Chapter 35

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 35

“Kenapa Abang ketawa?” tanya Ali.

“Ceritalah” katanya.

Ali pun mulalah bercerita pengalamannya masa dia berada dalam kegelapan tu. Aku tengok, Abang Karkun seolah-olah menyimpan sesuatu sebab dalam keselambaan wajahnya tu, sebab kadang-kadang aku perasan jugak dahinya berkerut. Masa Ali cerita, Atan, Abu dan aku selang seli menyampuk, berkongsikan apa yang kami temui dari internet malam tadi. Tentang apa kemungkinan penjelasan kepada pengalaman Ali. Abang Karkun cuma diam dan senyum jer mendengar cerita kami. Sesuatu yang kami dah agak.

“Menarik, apa yang korang temui, ni. Tapi, alam ghaib tu Allah sembunyikan bukan sia-sia. Bukan juga semata-mata memakbulkan keturunan Jaan” kata Abang Karkun.

“Jaan?” tanya Atan. Aku buat muka cam tau padahal nilah pertama kali aku dengar benda ni.

“Jaan ni kira Adam pada keturunan jin. Setelah terciptanya manusia, Jaan mintak agar keturunannya tak kelihatan dek penglihatan manusia”

“Alam ni pun, ada berlapis-lapis, kan bang?” kata Atan macam suara bebudak berminat.

“A’ah. Manusia dan jin adalah penghuni bumi. Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat. Tapi Iblis laknatullah yang tahapa-hapa, menyalahkan kita pula setelah dia terlaknat. Dan sejak dari itu, dia tak henti-henti menyesatkan jin dan manusia” kami semua terdiam mendengar cerita Abang Karkun pula.

Abang Karkun menghela nafas panjang. “Ada sebab kenapa pengetahuan tentang ilmu ghaib dirahsiakan dari manusia. Sebab dalam lipatan sejarah, terbukti bahawa golongan abid dan ulamak pun, berkemungkinan untuk tertipu dek pengetahuan”

“Korang jangan risau, laa. Semua adalah dalam pengetahuan Allah. Semua berlaku, seperti sepatutnya” kata Abang Karkun tersenyum.

“Apa pendapat Abang tentang 3 days of darkness?” tanya Abu.

“Oh, tu? Hahaha. Kiamat? Hari Jumaat, kan?” kata Abang Karkun sambil menahan ketawa. Atan turut ketawa. Aku, Ali dan Abu hanya terdiam.

“Betul ke kiamat, bang?” tanyaku.

“Apasal kau cakap camtu?” tanya Abang Karkun setelah mengesat air matanya. Aku rasa macam bodoh pulak. Aku ada miss lawak kat mana-mana ke?

“Takdelah. Banyak penyelidikan telah dilakukan dan semua menjurus ke arah tarikh tersebut. Kalendar I-Ching, Maya, Sumeria. Kalaulah wizard yang datang pada Ali tu adalah dari golongan jin, maknanya mereka pun tahu pasal tarikh tu. Maknanya tarikh tu ada signifikan. Abang tau apa-apa pasal tu?” kataku.

“Masa tu planet dan alam ni melengkapkan kitarannya. Tu jer” jawab Abang Karkun membetulkan tempat duduknya.

“Abis tu, agak-agak masa tu akan berlaku bencana alam tak bang?” tanya Atan.

“Bencana alam hari-hari berlaku. Taufan, banjir, tsunami, gempa bumi, volkano. Apa nak heran? Manusia survive, apa?” kata Abang Karkun. Ye tak ye juga.

“Bila planet dan solar sistem tu berbaris, keseimbangan medan magnet alam akan terganggu. Bumi akan melalui kawasan ‘void’ untuk beberapa minit. Ada pihak kata ini akan ada pengaruh kepada pemikiran manusia” tembak Abu pulak. Abang Karkun pandang padanya.

“Manusia sekarang ni, hari-hari mengalami perubahan pemikiran. Kau masuk ajer internet. Kau mula nak cari info pasal perang kat Syria tapi last-last kau dok baca pasal keadaan politik negara kita. Pasal sapa kafir dan sapa kaya tiba-tiba. Takyah nak tunggu planet tu berbaris baru nak tukar paradigma pemikiran. Hahaha” jawab Abang Karkun yang nampaknya menikmati semua ni.

“Korang kena sedar. Tipu daya Iblis itu amat licik. Dan korang kena sentiasa ingat. Bahawa musuh yang nyata ialah mereka. Bukan sesama manusia” kata Abang Karkun. Tah camana dia boleh jumpa kotak rokok yang Ali sorok kat bawah tempat duduk tu lepas dia anmbik sebatang, tadi.

“Asap. Asap adalah sejenis dari senjata mereka” kata Abang Karkun sambil bukak kotak rokok dan menlihat ke dalam. Masa dia fokus ke dalam kotak, kami ambik peluang mencampakkan rokok di tangan masing-masing.

“Jin suka berasap-asap ni. Sebab bentu asap tu macam bentu nenek moyang mereka” sambung Abang Karkun lagi.

“Bang, betul ke diorang ada teknoloji nuklear?” tanya Ali. Abang Karkun pandang pada Ali pula.

“Haa. Yang ni menarik. Part ni, susah sikit nak cerita. Time and space menjadi penghalangnya” kata Abang Karkun Dia bangun dan bergerak ke arah depan masjid. Dia berenti dan berpusing memandang kami.

“Jom, lah” katanya sambil menunjukkan jam pada tangannya. Ali dan Abu pandang jam masing-masing. Aku tak pakai jam.

“Pukul berapa, Ngah?” tanya Atan pada Abu.

“Dah nak dekat pukul empat setengah” jawab Abu.

“Cepat betul masa berlalu!” kataku.

“Dah-dah! Gi kumur-kumur, ambik wuduk, kita solat Asar. Lepas Isyak kang kita sambung balik” kata Abang Karkun meneruskan langkahnya ke masjid. Dia hilang di balik dinding.

“Perghhh! Power sialll!” sorak Atan dan Abu. Ali tersengih memandang padaku.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah mereka akan meneruskan teknik tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience