Chapter 40

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 40

Dan kedua-dua tamadun telah berkembang dengan pesatnya, dalam harmoni.

Orang Islam, semakin tinggi ilmunya, semakin dia beriman. Ada yang beriman dulu lepas tu baru dibukakan ilmu. Apapun, orang-orang yang beriman dengan Allah, akan amat cenderung kepada berfikir secara empirikal dan secara semulajadinya akan menjadikan dia saintis. Begitu juga di alam jin. Mereka juga suka mengkaji alam melalui ilmu. Ilmu yang ada pada mereka sekarang, sebenarnya adalah ilmu-ilmu lama yang telah dijumpai sejak zaman Nabi Idris a.s lagi. Contohnya ialah konsep masa dan ilmu ramalan cuaca. Paling baru yang diorang mula ambil tahu ialah pasal nuklear dan kat sinilah yang menarik.

Dan dalam satu jalan cerita yang menarik, tamadun manusia dan jin selepas zaman Nabi Idris a.s telah tahu pasal satu kejadian alam yang akan berlaku pada satu tarikh. Mereka tahu sesuatu akan berlaku bermula pada tarikh tersebut tapi tak pasti apa. Iblis yang sangap idea masa tu, menghasut saintis mengkajinya dengan melakukan pelbagai eksperimen dan penjelajahan tapi tak tahu juga. Akibat ketidaktahuan itu, mereka (yang bersekongkol dengan Iblis tanpa sedar) menamakan tarikh itu sebagai kegelapan. Saat di mana tak sapa tahu apa yang berlaku memandangkan Nabi Idris a.s juga sudah tiada. Dari sinilah Iblis dapat idea untuk rancangan ‘terhebatnya’ itu.

Pada zaman Nabi Idris a.s, teknoloji manusia dah paling maju, mencecah tahap tepu hinggakan batas antara alam malaikat, jin dan lain-lain adalah hampir tiada. Tapi sejak terpisahnya alam manusia dan jin, ilmu mereka tidaklah berkembang sementara ilmu yang sama di bahagian manusia pula telah berkali-kali mengalami proses padam-bina-padam-bina. Manusia pula, telah hilang keupayaan mengingat kerana lebih menumpukan kepada keupayaan belajar, yang mengakibatkan mereka lebih tertumpu kepada benda baru daripada terus mengkaji akan realiti ini dan bagaimana semuanya berfungsi.

Di belah jin pula, sebab mereka takde keupayaan belajar (kerana dah terpisah dari manusia) tamadun mereka tak berapa berkembang. Mereka tenggelam ke dunia gelap yang macam kebinatangan dan teknoloji dikuasai sepenuhnya oleh tentera setan. Mereka menyimpan rekod data-data eksperimen dan kajian yang telah mereka lakukan sejak ribuan tahun. Kaum jin dah tak berapa minat dengan ilmu. Seperti juga yang berlaku di kaum manusia, puak syaitan melalaikan mereka dengan menghasut dan membakar api kebencian terhadap bangsa mereka sendiri, Ifrit dan manusia yang dikatakan telah mengambil bumi dari mereka.

Dari puak Yahudi tu pulak, akibat pertembungan semulajadi antara golongan tua dengan muda, terbahagi kepada dua; yang lama dengan yang baru. Yang lama ni sedikit sebanyak mulai sedar akan penipuan Iblis tapi sebab mereka dah terlalu lama dalam pegangan sebegitu dan perubahan mendadak bererti perubahan besar kepada dunia, mereka diamkan saja. Sementara itu, pihak muda dari mereka yang bersemangat dan kurang sabar, terus dibuai oleh Iblis dengan menghidupkan kembali ilmu sihir lama (yang melibatkan manipulasi golongan jin dan ifrit), yakni ilmu dari Harut Marut yang dia terbalikkan dan yang dibongkar dari kerajaan Nabi Sulaiman.

“Pergh...Lagi pening dari teori konspirasi” kata Atan.

“Aku ingat aku dah habis baca pasal konspirasi ni. Ada lagi rupanya?” kata Abu pula. Aku rasa bersyukur sebab semua benda yang berkaitan dengan teori konspirasi atau Yahudi memang tak menarik minat aku.

******

Jadi, rancangan Iblis di belah jin dan manusia berjalan seperti yang direncanakannya. Dia dah buat skrip, buat pelakon dan dan semuanya telah tersedia. Dia setkan tarikh kiamat, kepada 21 Disember 2012, berdasarkan pengetahuan tertinggi yang berada di alam jin. Dia pun mengarahkan tenteranya meletakkan bukti-bukti palsu di tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dan pada sekian-sekian masa yang tertentu, mereka akan bantu manusia ‘menemuinya’. Dari situ, manusia akan membentuk semula jalan cerita sejarah menurut penemuan baru ini dan mengarahkan kepada tarikh yang sama.

Disebabkan ilmu dibahagian mereka tidak berkembang melainkan apa yang ada, puak syaitan sentiasa mengintip apa perkembangan teknoloji di sudut manusia. Pada 1905, Einstein telah menemui satu formula yang menjelas (atau menggabungkan) konstant-konstant yang takrifnya berada dalam ruang-masa. Secara pendeknya, Einstein telah menemui persamaan yang menerangkan bagaimana alam ini berfungsi. Para saintis jin (syaitan) amat tertarik dengan persamaan itu dan mereka telah mengujinya. Pada 1908, satu letupan telah berlaku di Tunguska Siberia dan tak siapa tahu apa puncanya hingga ke hari ni. Para saintis manusia mendapati, kesan letupan di Tunguska itu, menyerupai kesan letupan bom atom di Hiroshima yang diletupkan 40 tahun kemudian walhal, bom atom di Jepun itu, telah diletupkan sebaik teknolojinya telah ditemui.

Letupan di Tunguska itu memang letupan bom atom dan ia diletupkan oleh saintis para jin yang duduk kat Tunguska tu.

...bersambung

Bab akan datang:

Ada apa-apakah yang ditemui di Tunguska?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience