Chapter 41

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 41

Apa yang mereka temui, letupan bom atom itu telah sebabkan kemusnahan yang dahsyat dan ia meletup di kedua-dua dimensi. Iblis telah lihat ini sebagai petanda dan telah mempercepatkan rancangannya. Dia pun tekan butang ‘Plan A’.

Ia bermula dengan Iblis beritahu kaum Yahudi bahawa masa untuk kembali ke Jerusalem telah tiba. Orang kaya Yahudi telah membeli sebidang tanah di Palestin,dan orang Yahudi dipindahkan dari situ secara senyap-senyap. Dalam masa yang sama, Iblis telah menyemarakkan semangat orang Jerman untuk bangkit dan memulakan peperangan. Pada masa itu, Hitler telah digambarkan sebagai dajal yang ditunggu-tunggu dan manusia serta jin lihat apa yang diramal oleh kitab besar, seolah-olah benar-benar berlaku. Perang terus merebak ke merata dunia. Dalam kegawatan perang, lebih ramai orang Yahudi berhijrah dari Eropah ke Amerika dan Jerusalem, malahan mendapat bantuan dan simpati dunia, lagi hingga terbentuknya negara Israel.

Pada masa yang sama, hasil tipu dayanya didunia jin, tentera dari dunia jin telah disedia dan ditempatkan di Jepun. Di Jepun memang banyak jin sebab keadaan geografi dan keindahannya serta beberapa sejarah yang lama dan kebanyakan mereka adalah golongan pahlawan. Jin-jin kat negara Jepun ni, ada fahaman mereka sendiri dan mereka ini amat tegas pada prinsip (maklumlah, pahlawan) dan mereka tak akan berperang tanpa sebab yang benar. Sungguhpun begitu, ada juga jin-jin pahlawan ni yang bersetuju dengan Iblis dan diorang nilah yang join tentera Jepun manusia masa Perang Dunia Kedua.

Einstein masa tu dah berhijrah ke Amerika. Iblis telah menakut-nakutkan kawan lama Einstein, Leó Szilárd dengan membisikkan sambungan kepada teori E=mc² dan mengatakan bahawa jika Leo boleh temui cara nak buktikan formula itu, sudah pasti saintis Hitler juga boleh menemui perkara yang sama. Leo telah bertemu dengan Einstein dan berjaya memujuk Einstein menulis sepucuk surat kepada Presiden Roosevelt kebenaran untuk memajukan bom atom. Hasilnya, bom atom pertama terhasil.

Dengan liciknya Iblis telah memberi idea kepada pihak Amerika untuk meletupkan bom itu di Hiroshima, Jepun. Bom pun diletupkan dan kemusnahan berlaku di dalam dimensi manusia dan jin. Tentera manusia telah menyerah kalah, tapi sebaliknya telah berlaku di belah jin kerana dengan letupan itu, Iblis telah menakut-nakutkan bangsa jin bahawa manusia akan tetap memusnahkan bumi ini dan jin juga akan turut musnah dan ini memberikan mereka sebab untuk keluar berperang. Akibatnya, jin-jin di Jepun telah keluar dan macam-macam bala mula berlaku. Beginilah cara Iblis menipu golongan jin walhal jin-jin ni pun tak tau apa benda yang diorang tengah buat.

Walaubagaimanapun, perang dunia kedua yang berlaku hanyalah dikalangan manusia dan ada dikalangan jin mulai sedar akan perkara ini. Kerana masa diorang tengah dalam kekecohan ‘perang’ dengan manusia tu, manusia yang mereka perangi itu macam tak perasan jer kehadiran mereka. Penipuan Iblis mula terdedah dan dia kehilangan ramai pengikut di mana para setan dah kembali jadi jin yang bebas. Dikatakan jin-jin ini sekarang mendiami Korea Utara dan mereka mengkaji nuklear dengan bantuan manusia, belajar dari kesilapan yang berlaku pada mereka di Hiroshima. Dan seperti juga keadaan mereka di Jepun, jin-jin ini tidak akan menyerang melainkan mereka benar-benar rasa terancam.

Kebolehan manusia untuk mempelajari sesuatu telah mencapai tahap yang mengagumkan. Yang paling mengagumkan ialah kebolehan kita untuk mengenalpasti kebenaran antara dua pilihan yang pada asalnya kita tak tahupun kewujudannya.

Sungguhpun Iblis telah mencampurkan ilmu Harut Marut dengan putar belitnya dalam kitab-kitab kaum Yahudi, manusia akhirnya menemui percanggahan dan lebih banyak misteri kepada persoalan realiti yang mahu dijawab. Dan akhirnya, penipuannya akan terbongkar dan dia akan kehilangan lebih ramai lagi pengikut untuk berperang dengan Imam Mahadi nanti. Iblis pun tekan butang ‘Plan B’.

Dalam fitnah Iblis yang ini kononnya, kitab-kitab yang tuhan turunkan adalah aturan atau hukum untuk makhluk selepas terciptanya manusia. Tapi, jin dan malaikat telah wujud SEBELUM kewujudan manusia lagi. Dikatakan pada masa tu, mereka punyai pengetahuan tentang alam hakikat, iaitu alam di mana tuhan berada. Manusia pada masa itu boleh bergerak antara dimensi, berkomunikasi dengan orang yang jauh, serta mewujudkan sesuatu hanya dengan fikiran. Ini semua adalah teknoloji zaman Nabi Idris a.s. Tetapi selepas penciptaan manusia juga, ilmu itu telah disembunyikan dari semua. Iblis tahu setakat apa yang dia tengok pada masa tu.

Ada juga antara mereka yang mula berkomunikasi dengan manusia secara dalam mimpi atau secara terang-terangan macam penampakan atau UFO atau sebagainya. Semua ini berkembang setelah peristiwa di Tunguska. Fahaman spiritualis dan mistik yang mendakwa boleh berkomunikasi dengan ‘kesedaran lain’ semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat yang pada masa itu mabuk dengan kemajuan materialistik, kajian terhadap parapsikoloji dan kemampuan otak manusia semakin mendapat perhatian serious dari kuasa-kuasa dunia.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa buktinya boleh berkomunikasi dengan ‘kesedaran lain’?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience