Chapter 47

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 47

Tapi apa yang aku ingat benar: Akhir kalam Baginda SAW ialah: "Ummati-ummati" yang bermaksud Baginda SAW risaukan keselamatan ummatnya ketika akan dihisab dihadapan tuhan yang Maha Teliti suatu masa nanti. Bukan patutnya "lailahaillallah" ke?

Camtu sekali lah seorang manusia, yang mempercayai dia seorang penyelamat ummat dari kesengsaraan selama-lamanya dek murka sesuatu yang di namakan ALLAH. Dia mempergadaikan dirinya untuk kita. Ummatnya, di depan tuhan nya.

Dan kita sebagai MANUSIA. Yang jahil dan tak tau apa-apa pasal Islam, atau tak pernah give a damn pasal apa yang akan berlaku kepada diri kita lepas mati dalam kubur, terdengar ada seseorang yang sungguh menyayangi orang lain sebegitu sekali sehingga sanggup memikul beban mewakili kita di depan TUHAN yang AKAN membuat PERHITUNGAN tentang untung nasib kita selamalamlamanya, tak rasa apa-apa bila ada orang yang mempersendakan beliau? Atau ada orang memperolok-olokkan Baginda SAW? Atau menganggap Baginda SAW dan the whole rule for the REALITY does not apply anymore?

Kita jahil, dah la. Jangan sampai waladdollleeennn pulakk.

Setelah merasai pengalaman sebentar tadi, tahulah aku bahawa mimpi-mimpi yang aku dapat selama ini, datangnya dari Abang Karkun. Dia telah mengongsikan pengalamannya masa dia muda-muda dengan harapan ia berguna untuk aku. Dan menyediakan aku untuk sesuatu. Bab tu, aku tak berapa pasti tapi aku tahu. Hishh, entahlah.

******

Malam tu aku masuk tido awal. Letih tak cukup tidor sepanjang weekend lepas. Dahlah melalui semua pengalaman-pengalaman yang menakjubkan yang membuatkan aku rasa betapa aku telah lama lupa pada tuhan. Dalam aku termenung memandang siling, aku pun terlelap dan bermimpi:

...dan manusia dibiarkan buat seketika. Ada yang merengkok dalam neraka menghadapi siksaan sementara. Ada yang dah masuk syurga, menikmati keindahan dan nikmat yang kekal selamanya. Kemudian, Allah memerintahkan:

"Tutup pintu neraka. Maka rugilah sesiapa yang tinggal di dalamnya, selama-lama-lama-lama-lama.......nya"

Maka para malaikat bertindak menutup pintu neraka. Maka terdengarlah jeritan dan raungan mereka yang ada di dalamnya. Kerana selepas tertutupnya pintu neraka, maka takkan ada lagilah manusia yang berpeluang untuk mendapat rahmat dan keampunan dan keluar darinya...Namun, mereka masih menaruh harapan kerana pintu syurga masih terbuka...

Kemudian, selepas manusia terakhir masuk ke syurga Allah memerintahkan:

"Tutup pintu syurga. Berbahagialah kamu semua selama-lama-lama-lama...nya"

Maka para malaikat bertindak taat dengan menutup pintu syurga pula. Kalini raungan dan jeritan manusia lebih kuat lagi. Ada yang meraung dan menjerit kerana gembira. Ada juga yang berduka kerana ada ahli keluarga mereka yang masih di neraka. Tapi raungan yang paling kuat adalah dari manusia di neraka kerana musnahlah sudah harapan mereka. Tiadalah lagi chan untuk mereka memohon rahmat dan kasihan dari Allah.

Aku terjaga dari tidurku dalam peluh. Aku lihat baru dua puluh minit aku berbaring. Hatiku tak tenteram. Entah kenapa, aku tenung hemfon dan dengan tak semena-mena, ia berbunyi. Dari Abu.

“Mir, aku tau ni pelik tapi, kau ada mimpi apa-apa, tak?” bunyi suara Abu. Dan seperti biasa, dadaku berdebar-debar.

“A’ah. Dan aku rasa, Abang Karkun nak jumpa kita” kataku spontan. Bermula dari malam itu, hidup kami berempat tidak sama seperti duludulu lagi.

Konspirasi itu memang ada. Pertarungan antara baik dan jahat itu memang wujud. Tetapi ia bukanlah dalam bentuk Illuminati vs seluruh manusia. Atau manusia vs manusia. Konspirasi yang kita maksudkan ialah rencana Iblis dalam menyesatkan keturunan Adam a.s.

(gua nak berenti sampai sini ajer, tapi arah angin yang bertiup dan siaran berita terkini dalam TV seolah-olah memberikan suruhan agar 'teruskan sikit lagi'...Ni mesti kerja freemason ni...hehehe)

Teori konspirasi memang appealing dalam dunia internet ni sebab sebelum ni, ia hanya tersebar melalui tabloid dan email berantai. Dan ia sangat menarik sebab teori ini cuba menerangkan ruang kosong yang wujud antara fragment memori yang ada dalam kepala hotak kita. Akal memang sentiasa mencari sense dalam non sense hidup sehari-hari. Dan bila ada orang yang menceritakan maksud atau makna 'gap' yang ada antara untaian memori yang tak masuk akal itu, maka orang akan tertarik.

Bagaikan kita baru saja mendengar berita bahawa kawan baik yang selama ini kita support mati-matian,mengata kita dibelakang kita. Atau ada orang yang tunjukkan bukti bahawakerajaan Malaysia menjual baby-baby yang berpotensi menjadi geniuskepada Jerman atau Rusia. Atau ada mangkuk yang kata Anwar dan Mahathir tu ahli freemason. Semua ni sensasi dan macam best. Dan semua ini menarik perhatian ramai.

Semua orang ada paranoia. Ada saja benda yang ditakutkan. Job security. Loyalty awek atau balak. Apa yang anak remaja kita buat, balik malam-malam.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah cerita selanjutnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience