Chapter 15

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 15

Dan untuk mampu menjaga keluargaku, aku kenalah mempersediakan diriku dengan pengetahuan yang berkaitan. Lama-kelamaan aku dapat tau, kalau nak tunggu mampu, memang takkan sampai. Apa yang penting ialah adanya mahu dan sentiasa berpegang kepada kemahuan itu. Barulah datang kemampuan. Dari situ, barulah aku mampu nak mengambil tanggungjawab untuk berkahwin.

Masa dalam menguruskan keluarga itu, aku belajar erti makna ketaatan, kasih sayang, keadilan dan kesaksamaan, kepercayaan dan lebih-lebih lagi aku semakin menyaksikan akan kehebatan keagungan Penciptaku. Maha Rahmat Dia yang mengurniakan ku peluang untuk menyaksikan semua keindahan ini. Dan peluang ini ku gunakan untuk semakin mensyukuri dan memahami makna kejadianku. Barulah aku tersedar. Barulah aku terbangun. Rupa-rupanya aku masih belum lahir lagi ke dunia ini dan jika umurku ialah 80 tahun, aku cuma ada separuh lagi kredit nyawaku.

Dan dalam kekalutan itu, aku terkapai-kapai berusaha mengumpulkan pemahamanku. Aku kembali ke tempat masa aku mula-mula sedar akan keakuan ku, di permulaan perenggan kelima di atas. Dan adakalanya runtunan jasadku yang semakin meluput, melambatkanku. Adakalanya api sesalan kerana tidak taat arahan hati ketika mula-mula tersedar dulu, terngiang-ngiang di kala aku melepaskan lelahku semasa berusaha.

Dan dalam kebingungan itu, tiba-tiba semuanya menjadi gelap. Kemudian terang. Kemudian gelap. Kelip-kelip.

Tup-tup aku kat sini dengan Munkar dan Nakir.

"Kat mana kita tadi?" tanya salah seorang dari mereka. Dan aku pun tersedar. Baru pukul dua setengah pagi...

******

Dipendekkan cerita, malam Sabtu tu kami pun berkumpul di rumah Ali seperti yang dijanjikan. Menurut Ali, dia kena keluar tabligh 3 hari start hari Sabtu esoknya. Dan dia mintak kalau boleh aku tolong hantarkan dia ke masjid tempat dia nak keluar tu pagi nantik. Aku ok jer asalkan jangan paksa aku join sekali, cukup. Aku berat sikit bab dakwah-dakwah ni. Disebabkan macam tu plannya, maka aku akan bermalamlah di sini malam tu. Atan dan Abu yang ada sekali aku tak tau apa plan mereka tapi malaun dua ekor tu memang tarahal memanjang.

“Beb, aku tak sabar la nak buat Christos Experience tu” kataku masa kami sedang melepak di beranda rumah Ali, menghisap rokok. Atan sedang leka main game di hemfonnya. Ali yang tadi membaca surat kabar bahagian sukan, terus flip sokkabar dan menumpukan pandangannya padaku.

“Jom arhh” kata Abu.

“Benda-benda lagho kemain cepat lagi, kan? Cuba kalau aku ajak berzikir ke karang, semua kata pening lah, ngantuklah, jalan dulu lah…” percakapan Ali diganggu oleh Atan yang menyambar bahunya dari belakang.

“Cukup! Cukup pak Aji! Saya mengaku bersalah! Hukumlah saya! Huuaaa!” momok Atan ala pelakon dalam sinetron sedang melakukan satu babak dalam aksi sedih. Abu ketawa dan menolak-nolak tangan Atan yang cuba meraba kakinya. Kami semua ketawa melihat telatah adik-beradik dua ekor ni.

“Atan! Kau sebagai lebah terhormat, kau dulu lah” kata Ali.

“Kalini jangan lupa nak jadi jet pejuang!” sampuk Abu pada Atan pula. Mereka bertukar tepuk tampar macam budak kecik. Dah letih, Atan berbaring di tengah beranda rumah. Abu pun duduk di sebelahnya.

“Aku picit kepala” kataku mengechop tugas.

“Hahaha. Cepat Li! Picit kaki beta!” kata Atan berseloroh.

“Kau Raja apa?” tanya Ali.

“Raja Lebah nak mencari madu, ni” sambungnya lagi.Geli hatiku mendengar jawapan Atan. Ali bersila di bahagian kaki Atan. Dia pun mula mengurut.

“Haa, cepat sikit Tan” kata Ali. Aku pun mula mengurut dahi Atan seperti biasa. Atan pun diam, menutupkan matanya. Christos Experience pun bermula.

Atan dengan mudah terus mara ke tahap dive. Setakat ini, semuanya OK jer. Takde benda pelik-pelik yang berlaku. Dari diskripsi yang diberikan, bunyi macam Atan dah ‘touchdown’ dan masuk dalam watak reincarnation nya.

“Aku nampak isik bunga orkid depan aku” kata Atan setelah dia senyap seketika sebaik dia touchdown.

“Bunga tu warna apa?” tanya Abu. Kelihatan Atan berkerut dan anak matanya bergerak perlahan-lahan di balik kelopak matanya. Lama juga dia diam sebelum mengeluarkan jawapan. Aku dan Ali berpandangan mendengar suara dan lenggok abahasa Atan yang seakan berubah. Kami dah selesai mengurut dan masih tetap di posisi kami.

“Aku rasa amat pelik. Aku rasa aku sedang mengepak-ngepak dan terapung dan sedang mengarahkan paruh aku ke celah-celah kelopak bunga orkid depan aku ni,mencari madu” kata Atan lagi. Keningnya seakan bercantum, seolah dia sedang cuba memahami apa yang sedang dilihat/alaminya itu.

“Cuba Along tengok kaki. Along ushar kaki Along” kata Abu. Ali terkekek ketawa kat kaki Atan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Aku nampak kaki aku macam kaki burung. Aku rasa, aku ialah burung kelicap, lah!

...bersambung

Bab akan datang:

Apa pula khayalan mereka kali ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience