Chapter 32

Horror & Thriller Completed 13199

Bab 32

Baru kami sedar yang dia yang tadi duduk, sekarang dah berdiri dengan tangan terdepang ke udara.

“Ok, lek-lek. Meh sini duduk balik” kata Atan sambil menarik tangan Ali. Ali macam terpinga-pinga dan kembali ke tempatnya. Kelakar aku tengok gelagat Ali. Tak pernah aku tengok dia camni.

“Apalagi katanya?” kata Abu yang paling berminat antara kami. Dia tanpa henti merakam dan mencatitkan sesuatu sepanjang penceritaan Ali tentang Christos Experiencenya. Sebanyak mana semua ini amat menarik kepada Abu dan aku, aku seakan mula merasakan sedikit curiga atau skeptik terhadap cerita Ali. Aku syak, apa yang Ali lalui adalah imaginasi. Maklumlah. Dia kan tabligh. Orang tabligh ni, banyak benda yang ada dalam kepala dia. Jumpa orang sana, keluar 3 hari kat sini. Tak macam Abu, Atan atau aku yang kerja, balik, kerja balik jer. Entahlah. Semua ini bagaikan satu mimpi padaku. Tapi, aku sendiri dah mengalaminya. Dan semua adalah seakan realiti!

“Orang tua tu kata, masa untuk terbukanya pintu semakin hampir. 3 hari kegelapan”

“3 hari kegelapan?” bisik Abu dan Atan serentak. Aku pandang mereka berdua. Mereka macam tahu sesuatu.

“Kau tau pasal 3 days of darkness, Tan?” tanya Abu pada Atan. Kami memandang Abu. Kemudian pada Atan. Boleh tahan jugak si Atan ni. Ingatkan reti main game jer.

“Aku tengok kat Youtube. Kan orang odk kecoh-kecoh pasal 21 Disember 2012 tu? Orang kata dunia akan kiamat” kata Atan. Aku semakin pelik. Kiamat? Minggu depan?

“Aku cuak gak. Dah lah tarikh tu jatuh pada harri Jumaat” kata Ali.

“Ali pun tau? Aik? Apasal aku tak tau, ni?” kataku.

“Tu lah kau. Bila bukak internet, asyik baca blog politik dengan porn jer” kata Atan. Aku menepuk bahu Atan. Atan mengelak. Tapi aku masih tertanya-tanya, amender 3 days of darkness tu?

“3 days of darkness tu, dikatakan ialah planetary alignment. Dikatakan planet-planet yang ‘mustahak’ dalam sistem solar kita, akan align dalam satu barisan. Dan ini akan mempengaruhi graviti sistem solar kita. Dan bila ini berlaku, dikatakan matahari akan terlindung dan bumi akan kegelapan selama 3 hari” kata Abu. Pergh? Aku macam tak caya apa yang aku dengar. Apasal benda ni tak heboh kat berita?

“Bukan tu saja, dikatakan juga pada tarikh tersebut, pusat graviti sistem solar kita ni akan perlahan-lahan selari dengan pusat graviti sistem universe” kata Ali sambil buat gaya dengan tangannya. Aku perati tangan kanannya (yakni sistem solar bumi) bertindih dengan tangan kirinya (yakni sistem alam) sebanyak sembilan puluh darjah.

“ Ini akan buatkan bumi berada dalam keadaan ‘tak bergraviti’ selama beberapa saat atau minit. Tapi yang penting ialah, medan magnet bumi akan bercelaru masa tu” kata Ali pula. Aku pandang pada Ali. Dadaku berdegup laju. Wajah mak dan ayahku mula terbayang di fikiran. Aku mula terasa macam nak tumbuk seseorang. Macam NASA atau Sheikh Muzafar.

“Mana korang tau semua benda ni?” aku bersuara dalam kekaguman. Tiba-tiba aku rasa bagaikan seekor katak bawah tempurung dan kini tempurung aku dah pecah dan cahaya mentari mula memanaskan tubuhku.

“Tapi, apa kaitan fenomena alam tu dengan apa yang dikatakan oleh wizard tu pada kau?” tanya Abu pada Ali.

“Entahlah. Apa yang terdetik pada aku masa tu ialah, mungkin pada masa kejadian alam tu, pintu antara alam akan terbuka sekejap dan puak mereka akan keluar ke bumi dan buat huru-hara” kata Ali.

“Yakjuj makjuj?” tanyaku.

“Tak mungkin. Sebab Yakjuj Makjuj keluar lepas dajal. Dajal kena keluar dulu” kata Atan pula. Atan amat cemerlang pada malam ini. Aku tepuk-tepuk bahu Atan. Dia kembang sampai terlelap-lelap.

“Apa lagi yang orang tua tu cerita kat kau?” tanya Atan.

“Dia cakap, masa tiga hari kegelapan tu, puaknya akan naik ke bumi, dan menghapuskan manusia-manusia yang membuat kerosakan kepada bumi. Manusia akan menjadi hamba mereka pada masa itu. Tapi, kepada sesetengah manusia terpilih, mereka mesti mengajarkan ilmu mereka” kata Ali.

“Kenapa pulak?” tanyaku.

“Itulah. Aku pun tanya benda yang sama jugak. Dia jawab, mereka ada apa yang manusia takde. Manusia pula ada apa yang mereka takde. Penghujung keharmonian ialah kesatuan, maka andai suatu hari nanti manusia memberontak, dan paling buruk ialah kekalahan, mereka akan punyai pengetahuan tentang apa yang bakal manusia lakukan. Aku tak berapa paham apa maknanya, tapi nilah yang dia kata. Lebih kurang macam tu, laa” sambung Ali.

“Pergh. Lepas tu?” kata Abu.

“Lepas tu orang tu senyap sekejap. Lepas tu dia pandang aku dan berundur dan hilang.

...bersambung

Bab akan datang:

Kemana orang itu menghilang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience