Chapter 19

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 19

“Ok. Kau cari tempat duduk. Minum?”

“Kopi O panas”

“OK”

Selesai sarapan pagi, kami terus ke masjid. Perjalanan makan masa dekat setengah jam jugaklah dan rancangannya, lepas drop Ali ni kang, aku nak straight gerak ke kampung.

Setibanya kami di masjid berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki berjubah dan berserban sedang mundar-mandir dengan misterinya di perkarangan masjid. Salah seorang dari mereka nampak gembira dengan kedatangan Ali dan aku. Punyalah gembira sampai dia bukakkan pintu keta aku lepas aku parking.

“Ahlan wa sahlan” kata mamat berserban coklat berjubah putih lusuh yang dah seakan kekuningan. Orangnya berkulit cerah dan mungkin tinggi sikit dari average tapi sebab posture dia macam slouching, membuatkan penampilannya nampak tak berpa menarik. Aku menghulurkan tangan kanan nak bersalam. Dia menyambut. Ali yang keluar dari belah sana, sibuk mengeluarkan beg dan perkakasan ketablighannya dari tempat duduk belakang.

“Alhamdulillah, memang rezeki kau agaknya. Ngam-ngam kami sedang sarapan. Dah sarapan?” tanya mamat tu.

“Dah, tadi”

“Itu tadi. Ni sekarang. In sha Allah…” katanya sambil mempelawa mengarahkanku menuju ke arah sekumpulan jemaah berserban berekor panjang yang sedang menyangkung mengadap sebijik dulang. Perasaan cemas takut terperangkap, mula menguasai.

“Takpe bang. Dah kenyang” Aku cuba menolak pelawaannya dengan sopan. Ali kini berada di sebelahku.

“Bang, kenalkan. Ni Amir, kawan satu rumah saya zaman U dulu. Mir, ni Abang Karkun” kata Abu memperkenalkan aku kepada mamat tu. ‘Abang’ rupanya. Muka lagi muda dari aku kalau bukan dek janggut panjangnya yang beberapa helai, tu.

“Haa, Amir, jemputlah sarapan sekali. Boleh borak-borak kejap” kata mamat yang dikenali sebagai ‘Abang Karkun’ ni. Takbley jadi, ni. Aku kena berkeras sebelum aku keras kat sini.

“Err… Mintak maaf bang. Saya nak kena balik kampung, ni. Jumpa mak” ayat-ayat tu keluar spontan bagaikan telah diprektis.

“Oh, kalau jumpa mak, OK. Kalau senang-senang, joinla jemaah kami. Kami akan berada di sini selama tiga hari” sambung Abang Karkun tanpa menyerah kalah. Aku tersenyum. Dan melangkah masuk kembali ke dalam kereta. Ali bersalam denganku.

“Eh, Mir, kau ambik nombor fon Abang Karkun. Aku terlupa nak bawak hemfon, laa. Isnin kau free? Kosong satu empat,…”

“Free. Jap-jap…”

“Tolong ambik aku?”

“Boleh jer. OK. Apa tadi? Kosong satu empat…”

“Aku tunggu sini. Lepas Isyak kau datang, cantik arr..” kata Ali. Aku mengangguk.

“OK. Nantik sebelum gerak, aku call nombor ni” kataku sambil menunjukkan skrin hemfonku pada Ali.

Selepas bersalam sekali lagi dengan Ali, aku mengundurkan kereta dan keluar dari perkarangan masjid. Dalam kepalaku pada masa tu, ingat nak balik rumah kejap dulu, pack baju nak basuh, pastu baru balik rumah mak. Sedang aku leka merangka-rangka rencanaku hari ini masa berenti kat satu trafik light, tiba-tiba hemfonku berbunyi. Aik? Nombor Abang Karkun?

“Assalamualaikum” salam suara di sebelah sana. Ni macam suara brader tadi. Aku mengerling pada jam di dashboard kereta. Dah sepuluh minit berlalu sejak aku tinggalkan masjid tadi.

“Wa’alaikumussalam”

“Amir? Ni kawan Ali, kan? Yang hantar Ali tadi? Awak dah sampai mana? Kalau mintak tolong pusing balik, boleh tak?”

“Err…Takde la jauh sangat. Kenapa ni, kenapa?” Aku semakin keliru. Aku berhentikan kereta di tepi jalan setelah lepas lampu hijau. Aku nyalakan hazard light.

“Saya rasa, kawan awak ni tak berapa sihat kalau nak keluar 3 hari kali ni. Saya fikir, kalau awak tak jauh lagi, boleh tak awak tolong bawak Ali ni balik, semula?” Aku kaget. Pelik.

“Ok, Ok. Saya datang sekarang” tanpa berlengah, aku pusingkan kereta dan menuju kembali ke masjid tempat aku tinggalkan Abu tadi.

Setelah memparking kereta, aku terus ke perkarangan depan masjid. Di sana, kelihatan Ali sedang duduk menyandar di salah sebuah tiang memegang sebotol air mineral, dikerumuni oleh beberapa ahli jemaah. Ada jugak sorang yang sedang mengurut kakinya. Ali menolak tangan budak tu dengan lembut.

“Apahal ni Li?” tanyaku sebaik aku rapat dengan mereka. Ali tak menjawab. Dia cuma memandang padaku dan menggelengkan kepalanya. Wajahnya kelihatan lemah. Berbeza sekali rupanya jika dibandingkan dengan dia yang aku tinggalkan tadi, lebih kurang 30 minit yang lalu. Mukanya pucat tapi basah dengan peluh. Bahunya longlai macam orang keletihan.

“Entah, bang. Tadi masa bayan hidayat, dia tetiba bangun dan jerit-jerit macam orang kena sampuk” jawab sorang budak yang berjubah hitam dan berketayap Raihan. Dua tiga budak yang lain mengiyakan kata-katanya. Aik? Ali? Kena rasuk?

“Awak biarkan dia berehat. Kita borak kat sini” kata Abang Karkun yang muncul tiba-tiba dari belakangku.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa perancangan mereka selepas ini? Masih berkhayal lagi dengan teknik Christos Experience?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience