Chapter 8

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 8

Aku baru dapat satu kes low yield! 25 biji mikroprosesor radio frequency telah dibina dan lapan darinya telah gagal ujian. Benda ni penting sebab produk tu sebijik reganya lebih kurang tiga ratus dolar. Isnin nantik masa morning meeting mesti bos-bos nak tau update. Aku dah tengok haritu tapi takde clue, apa masalahnya…Ishhh”

“Apa lagi yang kau nampak?” Abu memotong percakapanku.

“Aku nampak osiloskop. Aku nampak kunci kereta. Aku nampak beg laptop kat bawah meja tepi kaki aku. Tetiba aku rasa macam nak isap rokok. Tapi aku baru isap rokok” aku bagaikan boleh rasa perasaan aku yang dalam bayangan aku, tu walaupun aku sedang berbaring mendengar suara Ali yang memandu.

“Kau focus pada apa yang kau nampak dulu. Nantik baru kita cerita pasal apa yang nampak. Telitikan pandangan kau. Apa lagi yang kau nampak?”

Dalam bayangan itu, aku sedang leka menelaah sesuatu. Semuanya begitu jelas, malah lebih jelas dari alam nyata, rasanya. Gambar kat TV HD pun tak macamni. Warna-warnanya terang dan jelas dengan sedikit percikan warna pelangi di bucu setiap objek yang aku lihat. Kubikel tempat aku bekerja tak pernah kelihatan begitu indah. Eh? Aku juga nampak aku sedang membongkok di bawah meja. Ntah apa sajalah yang aku cari dari dalam beg laptop kat bawah meja, tu.

“Aku perasan ada orang berdiri kat sebelah aku”

“Kau kenal dia? Cuba ushar betul-betul” tanya Abu melayan.

“Oh, Ikbal rupanya. Dia datang nak ambik balik osiloskopnya”

“Cuba kau lempang si Ikbal tu” tiba-tiba aku terdengar suara Ali di kejauhan, tapi jelas. Ali kenal dengan Ikbal. Mereka sekampung. Aku tersengih mendengar seloroh Ali. Dan seraya itu juga, pandanganku dalam bayangan menjadi terang benderang sehingga semuanya tenggelam dalam cahaya itu. Aku membuka mataku.

“Apa yang dah berlaku, Abu?” aku memandang kepada Abu. Abu tersengih.

Menjelang sesi aku selesai, masa dah pukul 2 pagi. Kami berempat bersetuju untuk keluar ke kedai mamak untuk mengisi kekosongan yang semakin terasa.

“Mana kau belajar pasal benda ni semua, Bu?” tanya Ali yang dok kat belakang dengan Abu.

“Aku terikut member aku melepak kat rumah satu doctor psikoloji pada satu malam. Dia yang kongsikan teknik Christos ni. Katanya, teknik ni amat berkesan dalam pemulihan secara hipnotisme” Atan yang sedang memandu memandang padaku.

“Abis, gua kena pukau la tadi?” tanya Atan.

“Tak lah. In fact teknik ni amat berlainan dengan hipnotisme. Pada pemerhatian aku, dalam hipnotisme, target dibekalkan dengan cadangan yang merangsang visual-visual yang dia nampak. Dalam teknik ni, kita tak beri apa-apa cadangan tapi hanya bertanya apa yang dia nampak. Ia menggunakan hipnotisme semasa melatih minda untuk mengawal ‘astral body’ kita. Teknik ini mementingkan kawalan semasa kita mula masuk ke bahagian subconscious minda kita ni”

Aku dan Atan mengangguk bagaikan paham.

“Abis tu, amender yang kitorang nampak tadi? Tu semua khayalan atau apa?” tanya Ali lagi.

“Ia bergantung. Otak kita ni secara biolojinya terdiri daripada nodul-nodul neuron yang akan menghasilkan voltan atau apa yang kita panggil sebagai ‘flashes’ apabila ion melalui selnya. Bila neuron dari bahagian-bahagian tertentu dalam otak ini flashing mengikut ritmanya yang betul, ia akan menghasilkan gelombang otak. Gelombang-gelombang ini masih dikaji lagi tapi menurut apa yang dah ditemui setakat ini, aktiviti dengan anggota, ingatan, pemikiran, semuanya ada bentuk gelombang yang unik dan beroperasi semasa otak dalam gelombang ‘sedar’ ”

Kami semua diam. Menunggu apa relevannya benda yang Abu bebelkan ini dengan soalan si Ali tadi.

“Keunikan setiap kita, terletak kepada untaian neuron ini. Ada yang tafsir ‘marah’ dengan jalinan neuron A dari neo-cortex dengan tiga neuron B dari hipopotalamus, untuk mengawal benda-benda yang melibatkan perasaan. Ada yang ikut jalan lain tapi hasilnya sama. Kalau nak marah, otak akan hantar grafik yang akan membuatkan kelenjar-kelenjar tertentu merembeskan hormone yang mimic keadaan yang kita label sebagai marah dalam neo cortex kita, mengakibatkan kadar degupan jantung semakin laju dan symptom-simptom seorang yang sedang kemarahan akan kelihatan”

“Aku masih tak nampak” kata Ali. Aku mengangguk tanda setuju.

“Cuba cakap Melayu pulak, Ngah?” kata Atan. Dia membelok masuk ke kawasan deretan kedai. Kelihatan kedai mamak pilihan lebih ramai pada malam ini. Mesti ada perlawanan bola.

Kami semua mengambil tempat yang agak jauh dari skrin projektor besar dan dari semua yang datang. Kami mahu dengar lagi penjelasan pasal Christos Experience ni daripada Abu.

“Apa yang korang alami, adalah unik kepada diri masing-masing” kata Abu memulakan.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah hasil yang didapati daripada teknik tersebut kepada mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience