dan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

“Aku jawab kat dia, manusia ni makhluk yang mudah lupa. Manusia perlu sentiasa diperingatkan agar mereka tidak melanggar batas-batas. Pak Lebai tu jawab balik, bukankah alam telah banyak beri peringatan kepada manusia tentang bencana akibat dari perbuatan manusia macam taufan, banjir dan gempa bumi...” Ali garu pipi dia.

“Kau jawab apa?” tanyaku.

“Lama jugak aku diam, pikir apa nak jawab. Aku nak cakap something nak lengahkan dia sementara aku cari idea, tapi yang keluar ialah:

“Manusia takkan nampak selagi matanya tak terbukak”

“Apasal kau cakap camtu?” tanya Abu.

“Pak Lebai tu jawab apa?” tanya Atan.

“Dia kata, mata manusia takkan terbuka kerana dalam dirinya terkandung air yang yang menyerap”

“Air yang menyerap?” kata Abu dan Atan serentak.

“Aku pun tanya gak dia. Dia kata, air tu menyerap bunyi. Bila air tu ada dalam badan manusia, ia akan memenuhi setiap urat dan rongga dalam badan manusia. Dan apabila seruling dan gendang ditiupkan, badan mereka bergerak-gerak bagaikan menari.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa kesannya kepada mereka semua?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience