Chapter 9

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 9

Atan angkat tangan cuba memanggil mamak yang sedang mengambil pesanan dari meja berdekatan.

“Selain dari apa yang korang lihat, apa yang lebih penting ialah apa yang korang rasa semasa melalui semua ini. Ada kepercayaan yang kata apa yang kita alami semasa dalam aktiviti tu, adalah kelahiran kita sebelum-sebelum ini. Ada kawan-kawan doktor aku kata pulak, itu adalah dunia subconscious kita yang perlu ditafsir ertinya agar ia membantu kita dalam hidup.”

“Lu dulu, apa yang lu nampak?” tanya Atan kepada Abu.

“Aku ada try dulu sekali. Tapi baru sampai bab atas rumah, aku dah gayat dan aku tak berani lagi dah, sampaila sekarang” kata Abu bangga. Ali menampar bahu Abu.

“Eh-elleh? Dia tak berani, tapi buat kat orang!” kata Atan. Kebetulan mamak pun dah sampai. Selepas membuat pesanan, semua terdiam bagaikan cuba mengingat kembali kat mana topik perbualan tadi.

“Aku penakut sikit. Tapi aku tengok orang-orang yang dah buat ni, semuanya berubah jadi orang yang lebih baik dan komfiden” kata Abu lagi.

“Komfiden apanya kalau jadi lebah?” kata Atan yang mengundang ketawa dari kami semua. Aku pula melayan pengalaman aku tadi. Sungguh jelas dan benar. Laptop, meja, klip kertas, muka Ikbal…

“Sebenarnya, aku nak mula buat dengan aku dulu. Aku nak cuba hadapi ketakutan yang aku jumpa dulu. Aku memang gayat sikit”

“Kau bukan gayat. Kau jakun” kata Ali. Abu menampar bahu Ali pula.

“Tapi aku buat kat korang dulu, bagi korang familiar dengan apa yang aku maksudkan ni” sambung Abu lagi. Dari riak mukanya, nampak macam dia series dan ada benda yang dia tak bagitau kat kami.

“Ok, lah. Lepas makan ni kang, kita buat kat kau pulak, amacam?” kataku cuba menceriakan Abu kembali. Abu mengangguk.

“Tapi, sapa nak jadi guide kalau dah Abu yang terbaring?” tanya Ali. Dia pandang Atan.

“Yang ni tak boleh harap!” Kata Ali sambil menjuihkan bibirnya ke arah Atan. Atan mengacah nak melempang Abu. Kami semua ketawa.

Mamak kembali dengan pesanan kami. Semua pesan roti banjir dengan telur separuh masak. Makanan kegemaran kami time-time camni sejak zaman U. Sesetengah benda, memang tak berubah-ubah.

“Tapi aku tak reti” kataku pada Abu. Aku akui tadi, aku memang sangat skeptik. Aku mati-mati ingat ni mesti lawak yang dirancang oleh dua beradik ni nak kenakan kitorang. Tapi lepas aku sendiri mengalaminya, aku berminat.

“Senang jer. Dia ada 5 step. Urut, mental exercise, berdiri depan pintu, floating dan control environment, kemudian DIVE”

“Oh-ok” Bila Abu dah segmenkan semua jadi 5 step macam tu, barulah aku mula dapat tangkap langkah-langkahnya.

“Dah ready?” tanyaku pada Abu yang sedang terbaring. Atan di kaki dan Ali di kepalanya sudah berhenti mengurut. Kami semua menumpukan perhatian kepada Abu. Dia dah lepas tahap bayangkan diri atas atap rumah. Dan dia juga dah buat latihan terapung dan mengawal persekitaran. Kini sampailah masa untuk ‘dive’

“OK. Dah” kata Abu dengan nada yang meyakinkan tapi excited. Mungkin masih ada cebisan kepenakutan dalam jiwanya. Abu memang camni. Antara kami berempat, dialah yang paling lemah dan kami bertiga bertindak macam pengawal dia. Kelebihan dia ialah dia yang paling bijak antara kami. Setiap dari kami, semua pernah mintak pendapat dari si Abu ni. Dia ni bijak kalau bab menentukan halatuju orang. Masalah dia ialah dia taktau apa dia nak buat dengan diri dia sendiri.

“Sekarang, bayangkan kau turun perlahan-lahan” kataku perlahan-lahan seakan berbisik, seolah intonasiku itu boleh membantu apa-apa.

“OK, aku rasa diri aku semakin menurun. Semakin rendah. Di bawah aku nampak macam jaringan jejantas. Eh? Aku sedang terapung-apung di antara jejantas di area Kg.Kerinchi, Federal Highway dengan Universiti Malaya. Aku boleh nampak kenderaan bergerak laju kat bawah jejantas. Ada sebuah bas Rapid KL sedang menghampiri jejantas dari Bangsar ke Kg. Kerinchi. Bas nombor 68. Aku boleh lihat dengan jelas nombornya. Abang dalam bas tu pun aku boleh nampak. Cool, dowh!” sorak Abu yang semakin teruja dengan pengalamannya.

“Bas tu penuh tak?” tanya Ali.

“Penuh. Ada mak cik tua berdiri sebelah pemandu kat tempat masuk duit tu. Mak cik tu seorang India, pakai baju kaler biru belang-belang merah halus kat pinggang” kata Abu yang mengerutkan keningnya cuba meneliti setiap butir bayangan yang dilihatnya.

“Ada awek tak?” tanya Atan pula.

“Ada, tapi aku tak perasan awek. Bas tu dah berada di bawah jejantas tempat aku terapung ni. Aku dah tak nampak bas tu lagi. Kelihatan semua kereta bergerak macam biasa ke tujuan masing-masing”

...bersambung

Bab akan datang:

Apa pula yang akan dibayangkan kali ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience