Chapter 38

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 38

Tapi masa tu, ilmu tu ilmu yang baik-baik dan basic macam nak sembuhkan penyakit atau membantu dalam pemburuan.

Sampailah turunnya Harut dan Marut. Dua malaikat ini telah turun ke bumi dan mengajarkan manusia satu ilmu. Menurut Al-Quran, dua malaikat ini takkan mengajarkannya kepada seseorang selagi orang itu berjanji takkan mengamal atau mengajarkannya. Manusia pun berjanji dan diorang pun ajar. Ada antara yang belajar tu adalah manusia yang bersekongkol dengan syaitan. Setan-setan ni diperintahkan oleh Iblis untuk menulis semua yang diajarkan oleh Harut dan Marut. Pada masa yang sama, Iblis telah mulakan akademinya sendiri yang kononnya mengajarkan ilmu dari dua malaikat ini, tapi sebenarnya adalah ciptaan dia sendiri. Ilmu itu adalah ilmu sihir. Ilmu itu biasanya menarik manusia dan jin menggunakan ilmu sebenar yang mereka belajar dari Harut dan Marut. Bila ada pengikut, mereka akan suruh pengikut ni buat ritual tertentu untuk masuk ke tahap seterusnya, walhal tahap seterusnya itu hanyalah tipu daya yang direka oleh para jin dan syaitan yang tak kelihatan bertujuan menyesatkan sesiapa yang menggunakannya. Iblis juga telah susah payah dalam pembentukan komuniti yang terdiri daripada manusia dan jin ini. Amat licik mamat tu”

Kami semua berpandangan sesama sendiri sementara menunggu apa yang Abang Karkun ceritakan tadi mendap dalam kepala hotak.

“Dijadikan cerita, tibalah zaman kerajaan Nabi Sulaiman a.s dimana manusia dan jin tunduk di bawahnya. Baginda terdengar bahawa ada sekumpulan manusia membawa ilmu palsu dan menyesatkan manusia dengan ilmu tersebut. Baginda memerintahkan semua pengamalnya dibunuh dan buku-buku mereka dikumpul dan ditanam di satu tempat. Hinggalah Baginda wafat. Selepas kewafatan Baginda, Iblis keluar di tengah manusia dan memfitnah Nabi Sulaiman a.s mengatakan bahawa Baginda sebenarnya adalah ahli sihir dan beliau gunakan sihir nak kuasai jin dan ifrit. Orang semua tak percaya, lantas Iblis suruh orang menggali tempat di mana buku-buku ilmu palsu itu telah ditanam dan mereka pun jumpa.

Sungguhpun begitu, hukum pengharaman penggunaan ilmu sihir sudah dijatuhkan dan manusia secara umumnya menganggap ilmu sihir adalah salah. Kecuali pada satu puak dalam kaum Yahudi (yang sebenarnya ditipu juga oleh Iblis). Melalui mereka, tamadun manusia diajarkan semula beberapa ilmu lama dan juga rahsia bagaimana ia berfungsi dan terus mengkaji intipati ilmu tersebut dan telah menemui banyak perkara yang membawa kepada pembangunan teknoloji manusia. Dan sedikit sebanyak, mereka mulai percaya bahawa mereka berada di jalan yang benar kerana ilmu majik yang mereka ada berfungsi walhal apa yang berlaku hanyalah tipu daya syaitan dan jin. Dan semuanya berjalan lancar”

“Eh, lek dulu bang. Tadi Abang kata, dulu teknoloji manusia amat tinggi sampai boleh gerakkan benda guna otak jer. Abang tau apa-apa pasal tu?” tanya Abu.

“Oh. A’ah. Masa tu semua main pakai niat jer. Masa tu kita tak bercakap pakai bunyi tapi pakai gambar. Macam telepathy. Jadi, memang masuk akal lah pada zaman semua orang berkomunikasi pakai gambar, Nabi Idris a.s mengembangkan teknoloji tulisan. Masa tu, manusia yang belajar melalui tulisan adalah ditahap paling tinggi. Panggilan ahli kitab tu, bukan saja-saja ditulis begitu” jawab Abang Karkun.

“Ohh...” kata Abu.

“Tulisan pada manusia dan jin pada masa tu adalah baru. Tapi ilmu cahaya, ilmu pergerakan angin, air dan bumi ilmu nuklear, pada diorang pulak adalah biasa. Bab ilmu, kami tengok Allah dah semakin umumkan antara dua dimensi. Cuma manusia masih ketinggalan satu jer lagi”

“Apa dia?” tanyaku.

“Ilmu alam” katanya.

“Sains?” tanya Abu.

“Bukan. Maksud aku ilmu tentang alam ini. Ilmu tentang realiti ini. Ilmu yang ada pada pembantu Nabi Sulaiman Al-Asif dan bukan pada kebolehan semulajadi sang ifrit. Ilmu yang nyata dan lojik seperti matematik, dan bukan simbolik bersimpang-siur macam linguistik” kata Abang Karkun bagai mendeklamasikan satu sajak. Kami semua tak paham apa yang dia ceritakan.

“Ilmu tu berupaya membuatkan apa yang difikirkan menjadi kenyataan dan menjadikan kenyataan itu jadi seperti yang difikirkan” kami makin tak paham. Abang Karkun pandang kami dan ketawa.

“Panjang nak cerita kalau nak cerita. Takpe. Kita ada banyak masa lagi nantik. So, berbalik kepada maksud kita ke sini, ehhem...” Abang Karkun terbatuk tipu. Baru kami perasan yang kami dah jauh menyimpang dari tujuan asal.

“Inilah masalahnya manusia jika kita tiada batasan masa. Kita leka” kata Abang Karkun.

******

“Apa yang aku nak cerita ni adalah kisah bagaimana Iblis telah menipu kita semua selama ini. Aku cuma nak bukak mata korang akan penipuan yang musuh kita dah buat dalam menyesat dan memecah belahkan kita. Dan musuh itu ialah Iblis.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa pula kisah asal-usul Iblis ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience